Khamis, 30 Disember 2010

ISTIKHARAH..BANTULAH HAMBA-MU YA ALLAH..

Doa Istikharah bererti:
Memohon semoga Allah menunjukkan keputusan yang terbaik untuk dilaksanakan.


Kata Jabir bin Abdullah: Rasulullah s.a.w. mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan seperti baginda mengajar kami satu surah dari Al-Quran, sabdanya: "Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat, kemudian bacalah doa ini:



"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".

(sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).

Isnin, 27 Disember 2010

BEKERJALAH,BERMUNAJAT&BERDOA...

Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang Maha berkuasa, kami bersyukur kehadrat-Mu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha ke arah memperkukuhkan umat Islam khususnya di Malaysia sebagai negara yang maju, sejahtera dan berkebajikan menurut acuan Islam.

Justeru kami pohon kehadrat-Mu ya Allah, tanamkanlah sifat jihad kepada kami, tetapkanlah iman kami, tingkatkanlah amal kami, kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat, suburkanlah jiwa kami dengan budi pekerti yang mulia, kembalikanlah generasi muda kami ke jalan yang Engkau redhai, lindungilah kami daripada ujian-Mu yang berat seperti banjir besar, kemarau panjang, wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan lain-lain, supaya dengan demikian, negara kami dan Umat Islam seluruh dunia akan sentiasa bertambah makmur dan berkat.

Rabu, 10 November 2010

.: Nasihatku :.



ASSALAMUALAIKUM..
buat sahabat2ku yg dikasihi..suka saya mengulagi beberapa nasihat yg pernah saya kongsikan bersama anak murid&rakan2 sekalian sepanjang berada di Mesir
(ada yg datang ke rumah sewa saya,ada yg berjumpa di jami'&ada yg jumpa melalui FB):

1)Hadir ke Kuliah..Ambillah ilmu seberapa bayak daripada masyaikh al-Azhar&sahabat2 yg boleh dijadikan rakan syudy

2)Tempoh 3-4 thn di Mesir adalah amat singkat, jadi..jgn kerap pulang bercuti di Malaysia, sebaliknya gunakan wkt cuti utk bertalaqi al-Quran &Hadis.ambillah sanad2 al-quran&hadis.

3)Persatuan jgn diabaikan..ilmu bepersatuan akan menjadikan kita,tidak mementingkan diri sendiri.pengalaman saya,bila banyak masa kita membantu kawan2 melalui persatuan,Allah akn memudahkan byk urusan kita!

4)YANG LEBIH PENTING..pulang ke Malaysia nanti,jadilah Ulama' yg bekerja utk Islam! menjadi jurubicara ummah,bukan diam membisu wkt diperlukan..menjadi penerang kepada ummah,bukan penyerang!

5)Pulanglah sebagai peyelamat kepada ummat..mereka telah lama menunggu kepulangan antum semua.

wassalam..

Sabtu, 23 Oktober 2010

.: BERMUSAFIRLAH ;.





melihat kebesaran Allah..


moga timbul rasa syukur..lahir ke dunia sbg insan yg sempurna kejadiannya..
punyai akal yg waras,
dapat membezakan mana yg baik,mana yg buruk,

mana yg benar,mana yg salah..mana yg palsu,mana yg tulen..
ditambah lagi dengan rasa insaf diri,
betapa kerdilnya diri kita ini..

tak mampu melakukan apa2 pekerjaan kecuali dengan izin DIA,
Yang Maha Berkuasa
!!الله أكبر
2

Rabu, 20 Oktober 2010

rintihan doa seorang imam..



يا الله يا رحمن يا رحيم

Jadikanlah masjid ini sebagai tempat kami mendapat petunjuk dan bimbingan dalam mencapai keredhaan-Mu, kekalkanlah kami di atas kebenaran dengan petunjuk al-Quran,

يا الله يا أكرم الأكرمين

Jadikanlah masjid ini hidup dengan amalan-amalan ibadah, amalan dakwah, amalan taklim dan taklum dan amalan khidmat. Berikanlah kami kekuatan untuk mengerjakan amalan-amalan ini.

يا الله يادافع البلاء

Jauhilah masjid kami ini daripada segala macam maksiat dan fitnah dengan kehormatan al-Quran, jauhilah masjid ini daripada segala unsur negatif dari diri kami, dari dalam dan luar yang menyebabkan hilang keberkatannya. Jauhilah masjid ini daripada segala kejahatan yang tidak kami ketahui, jauhilah kami dan ahli-ahli jemaah masjid ini daripada sifat-sifat yang boleh merosakan kesucian rumah-Mu ini, merugikan masa depan kami dan agama kami.

يا الله يا أ رحم الراحمين

Kurniakanlah kami dengan rahmat dan kasih sayang-Mu, sesungguhnya kami hamba-Mu yang lemah, menadah tangan memohon diberi kekuatan untuk istiqamah dalam amalan menghidupkan dan mengimarahkan rumah-Mu ini. Kepada pihak yang banyak menyumbang dan membantu kerja-kerja menghidupkan rumah-Mu ini, semoga Engkau kurniakan mereka dengan kemuliaan sifat pemurah, suka membantu dan mengasihi kami dan rumah-Mu ini.

يا الله يا واسع المغفره

Ampunilah dosa-dosa kami dan kedua ibu-bapa kami, sahabat-sahabat kami, ahli jemaah masjid ini, guru-guru kami, orang-orang yang membantu kami dan seluruh muslimin

dan muslimat samada yang masih hidup mahupun yang telah mati.

amin ya rabbal a'lamin..

