Khamis, 13 Disember 2007

Pesanan Terakhir Syed Qutb

Saudara,
Seandainya kau tangisi kematianku
Dan kau sirami pusaraku Dengan air matamu
Maka di atas tulang-tulangku Yang hancur luluh
Nyalakanlah obor buat umat ini
Dan teruskan perjalanan Ke gerbang jaya
Saudara,Kematianku adalah suatu perjalanan
Mendapatkan Kekasih Yang sedang merindu Taman-taman di syurga
Tuhanku Bangga menerimaku
Burung-burungnya Berkicau riang menyambutku
Bahagialah hidupku di alam abadi
Saudara,Puaka kegelapan pasti akan hancur
Dan alam ini akan disinari fajar lagi
Biarlah rohku terbang Mendapatkan rindunya
Janganlah gentar Berkelana di alam abadi
Nun di sana Fajar sedang memancar
(Ditulis beberapa jam sebelum menemui syahid di tali gantung pada tahun 1966)

Jumaat, 16 November 2007

**KONSEP KEPIMPINAN DALAM ISLAM**


Pendahuluan
Berkata Imam Al-Shafiee Rahimahullahutaala (Al Umm juz VII ms 04)
bahawa telah berfirman Allah Taala yang bermaksud:

"Hai Daud! Sesungguhnya kami menjadikan kamu (penguasa) di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsumu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat, kerana mereka melupakan hari perhitungan" (Surah Shaad ayat 26)

Firman Allah kepada nabi s a.w. mengenai ahli al-kitab
"Jika mereka orang Yahudi) datang kepadamu (untuk meminta putusan) maka putuskanlah (perkara itu) di antara mereka, atau berpalinglah daripada mereka" sampai kepada "Dan jika kamu memutuskan perkara mereka maka putuskanlah (perkara itu) di antara mereka dengan adil, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang adil." (Surah Al-Maidah ayat 49)

Firman Allah lagi
"dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka apa yang diturunkan Allah dan janganlah kamu menurut hawa nafsu mereka. Dan berhatihatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan . kamu dari sebahagian apa yang diturunkan Allah kepadamu"

Firman Allah Taala selanjutnya:
"Dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil",

Berkata Imam Al-Shafiee Rahmatallah:
Sesungguhnya Allah telah memberitahu nabiNya s.a.w. untuk mewajibkan kepadanya, kepada orang-orang sebelumnya dan seluruh manusia bilamana memutuskan hukuman hendaklah dengan adil.

Makna "adil" ialah mengikut hukum yang diturunkan Allah. Allah telah berfirman kepada nabiNya s.a.w. ketika memerintahkan Baginda memutuskan hukuman di antara ahli al-Kitab dengan hukuman yang diturunkan oleh Allah dan meletakkan nabiNya s.a.w, daripada agama dan umatNya mengikut keterangan dari kitab Allah iaitu apa yang dikehendaki Allah dan mewajibkan taat kepadanya (nabi).

Firman Allah:
"Sesiapa yang taat kepada Rasul sesungguhnya telah taat kepada Allah".

Firmannya lagi .
"Maka demi Tuhanmu (mereka pada hakikatnya) tidak beriman sehingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan"
dan berfirman lagi:
"Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintahnya "takut".
Maka hendaklah diketahui bahawa yang hak itu ialah kitab Allah kemudian sunnah NabiNya s.a.w. Tidak boleh seseorang Mufti atau seorang hakim memberi fatwa atau menghukum sehingga masing-masing mengetahui kedua-duanya. Tidak boleh seseorang menyalahi kedua-duanya atau salah satu dari keduanya"

Jika menyalahi keduanya seseorang itu telah menderhaka dan hukumnya ditolak. Jika tidak terdapat "nas-nas dari keduanya barulah ijtihad."
Keterangan Imam Al-Shafiee di dalam bab kehakiman itu boleh dijadikan panduan selanjutnya di dalam membicarakan"konsep pimpinan dalam Islam" selain daripada memerhatikan ayat-ayat dah hadith-hadith yang lain, dalam semua peringkat dan golongan pimpinan merangkumi ketua negara, menteri, ulama' penghulu, guru-guru, da'ai, pemi.mpin masyarakat, pertubuhan, rumahtangga dan lain-lain. Kerana sumber pimpinan yang tertinggi ialah
Al-Quran,
Al-sunnah
Ijtihad
dan perkara yang hendak disuburkan dari pimpinan itu ialah keadilah ilahi dan matlamatnya kesejahteraan di dunia dan di akhirat dengan mendapat keredhaan Allah.

Maksud sabda Rasulullah s.a.w. : tiap-tiap kamu pengembala dan tiap pengembala bertanggungjawab terhadap apa yang digembala."
Mewujudkankan pimpinan yang diredhai Allah

Meujudkan pimpinan yang seumpama itu dituntut oleh syara' berdasarkan kepada ijamaa'ulummah, di antara ayat-ayatnya
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan menyeru kepada yang maaruf dan mencegah dari yang munkar mereka itulah orang-orang yang beruntung"
maksud ayat (A1-Imran 104).

Imam Al-Ghazali menerangkan bahawa perkataan "hendaklah ada di antara kamu" merupakan perintah , yang dzahirnya menunjukkan wajib, "mereka itulah orang yang beruntung" menunjukkan Fardhu tugas tersebut merupakan fardhu kifayah bukan fardhu a'in yaitu bilamana sebahagian umat melaksanakan terlepaslah kewajipan ke atas yang lain.

"Dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan sebahagian mereka adalah menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh yang maaruf dan menegah yang mungkar. Mendirikan sembahyang ..."
Maksud ayat (Al-Taubah 71)

Imam A1-Ghazali menjelaskan: Bahawa orang-orang mukmin itu telah mensifatkan mereka itu menyuruh yang maaruf dan menegah yang munkar. Bermakna seseorang yang lari dari tugas itu telah terkeluar dari sifat seseorang mukmin yang dinyatakan.

Sabda Rasulullah s.a.w. "Wahai manusia Allah berfirman menyuruh kamu melakukan yang maaruf dan menegah dari yang munkar, sebelum kamu berdoa di mana tidak dimakbulkan permohonan tersebut "
maksud hadith riwayat Ahmad dan al-Baihaki.

Ditanya kepada Khudzaifah r.a. siapakah bangkai bernyawa. Jawab beliau: "ialah orang yang tidak mencegah kemungkaran baik dengan tangannya mahupun dengan lidah dan hatinya.
Pemimpin Islam menegak yang maaruf dan mencegah yang mungkar
Perkara yang maaruf merangkumi semua perkara yang dituntut dan yang diharuskan oleh syara' meliputi soal-soal akidah, syariah, akhlak dan kemanusiaan seluruhnya zahir dan batin.
Perkara yang "mungkar" ialah semua perkara yang bertentangan dengan akidah, dengan syariah, akhlak dan kemanusiaan seluruhnya zahir dan batin.

Selanjutnya kadi Al Khudah Abdul Jabar bin Ahmad menjelaskan bahawa "yang maaruf" itu terbahagi kepada apa yang wajib dan kepada apa yang sunat. Menyuruh yang wajib adalah wajib , dan menyuruh yang sunat adalah sunat. Kerana keadaan perintah tidak akan menambakan ; atas hal-perbuatan yang disuruh, pada-wajib. Adapun kemungkaran itu semuanya merupakan satu jenis sahaja di mana semua ianya wajib ditegah. Oleh itu pimpinan Islam dalam mana peringkat dan bahagian pun haruslah menjadi matlamat utamanya menegakkan kemaarufan dan mencegah kemunkaran di mana dan bila-bila masa sekalipun jika berbeza pada cara dan tindakan.

Pimpinan Islam mestilah digerakkan oleh iman dan amal saleh
Satu perjuangan yang diberi nama "perjuangan Islam" hanya dapat diakui bilamana perjuangan itu digerakkan oleh iman dan amal saleh oleh para pemimpinnya samada perjuangan itu dalam bentuk kebajikan, ekonomi, ilmu pengetahuan, politik, kemasyarakatan dan lain-lain. Pimpinan yang digerakkan oleh kepentingan diri, warna kulit, kedudukan, kemewahan dan seumpamanya bukanlah merupakan perjuangan Islam sekalipun diberi nama yang berbentuk keislaman.

Rasulullah s.a.w. pernah menyatakan di dalam sabdanya dalam peristiwa hijrah daripada Mekah ke Madinah siapa yang berhijrah kepada Allah dan rasulnya maka hijrahnya adalah kepada Allah dan rasulnya. Siapa yang berhijrah kepada dunia atau wanita yang dicintai olehnya maka ia berhijrah kepada perkara yang menjadi tujuannya.

Maka hadith ini menjalankan bahawa suatu perjuangaan sekalipun sukar dan penuh sengsara seumpama berhijrah tadi. namun bilamana tidak digarapkan oleh iman dan amal saleh tidaklah memenuhi kehendak perjuangan dan pimpinan yang sebenarnya menjadikan perjuangan itu tidak tercapai matlamatnya.
Pimpinan berkesan dapat dilihat bilamana bertambah yang maaruf dan semakin berkurangan mungkar
Itulah tanda-tanda dan kesan-kesan yang menunjukkan sesuatu kejayaan dalam mana-mana pimpinan pada mana-mana peringkat dan bahagian. Keseluruhan kesan-kesan tersebut hanya akan tercapai bilamana terlebih dahulu dapat dicapai pada bahagian-bahagian tertentu samada dalam bentuk peribadi atau jamaah. Umpamanya kesan sembahyang ialah meninggalkan kejahatan dan kemungkaran. Kesan puasa menimbulkan ketakwaan. Kesan tauhid menimbulkan kesabaran dan keberanian. Kesan jemaah merapatkan persaudaraan dan seterusnya. Di dalam keadaan kesan- kesan tersebut tidak dapat dirasakan oleh pemimpin, apatah lagi oleh yang dipimpin maka hendaklah masing-masing mengkoreksi dan merenungi dimanakah kecacatan yang ada dalam pimpinan tersebut. Kerana yang maaruf akan menerbitkan yang maaruf dan yang mungkar menimbulkan yang munkar.

Ambillah contoh mendirikan rumahtangga berdasarkan kepada firman Allah:
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaannya ialah dia menciptakan untukmu isteri, dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan di antaramu rasa kasih dan rahmat. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mahu berfikir."
(Surah Al-Rum ayat 21).

