Khamis, 29 Mac 2007

Peringatan Besar buat Kaum Wanita

Dipetik dari Kitab Muhimmah karangan Sheikh Abdullah bin Abdul Rahim Fathoni 1384 Hijrah.Diceritakan oleh Sayyidina Ali RA.; Adalah pada suatu hari masuk aku ke dalam rumah Nabi SAW. dan ada sertaku isteriku, Siti Fatimah RA. Maka tatkala aku dekat dengan pintu, maka sabda Nabi SAW."Siapa yang dipintu itu?"Maka sahut Siti Fatimah;"Kami dengan suami kami, Ali. Hamba datang untuk menghadap engkau ya Rasulullah".Maka tatkala Rasulullah membuka pintu bagi kami, tiba-tiba kami dapati akan Nabi hal keadaannya menangis akan sebagai tangis yang sangat.Maka kataku(Sayyidina Ali RA.) baginya;"Penebusmu. Aku, engkaulah bapaku dan ibuku Ya, Rasulullah. apakah yang menyebabkan engkau menangis?"Maka sabda Rasulullah SAW.;"Bahawa sesungguhnya telah aku lihat pada malam mikraj, beberapa perempuan daripada umatku di dalam siksa yang amat sangat. Maka sangatlah salah pekerjaan mereka itu., kerana itulah yang menyebakan aku menangis kerana keadaan mereka yang tersangat siksa".Berkata Sayyidina Ali RA.;"Ya, Rasulullah, bagaimanakah engkau lihat akan keadaan mereka itu?"Maka sabda Rasulullah SAW.;Telah aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan api neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya; danaku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan mendidih otak kepalanya; danaku lihat pula seorang perempuan yang tergantung dengan dua kakinya pada hal terikat lagi terlipat dan telah mengeluarkan segala malaikat yang menyiksa itu dengan dua tangannya daripada pihak belakang lalu dilumurkan minyak tanah pada badannya dan dituangkan air panas ke dalam lehernya; danaku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan dua susunya dan buah zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya. (Ada pun buah zaqqum itu adalah buah kayu di dalam neraka yang amat pahit dan apabila memakan mereka itu akannya, nescaya menggelegak (mendidih) segala isi perut mereka itu, dan otak dan gusi mereka itu dan keluar lidah apinya daripada mulut mereka itu) dan
D(["mb","aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung pada hal memakan ia akan daging dirinya manakala api neraka dinyala-nyalakan daripada pihak bawahnya; danaku lihat pula seorang perempuan yang tergantung lagi menambat oleh segala malaikat akan dua kakinya kepada dua susunya dan ditambatkan dua susunya kepada ubun-ubunnya dan dijadikan atas badannya itu beberapa ekor ular dan kala hak keadaannya memakan ia(ular dan kala) akan dagingnya dan meminum ia(perempuan) akan darahnya; danaku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya buta dan tuli dan kelu. Di dalam kerongkongnya api neraka pada hal keluar otak daripada kepalanya dan lagi mengalir ke dalam hidungnya dan segala badannya itu amat busuk lagi berputar-putar (menggelupur) seperti terkena penyakit yang\n besar; danaku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya dipotong segala daging badannya daripada hadapan hingga ke belakang daripada segala anggota dengan gunting api neraka; danaku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya hitam segala mukanya dan dua susunya dan api memakan isi perutnya; dan lagiaku lihat seorang perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala bab* dan tubuhnya seperti tubuh keldai dan di atasnua itu beribu-ribu warna daripada azab; danaku lihat pula seorang perempuan