Haji Mohd Zainudin Bin Zakaria al-Hafiz

20/10/2010@kaherah 7.20 am



Jumaat, 15 Oktober 2010

SOLAT..walau di mana kamu berada



Oleh:Yussamir Yusof Aljohori
20 Syawal 1428H
Cyberjaya
http://www.yussamir.com

“Macam mana nak solat kalau kita berada dalam kapal terbang nanti ek?” “Ala..buat jamak dan qasar je la”Jawab si A.
“Waktu lain boleh la,tapi kalau waktu subuh macam mana?”

Dialog ini selalu kita dengar,namun tidak ramai yang mengambil berat akan hal ini.Kebiasaannya jawapan yang muncul ialah “Kita Qada’ je solat tu”.Jawapan itu kadangkala bukan hanya muncul dari orang biasa,tetapi ia juga keluar dari mereka yang di anggap alim oleh masyarakat awam.Sepatutnya hal ini tidak boleh terjadi dewasa ini.Membicarakan hal ehwal agama bukanlah semudah membiacarakannya di warung-warung kopi.Tetapi ia memerlukan Ilmu,penelitian,pertimbangan dan keberhatian.Melihat akan bermudah-mudahnya manusia dalam membicarakan hal agama terutama mengenai hukum-hakam,membuatkan penulis insaf dan malu kepada Allah.

Hal ini tidak pernah terjadi pada zaman para sahabat dan juga pada zaman kegemilangan tamadun Islam suatu ketika dahulu.Ketika itu,sesuatu hukum yang ingin dihebahkan akan dikaji dan diteliti dalam-dalam berdasarkan Al-Quran dan Sunnah.Semua ini dilakukan oleh kerana takutnya mereka akan ancaman Allah keatas mereka yang membicarakan sesuatu tanpa pengetauan.

Hal ini dinyatkan oleh Allah dalam Surah Al-A’araf:

“Dan mengharamkan mengada-ada terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui”

Ibnu Sirin pernah mengatakan bahawa “mati itu lebih baik daripada mengatakan sesuatu yang dia tidak ketahui”.Selain daripada Ibnu Sirin,seorang sahabat besar Nabi iaitu Saidina Abu Bakar juga pernah mengatakan “Langit manakah yang akan menaungiku dan bumi manakah yang menampungiku,jika aku mengatakan sesuatu yang tidak aku ketahui”.Oleh itu,penulis berharap,kita semua dapat mencontohi sikap mereka yang sangat berhati-hati dalam mengeluarkan sesuatu hukum.

Untuk menjawab persoalan dialog diatas,penulis membahagikannya kepada 3 bahagian.Pembahagian ini akan memudahkan pembaca menteliti dan menilai hujah-hujah yang akan dikemukan.Setiap hujah akan disertakan dengan dalil dari Quran dan Sunnah.Selain daripada itu,setiap hujah juga akan disertakan rujukan di bahagian nota kaki.Semua ini dilaksanakan agar para pembaca dapat mengkajinya secara lanjut.

Bahagian pertama:Hukum menghadap kiblat didalam pesawat.

Telah sepakat bahawa menghadap kiblat adalah perkara wajib apabila ingin menunaikan solat fardhu yang lima.Ini telah dinyatakan Allah didalam Surah Baqarah:149-150 yang bermaksud:

Dan dari mana saja kamu keluar (datang), maka palingkanlah wajahmu ke arah Masjidil Haram, sesungguhnya ketentuan itu benar-benar sesuatu yang hak dari Tuhanmu. Dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang kamu kerjakan. Dan dari mana saja kamu (keluar), maka palingkanlah wajahmu ke arah Masjidil Haram. Dan dimana saja kamu (sekalian) berada, maka palingkanlah wajahmu ke arahnya, agar tidak ada hujjah bagi manusia atas kamu, kecuali orang-orang yang zalim diantara mereka. Maka janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku (saja). Dan agar Ku-sempurnakan nikmat-Ku atasmu, dan supaya kamu mendapat petunjuk.

Selain daripada itu,hujah ini diperkuatkan lagi dengan Sabda Nabi yang bermaksud:

Baitullah ialah qiblat bagi penduduk (yang berada sekitar) Masjidil Haram, dan Masjidil Haram ialah qiblat bagi penduduk (yang berada sekitar) tanah suci Mekah, sedangkan tanah suci merupakan qiblat bagi penduduk bumi dari umatku baik yang ada di sebelah timur mahupun di sebelah barat[1].

Berdasarkan hadis diatas,Syeikh Dr Wahbah Zuhaili menafsirkan bahawa “Menghadap kiblat dengan tepat adalah wajib bagi mereka yang berada disekitar Masjidil Haram.Manakala bagi mereka yang jauh dari Makkah,memadailah menghadap ke arah Makkah sebagai menetapi syarat hukum[2].

Mencari arah kiblat adalah suatu kewajiban bagi mereka yang mahu mendirikan solat.Pelbagai cara dan kaedah boleh dilakukan bagi menentukan arah kiblat dewasa ini. ‘Tidak tahu’ bukan lagi alasan kukuh bagi kita pada zaman kini.Teknologi satelit,kompas dan sebagainya memungkinkan kita untuk mengetahuinya dengan mudah.Oleh itu,tidak sah solatnya jika seseorang solat tanpa menghadap kiblat dengan alasan tidak tahu!Hal ini tidak dipandang sebagai keuzuran tetapi dipandang sebagai suatu hal yang mempermainkan agama.Sebagai seorang Muslim,menyediakan peralatan untuk solat adalah perkara utama yang perlu difikirkan apabila ingin bermusafir.Ini semua untuk mengelakkan kita dipertanggungjawab di Akhirat nanti.