Suami sebagai pemimpin rumahtangga haruslah memerhatikan samada tujuan perkahwinan itu telah berhasil dengan tercapai ketiga-tiga perkara tadi atau belum mengikut cara-cara yang dikehendaki oleh Islam. Jika belum berhasil tentulah ada kecacatan di dalam pimpinan tersebut.
Contoh yang lain Allah berfirman
Maksudnya: "Sesungguhnya beruntunglah orang yang beriman (iaitu) orang-orang yang husyu' dalam sembahyangnya dan orang-orang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna, Dan orang-orang yang menunaikan zakat. Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, Kecuali terhadap isteri- isteri mereka atau budak-budak yang mereka miliki maka sesungguhnya dalam hal itu tiada tercela. Maka barang siapa yang mensari yang dibalik itu mereka itulah orang yang melampaui batas, Dan orang-orang yang memelihara amanah, (yang dipikulnya) dan janjinya: Dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya. Mereka itulah orang yang mewarisi, (yakni) yang akan mewarisi syurga firdaus, mereka kekal di dalamnya,'
(surah al-Mu'minun ayat 1 - 11)

Contoh yang lain Allah berfirman: " Dan (hamba hamba yang baik dari Tuhan) yang maha penyayang itu (ialah) orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang jahil menyapa mereka (dengan kata- kata yang tidak sopan) mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandungi) keselamatan, Dan orang yang melalui malam hari denqan bersujud dan berdiri kerana Tuhan mereke. Dan orang-orang yang berkata: "Ya Tuhanku! kami jauhkan azab jahanam dari kami (kerana) sesungguhnya azabnya itu ialah kebinasaan yang kekal." Sesungguhnya jahanam itu seburuk tempat menetap dan tempat kediaman.
Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta) mereka tidak berlebih-lebihan dan tidak pula kikir, tetapi adalah (perbelanjaan) itu di tengah-tengah antara yang demikian. Dan orang-orang yang tidak menyembah Tuhan yang lain berserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diiaaramkan Allah (membunuhnya) kecuali yang hak dan tidak berzina. Barang siapa yang melakukan demikian itu nescaya dia mendapat pembalasan (dosanya). (Yakni) akan dilipatgandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal di dalam azab itu, dalam keadaan terhina, kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh, maka mereka itu, kejahatan mereka diqanti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Dan orang yang bertaubat dan mengerjakan amal saleh, maka sesungguhnya dia bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya. Dan orang yang tidak memberikan persaksian palsu, dan apabila mereka bertemu dengan (orang) yang mengerjakan perbuatan yang tidak berfaedah,mereka, lalui )sahaja) dengan menjaga kehormatan dirinya. Dan orang-orang yang bilamana diberi peringatan dengan ayat-ayat Tuhan mereka, meraka tidak menghadapinya sebagai orang-orang yang tuli dan buta.
Dan orang-orang yang berkata: `Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami, isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai biji mata (kami), dan jadikan kami pemuka bagi, (orany-orang yang bertakwa). Mereka itulah yang dibalas dengan mertabat yang tinggi (dalam syurga) kerana kesabaran mereka dan mereka disambut dengan penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya."
(Surah al-Furqan ayat 63-75)

Contoh-contoh itu adalah kesan-kesan yang maaruf dari pimpinan iman yang seharusnya meresap ke dalam jiwa, rumahtangga, pertubuhan dan sebagainya yang ditanam oleh pemimpin-pemimpin yang berkaitan. Tanpa ujud kesan-kesan yang seumpama ini keseluruhan atau sebahagian darinya adalah menunjukkan kegagalan pimpinan tersebut. Dari aspek itu, kejayaan kebendaan sahaja, sudah pasti tidak mencerminkan kejayaan sebenarnya menurut pandangan Islam dalam satu- satu pimpinan.

Syarat-syarat menjadi seorang pemimpin

Samada seorang itu menjadi amir, mufti, kadi (hakim) dikenal da'i atau seorang yang pada hari itu sebagai menteri, wakil rakyat, penghulu dan lain-lain lagi, ia haruslah tertakluk kepada syarat-syarat asas lainnya daripada syarat khas dan am yang berkaitan dengan tugas dan jawatan masingmasing boleh dikatakan syarat-syarat asas itu telah ijma' ulama' nengenainya. Diantaranya ialah:


1.Muslim,'akil baligh dan laki-laki


Adil Ertinya ia tidak fasik seumpama tidak meninggalkan salat beramal apa yang ia ketahui. Tidak menyalahi katanya akan perbuatannya. Tidak menyalahi akan kitab Allah dan sunnah Rasulullah s.a.w.


2.Berilmu

Ertinya ia mengetahui perkara-perkara yang berkaitan dengan fardhu ai'n dan fardhu kifayah sehingga dapat membezakan diantara yang maaruf dan yang,munkar. Mengetahui perkara-perkara'yang berkaitan dengan pimpinan.


3.Mempunyai kudrat, kemampuan.

Ertinya boleh bertindak bagi menyelesaikan sesuatu urusan samada menggunakan tenaga; perkataan, tulisan atau flkiran di dalam apa suasana pun.


4.Beradab mengikut akhlak Islam, Ertinya seseorang pemimpin haruslah mampu memberi cantoh tauladan mengikut akhlak Islam kepada diri dan orang di bawah pimpinannya. Selain itu di dalam dirinya mengandungi sifat ikhlas, jujur tidak angkuh, ria' dan sebagainya. Ringkasnya terkumpul di dalam dirinya sifat-sifat terpuji dan jauh dari sifat-sifat terkeji.

5.Sempurna pancaindera dan sihat tubuh badan.


6.Memahami Al-Quran dan Al-Sunnah
Ciri terpenting dalam perjuagan dan pimpinan Islam Bagi meluaskan sedikit huraian syarat ketiga di atas maka seorang pemimpin yang menamakan dirinya sebagai barisan pemimpin Islam, tahap yang paling minima haruslah ia mampu membaca ayat al-Quran dan petikan-petikan hadith serta memahami maksudnya. Lebih jauh dapat menghafal ayat-ayat dan hadith-hadith tersebut.
Lebih jauh lagi memahami (ilmu Al-Quran) dan ."Mustalihul Hadith". Membaca Siratul Rasul, sahabat-sahabat, salaful salihan,dan riwayat hidup ulama-ulama. Membaca dan mengenali kitab-kitab yang Muktabar di bidang Tauhid, Fikah, Tasauf, Tafsir, Hadith. Dapat memahami mana yang ijmak dan mana yang ikhtilaf, mana yang usul dam mana yang furu'. Berkaatan dengan ini sedapat mungkin haruslah seseorang pemimpin itu mengetahui bahasa arab, Kerana kitab-kitab yanq original yang berkaitan dengan perkara tersebut kebanyakannya ditulis di dalam bahasa Arab. Akibat daripada tidak memahami dan mengetahui hal-hal tersebut, kadang-kadang boleh menimbulkan berbagai-bagai kesan yang tidak baik dalam pimpinan, hingga merebak kepada masysrakat yang lebih besar, yang boleh mencacatkan kesempurnaan Islam.


Kewajipan dan hak-hak pemimpin dalam negara Islam
Al-Farra' Rahimahallah menyebutkan beberapa kewajipan dan hak hak pemimpin di antaranya:
1-Menjaga agama mengikut usul-usul yang telah disepakati ulama-ulama
2-Memutuskan hukum ke atas dua pihak yang bertelingkah
3-Menjaga kesejahteraan umat
4-Melaksanakan hudud bagi menjaga berlakunya perkara yang diharamkan Allah
5-Mengawal kampung negeri dari dicerobohi musuh
6-Melakukan jihad ke atas penentang Islam selepas diajak kepada Islam samada masuk Islam atau berlindung di bawah negara Islam.
7-Memungut cukai dan zakat seperti yang diwajibkan oleh syara'.
8-Membelanjakan harta baitulmal mengikut yang seperlunya tanpa membazir atau mengikat dan membayar pada waktu yang ditetapkan.
9-Menyerahkan tanggungjawab kepada orang-orang yang amanah dan ikhlas bagi melaksanakan tugas-tugas negara supaya segala kerja boleh dibuat dengan sempurna dan harta terpelihara.
10-Melibatkan dirinya melihat keadaan umat dan keperluan mereka.
Jika sepuluh kewajipan ini dilaksanakan oleh pemimpin maka wajiblah bagi umat taat dan menyokong pemimpin tersebut.


Pimpinan dalam rumahtangga
Pimpinan di dalam Islam bermula daripada rumahtangga. Masyarakat yang sejahtera bermula daripada rumahtangga yang sejahtera. Kesejahteraan suami isteri hanya tercapai bilamana kehendak Islam itu terlaksana di dalam rumahtangga tersebut.

Di antara hak-hak suami yang harus ditaati oleh isteri ialah:
Mentaati suaminya bilamana diajak ke tempat tidur.
Tidak harus menunaikan puasa sunat kecuali dengan keizinan suami.
Tidak harus membelanjakan harta suami kecuali dengan izinnya.
Tidak harus keluar rumah kecuali dengan keizinan suami.
Hendaklah isteri beradab kepada suaminya di antaranya jangan mengumpat dan memaki suaminya. Di antaranya jangan bermegah dengan kecantikannya kepada suaminya. Dan jika suaminya huduh jangan pula merendahkannya. Di antaranya sentiasa bertakwa dan'menjaga diri di waktu ketiadaan suami di rumah dan melaksanakan tugas tumahtangga sebaik baiknya.
Di antara hak-hak isteri yang harus dilaksanakan oleh suami nya ialah:
Hendaklah suami menghormati isterinya dan hidup bersamanya dengan "maaruf" dan "ikhsan".
Hendaklah suami sentiasa berada di dalam keadaan yang mengembirakan isterinya.
Hendaklah suami sentiasa berlapang dada jika berlaku sesuatu perselisihan dengan isterinya.
Hendaklah suami menjadi ikutan yang baik kepada isteri dan keluarganya.
Melaksanakan tanggungjawab rumahtangga dengan sebaik baiknya.

Pimpinan ibu bapa terhadap anak-anak
Hak anak-anak yang harus dihormati oleh ibu-bapa seperti yang diterangkan oleh Al-Imam Ghazali di dalam kitab "Ikhya' ulu muddin" seketika lahirnya di antaranya ialah:
Janganlah seseorang itu terlalu bergembira mendapat anak lelaki dan merasa dukacita mendapat anak perempuan.
Setelah anak itu lahir hendaklah diazankan di telinga kanannya dan dikamatkan di telinga kirinya. Bilamana anak tersebut pandai bercakap sunat di ajarkan "La ilaha illallah".
Hendaklah diberi nama yang baik. Sabda rasulullah s.a.w. yang berrmaksud:

"Sesungguhnya kamu akan dipanggil nama kamu dan nama bapa kamu pada hari kiamat. Sebab itu bagusilah nama-nama kamu".