atas rupa anjing dan api neraka itu masuk daripada bawah duburnya dan keluar daripada ia{api} daripada mulutnya dan segala malaikat itu memukul mereka itu akan kepalanya dan badanya dengan pemukul api neraka.Kata Sayyidina Ali RA;Maka berdirilah Siti Fatimah RA. kepada Nabi SAW. lalu berkata;"Hai kekasihku dan cahaya mataku, khabarkan olehmu apa dosa-dosa mereka itu hingga jatuh atas sekelian\n mereka itu dengan berbagai-baga siksaan itu?"Maka sabda Nabi SAW.;Ada pun perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan mendidih otak kepalanya; maka bahawa sesungguhnya ia tiada mahu menutup rambutnya daripada lelaki yang haram memandang dia,",1]);//-->
aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung pada hal memakan ia akan daging dirinya manakala api neraka dinyala-nyalakan daripada pihak bawahnya; danaku lihat pula seorang perempuan yang tergantung lagi menambat oleh segala malaikat akan dua kakinya kepada dua susunya dan ditambatkan dua susunya kepada ubun-ubunnya dan dijadikan atas badannya itu beberapa ekor ular dan kala hak keadaannya memakan ia(ular dan kala) akan dagingnya dan meminum ia(perempuan) akan darahnya; danaku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya buta dan tuli dan kelu. Di dalam kerongkongnya api neraka pada hal keluar otak daripada kepalanya dan lagi mengalir ke dalam hidungnya dan segala badannya itu amat busuk lagi berputar-putar (menggelupur) seperti terkena penyakit yang besar; danaku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya dipotong segala daging badannya daripada hadapan hingga ke belakang daripada segala anggota dengan gunting api neraka; danaku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya hitam segala mukanya dan dua susunya dan api memakan isi perutnya; dan lagiaku lihat seorang perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala bab* dan tubuhnya seperti tubuh keldai dan di atasnua itu beribu-ribu warna daripada azab; danaku lihat pula seorang perempuan atas rupa anjing dan api neraka itu masuk daripada bawah duburnya dan keluar daripada ia{api} daripada mulutnya dan segala malaikat itu memukul mereka itu akan kepalanya dan badanya dengan pemukul api neraka.Kata Sayyidina Ali RA;Maka berdirilah Siti Fatimah RA. kepada Nabi SAW. lalu berkata;"Hai kekasihku dan cahaya mataku, khabarkan olehmu apa dosa-dosa mereka itu hingga jatuh atas sekelian mereka itu dengan berbagai-baga siksaan itu?"Maka sabda Nabi SAW.;Ada pun perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan mendidih otak kepalanya; maka bahawa sesungguhnya ia tiada mahu menutup rambutnya daripada lelaki yang haram memandang dia,
D(["mb","Dan adapun perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan api neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya; maka bahawa sesungguhnya ia menyakiti akan suaminya.Dan adapun seorang perempuan yang tergantung dengan dua susunya dan buah zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya; maka sesungguhnya ia memberikan air susu suaminya dengan tiada izin suaminya.Dan adapun perempuan yang yang tergantung dengan dua kakinya di dalam kerongkongan api nereka itu; maka bahawa sesungguhnya ia keluar rumah dengan tiada izin daripada suaminya.Dan adapun perempuan yang tergantung dan memakan ia akan tubuhnya dan api neraka dinyala-nyalakan daripada pihak bawahnya; maka bahawa\n sesungguhnya ia