Namun jika semua usaha telah dilakukan masih gagal untuk menentukan arah kiblat terutama didalam pesawat,maka dibenarkan untuk mengangarkan arah kiblat setepat mungkin.Hujah ini berdasarkan hadis di bawah yang bermaksud:

Jabir bin Abdillah radiallahu-anhu menerangkan: Kami pernah solat di satu malam yang mendung dan kami tidak mengetahui arah qiblat. Tatkala kami selesai solat kami perhatikan bahawa kami (sebenarnya) solat bukan menghadap ke arah qiblat. Lalu kami sampaikan hal ini kepada Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam lalu beliau berkata: Kamu telah melakukan yang terbaik. Seterusnya Jabir berkata: Dan beliau tidak menyuruh kami mengulanginya[3]

Berdasarkan kepada hadis diatas,para Fuqaha telah bersepakat bahawa solat tetap wajib dilaksanakan walaupun tidak menghadap kiblat.Walaubagiamanapun,status hadis diatas dinilai tidak sahih oleh Imam Shafie ,dan menurut Mazhab shafie wajib untuk mengulangi solat tersebut setelah mengetahui arah kiblat[4].Setelah mengetahui hadis diatas dinilai Tidak Sahih oleh Imam Shafie,penulis cuba membuat beberapa semakan dalam beberapa pendapat yang lain.Akhirnya penulis mendapati bahawa mujtahid mutakhirin mendapati bahawa hadis diatas adalah sahih kerana terdapat banyak sumber serta jalan periwayatannya.Hadis-hadis yang dijumpai juga saling kuat-menguat antara satu sama lain,sehingga menjadikannya bertaraf sahih[5].Imam Syaukani dan Imam Shana’ni juga menilainya sahih dalam Nailul Authar dan subus-salam.

Bahagian dua:Semampu yang mungkin.

Hal ini sering terjadi kepada mereka yang berada di dalam pesawat.Dengan keadaan pesawat yang sempit(Kecualilah kapal terbang yang bersaiz besar seperti Airbus A380),anak-anak kapal yang sibuk menjalankan tugas dan pelbagai lagi tidak memungkinkan seseorang itu untuk mendapat ruang untuk solat.Apa yang boleh dilakukan adalah hanya duduk dikerusi.Dalam hal ini penulis tidak menemui jalan yang mudah. Dr Ahmad As-Syarbaasi iaitu Tokoh Feqh dari Universiti Al-Azhar menegaskan bahawa seseorang itu wajib berusaha untuk solat sesempurna yang mungkin(iaitu,berdiri,ruku’ dan sujud dilakukan secara sempurna).Malahan kata beliau,jika pesawat itu bergerak ke arah lain maka orang yang bersolat itu juga perlu menukar arah kiblatnya.

Namun jika tidak diketahui kearah mana pesawat bergerak maka dibolehkan untuk tetap pada arah asal.Ketegasan Dr Ahmad ini bersandarkan kepada maksud hadis:

Apa yang aku tegah kamu darinya maka hendaklah kamu menjauhinya dan apa yang aku perintahkan kamu dengannya maka hendaklah kamu mengerjakannya sekuat mampu[6].

Menurut Dr. Syarbashi dalam huraian bab yang sama, solat seseorang itu adalah tetap sah dan tidak perlu diulangi kerana telah berusaha sekuat mampu untuk menghindari semua kesukaran yang wujud disamping niat yang ikhlas.

Bahagian ketiga:Solat dengan cara duduk?

Solat secara duduk adalah salah satu kemudahan yang disediakan Islam kepada penganutnya.Ini juga membuktikan kepada penganut agama lain bahawa,umat Islam boleh melaksanakan ibadahnya walaubagaimanapun keadaan seseorang itu.Pada asalnya solat itu diwajibkan dilaksanakan dengan berdiri tegak.Ini bersandarkan kepada Firman Allah yang bermaksud:

Peliharalah semua shalat(mu), dan (peliharalah) shalat gusta.Berdirilah untuk Allah (dalam shalatmu) dengan khusyu'[7]

Namun begitu,terdapat beberapa sebab yang membolehkan seseorang itu solat tanpa berdiri.Antara sebab yang dibenarkan seperti yang dijelaskan dalam hadis adalah;Sakit sehingga tidak membolehkan seseorang itu berdiri,kesukaran dan dalam keadaan berbahaya.

Bagi seseorang yang sakit sehinggakan tidak mampu,dia dibenarkan solat secara duduk ataupun semampu yang dia boleh.Ini bertepatan dengan sabda Nabi yang bermaksud:

Solatlah dengan berdiri,kalau tidak mampu maka duduklah,kalau masih juga tidak mampu maka berbaringlah dengan posisi miring.[8]

Menurut Saiditina Aisyah,isteri Nabi Muhammad,cara duduk yang dilakukan Nabi adalah dengan bersila.[9]Walaubagaimanapun,tidak mengapa jika seseorang itu tidak bersila,ikutlah sekadar mana yang mampu.Manakala bagi mereka yang mampu berdiri tetapi mempunyai masalah untuk rukuk dan sujud,maka memadailah melakukannya dengan Isyarat.Panduan ini diajarkan Nabi dalam satu hadis yang bermaksud:

Jika mampu bersujudlah di atas tanah,dan jika tidak mampu maka berisyaratlah dengan jelas atau jadikan sujudmu lebih rendah dari ruku’ mu.[10]