Sebab itu sesiapa yang mempunyai nama-nama yang tidak baik digalak menukarkannya kepada nama-nama yang baik.
Melakukan akikah pada hari ke tujuh kelahiran anak.
Hendaklah ibu-bapa memberi didikan yang baik kepada anak-anak mereka. Ajarlah mereka bersembahyang ketika berumur tujuh tahun. Pukullah secara mengajar jika mereka malas ketika berumur sepuluh tahun, marah dan berilah amaran jika mereka tidak menurut selepas itu. Tunjuklah kepada mereka contoh tauladan yang baik di dalam pergaulan sehari-hari, supaya mereka menjadi insan yang baik di masa hadapan.
Kewajapan ini tersimpul di dalam Firman Allah bermaksud "Selamatkanlah diri kamu dan kaum keluargamu dari api neraka."


Pimpinan ketua terhadap orang-orang di bawahnya
Di antaranya:
Hendaklah memulakan "kebaikan" maaruf daripada dirinya sendiri.
Tidak bersikap angkuh dan sombong. Boleh jadi ada orang-orang lain yang lebih baik daripadanya di bidang ilmu dan pimpinan.
Bersikap adil iaitu sentiasa meletakkan sesuatu di tempatnya.
Bersimpati dengan masaalah-masaalah yang dihadapi oleh orang-orang di bawah jagaannya dan menyelesaikannya dengan cara yang baik.
Dan bagi seseorang majikan hendaklah "membayar upah sebelum kering keringat pekerjanya."

Piminan ketua tentera
Seperti yang dipesankan oleh Saidina Abu Bakar r.a.
Bilamana kamu datang kepada perajurit kamu janjilah kepada mereka dengan kebaikan. Bila kamu berjanji penuhilah janji tersebut.
Perbaikilah dirimu nescaya orang-orang di bawahmu menjadi baik:
Jika datang kepada kamu utusan musuh muliakanlah , kedudukan mereka, janganlah mereka itu terlalu dikawal biarlah mereka bebas sedang mereka tidak mengetahui rahsia kedudukanmu.
Jangan biarkan orang lain bercakap dengan utusan musuhmu kamu sendirilah yang bertutur dengan mereka.
Jangan jadikan rahsiamu sama dengan perkara yang tidak rahsia nescaya gagal tugasmu.
Sekiranya kamu bermesyuarat selidiki lah berita nescaya berhasillah mesyuaratmu.
Sekiranya sampai sesuatu berita musuh kepadamu hendaklah kamu rahsiakan dahulu sehingga kamu menyeledikinya. Jangan hebohkan berita tersebut kepada tenteramu. Hendaklah bersiap sedia
Banyakkanlah pemeriksaan mengejut terhadap perajuritmu siang dan malam.
Berilah semangat bila bertemu dengan tenteramu. Janganlah kamu pengecut nescaya yang lain akan menjadi pengecut.


Pimpinan guru terhadap muridnya
seperti yang disebutkan oleh A1-Imam Ghazali
Kasihan dan bertimbangrasa terhadap muridnya supaya terselamat daripada malapetaka.
Memandu muridnya ke jalan yang diredai syara'
Tidak membiarkan muridnya menerima sebarang nasihat yang tidak baik dari orang lain.
Mengingatkan dengan baik kepada muridnya mengenai bahaya akhlak yang tidak baik.
Mengingatkan muridnya jangan merendah-rendahkan ilmu yang lain yang tidak dipelajarinya.
Menyampaikan ilmu mengikut kadar kemampuan murid.
Kepada murid yang tercicir berilah kepadanya penjelasan yang sesuai sehingga jangan menimbulkan kebosanan belajar kepadanya.
Hendaklah guru beramal dengan ilmunya. Jangan lain apa yang dibuat daripada apa yang dikata.


Kesimpulan
Dari contoh yang ditunjukkan di atas dapatlah disimpulkan sebagas berikut:
"Konsep pimpinan dalam Islam" merangkumi semua tingkatan hidup bermula daripada negara membawa kepada masyarakat, dan rumahtangga.
Pimpinan di dalam Islam mengajak manusia kepada yang maaruf dan menegah yang mungkar.
Sumber pimpinan Islam ialah Al-quran dan Al-Sunnah
Ajaran Islam hendaklah diresapkan bermula daripada ,individu seterusnya ke dalam keluarga seterusnya negara.
Pimpinan Islam pada setiap masa dan tempat hendaklah memahami dan mengetahui dasar ajaran Islam dan mengamalkannya terlehih dahulu.
Makna pimpinan melibatkan semua pihak daripada ketua negara yang memerintah membawa kepada menteri-menteri; ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai. kanan, ulama-ulama, guru-guru, suami-isteri, ketua pertubuhan, penghulu dan lain-lain.
Timbulnya krisis, keruntuhan masyarakat, rasuah, dadah, kezaliman, pengelapan harta benda, penipuan dan lain keburukan adalah disebabkan manusia lari dari pimpinan Ilahi lalu mengambil pimpinan selainnya.

Penutup
".........Ya Tuhan kami janganlah engkau hukum kami jika kami lupa. atau kami tersalah.Ya Tuhan' kami jangahlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya.Beri maaflah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkau penolong kami maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. "
(Maksud surah Al-Baqarah ayat 286.)

Wallahu a'lam
Oleh : Abdul Wahab b Hj Zakaria, UTM. KL.

Isnin, 5 November 2007

**kisah masjid**


Di dalam salah sebuah kuliah saya di universiti, saya sempat bertanyakan kepada anak-anak murid saya: “Di masjid manakah kamu menjadi AJK?”, bagaikan tsunami yang melanda mereka dikejutkan dengan soalan tersebut. Bunyinya teramat aneh, janggal lagi pelik. Samada yang bertanyakan itu seorang yang kurang waras, atau jahil dan binggung, ataupun yang ditanyakan itu yang tidak faham soalan. Secara ijmak mereka menjawab, “Kami bukannya orang tua!”. Hanya orang tua sahajalah yang layak memakmurkan masjid? Hanya orang-orang tua sahajalah yang berhak menentukaan hala tuju sesebuah masjid? Hanya orang-orang tua sahajalah yang berhak memonopoli pentadbiran sesebuah masjid? Walaupun di antara mereka itu tidak pernah muncul ke masjid kecuali menjelang pemilihan AJK sahaja? Lebih lucu lagi, di salah sebuah masjid, Jawatankuasa pembangunan belia dan remajanya, adalah seorang yang telah pun berusia 60 tahun...mungkin dia masih terasa dirinya remaja!

Ya, inilah realiti membosankan yang berleluasa di tanah air kita tecinta ini. Entah dari syariat mana mereka warisi tidak pula diketahui. Hanya orang-orang tua sahaja yang berhak berkuasa di masjid. Hanya orang-orang tua sahaja yang berhak menjadi pelanggan setia masjid. Hanya orang-orang tua (old guards) sahajalah yang berhak menentukan hala tuju sesebuah masjid. Jikalaulah Rasulullah S.A.W. dan para sahabat tinggal di Malaysia di zaman ini, nescaya, bukan hanya sekadar para sahabat yang muda-muda seperti Sayyidina Ali, Ibnu Abbas, Ibnu Omar, Anas bn Malik sahaja yang tidak berhak untuk mentadbir masjid, malah Rasulullah S.A.W. juga pun tidak akan dapat diberikan ruang untuk mentadbir masjid, kerana baginda belum mencapai umur pencen ketika mendapat wahyu.

Fenomena ini tidak sekadar terhenti pada ruang pentadbiran masjid sahaja, malah dalam menentukan program-program masjid juga. Jika ada orang-orang muda yang nak berikan pendapat sedikit, pastilah mereka akan dilihat sebagai kurang ajar dan melebih-lebih. Doktrin “makan garam lebih dahulu” lebih didaulatkan daripada konsep syura yang diperkenalkan oleh Islam. Sebab itulah sering kita dengar pertentangan di antara golongan muda dengan golongan tua di masjid-masjid, samada di bandar-bandar mahupun di kampung-kampung. Pada pemikiran majoriti rakyat Melayu Muslim Malysia, orang-orang muda hanyalah buruh-buruh kasar masjid yang kerjanyan hanya untuk menurut patuh perintah golongan-golongan tua kariah. Bagaimana dengan golongan remaja pula?, mereka hanyalah pelanggan program-program masjid yang langsung tidak menepati selera generasi MTV yang diaturkan hasil idea lapisan tok wan dan nyang mereka sahaja. Itu tidak termasuk jerkah, tengking, sumpah seranah dan wajah-wajah bengis orang-orang tua terhadap mereka dan juga golongan kanak-kanak. Jika mereka tidak ke masjid pula, mereka akan dipersalahkan sebagai golongan yang bermasalah, bermoral rendah dan juga tidak mempunyai kesedaran.

Keadaan ini amat berlainan dengan keadaan muslim di ngara-negara maju. Masjid menjadi pusat komuniti masyarakat muslim di sana. Para remaja, muda-mudi bersama-sama golongan tua memeriahkan masjid yang sama-sama mereka miliki. Tidak pelik jika didapati jawatankuasa khas untuk remaja yang dianggotai oleh para remaja sahaja, pentadbiran oleh golongan-golongan muda, dan juga golongan tua pula bertindak sebagai penasihat. Tidak perlu pergi jauh, di negara jiran kita, Singapura sahaja sudah cukup. Masjid-masjid di sana meriah dengan program-program untuk golongan muda dan juga remaja. Tidak pelik bagi mereka bagi sebuah masjid untuk mempunyai seorang manager dari kalangan orang muda, barisan AJK dari golongan profesional muda, youth developement officer bagi golongan remaja. Lebih menarik lagi, mereka juga mempunyai acara sukan tahunan untuk para remaja secara “inter-masjid” yang melibatkan para remaja muslim dari seluruh Singapura. Sesuatu yang pelik bin ajaib bagi rakyat Muslim melayu Malaysia untuk mempercayainya.