memperhiasi tubuhnya kerana orang lain dan tiada memperhiasi bagi suaminya.Dan adapun perempuan yang tergantung lagi menambat oleh segala malaikat akan dua kakinya kepada dua susunya dan ditambatkan dua susunya kepada ubun-ubunnya dan dijadikan atas badannya itu beberapa ekor ular dan kala hak keadaannya memakan ia(ular dan kala) akan dagingnya dan meminum ia akan darahnya; bahawa sesungguhnya ia di dalam dunia tiada hendak bersuci badannya dan tiada hendak mandi junub dan haid dan daripada nifas dan meringan-ringan akan sembahyang.Dan adapun perempuan yang tergantung hal keadaannya buta dan tuli dan kelu. yang di dalam kerongkongan api neraka; maka bahawa sesungguhnya ia mendatangkan daripada anak zina dan ditambatkan kepada batang leher suaminya. (perempuan yang menduakan suaminya hingga mendapat anak zina dan dinyatakan anak itu adalah hasil daripada suaminya).Dan adapun perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala bab* dan\n tubuhnya seperti tubuh keldai; maka sesungguhnya ia sangat mengadu-ngadu (adu domba/batu api) lagi amat dusta.Dan adapun perempuan yang seperti rupa anjing dan api masuk ia ke dalam mulutnya dan keluar ia daripada duburnya; maka bahawa sesungguhnya ia adalah sangat membangkit akan manusia (mengungkit-ungkit pemberian atau pertolongan) lagi banyak dengki mendengki",1]);//-->
Dan adapun perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan api neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya; maka bahawa sesungguhnya ia menyakiti akan suaminya.Dan adapun seorang perempuan yang tergantung dengan dua susunya dan buah zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya; maka sesungguhnya ia memberikan air susu suaminya dengan tiada izin suaminya.Dan adapun perempuan yang yang tergantung dengan dua kakinya di dalam kerongkongan api nereka itu; maka bahawa sesungguhnya ia keluar rumah dengan tiada izin daripada suaminya.Dan adapun perempuan yang tergantung dan memakan ia akan tubuhnya dan api neraka dinyala-nyalakan daripada pihak bawahnya; maka bahawa sesungguhnya ia memperhiasi tubuhnya kerana orang lain dan tiada memperhiasi bagi suaminya.Dan adapun perempuan yang tergantung lagi menambat oleh segala malaikat akan dua kakinya kepada dua susunya dan ditambatkan dua susunya kepada ubun-ubunnya dan dijadikan atas badannya itu beberapa ekor ular dan kala hak keadaannya memakan ia(ular dan kala) akan dagingnya dan meminum ia akan darahnya; bahawa sesungguhnya ia di dalam dunia tiada hendak bersuci badannya dan tiada hendak mandi junub dan haid dan daripada nifas dan meringan-ringan akan sembahyang.Dan adapun perempuan yang tergantung hal keadaannya buta dan tuli dan kelu. yang di dalam kerongkongan api neraka; maka bahawa sesungguhnya ia mendatangkan daripada anak zina dan ditambatkan kepada batang leher suaminya. (perempuan yang menduakan suaminya hingga mendapat anak zina dan dinyatakan anak itu adalah hasil daripada suaminya).Dan adapun perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala bab* dan tubuhnya seperti tubuh keldai; maka sesungguhnya ia sangat mengadu-ngadu (adu domba/batu api) lagi amat dusta.Dan adapun perempuan yang seperti rupa anjing dan api masuk ia ke dalam mulutnya dan keluar ia daripada duburnya; maka bahawa sesungguhnya ia adalah sangat membangkit akan manusia (mengungkit-ungkit pemberian atau pertolongan) lagi banyak dengki mendengki