Ramai yang runsing berkenaan dengan kesempurnaan solat jika dilakukan selain dengan berdiri.Sebenarnya,solat secara duduk jika ada keuzuran diterima dan solat tersebut adalah sempurna[11].Namun,pahalanya kurang separuh daripada mereka yang solat dengan berdiri.Ini bertepatan dengan sabda Nabi yang bermaksud:

Pahala orang yang solat duduk separuh daripada mereka yang solat dengan berdiri[12]

Selain daripada sakit,kesukaran dan dalam keadaan bahaya juga diberi kelonggaran untuk melakukan solat dengan duduk.Kesukaran ini biasa dihadapi mereka yang berada dalam keadaan bergerak.Terutama dalam kapal terbang.Biasanya perkara yang dihadapi adalah,ruang yang sempit yang tidak mengizinkan solat dengan berdiri, dan pergerakan yang melampau sehinggakan sukar untuk berdiri.Dalil yang jelas membenarkan ia dilakukan adalah berdasarkan hadis Nabi yang bermaksud:

Seorang sahabat telah bertanya kepada Nabi “Bagaimanakah cara melakukan solat dalam perahu?” Kemudian Nabi bersabda: “bersolatlah dengan berdiri kecuali jika engkau takut tenggelam.[13]

Hadis diatas ini menjadi dalil bolehnya bersolat di atas kenderaan,tidak Kira apa jenis kenderaan sekalipun.Kerana ilat (tujuan hadis) bukanlah berkenaan hukum perahu tetapi ialah kebolehan pelaksanaan solatt di atas kenderaan.[14]

Kesukaran lain yang turut dinyatakan dalam hadis,ialah mengelakan diri dari hujan lebat.
Nabi pernah melaksanakan solat secara duduk di atas kenderaan dengan hanya sebab untuk mengelakkan diri daripada hujan lebat.Sabda Nabi yang bermaksud:

Ya’la bin Murah ra bersama Nabi dalam satu perjalanan,kemudian sampai di satu lembah.Ketika itu Nabi di atas kenderaan tunggangannya.Langit ketika itu mendung dan tanah sangat basah.Kemudian masuk waktu solat,Baginda memanggil muazin lalu muazin azan dan iqamah.Setelah itu,Nabi meneruskan solatnya di atas kenderaan dan bersolat secara berjamaah dengan para sahabat.Baginda memberi isyarat dimana sujudnya lebih rendah dari ruku’nya.[15]

Keadah perlaksaan solat fardhu diatas kapal terbang sama sahaja seperti solat di darat.Cumanya,ada kesukaran yang timbul maka ,kesempurnaan gerak solat itu juga berkurangan selari dengan kadar kesukaran yang dihadapi.Perlaksanaannya juga sama sahaja dengan kaedah solat bagi mereka yang sakit,seperti menudukkan kepala lebih sedikit ketika sujud,bagi membezakan sujud dengan ruku’.

Akhir sekali,penulis menyeru kepada semua agar bersikap adil dan benar dalam hal memilih keadah melaksanakan solat sama ada secara berdiri atau duduk.Tidak sah solat bagi mereka yang sengaja solat secara duduk tanpa ada keuzuran yang dibenarkan.Namun jika segala daya dan usaha telah dilakukan dengan bersungguh-sungguh,maka dirikanlah solat dengan semampu yang mungkin.Tidak perlu di Qhada’ ataupun diulanginya semula.

Firman Allah:

“(Allah) telah memudahkan untuk kamu apa-apa yang ada di langit dan apa-apa yang ada di bumi semuanya daripadaNya.” (al-Jatsiyah: 13)


Penulisan ini adalah hasil kajian dan pemahaman penulis, dan sebagai manusia, penulis tetap melakukan kesilapan. Jika terdapat pemahaman yang silap, maka tegurlah kesilapan itu. Jika pemahamanku silap, aku menariknya semula semasa hidupku atau sesudah matiku.[16]


[1] riwayat Imam al-Baihaqi, dikutip oleh Shaikh Manshur Ali Nashif dalam at-Taaj al-Jamii' lil-Usul fii Ahadith Rasul, 1/440 tidak dinyatakan status hadis..

[2] Prof. Dr. Wahbah Zuhaili - Fiqh dan Perundangan Islam

[3] hadith riwayat Imam Baihaqi dalam kitabnya Sunan al-Kubra, Imam asy-Shaukani dalam Nail-ul-Authar,

[4] Imam Shana’ni didalam kitab Subus-salam

[5] Hafiz Firdaus dalam bukunya Panduan ibadah dalam musafir penerbangan.

[6] diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim

[7] Surah Al-baqarah:238

[8] Hadis direkodkan Bukhari.

[9] Hadis direkodkan Imam Nasai’e

[10] Silsilah Sahihah-Nasirudin Al-bani

[11] Koleksi Hadis-hadis Hukum oleh Prof Dr,Hasbi Ash-Shiddieqie,yang dinukilkan dari Buku Hafiz Firdaus Panduan ibadah dalam musafir penerbangan -.

[12] Musnad Ahmad

[13] Hadis direkodkan Imam Al-Bazaar dan Daraquthni.Rujuk Nailul Authar,Imam Syaukani.

[14] Koleksi hadis-hadis hukum oleh Prof Dr Hasbi Ash-Shiddieqie. dinukilkan dari buku Hafiz Firdaus Panduan ibadah dalam musafir penerbangan ,

[15] Hadis direkodkan Imam Ahmad dalam Musnad Ahmad.Disahihkan oleh Imam Syaukani dalam Nailul Authar.