Bukan hendak menafikan wujudnya usaha baik sesetengah masjid- masjid di ibu kota menganjurkan program-program untuk para remaja dan belia. Sayangnya, para remaja dan belia tersebut hanyalah sekadar menjadi peserta yang akan dipandang sepi selepas selesai sahaja program. Adapun masjid, ianya tetap kekal dimonopoli oleh golongan tua yang gila kuasa, terutamanya di tempat-tempat yang terdapat ramainya para Dato’ dan Tan Sri. Lebih memilukan lagi apabila golongan-golongan ini mempolitikkan jawatan-jawatan pentadbiran masjid. Akhirnya muncullah mereka-mereka yang kononnya berpengaruh di mata masyarakat kariah untuk mentadbir masjid, tetapi jahil tentang hukum-hakam agama. Maka timbullah pentadbiran masjid ala korporat, ala pejabat kerajaan dan malah ala sebuah parti politik. Akhirnya masjid terus malap daripada dimakmurkan kerana banyak sangat protokol, birokrasi dan politik. Itulah realiti yang tidak boleh dinafikan berlaku di sekitar masjid-masjid yang ada pada hari ini. Kadang-kadang saya tefikir, agaknya wujud atau tidak perebutan kuasa terhadap jawatan-jawatan “minister” di gereja-gereja milik orang Kristian. Ataupun jawatan sami-sami di kuil-kuil Buddha atau Hindu, ataupun jawatankuasa pentadbiran Guldhwara oleh orang-orang Sikh. Jika tidak wujud, alangkah malunya kita sebagai orang Islam yang menggunakan masjid untuk memuaskan nafsu politik dan gila kuasa kita.

Mentaliti ini perlu diubah segera. Seleras dengan kemajuan semasa, sistem pentadbiran masjid perlulah dirombak juga. Sepatutnya ada umur siling untuk para AJK masjid. Sepatutnya keutamaan diberikan kepada golongan muda untuk mempunyai peranan yang lebih demi menarik generasi muda ke masjid. Sepatutnya golongan remaja juga dilibatkan di dalam proses membuat keputusan bagi apa-apa program yang berkaitan dengan mereka. Sepatutnya para imam semua dibukakan minda mereka agar tidak terlalu tunduk kepada telunjuk golongan AJK-AJK masjid yang tua, gila kuasa dan terlalu tegar dengan idelisme pemikiran “outdated” mereka. Sepatutnya, tidak berlaku apa yang tidak sepatutnya berlaku seperti di Malaysia sekarang ini. Semua pihak perlu memainkan peranan mereka, terutamanya para aristokrasi di jabatan-jabatan agama yang masih berfikiran ala 60’an lagi.

Persoalannya, adakah idea semacam ini akan diterima oleh masyarakat Malaysia?, saya teringat seorang rakan saya, seorang penceramah dan juga seorang ustaz yang sudah agak mula dikenali ramai, pernah bertanyakan kepada saya apabila saya mengutarakan pendapat semacam ini, “Ada dalil dalam al-Quran ke?” Saya lantas tersenum sinis mengiktiraf kedangkalannya . Apatah lagi masyarakat awam dan golongan old guards...

dipetik drpd:
Maszlee Malik06:20pm 24 Mei 2005

Isnin, 29 Oktober 2007

.:selamat pengantin baru shbtku:. 28/10


jadikanlah pernikahan sbg satu peringkat amal islami. jangan pula kamu dilalaikan olehnya. amanah semakin bertambah. zaujah adalah anugerah ALLAH sbg teman& penguat dalam melayari bahtera perjuangan. kasihi&bimbinglah dia krn ALLAH..semoga berbahagia.

setelah setahun tidak bersua..26/10

alhamdulillah, hari ni dapat bersua muka kembali bersama shbt2 seperjuangan di bumi kinanah. ada yg balik tamat pengajian, ada yang bercuti dan ada juga yg nak buat urusan smbg belajar ke peringkat lebih tinggi..moga semangat belajar yg ditunjukkan dapat dijadikan teladan. paling penting, penghayatan & pengamalan terhadap ilmu yg dipelajari perlu dilunaskan..
YA ALLAH, JADIKANLAH KAMI DIKALANGAN ULAMA' YG BERAMAL DENGAN ILMU YANG DIPELAJARI..
sedikit rasa terkilan kerana sebahagian shbt yg dah agak lama pulang tidak dapat meluangkan masa utk betemu pada hari tersebut. mngkin mklmt prgrm tidak sampai kpd mereka@ mklmt smpai tp diabaikan.
teringat pesanan shbt di bumi kinanah dahulu..di mesir ni, ukhwah kita lebih erat berbading di malaysia kelak. sebab di mesir byk program kita dapat bersama berikan komitmen walaupun tmpt berjauhan@ kesibukan masa,. di malaysia nanti prgrmnya skt& di buat wkt2 cuti, tapi pyh sekali utk dihadiri dan diberi keutamaan. betullah apa yg disebutnya dahulu..baru kini diriku mengakuinya.

Khamis, 23 Ogos 2007

Gambar sekitar program khidmat masyarakat di Pulau Tioman 18-21 Ogos

halaqah al-quran yg dijalankan mendapat sambutan yang menggalakkan

bengkel al-fatihah

seronok juga mengail ikan di laut. hasil tangkapan yang pertama


kuliah maghrib yg disampaikan oleh Tuan Hj.Abd Rasyid Bin Abd Aziz

En.Derus berbaju biru merupakan orang yg paling penting dlm program ni..tq

masing-masing keletihan melayan gelombang laut
sempat bergambar dari atas feri
penempatan pelajar lelaki

mengemas kedai En.derus sebagai menghargai jasa baiknya,
mengurus rombangan kami selama 4 hari 3 malam

terimakasih juga kpd pihak kastam Pulau Tioman,
moga berjumpa lagi.


























Khamis, 16 Ogos 2007

Setelah 37 Tahun Pembakaran Masjid Al-aqsa


Hari Isnin 21 Ogos adalah hari peringatan ke-37 tahun sejarah pembakaran Masjid Al-Aqsa. Hingga ke saat ini, ancaman pembakaran tersebut masih terasa, terutama dai kalangan Yahudi yang radikal, selaras dengan peningkatan projek meYahudikan wilayah al-Quds dan projek merobohkan Masjid Al-Aqsa oleh rejim Israel.Pada tarikh ini dalam tahun 1969, tangan-tangan durhaka dan penuh dengki telah membakar masjid yang penuh barakah ini, yang merupakan kiblat pertama umat Islam, wilayah al-Haram ketiga dalam Islam, dan tempat mi'rajnya Rasulullah saw ke Sidratul Muntaha. Kini masjid ini berada dalam bahaya ancaman golongan Yahudi radikal yang ingin menguasai tempat-tempat suci umat Islam di wilayah Palestin yang terjajah.Peristiwa pembakaran ini adalah rentetan penodaan mereka terhadap masjid Al-Aqsa yang terus dilakukan hingga saat ini. Golongan Zionis ini sering kali melanggar undang-undang dan ketetapan antarabangsa dengan sokongan dan dokongan dari rejim haram Israel. Mereka merobek semua hak bangsa Palestin, terutama terhadap peninggalan-peninggalan sejarah Islam. Pembakaran pertama kali itu telah berlaku di bahagian timur masjid Al-Aqsa, termasuk di dalamnya masjid Umar Al-Khattab, mihrab Salahuddin dan mimbar Sultan Nuruddin Zanki. Pada tahun 1969 juga, rejim Israel telah melenyapkan perkamungan Islam al-Mugharabah yang berada di sisi masjid Al-Aqsa. Mereka juga menghancurkan sejumlah masjid dan sekolah yang telah dibangunkan pada zaman Bani Umayyah.Sejak penjajahan Israel ke atas al-Quds pada tahun 1967, Israel telah menghancurkan semua bangunan-bangunan yang bercirikan Islam di sekitar masjid Al-Aqsa, dengan tujuan untuk menghilangkan semua identiti umat Islam di wilayah tersebut. Termasuk dalam kekejidan mereka adalah menghancurkan jalan menuju ke maqam muslimin yang terletak di al-Haran al-Qudsy. Mereka juga menghancurkan maqam al-Rahmah dan Yusuf dan menggantikannya dengan pengkalan tentera Israel.Kejahatan mereka yang paling berbahaya adalah meYahudikan al-Quds dengan melakukan semua cara dan kaedah illegal, seperti rampasan tanah, hak-milik dan bentuk-bentuk intimidasi terhadap bangsa Arab dan kaum muslimin demi program imigrasi Yahudi dari seluruh pelusuk dunia ke wilayah al-Quds. Bahkan mereka ingin menjadikan wilayah tersebut sebagai ibu kota abadi Yahudi.Israel secara terus menerus menyiksa dan menakut-nakuti warga Palestin. Contohnya, dalam Februari 1994, sekelompok penduduk Yahudi memukul jamaah masjid al-Ibrahimi Hebron, Tepi Barat yang sedang melaksanakan shalat shubuh. Akibatnya, puluhan kaum muslimin meninggal syahid dan ratusan orang lainya tercedera. Pada bulan yang sama sejumlah kelompok Yahudi radikal mengancam akan menghancurkan Masjid al-Aqsha. Mereka merampas ribuan hektar tanah warga yang merupakan sumber penghidupan bagi ratusan keluarga Palestin.Mereka membina tembok pemisah yang menyekat rakyat Palestin dari kebun mereka, anak-anak dari sekolah mereka, masjid-masjid, dan berbagai lagi hak asasi. Pada bulan Julai 2004 PBB mengeluarkan ketetapan tentang penghapusan tembok pemisah tersebut, namun seolah-olah tidak ada apa yang boleh menggugat projek hina tersebut.Peringatan kepada peristiwa pembakaran masjid Al-Aqsa kali ini berlangsung di tengah rancangan Israel meYahudikan warga al-Quds dan melarang penggunaan simbol-simbol keagamaan di wilayah tersebut. Mereka semakin meningkatkan rampasan tanah milik bangsa Arab untuk dijadikan koloni pendudukan Yahudi, dalam usaha mereka untuk merubah demografi al-Quds dan penguasaan terhadap lembaga-lembaga dan yayasan milik Palestin.Wakil ketua gerakan Islam di wilayah jajahan, Syaikh Kamal al-Khotib mengajak seluruh bangsa Arab bergerak menekan pemerintah masing-masing agar bersikap tegas dalam masalah ini. Ia menekankan bahwa masalah al-Aqsa bukan masalah bangsa Palestina saja, namun menjadi sebahagian dari masalah kaum muslimin sedunia. Beliau juga mengajak semua pihak untuk membebaskan Al-Aqsha dari ancaman Yahudi tersebut.Khotib berkata, "saya menyeru kepada sebagian negara-negara Arab yang menyeru untuk berunding dengan Israel tentang hak-hak bangsa Palestina dan pembahagian al-Quds. Saya katakan Masjid al-Aqsha adalah hak murni bangsa Palestina. Hal ini tidak boleh dirunding-runding lagi." Pada kesempatan yang sama Khotib mengajak media Arab agar menghormati simbol-simbol ummat Islam, bahwa mereka pun mempunyai tanggung jawab terhadap Masjid al-Aqsha ini dengan menyiarkan semua kejahatan-kejahatan Israel terhadapnya. Khotib berkata, 37 tahun sudah berlalu, namun kelompok Yahudi radikal tidak beranjak dari niat mereka untuk menghancurkan Masjid al-Aqsha atas dokongan penuh rejim haram Israel.Dengan demikian kedudukan al-Aqsha saat ini semakin berbahaya. Semua tanda menunjukkan bahawa waktu penghancuran Al-Aqsha semakin dekat. Dimulai dengan penggalian terowongan di bawah masjid, terutama terowongan yang terletak antara Al-Aqsha dan perkampungan Silwan. Diteruskan pula dengan penggalian dan pembangunan gerbang al-Mugharabah. Bukti nyata niat mereka untuk menghancurkan al-Aqsha, dengan diberikan dana sebesar enam juta shekel atau USD1.5 juta untuk memperluas tembok al-Burak dan gerbang al-Mugharabah.Disamping itu, dikenakan juga larangan masuk Masjid Al-Aqsha bagi warga Palestina yang berumur kurang dari 45 tahun serta larangan mengadakan kegiatan agama selain shalat di dalam masjid. Semua larangan Israel ini berlangsung di tengah ketidak-pedulian banga Arab, dan Israel semakin mantap dan tenang menghapuskan identiti Islam dari wilayah al-Quds.

Rabu, 15 Ogos 2007

# Amanah dalam Pekerjaan #



إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الأَمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), al-Nisa’: 58

Sabda Rasullullah s.a.w. :
ألا لا إيمان لمن لا أمانة له
Ketahuilah! Tidak beriman bagi sesiapa yang tiada amanah.Riwayat ImamAhmad

Berdasarkan ayat dan hadis di atas amanah adalah satu kewajipan yang mesti ditunaikan. Perintah di sini wajib sebagaimana perintah-perintah yang lain seperti solat, puasa dan sebagainya. Amanah adalah cabang keimanan, seseorang yang beriman mempunyai sifat amanah dan sebaliknya pula orang tidak amanah itu menandakan kekurangan imannya.

Takrif dan Skop Amanah

Amanah ialah penjagaan hak-hak dengan sempurna dan disampaikan kepada tuannya. Bidang amanah terlalu luas meliputi agama dan kewajipan syara’, kepimpinan, bidang pekerjaan seperti pentadbiran, perniagaan, perkilangan, rumahtangga dan sebagainya. Setiap insan mestilah menunaikan amanah-amanah ini dengan sempurna terutama amanah agama yang asasnya ialah tidak menyembah sesuatu pun selain Allah..

Pekerjaan adalah satu amanah besar yang mesti ditunaikan oleh setiap insan. Pekerjaan tanpa mengira bentuknya adalah baik sekiranya tidak bercanggah dengan syara’. Secara umumnya tiada beza di sisi Allah s.w.t. seorang yang berjawatan tinggi dengan seorang yang berjawatan rendah.

Amanah dalam Pekerjaan

Setiap pekerja mestilah sentiasa bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana kurniaanNya itu. Seorang staff yang muslim mestilah berusaha sedaya yang mungkin untuk menjadi seorang yang cemerlang dan profesional dalam bidangnya. Kecermelangan dan keprofesionalan bukan untuk staff akademik sahaja, malah untuk semua staff. Seorang kerani dia boleh menjadi kerani yang profesioanal, seorang mekanik juga boleh menjadi mekanik yang profesianal dan seorang tukang sapu pun boleh menjadi seorang tukang sapu yang profesianal.

Asas yang paling utama di dalam kecermelangan dan keprofesionalan pekerjaan, bergantung kepada penunaian amanah dan tangungjawab yang diberikan. Sekiranya seorang staff itu cuai dalam menunaikan amanah bermakna dia seorang yang gagal, terkebelakang dan akan dipersoalkan nanti di akhirat.


Jenis- jenis Amanah

Di antara amanah yang mesti ditunaikan ialah :
a) Mengetahui bidang tugasnya; seorang staff yang profesional tidak perlu diberitahu secara berulang-ulang tentang tugasnya. Dia hanya perlu ditunjuk ajar sekali, kemudian dia sendiri akan menyelesaikannya tanpa perlu ditegur lagi. Dia akan menyiapkankanya sebelum atau tepat pada waktunya. Dia tidak mengenal erti tangguh menangguh. Contohnya, pembuat soalan yang profesional akan menyiapkan soalan dengan baik dan menghantarkannya kepada penyelaras pada waktu yang ditetapkan. Dia memahami masalah yang akan dihadapi oleh penyelaras sekiranya dia lewat menghantar soalan. Jadi pembuat soalan yang tidak bersifat sedemikian adalah pembuat soalan yang tidak profesional, tidak cemerlang dan berkepentingan diri.

b) Mempunyai rasa tanggungjawab dan tidak membebankan orang lain menyelesaikannya. Contohnya dalam dewan peperiksaan, seorang pengawas atau pembantu pengawas yang profesional mengetahui kerja yang perlu mereka siapkan tanpa ada sifat harap mengharap. Pengawas dan pembantu pengawas mesti bekerjasama dengan ketua mengutip slip kehadiran, mencatat kehadirn dan mengira skrip. Jangan membiarkan ia dilakukan oleh segelintir pengawas atau pembantu pengawas, yang lain duduk di penjuru-penjuru dewan menanti waktu tamat.

c) Melakukan setiap tugas dengan bersungguh-sungguh dan yang terbaik. Contohnya, seorang kerani yang cemerlang akan memastikan surat atau sebarang dokumen yang diperlukan siap pada masa yang ditetapkan.

d) Menunjukkan sifat komitmen kepada kerja dan tidak berdalih. Sentiasa ada ketika diperlukan dan lebih mementingkan kerjanya daripada tugas-tugas yang tidak berkaitan. Seorang staff yang berkaliber akan peka dengan perkembangan di tempat kerja, dia tidak akan menggunakan alasan seperti tidak tahu ada meeting, tidak tengok surat lagi, lewat diberitahu dan pelbagai alasan lain. Sebaliknya dia akan cuba buat sehabis baik dengan menggunakan kepakaran dan kreativiti yang ada sehingga dapat mengubah situasi yang tegang kepada situasi yang tenang tanpa menyalahkan sesiapa.

e) Menjauhkan diri daripada sebarang sifat khianat dan tidak bermaruah, seperti rasuah, pecah amanah, bocorkan soalan dan membuat sesuatu untuk kepentingan diri.
Sabda Rasullullah s.a.w. :
آية المنافق ثلاث : إذا حدّث كذب وإذا وعد أخلف وإذا اؤتمن خان – متفق عليه
Ada tiga tanda munafiq : Apabila bercakap ia berbohong, apabila berjanji ia mungkiri dan apabila diberi amanah ia khianati.


Penutup

Sabda Rasullullah s.a.w. :

أربع إذا كنَّ فيك فلا عليك ما فاتك من الدنيا : حفظ الأمانة وصدق حديث وحسن خليقة وعفة في طعمة - الشيخان
Empat perkara sekiranya kamu memilikinya kamu tidak akan ditimpa (balasan) terhadap apa yang kamu tidak buat di dunia: Jaga amanah, bercakap benar, berakhlak baik dan mengawal pemakanan (halal dan haram).


Tazkirah mingguan, MTNP

Selasa, 14 Ogos 2007

Kewajipan-kewajipan Seorang Saudara Muslim:


Di dalam risalah At-Taalim Asy-Syahid Hassan Al-Banna telah menetapkan lebih tiga puluh kewajipan bagi seseorang saudara muslim yang menggabungkan dirinya dengan Harakah Islamiah. Dengan kewajipan-kewajipan ini Imam Al-Banna telah merumuskan kewajipan setiap seorang muslim terhadap dirinya, rumah tangganya dan masyarakatnya.

Beliau mengatakan:
"Wahai saudara yang jujur! Keyakinan saudara terhadap persetiaan (baiah) ini, menuntut saudara menunaikan kewajipan-kewajipan berikut ini sehingga menjadi batu-batu yang kukuh bagi binaan kita".


1.Saudara hendaklah mewiridkan (membaca) Al-Quran kira-kira satu juzuk setiap hari dan bersungguh-sungguh melakukannya supaya dapat khatam dalam tempoh tidak lebih dari satu bulan tetapi janganlah dihabiskan dalam tempoh kurang dari tiga hari.



2.Saudara hendaklah membaca Al-Quran dengan baik (sebutan dan tajwid), sanggup pula mendengar dan merenungi maksud pengertiannya.


3.Saudara juga hendaklah mempelajari sirah perjalanan hidup Rasulullah s.a.w dan sejarah angkatan salafussoleh yang mampu dilakukan sesuai dengan ruang waktu yang ada pada saudara. Sekurang-kurangnya saudara membaca buku "Hamalatul Islam" sebagai kajian permulaan. Hendaklah saudara memperbanyakkan membaca hadis-hadis Rasulullah s.a.w dan menghafal sekurang-kurangnya empat puluh hadis iaitu hadis 40 susunan Imam Nawawi. Saudara juga hendaklah mempelajari sebuah risalah atau kitab mengenai usul-usul akidah dan sebuah kitab mengenai hukum-hakam fekah.


4.Saudara hendaklah segera berjumpa doktor supaya diperiksa kesihatan am saudara. Jika didapati ada apa-apa penyakit saudara hendaklah segera mencari ubatnya. Saudara hendaklah mengambil berat terhadap sebab-sebab kekuatan badan dan pemeliharaannya. Di samping itu saudara hendaklah menjauhkan diri dari perkara-perkara yang boleh melemahkan kesihatan.
Saudara hendaklah menjauhkan diri dari meminum kopi, teh atau minuman menyegarkan seumpamanya secara berlebihan. Janganlah saudara meminumnya kecuali di ketika yang sangat perlu dan janganlah sekali-kali saudara menghisap rokok.



5.Saudara hendaklah mengambil berat tentang kebersihan dalam semua perkara, dalam rumah tangga, pakaian, makan-minum, tubuh-badan dan tempat kerja (pejabat) kerana agama ini dibina di atas dasar kebersihan.



6.Saudara hendaklah bercakap benar dan jangan sekali-kali berdusta.