[16] Imam Syafie


Sabtu, 9 Oktober 2010

BIOGRAFI IMAM BUKHARI

jom menadah KITAB HADIS

Pertumbuhan beliau

Nama: Muhammad bin Isma’il bin Ibrahim bin al Mughirah bin Bardizbah.

Kuniyah beliau: Abu Abdullah

Nasab beliau:

  1. Al Ju’fi; nisabah Al Ju’fi adalah nisbah arabiyyah. Faktor penyebabnya adalah, bahwasanya al Mughirah kakek Bukhari yang kedua masuk Islam berkat bimbingan dari Al Yaman Al Ju’fi. Maka nisbah beliau kepada Al Ju’fi adalah nisbah perwalian
  2. Al Bukhari; yang merupakan nisbah kepada negri Imam Bukhari lahir
    Tanggal lahir: Beliau dilahirkan pada hari Jum’at setelah shalat Jum’at 13 Syawwal 194 H

Tempat lahir: Bukhara

Masa kecil beliau: Bukhari dididik dalam keluarga yang berilmu. Bapaknya adalah seorang ahli hadits, akan tetapi dia tidak termasuk ulama yang banyak meriwayatkan hadits, Bukhari menyebutkan di dalam kitab tarikh kabirnya, bahwa bapaknya telah melihat Hammad bin Zaid dan Abdullah bin Al Mubarak, dan dia telah mendengar dari imam Malik, karena itulah dia termasuk ulama bermadzhab Maliki. Ayahnya wafat ketika Bukhari masih kecil, sehingga dia pun diasuh oleh sang ibu dalam kondisi yatim. Akan tetapi ayahnya meninggalkan Bukhari dalam keadaan yang berkecukupan dari harta yang halal dan berkah. Bapak Imam Bukhari berkata ketika menjelang kematiannya; “Aku tidak mengetahui satu dirham pun dari hartaku dari barang yang haram, dan begitu juga satu dirhampun hartaku bukan dari hal yang syubhat.”

Maka dengan harta tersebut Bukhari menjadikannya sebagai media untuk sibuk dalam hal menuntut ilmu.

Ketika menginjak usia 16 tahun, dia bersama ibu dan kakaknya mengunjungi kota suci, kemudian dia tinggal di Makkah dekat dengan baitulah beberapa saat guna menuntut ilmu.

Kisah hilangnya penglihatan beliau: Ketika masa kecilnya, kedua mata Bukhari buta. Suatu ketika ibunya bermimpi melihat Khalilullah Nabi Ibrahim ‘Alaihi wa sallam berujar kepadanya; “Wahai ibu, sesungguhnya Allah telah memulihkan penglihatan putramu karena banyaknya doa yang kamu panjatkan kepada-Nya.” Menjelang pagi harinya ibu imam Bukhari mendapati penglihatan anaknya telah sembuh. Dan ini merupakan kemuliaan Allah subhanahu wa ta’ala yang di berikan kepada imam Bukhari di kala kecilnya.

Perjalanan beliau dalam menuntut ilmu

Kecerdasan dan kejeniusan beliau

kecerdasan dan kejeniusan Bukhari nampak semenjak masih kecil. Allah menganugerahkan kepadanya hati yang cerdas, pikiran yang tajam dan daya hafalan yang sangat kuat, sedikit sekali orang yang memiliki kelebihan seperti dirinya pada zamannya tersebut. Ada satu riwayat yang menuturkan tentang dirinya, bahwasanya dia menuturkan; “Aku mendapatkan ilham untuk menghafal hadits ketika aku masih berada di sekolah baca tulis.” Maka Muhammad bin Abi Hatim bertanya kepadanya; “saat itu umurmu berapa?”. Dia menjawab; “Sepuluh tahun atau kurang dari itu. Kemudian setelah lulus dari sekolah akupun bolak-balik menghadiri majelis hadits Ad-Dakhili dan ulama hadits yang lainnya. Ketika sedang membacakan hadits di hadapan murid-muridnya, Ad-Dakhili berkata; ‘Sufyan meriwayatkan dari Abu Zubair dari Ibrahim.’ Maka aku menyelanya; ‘Sesungguhnya Abu Zubair tidak meriwayatkan dari Ibrahim.’ Tapi dia menghardikku, lalu aku berkata kepadanya, ‘kembalikanlah kepada sumber aslinya, jika anda punya.’ Kemudian dia pun masuk dan melihat kitabnya lantas kembali dan berkata, ‘Bagaimana kamu bisa tahu wahai anak muda?’ Aku menjawab, ‘Dia adalah Az Zubair. Nama aslinya Ibnu ‘Adi yang meriwayatkan hadits dari Ibrahim.’ Kemudian dia pun mengambil pena dan membenarkan catatannya. Dan dia pun berkata kepadaku, ‘Kamu benar.’ Maka Muhammad bin Abi Hatim bertanya kepada Bukhari; “Ketika kamu membantahnya berapa umurmu?”. Bukhari menjawab, “Sebelas tahun.”

Hasyid bin Isma’il menuturkan: bahwasanya Bukhari selalu ikut bersama kami mondar-mandir menghadiri para masayikh Bashrah, dan saat itu dia masih anak kecil. Tetapi dia tidak pernah menulis (pelajaran yang dia simak), sehingga hal itu berlalu beberapa hari. Setelah berlalu 6 hari, kamipun mencelanya. Maka dia menjawab semua celaan kami; “Kalian telah banyak mencela saya, maka tunjukkanlah kepadaku hadits-hadits yang telah kalian tulis.” Maka kami pun mengeluarkan catatan-catatan hadits kami. Tetapi dia menambahkan hadits yang lain lagi sebanyak lima belas ribu hadits. Dan dia membaca semua hadits-hadits tersebut dengan hafalannya di luar kepala. Maka akhirnya kami mengklarifikasi catatan-catatan kami dengan berpedoman kepada hafalannya.