7.Saudara hendaklah menunaikan dengan tepat segala kata-kata dan janji dan jangan sekali-kali saudara memungkirinya walaupun dalam keadaan paling sulit sekalipun.


8.Saudara hendaklah bersifat berani dan tahan memikul bebanan (tanggungjawab), semulia-mulia keberanian talah berani berterus-terang dalam perkara yang benar dan sanggup menyimpan rahsia, berani mengaku kesilapan diri sendiri, sanggup menyedarkan diri sendiri dan mampu mengawal diri ketika marah.



9.Saudara hendaklah bersikap serius dengan cara bersungguh-sungguh dalam sesuatu perkara. Kesungguhan sikap ini tidaklah sampai kepada peringkat sehingga menahan saudara dari bergurau-senda dengan cara yang benar dan ketawa dengan senyum.


10.Saudara hendaklah bersifat pemalu, halus perasaan dan mudah terasa (peka) kepada sesuatu yang baik ataupun yang buruk, dengan cara menunjukkan kegembiraan kepada sesuatu kebaikan dan menunjukkan kedukacitaan terhadap sesuatu yang buruk. Saudara hendaklah bersikap merendah diri tetapi bukan kerana merasa hina atau bertongkat dagu kepada orang lain. (Jika saudara menuntut sesuatu) saudara hendaklah memintanya kurang dari martabat kerana dengan cara demikian saudara dapat mencapai martabat sebenarnya dengan kebenaran.
11.Saudara hendaklah berlaku adil dan benar dalam menjalankan sesuatu hukum dalam segala perkara dan jangan saudara melupakan kebaikan orang lain kerana marah dan janganlah kerana sayang. Budi orang lain hendaklah dikenangkan walaupun ketika bermusuhan. Saudara hendaklah sanggup bercakap benar walaupun ke atas diri sendiri atau ke atas orang yang paling hampir dengan kamu walaupun ucapan itu pahit.



12.Saudara hendaklah benar-benar cergas dan terlatih dalam melakukan kerja-kerja kebajikan am sehingga saudara merasa bahagia dan menyenangkan perasaan apabila saudara dapat memberi khidmat kepada orang lain. Untuk maksud ini saudara hendaklah menziarahi orang-orang yang sakit, membantu orang yang berhajat (memerlukan), meringankan orang yang menanggung bebanan dan melapangkan orang yang ditimpa bencana dan melapangkan orang yang ditimpa bencana walaupun sekadar mengeluarkan kata-kata yang baik dan manis. Kesimpulannya hendaklah saudara segera melakukan kebajikan.


13.Saudara hendaklah bersifat belas-kasihan, pemurah dan bertolak-ansur. Dalam perkara ini saudara hendaklah memberi kemaafan dan mengampunkan kesilapan-kesilapan orang lain dan sentiasa bersabar dan bertenang. Bertimbang-rasa bukan terbatas kepada manusia sahaja malah terhadap haiwan sekalipun hendaklah saudara bertimbang-rasa. Saudara hendaklah memelihara pergaulan dan akhlak yang baik dengan orang ramai, memelihara adab-sopan secara Islam, menaruh belas kasihan terhadap yang lebih muda dan menghormati orang-orang yang lebih tua, melapangkan tempat duduk di dalam majlis-majlis perhimpunan, janganlah saudara mengintai-intai, mengumpat-umpat dan menceroboh. Saudara hendaklah meminta izin terlebih dahulu sebelum memasuki ke satu-satu tempat dan ketika hendak mengundurkan diri daripadanya.


14.Saudara hendaklah boleh membaca dan menulis dengan baik dan sentiasa banyak mengulang-kaji risalah-risalah Ikhwanul Muslimin seperti akhbar-akhbar, majalah dan seumpamanya yang diterbitkan oleh mereka. Seboleh-bolehnya saudara hendaklah memiliki kutub khanah (perpustakaan) sendiri walaupun kecil. Dengan ini saudara pula hendaklah mendalamkan ilmu pengetahuan dan kepandaian saudara. Jika saudara termasuk dalam golongan yang mempunyai pengkhususan berkenaan urusan-urusan dalam bidang tertentu, saudara hendaklah mempunyai pengalaman berkenaan urusan-urusan keIslaman sekadar yang membolehkan saudara melihat dan menghukumnya supaya selari dengan tuntutan-tuntutan fikrah perjuangan kita.


15.Saudara hendaklah membuat sesuatu pekerjaan ekonomi sekalipun saudara sudah kaya-raya dan hendaklah saudara memilih dan membuat apa jua pekerjaan yang bebas sekalipun kecil. Ceburkanlah diri saudara ke dalam bidang berkenaan walau apa juga kedudukan ilmu pengetahuan yang ada pada saudara.


16.Janganlah saudara mencari-cari kerja di dalam jabatan-jabatan kerajaan malah saudara hendaklah memandang pekerjaan seperti itu sempit pintu rezekinya. Tetapi jangan pula saudara terus menolak apabila datang peluang pekerjaan. Janganlah pula saudara lepaskan pekerjaan tersebut kecuali kalau ia benar-benar bertentangan dengan kewajipan-kewajipan dakwah kita.


17.Saudara hendaklah berjaga-jaga supaya dapat menunaikan tugas dan tanggungjawab saudara dengan penuh amanah tentang kelicinan dan kehalusan pekerjaannya, jangan sekali-sekali anda menipu, malah saudara hendaklah menunaikan tugas tersebut tepat dengan mdan janjinya.



18.Saudara hendaklah menuntut hak-hak saudara dengan cara yang baik dan menunaikan hak-hak orang lain dengan sempurnatanpa perlu dituntut dantidak menangguh-nangguhkan.


19.Saudara hendaklah menjauhi permainan judi walau apapun jenisnya dan walau apapun tujuannya. Saudara juga hendaklah menjauhi sebarang cara penghasilan yang haram sekalipun memperolehi keuntungan dengan serta merta.



20.Saudara hendaklah menjauhi amalan riba dalam seluruh muamalat malah hendaklah saudara membersihkan diri sama sekali dari sebarang amalan riba.


21.Saudara hendaklah menggunakan harta kekayaan Umat Islam kepada jalan-jalan yang menggalakkan perusahaan dan institusi-institusi ekonomi Islam dan saudara hendaklah berjaga-jaga supaya jangan tercicir walaupun satu sen ke tangan pihak yang bukan Islam walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Janganlah saudara memakai dan memakan kecuali pakaian dan barang makanan yang dikeluarkan oleh negara Islam.


22.Saudara hendaklah menyumbangkan untuk dakwah kita dari harta saudara dan jangan lupa mengeluarkan zakat yang wajib malah hendaklah saudara menguntukkan sedikit daripada harta itu untuk menolong pengemis-pengemis dan orang-orang yang terputus rezeki sekalipun pendapatan saudara sangatlah kecil.


23.Saudara hendaklah menyimpan sebahagian dari wang pendapatan saudara untuk waktu-waktu kecemasan walaupun sedikit dan janganlah sekali-kali saudara terjerumus di dalam amalan-amalan membelanjakan wang dalam perkara-perkara yang tidak mustahak.


24.Saudara hendaklah berusaha sedaya upaya menghidupkan adat-adat yang bercorak Islam sebaliknya mematikan adat-adat asing dalam semua lapangan hidup. Di antara adat tersebut ialah cara-cara memberi hormat, bahasa, sejarah. Masa bercuti, makanan, minuman, cara-cara datang dan pergi, cara berduka, cara bersuka dan sebagainya. Dalam semua kebiasaan-kebiasaan itu saudara hendaklah beramal dengan sunnah Rasulullah s.a.w.


25.Saudara hendaklah pulaukan mahkamah tempatan dan sebarang proses kehakiman yang bukan Islam, kelab-kelab, akhbar-akhbar, perkumpulan-perkumpulan, sekolah-sekolah dan institusi-institusi yang menentang fikrah Islamiah. Pemulauan tersebut mestilah dilakukan secara bersungguh-sungguh.


26.Saudara hendaklah sentiasa merasai diri saudara berada di bawah pengawasan Allah s.w.t, mengingati hari akhirat dan bersedia untuk ke sana dan hendaklah saudara mempertingkatkan perjalanan hidup sehari-hari satu peringkat ke satu peringkat yang lebih tinggi dalam mendapatkan keredaan Allah dengan hemat dan keazaman yang kuat. Dekatkanlah diri saudara kepada Allah s.w.t dengan cara mengerjakan ibadat-ibadat sunat seperti sembahyang tahajud (di waktu malam), berpuasa sekurang-kurangnya tiga hari setiap bulan, memperbanyakkan zikir di dalam hati dan lidah dan berdoa dengan doa-doa yang ma'thur dalam setiap keadaan.


27.Saudara hendaklah melakukan dengan baik apabila bersuci (iaitu berwuduk dengan cara menyempurnakan segala syarat dan rukunnya) dan hendaklah saudara sentiasa berada di dalam keadaan berwuduk.


28.Saudara hendaklah mengerjakan sembahyang dengan cara yang betul (iaitu menyempurnakan syarat dan rukun-rukunnya) dan menunaikannya pada waktu-waktunya dengan mengutamakan sembahyang berjemaah dan sembahyang di masjid seboleh yang mungkin.


29.Saudara hendaklah berpuasa pada bulan Ramadan dan menunaikan Haji ke Baitullah apabila saudara berkemampuan pergi ke sana dan jika sekiranya saudara belum mampu hendaklah membuat persediaan untuknya mulai sekarang.


30.Saudara hendaklah sentiasa berada di dalam keadaan niat berjihad dan bercita-cita untuk mati syahid serta melakukan persediaan sedaya-upaya untuk berjihad dan mati bersama-sama dengan para syuhada'.


31.Saudara hendaklah sentiasa memperbaharui taubat dan memohon keampunan, menjauhkan diri dari dosa-dosa besar. Saudara hendaklah memperuntukkan masa selama satu jam sebelum tidur untuk menghisab diri saudara tentang kebaikan-kenaikan dan kejahatan-kejahatan yang telah saudara lakukan. Saudara hendaklah menjaga masa kerana masa itu adalah kehidupan. Oleh itu janganlah saudara membazirkan masa itu walaupun sedikit kepada perkara-perkara yang tidak memberi faedah dan hendaklah saudara menjauhkan diri dari perkara-perkara yang syubahat dan samar-samar hukumnya supaya saudara tidak terjatuh ke dalam perkara-perkara yang haram.


32.Saudara hendaklah bersungguh-sungguh melawan hawa nafsu saudara sehingga mudah saudara mengendalikannys. Saudara mestilah menjaga penglihatan saudara (dari benda-benda atau tempat-tempat yang haram) dan kuasailah desakan-desakan naluri saudara dengan cara mengarahkannya kepada perkara-perkara yang halal lagi baik dan elakkanlah diri dari sesuatu yang haram walau apapun bentuknya.


33.Saudara hendaklah menjauhkan diri sama sekali dari arak, minuman-minuman yang memabukkan dan minuman-minuman yang melemahkan kesihatan badan atau minuman yang seumpamanya.


34.Saudara hendaklah menjauhkan diri dari berdampingan dengan rakan-rakan yang jahat, kawan-kawan yang rosak dan segala tempat berlakunya maksiat dan dosa.


35.Saudara hendaklah memerangi tempat-tempat permainan yang keji apatah lagi menghampirinya malah saudara juga menjauhkan diri dari cara hidup yang bermewah-mewahan dan bersenang-lenang.


36.Saudara hendaklah mengenali anggota-anggota pasukan saudara demi seorang dengan sebenar-benar pengenalan. Di samping itu saudara juga memperkenalkan diri saudara kepada mereka sama seperti saudara mengenali mereka dengan cara menunaikan dengan sempurna hak-hak persaudaraan seperti kasih-sayang, menghargai, memberi pertolongan, mengutamakan diri mereka dan menghadiri majlis-majlis mereka, janganlah saudara ketinggalan dari menghadirinya kecuali keuzuran yang tidak dapat dielakkan. Saudara hendaklah sentiasa membuktikan bahawa saudara benar-benar mengutamakan diri mereka dari diri saudara sendiri.


37.Saudara hendaklah melepaskan diri daripada berhubung dengan sebarang badan atau kumpulan yang tidak memberi faedah kepada fikrah perjuangan saudara terutama jika saudara disuruh berbuat demikian dengan kumpulan seperti itu.


38.Saudara hendaklah bekerja untuk menyiarkan dakwah saudara di segenap ceruk rantau dan saudara hendaklah melaporkan kepada pucuk pimpinan tentang keadaan suasana yang mengelilingi saudara dan janganlah saudara melakukan sesuatu kerja yang menjejaskan dasar-dasar seruan kita melainkan dengan mendapat keizinan terlebih dahulu (dari pucuk pimpinan). Dalam melakukan kerja sedemikian, saudara hendaklah mempunyai hubungan yang rapat dengan pucuk pimpinan, malah dari sudut jiwa dan amalan saudara hendaklah menganggap diri saudara adalah seorang perajurit yang sentiasa bersiap-sedia di khemahnya, hanya menunggu saat menerima perintah dan tindakan.

Jumaat, 10 Ogos 2007

>> ISLAM IMAN DAN EHSAN >>


Sebenarnya perkara yang berkenaan dengan Islam, Iman dan Ehsan bukanlah suatu perkara rekaan yang dicipta atau difikirkan oleh Nabi saw, tetapi ianya adalah datang dari langit yang dibawa oleh "Rasulul Amin" Jibril as. Ketika mana Nabi saw sedang duduk bersama dengan para sahabat, tiba-tiba muncul seorang yang bukan sahaja tidak dikenali, bahkan rupa pakaian dan penampilan lelaki tersebut amat memelikkan.Cerita ini ada dimuatkan di dalam hadis 40 yang sisusun oleh Imam Nawawi seperti berikut,

Daripada Umar ra berkata ketikamana kami sedang duduk bersama Rasulullah saw pada suatu hari, tiba-tiba muncul seorang lelaki yang memakai baju yang berwarna sangat putih dan rambutnya yang sangat hitam yang mana lelaki ini tidak nampak langsung tanda-tanda musafir dari raut wajahnya dan tiada seorang pun diantara kami yang mengenali beliau. Lalu lelaki tersebut duduk bersebelahan dengan Nabi saw dan merapatkan lututnya dengan lutut baginda saw . Beliau telah meletakkan tapak tangannya di atas peha Nabi saw seraya berkata, wahai Muhammad, tolong beritahu aku berkenaan dengan Islam. Lalu Nabi saw menjawab bahawa Islam itu ialah menyaksikan bahawa tiada yang disembah melainkan Allah swt dan Muhammad saw adalah pesuruhnya.Kemudian mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa dibulan ramadhan dan menunaikan haji sekiranya ada kemampuan. Lelaki itu pun berkata, kamu memang benar. Kami (para sahabat) merasa pelik kerana beliau yang bertanya dan beliau juga yang membenarkannya.

Lalu lelaki itu bertanya lagi, tolong beritahu aku berkenaan dengan iman pula. Lalu Nabi saw menjawab, iman adalah percaya kepada Allah swt, para malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, percaya kepada hari akhirat dan percaya kepada takdir baik dan buruk. Lalu lelaki itu kemudian berkata, kamu memang benar. Lelaki itu meneruskan lagi pertanyaannya dan berkata tolong beritahu aku berkenaan dengan ehsan pula. Nabi saw menjawab, ehsan ialah kamu beribadat memperhambakan diri kepada Allah swt seolah-olah kamu melihatNya dan sekiranya kamu tidak mampu melihatNya ( kerana memang kamu tidak mampu untuk melihatnya), sesungguhnya Dia sentiasa melihat dan memerhatikan kamu.

Selepas tamat sesi soal jawab ini, lelaki tersebut pun beredar. Selang beberapa hari selepas itu, perawi hadis ini iaitu Umar ra datang berjumpa dengan Nabi saw. Lalu Nabi saw menyapa beliau dengan berkata, wahai Umar, adakah kamu tahu siapakah yang bertanya pada hari itu? Umar ra menjawab, Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui. Nabi saw menerangkan kepada Umar bahwasanya yang datang pada hari itu ialah Jibril as bertujuan untuk mengajarkan kamu berkenaan dengan agamamu.

Ramai di antara kita yang mampu menghafal hadis ini dengan baik terutamanya bekenaan dengan rukun Islam dan rukun Iman yang terkandung di dalam hadis ini. Tetapi tidak ramai diantara kita yang mampu menghayati erti sebenar akan apa yang terkandung di dalam Ehsan.

Selasa, 24 Julai 2007

" hikmah sujud "




Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.

Antara hikmah sujud adalah

- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

- melegakan sakit hernia. (burut)

- melegakan paru-paru daripada ketegangan.

- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

- meringankan bahagian pelvis.

- memberi dorongan supaya mudah tidur.

- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.

- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.

- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

- mengurangkan kegemukan.

- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut(convulsions).

- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula,
sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.
Tujuh kalimat
Sabda Rasulullah S.A.W " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia dipandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "
1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya , mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa

Isnin, 23 Julai 2007

<< aduhai bangsaku >>


Di mana boleh cari ramai Melayu ?

Pastinya di Kelantan dan Terengganu

Dan juga di pasar malam dan pasar minggu

Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu

Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu

Di Sungai Buloh, pusat pemuilihan, tak kurang juga di Pudu

Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu

Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu

Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan chandu

Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru

Terkinja-kinja best giler menari macam hantu


Apa hobi orang Melayu?


Terkenal dengan budaya malas dan lesu

Berlepak buang masa tak jemu-jemu

Atau baca majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu

Berpusu-pusu pergi tengok pameran hantu

Sambil makan junk food, kuaci dan muruku

Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru

Apa pakaian Siti nak pakai itu yang nak tahu

Mana tak gendut dan berpenyakit selalu

Kalau nak berlagak melayu masih nombor satu

Asal bergaya sanggup makan megi dan tofu

Boleh tak jumpa mereka di kedai buku?
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu

Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu

Ada tapi kurang sangat mereka di situ


Kenapa melayu jadi begitu?


Nak salahkan siapa ibubapa atau guru

Pemimpin negara atau raja dulu-dulu

Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu

Nak harap Kerajaan saja membantu

Terutama sekali kontraktor kelas satu

Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu

pasal jambatan senggek atau siapa dia penghulu

Dan suka sangat dengan budaya ampu mengampu

Sampai bila kita nak tunggu?
Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju

Boleh! dengan beberapa syarat tertentu


Pertama dengan banyak menguasai ilmu

Kata nabi ikutlah Quran dan sunnah ku

AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dahulu

tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu

Khamis, 19 Julai 2007

^^ Waktu itu ialah kehidupan ^^


Wahai anakku yang tercinta!

Sebahagian dari nasihat Rasulullah صلي الله عليه وسلم kepada umatnya, ialah:

علامة إعراض الله تعلى عن العبد, اشتغاله بمالايعنيه, وإن امرأذهبت ساعة من عمره, في غيرماخلق له من العبادة , لجدير أن تطول عليه حسرته, ومن جاور الأربعين ولم يغلب خيره على شره فليتجهزإلى النار

Ertinya: “Adalah dikira tanda berpalingnya Allah daripada seseorang hamba apabila ia selalu mengerjakan perkara yang tidak berfaedah (membuang-buang waktu kepada barang yang tidak berguna) Dan seandainya ada satu saat sahaja daripada umurnya yang telah digunakannya pada barang yang bukan tujuan hidupnya (iaitu beribadah kepada Allah) maka layaklah bahawa akan panjang penyesalannya (pada hari qiamat kelak) dan siapa yang umurnya lebih daripada empatpuluh (40) tahun sedangkan kebaikannya masih belum dapat mengalahkan kejahatannya maka baiklah ia mempersiapkan dirinya untuk memasuki neraka.”


Sebenarnya sekadar ini sudah cukup untuk menjadi nasihat kepada semua orang yang berilmu.

Isnin, 16 Julai 2007

^^ isra' &mikraj ^^


Isra’ dan Mikraj : Kembara Seorang Pejuang.


Lebih kurang dua minggu lagi , ummat Islam di seluruh dunia akan menyambut ulangtahun peristiwa Isra’ dan Mikraj.
Isra’ dan Mikraj adalah merupakan satu mukjizat pengembaraan seorang Insan bertaraf Rasul untuk mengadap Tuhannya Qadhi Rabbul Jalil .
Ulama’ berbeza pendapat dalam menentukan tarikh tepat berlakunya peristiwa agung ini. Al Imam An Nawawi dan Al Qurtubi mentarjihkan pandangan yang meletakkan tahun kelima An Nubuwwah sebagai tahun berlakunya Isra’ dan Mikraj.
Sementara pandangan yang menyebut bahawa Isra’ dan Mikraj berlaku pada tanggal 27 Rejab tahun kesepuluh An Nubuwwah pula ditarjih oleh Al A’llaamah Asy Syeikh Mansur Puri .
و الله أعلم بالصواب

Apa yang menarik , ( menurut pandangan yang kedua ) peristiwa Isra’ dan Mikraj ini berlaku pada tahun yang dikenali sebagai tahun dukacita . ( عام الحزن)


Tahun Dukacita ( عام الحزن )
Ada 3 peristiwa penting yang mengheret Baginda Rasul saw. ke kancah rasa dukacita yang sangat mencengkam jiwa dan perasaan.
Kewafatan Saidatina Khadijah Rha. Kematian Abu Talib. Peningkatan kadar tekanan dan ancaman.