Permulaannya dalam menuntut ilmu

Aktifitas beliau dalam menuntut ilmu di mulai semenjak sebelum menginjak masa baligh, dan hal itu di tunjang dengan peninggalan orang tuanya berupa harta, beliau berkata; ‘aku menghabiskan setiap bulan sebanyak lima ratus dirham, yang aku gunakan untuk pembiaan menuntut ilmu, dan apa yang ada di sisi Allah itu lebih baik dan lebih eksis.’

Dia bergegas mendatangi majelis-majelis ilmu, ketika dia sudah menghafal Al qur`an dan menghafal beberapa karya tulis para ulama, dan yang pertama kali karya tulis yang beliau hafal adalah buku Abdullah bin Al Mubarak, buku Waki’ bin al Jarrah dalam masalah Sunan dan zuhud, dan yang lainnya. Sebagaimana beliau juga tidak meninggalkan disiplin ilmu dalam masalah fikih dan pendapat.

Rihlah beliau

Rihlah dalam rangka menuntut ilmu merupakan bagian yang sangat mencolok dan sifat yang paling menonjol dari tabiat para ahlul hadits, karena posisi Bukhari dalam masalah ilmu ini merupakan satu kesatuan pada diri seorang ahlul hadits, maka dia pun mengikuti sunnah para pendahulunya dan dia pun meniti jalan mereka.

Dia tidak puas dengan hanya menyimak hadits dari penduduk negrinya, sehingga tidak terelakkan lagi bagi dirinya untuk mengadakan dalam rangka menuntut ilmu, dia berkeliling ke negri-negri Islam. Dan pertama kali dia mengadakan perjalanannya adalah pada tahun 210 hijriah, yaitu ketika umurnya menginjak 16 tahun, pada tahun kepergiannya dalam rangka menunaikan ibadah haji bersama dengan ibundanya dan saudara tuanya.

Negri-negri yang pernah beliau masuki adalah sebagai berikut;

  1. Khurasan dan daerah yang bertetangga dengannya
  2. Bashrah
  3. Kufah
  4. Baghdad
  5. Hijaz (Makkah dan Madinah)
  6. Syam
  7. Al Jazirah (kota-kota yang terletak di sekitar Dajlah dan eufrat)
  8. Mesir

Bukhari menuturkan tentang rihlah ilmiah yang dia jalani; ‘Aku memasuki Syam, Mesir dan al Jazirah sebanyak dua kali, ke Bashrah sebanyak empat kali, dan aku tinggal di Hijaz beberapa tahun, dan aku tidak bisa menghitung berapa kali saya memasuki kawasan Kufah dan Baghdad bersama para muhadditsin.

Guru-guru beliau

Imam Bukhari berjumpa dengan sekelompk kalangan atba’ut tabi’in muda, dan beliau meriwayatkan hadits dari mereka, sebagaimana beliau juga meriwayatkan dengan jumlah yang sangat besar dari kalangan selain mereka. Dalam masalah ini beliau bertutur: aku telah menulis dari sekitar seribu delapan puluh jiwa yang semuanya dari kalangan ahlul hadits.

Guru-guru imam Bukhari terkemuka yang telah beliau riwayatkan haditsnya;

  1. Abu ‘Ashim An Nabil
  2. Makki bin Ibrahim
  3. Muhammad bin ‘Isa bin Ath Thabba’
  4. Ubaidullah bin Musa
  5. Muhammad bin Salam Al Baikandi
  6. Ahmad bin Hambal
  7. Ishaq bin Manshur
  8. Khallad bin Yahya bin Shafwan
  9. Ayyub bin Sulaiman bin Bilal
  10. Ahmad bin Isykab
  11. Dan masih banyak lagi

Murid-murid beliau

Al Hafidz Shalih Jazzarah berkata; ‘ Muhammad bin Isma’il duduk mengajar di Baghdad, dan aku memintanya untuk mendektekan (hadits) kepadaku, maka berkerumunlah orang-orang kepadanya lebih dari dua puluh ribu orang.
Maka tidaklah mengherankan kalau pengaruh dari majelisnya tersebut menciptakan kelompok tokoh-tokoh yang cerdas yang meniti manhaj, dintara mereka itu adalah;

  1. Al Imam Abu al Husain Muslim bin al Hajjaj an Naisaburi (204-261), penulis buku shahih Muslim yang terkenal
  2. Al Imam Abu ‘Isa At Tirmizi (210-279) penulis buku sunan At Tirmidzi yang terkenal
  3. Al Imam Shalih bin Muhammad (205-293)
  4. Al Imam Abu Bakr bin Muhammad bin Ishaq bin Khuzaimah (223-311), penulis buku shahih Ibnu Khuzaimah.
  5. Al Imam Abu Al Fadhl Ahmad bin Salamah An Naisaburi (286), teman dekat imam Muslim, dan dia juga memiliki buku shahih seperti buku imam Muslim.
  6. Al Imam Muhammad bin Nashr Al Marwazi (202-294)
  7. Al Hafizh Abu Bakr bin Abi Dawud Sulaiman bin Al Asy’ats (230-316)
  8. Al Hafizh Abu Al Qasim Abdullah bin Muhammad bin Abdul ‘Aziz Al Baghawi (214-317)
  9. Al Hafizh Abu Al Qadli Abu Abdillah Al Husain bin Isma’il Al Mahamili (235-330)
  10. Al Imam Abu Ishaq Ibrahim bin Ma’qil al Nasafi (290)
  11. Al Imam Abu Muhammad Hammad bin Syakir al Nasawi (311)
  12. Al Imam Abu Abdillah Muhammad bin Yusuf bin Mathar al Firabri (231-320)