Kewafatan Saidatina Khadijah Rha.
Seorang tokoh yang sangat penting dalam hidup baginda saw. Bukan sahaja sebagai seorang Isteri tetapi juga sebagai individu yang bertanggungjawab membiayai perjuangan Baginda saw.
Khadijah Rha. adalah orang yang pertama beriman kepada Allah dan RasulNya saw. di saat orang lain kufur kepadanya , yang menghulurkan seluruh hartanya disaat orang lain memboikot perjuangan Rasulullah saw. , yang menenangkan perasaan baginda saw. di saat orang lain menyakitinya.
Tokoh yang disegani oleh seluruh penduduk Quraisy justeru beliau adalah seorang tokoh hartawan terkemuka di kalangan mereka. Pastinya pemergian Saidatina Khadijah Rha. sangat dirasai oleh Baginda saw.


Kematian Abu Talib .
Tidak syak , sejarah sangat menyedari kehadhiran Abu Talib yang bertanggungjawab menjaga dan memelihara Nabi saw. sejak kewafatan datuknya , Abdul Muttalib .
Bahkan Abu Talib selaku bapa saudaranya turut memainkan peranan penting dalam melindungi Rasulullah saw. sepanjang detik – detik cemas dan getir berhadapan dengan ancaman dan ugutan kuffar Quraisy.
Namun tokoh besar ini juga dimatikan wataknya di awal kisah perjuangan baginda Rasul saw. sementelah pula , matinya Abu Talib tanpa Iman . ( menurut pandangan Ahli Sunnah wal Jamaah .)
Tentu sahaja , kehilangan watak Abu Talib yang terlalu banyak jasanya terhadap Rasulullah saw. tanpa sempat beriman , sangat memilukan perasaan baginda saw.
Peningkatan Ancaman Musuh .
Sering kali perancangan kuffar Quraisy untuk memerangkap dan menyakiti Rasulullah saw. tergendala ekoran kehadhiran 2 tokoh besar dan terbilang dalam hidup Baginda Rasul saw.
Sejurus kedua – dua tokoh tersebut meninggal dunia , ianya menjadi kesempatan terbaik buat kuffar Quraisy untuk melipat gandakan tekanan dan asakan mereka kearah perjuangan yang didokong oleh Rasulullah saw.
Penentangan yang dihadapi oleh Rasulullah saw itu adalah penentangan yang dilakukan oleh kaum kerabat dan sanak saudara baginda saw. sendiri. Pastinya fenomena ini menghiris perasaan Baginda saw. , sedang sebelumnya masyarakat Quraisy sangat mengenali keperibadian Baginda saw. sebagai insan al Amin .
Percubaan Baginda saw. menembusi benteng daerah sendiri.
Memandangkan Islam agama yang benar , di tolak mentah – mentah oleh mereka yang berada di dalam “UPU” dan “DUN” baginda saw. sendiri , Baginda saw. mengambil langkah membawa Islam ini ke Taif dengan harapan penduduk Taif boleh menerima Islam jika ianya di tolak oleh penduduk Makkah.
Ternyata , SB Makkah lebih cepat bertindak dengan melaporkan pemergian Nabi saw. ke Taif kepada pembesar – pembesar Taif. Laporan negative dan tidak benar yang dibawa itu , membuatkan pembesar Taif “menyambut” kedatangan Nabi saw. dengan batu dan kata nista yang dilemparkan kearah baginda saw. oleh pemuda – pemuda tahan lasak yang telah diupah .
Munajat Baginda saw.
Baginda saw. terpaksa pulang kembali ke Kota Makkah setelah mendapat bantahan sengit dari pembesar dan penduduk Taif. Kecederaan yang dialami oleh Baginda saw. menambah penderitaan dan kesengsaraan yang rasai dalam memimpin perjuangan suci ini.
Pertengahan jalan , Baginda Rasul saw. berhenti rehat buat seketika di sebuah kebun milik Utbah dan Syaibah bin Rabiia’h. Rasulullah saw. menadah tangan lantas bermunajat dengan hati baginda yang hiba .[1]


اللهم إليك أشكو ضعف قوتي و قلة حيلتي و هواني على الناس يا أرحم الراحمين أنت رب المستضعفين و أنت ربي . إلى من تكلني ؟ إلي بعيد يتجهمني ؟ أم إلى عدو ملكته أمري ؟ إن لم يكن بك علي غضب فلا أبالي و لكن عافيتك هي أوسع لي . أعوذ بنور وجهك الذي أشرقت له الظلمات.
Ya Allah , kepadaMu aku mengadu betapa lemahnya kekuatanku dan betapa sedikitnya helah upayaku dan betapa hinanya aku pada pandangan manusia. Wahai Tuhan yang maha Penyayang mengatasi segala yang menyayangi ,
Engkaulah tuhan orang – orang yang lemah dan Engkaulah tuhanku. Kepada siapakah Engkau serahkan diriku ini ?
kepada orang jauh yang senantiasa memerangiku atau kepada musuh yang mahu menangkapku ? Jika tiada kemurkaanMu terhadap diriku ini , nescaya aku tidak peduli ( akan ku teruskan perjuangan ini )
Akan tetapi naungan kesejahteraanMu terlebih aku harapkan. Aku berlindung dengan cahaya keredhaanMu yang telah menerangi kegelapan.


Al Marhum Syeikhuna Sya’rawi al Mutawwalli pernah menyebut , bahawa doa ini telah didengar dan dijawab oleh Allah swt. ketika beliau menafsirkan ayat pertama dari surah Al Isra’ :[2]
إنه هو السميع البصير
Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Melihat.
Ada riwayat menyebut bagaimana Allah menghantar Malaikat yang menjaga bukit datang mengadap Nabi saw. untuk memohon izin bagi menghempaskan Bukit Taif ke atas seluruh penduduknya yang telah menyakitkan Rasulullah saw. Namun Nabi saw. tegas menjawab :
و الله بل أرجوا أن أخرج من أصلابهم من يعبد الله وحدة .
Demi Allah , bahkan apa yang aku harapkan ialah bakal lahir dari sulbi – sulbi mereka , generasi yang mengabdikan diri kepada Allah tuhan yang Esa.
Demikianlah jauhnya pandangan dakwah Nabi saw. demi masa depan agama suci ini. Ternyata kebangkitan generasi muda telah mewarnai perjuangan Islam yang telah diasaskan oleh Rasulullah saw. ini . Sabda Rasulullah saw :
أوصيكم بالشباب خيرا . فإنهم أرق أفئدة لقد بعثني الله بالحنيفية السمحة فحالفني الشباب و خالفني الشيوخ .
Aku ingatkan kamu mengenai pemuda agar diperlakukan dengan sebaiknya. Sesungguhnya mereka memiliki jiwa yang mudah dibentuk. Sesungguhnya Allah telah membangkitkan aku dengan agama yang benar maka pemuda telah membantuku sementara yang tua sering menyanggahiku.


Perjuangan diselubungi Nusrah.
Saat menanggung rasa penuh dukacita , menghadapi segala musibah yang menimpa dan karenah golongan kuffar , Nabi saw. diundang oleh Allah swt. untuk naik mengadapnya guna dipamerkan kepada baginda saw. tanda – tanda keagongan Allah swt.
سبحن الذي أسرى بعبده ليلا من المسجد الحرام إلى المسجد الأقصا الذي بركنا حوله لنريه من ءاياتنا إنه هو السميع البصير .
Maha suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.
Surah Al Israa’ : 1


Tanda – tanda keagongan Allah swt. justeru satu bukti bahawa Allah swt. adalah Tuhan yang maha Perkasa lagi Gagah . Tiada tolok bandingnya . Tiada siapa yang mampu mengalahkannya. Itulah Allah swt. yang senantiasa menaungi perjuangan Islam ini.
Maka tiada apa lagi yang mengembirakan Nabi saw. setelah menghadapi segala penderitaan dan kesengsaraan di pentas perjuangan , melainkan baginda saw. melihat sendiri bagaimana keagongan Ilahi .


Ianya menjadi Nusrah ( pertolongan ) buat Nabi saw. dan juga kepada mereka yang menjejaki Manhaj an Nabawi ini .
Biarpun musuh sering menguasai keadaan dan pula senantiasa mempunyai kesempatan untuk menyakiti perasaan dan tubuh badan pejuang – pejuang Islam , Allah pasti sahaja tidak akan mensia – siakan mereka .
Menghayati tanda keagongan Allah swt. menjadikan pejuang Islam beroleh keyakinan bahawa perjuangan Islam ini bersandarkan satu kekuatan yang tidak mungkin dapat ditewaskan .
Fenomena inilah membuatkan Nabi saw. dan seluruh pejuang Islam di sepanjang zaman tidak lagi berasa gentar terhadap ancaman musuh , biar setinggi mana kuasa mereka , selebar mana pengaruh mereka dan sebanyak mana dana mereka , ternyata mereka teramat kerdil dan hina di sisi Allah swt.


Firman Allah swt :
و لا تهنوا في ابتغاء القوم إن تكونوا تألمون فإنهم يألمون كما تألمون و ترجون من الله ما لا يرجون .
Dan janganlah kamu berasa hina menghadapi golongan itu ( musuh kamu ) , jika kamu berasa sakit , sesungguhnya mereka juga berasa sakit sebagaimana kamu berasa sakit . sedang kamu mengharapkan ( redho ) Allah , suatu yang tidak diharapkan oleh mereka .


[1] Rujuk Sirah An Nabawiyyah Ibnu Hisyam . Hal. 48 . Juz kedua. Cetakan DarulJiil Beirut. [2] Saya masih ingat ketika mendengar ceramah Isra’ dan Mikraj yang disampaikan oleh Asy Syeikh Al Marhum Sya’rawi al Mutawwalli di Mesir satu ketika dahulu.
posted by Us.Hj. Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi

>> Bulan Rejab <<


Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya,

Sya'aban dengan malam NISFUnya

Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.
(Dalam Kitab Raudhoh Imam Nawawi)