Karakter imam Bukhari

Meskipun Imam Bukhari sibuk dengan menuntut ilmu dan menyebarkannya, tetapi dia merupakan individu yang mengamalkan ilmu yang dimilikinya, menegakkan keta’atan kepada Rabbnya, terpancar pada dirinya ciri-ciri seorang wali yang terpilih dan orang shalih serta berbakti, yang dapat menciptakan karismatik di dalam hati dan kedudukan yang mempesona di dalam jiwa.

Dia merupakan pribadi yang banyak mengerjakan shalat, khusu’ dan banyak membaca al Qur`an.

Muhammad bin Abi Hatim menuturkan: ‘dia selalu melaksanakan shalat di waktu sahur sebanyak tiga belas raka’at, dan menutupnya dengan melaksanakan shalat witir dengan satu raka’at’

Yang lainnya menuturkan; ‘ Apabila malam pertama di bulan Ramadlan, murid-murid imam Bukhari berkumpul kepadanya, maka dia pun meminpin shalat mereka. Di setiap rak’at dia membaca dua puluh ayat, amalan ini beliau lakukan sampai dapat mengkhatamkan Al qur`an.

Beliau adalah sosok yang gemar menafkahkan hartanya, banyak berbuat baik, sangat dermawan, tawadldlu’ dan wara’.

Persaksian para ulama terhadap beliau

Sangat banyak sekali para ulama yang memberikan kesaksian atas keilmuan imam Bukhari, diantara mereka ada yang dari kalangan guru-gurunya dan teman-teman seperiode dengannya. Adapun periode setelah meninggalnya bukhari sampai saat ini, kedudukan imam Bukhari selalu bersemayam di dalam relung hati kaum muslimin, baik yang berkecimpung dalam masalah hadits, bahkan dari kalangan awwam kaum muslimin sekali pun memberikan persaksian atas keagungan beliau.

Di antara para tokoh ulama yang memberikan persaksian terhadap beliau adalah;

  1. Abu Bakar ibnu Khuzaimah telah memberikan kesaksian terhadap Imam Bukhari dengan mengatakan: “Di kolong langit ini tidak ada orang yang lebih mengetahui hadits dari Muhammad bin Isma’il.”
  2. ‘Abdan bin ‘Utsman Al Marwazi berkata; ‘aku tidak pernah melihat dengan kedua mataku, seorang pemuda yang lebih mendapat bashirah dari pemuda ini.’ Saat itu telunjuknya diarahkan kepada Bukhari
  3. Qutaibah bin Sa’id menuturkan; ‘aku duduk bermajelis dengan para ahli fikih, orang-orang zuhud dan ahli ibadah, tetapi aku tidak pernah melihat semenjak aku dapat mencerna ilmu orng yang seperti Muhammad bin Isma’il. Dia adalah sosok pada zamannya seperti ‘Umar di kalangan para sahabat. Dan dia berkata; ‘ kalau seandainya Muhammad bin Isma’il adalah seorang sahabat maka dia merupakan ayat.
  4. Ahmad bin Hambal berkata; Khurasan tidak pernah melahirkan orang yang seperti Muhammad bin Isma’il.
  5. Abu Bakar bin Abi Syaibah dan Ibnu Numair menuturkan; kami tidak pernah melihat orang yang seperti Muhammad bin Ism’ail
  6. Bundar berkata; belum ada seorang lelaki yang memasuki Bashrah lebih mengetahui terhadap hadits dari saudara kami Abu Abdillah.
  7. Abu Hatim ar-Razi berkata: “Khurasan belum pernah melahirkan seorang putra yang hafal hadits melebihi Muhammad bin Isma’il, juga belum pernah ada orang yang pergi dari kota tersebut menuju Irak yang melebihi kealimannya.”
  8. Muslim (pengarang kitab Sahih) berkata ketika Bukhari menyingkap satu cacat hadits yang tidak di ketahuinya; “Biarkan saya mencium kedua kaki anda, wahai gurunya para guru dan pemimpin para ahli hadits, dan dokter hadits dalam masalah ilat hadits.”
  9. al-Hafiz Ibn Hajar yang menyatakan: “Andaikan pintu pujian dan sanjungan kepada Bukhari masih terbuka bagi generasi sesudahnya, tentu habislah semua kertas dan nafas. Ia bagaikan lautan tak bertepi.”

Hasil karya beliau

Di antara hasil karya Imam Bukhari adalah sebagai berikut :

  • Al Jami’ as Sahih (Sahih Bukhari)
  • Al Adab al Mufrad.
  • At Tarikh ash Shaghir.
  • At Tarikh al Awsath.
  • At Tarikh al Kabir.
  • At Tafsir al Kabir.
  • Al Musnad al Kabir.
  • Kitab al ‘Ilal.
  • Raf’ul Yadain fi ash Shalah.
  • Birru al Walidain.
  • Kitab al Asyribah.
  • Al Qira`ah Khalfa al Imam.
  • Kitab ad Dlu’afa.
  • Usami ash Shahabah.
  • Kitab al Kuna.
  • Al Hbbah
  • Al Wihdan
  • Al Fawa`id
  • Qadlaya ash Shahabah wa at Tabi’in
  • Masyiikhah

Wafat Beliau

Imam Bukhari keluar menuju Samarkand, Tiba di Khartand, sebuah desa kecil sebelum Samarkand, ia singgah untuk mengunjungi beberapa familinya. Namun disana beliau jatuh sakit selama beberapa hari. Dan Akhirnya beliau meninggal pada hari sabtu tanggal 31 Agustus 870 M (256 H) pada malam Idul Fitri dalam usia 62 tahun kurang 13 hari. Beliau dimakamkan selepas Shalat Dzuhur pada Hari Raya Idul Fitri. Semoga Allah selalu merahmatinya dan ridha kepadanya.

dipetik daripada...http://lidwapusaka.com/produk/kitab-9-imam/biografi-imam-hadits/imam-bukhari/

Isnin, 28 Jun 2010

dari Kuantan ke Cameron Highland




tiba di Tanah Rata tepat jam 6.15 petang...dari masjid Daerah Raub jam 4.00 petang
taklimat ringkas program malam ini...

Isnin, 19 April 2010

1 tahun Bersama AFQ (Qadhi Kuantan)

MASJID TENGKU AMPUAN AFZAN,KUANTAN

PROGRAM MESRA DAKWAH DI KG.JANDA BAIK



FORUM AL-MUQARRABIN DI MASJID YAYASAN NOAH, GENTING HIGHLAND

MENCERAP ANAK BULAN DI BUKIT PELINDUNG, KUANTAN

LAWATAN KE MPKB-BRI SEMPENA PROGRAM 5 S
BERMULA 1/4/2010 AL-FADHIL USTAZ HAJI HAMDAN YUSI BIN YUSOF
(QADHI DAERAH KUANTAN) BERPINDAH KE IBU PEJABAT JAIP DI PEKAN. KAMI, SEMUA PEGAWAI MASJID MENGUCAPKAN TERIMAKASIH DI ATAS SEGALA TUNJUK AJAR TUAN. RAMAI YANG TERPERANJAT DENGAN PERTUKARAN TUAN. AMAT SINGKAT TUAN MENJAWAT SEBAGAI QADHI DAERAH KUANTAN. MUDAH-MUDAHAN SEGALA JASA DAN USAHA TUAN AKAN DIBERKATI ILAHI. SELAMAT MENJALANKAN TUGAS DI UNIT YANG BARU, UNIT PENYELIDIKAN JAIP.


Isnin, 12 April 2010

.: ADAB-ADAB BERDOA :.


Adab-Adab berdoa telah dijelaskan oleh Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya Ulumuddin. Maka apabila seseorang hendak berdoa, memohon sesuatu yang dihajatinya kepada Allah, hendaklah ia melakukan doa itu sebaik-baik dan secermat-cermatnya, dengan memelihara adab-adab doa sepertidi bawah ini.



1. Pada waktu yang baik dan mulia (waktu afdhal), seperti hari Arafah,bulan Ramadhan, hari Jumaat, sepertiga yang akhir dari malam dan padawaktu sahur.
2. Dalam keadaan yang mulia, seperti kita bersujud dalam sembahyang,ketika berhadapan dengan musuh dalam pertempuran, ketika hujan turun,ketika sebelum menunaikan sembahyang dan sesudahnya, ketika jiwasedang tenang dan bersih dari segala gangguan syaitan dan ketikamenghadap kaabah.

3. Dengan menghadap kiblat

4. Merendahkan suara, iaitu antara terdengar dengan tiada oleh orangdi sisi kita.

5. Jangan bersajak, yakni tanpa mempergunakan kata-kata bersajakdalam doa itu. Tapi cukup dengan kata-kata biasa yang sederhana,sopan dan tepat mengenai sesuatu yang dihajati dengan doa itu. Tidakperlu dilagukan dengan irama-irama tertentu, sebagaimana yang pernahdilakukan oleh pengubah-pengubah doa dalam bahasa Arab. Amat baiklahkiranya, jika kita memilih lafaz-lafaz doa yang diterima dariRasulullah s.a.w. yang kandungannya sesuai dengan apa yang kitadoakan pula.

6. Berlaku khusyuk dan tunduk dengan merasakan kebesaran dankehebatan Allah dalam jiwa kita yang halus.

7. Mengukuhkan kepercayaan bahawa doa itu akan diperkenankan Allahdan tidak berasa gelisah jika doa itu tidak diperkenankanNya.

8. Mengulang-ulang doa itu dua tiga kali. Yakni doa tentang sesuatuyang sangat kita utamakan memohonnya kepada Allah, akan lebih baikjika ibaca berulang-ulang hinga dua tiga kali.

9. Menyebut (memuji) Allah pada permulaannya.

10. Bertaubat sebelum berdoa dan menghadapkan diri dengan bersungguh-sungguh kepada Allah.

Berkata Imam An-Nawawi: "Selayaknya doa itu dimulakan dengan kalimahtahmid (puji-pujian) dan disudahi dengan kalimah tahmid juga."

Rabu, 7 April 2010

Kursus Pengurusan Pejabat Siri 1/2010

semua peserta Kursus Pengurusan Pejabat Siri 1/2010 bagi Pegawai JAIP
Pada 29 hingga 30 Mac 2010
terimakasih di atas tunjuk ajar
berpakat membawa berkat
kerjasama dalam kumpulan amat penting