SURAH YASIN

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Bacalah surah Yassin karena ia mengandung keberkatan", yaitu: 1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkawin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar dari pada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Barang siapa membaca surah Yassin,niscaya menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya". 13. Malaikat Maut tidak mau memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya, tetapi barang siapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Ahad, 25 Mac 2007

MAQAZ&MAAHAD YANG MELAHIRKAN PARA ULAMA'&QURRA'

Sejarah PenubuhanDewan Perwakilan MahasiswaMaahad Qiraat Al-Azhar, Shoubra
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir
1] PENDAHULUAN
Alhamdulillah dengan taufik dan hidayah serta inayahNya Yang Maha Besar, seluruh warga pelajar Malaysia di Maahad Qiraat Al-Azhar Shoubra [MAQAZ] menikmati payung wadah pelajar ke arah merealisasikan tuntutan Ulul Albab yang bertaqwa melalui ilmu, iman dan amal.
Sesungguhnya era pelajar berhemah dengan kecairan fikiran yang dibentuk bertunjangkan kematangan minda yang subur semata-mata hanya mencerminkan golongan intelektual yang menjadi kembiri kepada insani berilmu dalam menterjemahkan tuntutan budaya ilmu di dalam masyarakat.
Adalah menjadi harapan seluruh pelajar Malaysia di Maahad Qiraat Al-Azhar Shoubra memenuhi tuntutan di atas melalui Dewan Perwakilan Mahasiswa yang telah ditubuhkan sebagai satu wasilah agar dapat membangunkan masyarakat pelajar yang cemerlang dalam membantu kebangkitan umat Islam yang berilmu, beriman, beramal dan bertaqwa serta dapat mengatasi penyakit masyarakat yang kita alami sejak dahulu lagi.
2] PENUBUHAN
Pada tanggal 23 Oktober 1992, tertubuhlah satu badan organisasi yang dinamakan DEWAN PERWAKILAN MAHASISWA MAAHAD QIRAAT AL-AZAHAR; DPM [MAQAZ] Shoubra.
Penubuhan DPM MAQAZ melalui proses pilihanraya bagi menggantikan Ahli Jawatankuasa Tadbir sebagai wakil pelajar Malaysia di Persekutuan Maleyu Republik Arab Mesir [PMRAM].
Keperihatinan dan tanggungjawab PMRAM terhadap kemaslahatan anak Malaysia di DPM [MAQAZ] Shoubra sebagai wadah pelajar bagi melangsungkan keseimbangan survival masyarakat beriman yang komited dengan Al-Quran dan As-Sunnah Rasulullah s.a.w.
Sesungguhnya kedudukan DPM [MAQAZ] Shoubra mengikut perspektif daerah ilmu yang memilki ciri dan kriterianya tersendiri lebih berpeluang menzahirkan fenomena masyarakat yang bertanggungjawab melalui DPM [MAQAZ] Shoubra dengan merealisasikan penterjemahan tuntutan Ulul Albab sebagai agen pembina budaya masyarakat berilmu, beriman dan bertaqwa.
3] OBJEKTIF
Membantu mewujudkan pembinaan generasi Al-Quran yang lebih praktikal melalui kesatuan ilmu, iman dan taqwa.
Membantu menzahirkan tanggungjawab tuntutan fardhu kifayah ke arah merealisasikan masyarakat pelajar yang lebih amanah dan berpendididkan.
Membantu menzahirkan tanggungjawab tuntutan fardhu kifayah ke arah merealisasikan masyarakat pelajar yang lebih amanah dan berpendididkan.
Membantu melahirkan ikatan ukhuwwah yang terjalin dengan lebih erat melalui tanggungjawab kebajikan yang menyeluruh.
Membantu pertumbuhan minda pelajar melalui pengetahuan yang bermanfaat demi kecemerlangan pendidikan.
Membantu memberikan kerjasama kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab demi keselamatan dan kebaikan pelajar di Maahad Qiraat Al-Azhar.
4] ANGGOTA
Dewan Perwakilan Mahasiswa Maahad Qiraat Al-Azhar dianggotai oleh 10 orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi dan 3 orang Badan Penasihat yang dipimpin oleh Pengerusi.
5] KEAHLIAN
Pendaftaran keahlian dibuka kepada semua pelajar Malaysia yang menuntut di Maahad Qiraat Al-Azhar Shoubra.
6] PENUTUP
Dengan penuh kesyukuran mangakui Kebesaran Allah Yang Maha Suci yang telah menganugerahkan nikmat kesatuan hati melalaui ilmu, iman dan taqwa. Kelahiran Dewan Perwakilan Mahasiswa Maahad Qiraat Al-Azhar di pangkuan kasih pelajar-pelajar Malaysia adalah satu nikmat yang mengiringi mereka dalam kembara bagi mengutip mutiara Allah s.w.t dan RasulNya di Bumi Anbiya' yang penuh barakah ini.
Doa dan harapan dipohon kepada Allah s.w.t. yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Mudah-mudahan seruan 'Itisom dan Khairu Ummah mencerminkan DPM [MAQAZ] Shoubra serta membantu usaha-usaha membasmi golongan lesu dan jumud ilmuan Melayu Al-Azhar demi kesucian Islam.

Sejarah PenubuhanMaahad Qiraat Al-Azhar Shoubra, Kaherah
1] PENGENALAN
Maahad Qiraat Al-Azhar merupakan salah sebuah institut pengajian yang dikelolakan oleh Badan Pendidikan Al-Azhar. Maahad ini menawarkan kursus-kursus pengajian pengkhususan Qiraat di samping pengajian ilmu-ilmu yang berkaitan dengan Al-Quran dan pengajian Islam. Kursus-kursus yang diperkenalkan adalah sepenuh masa mengikut peringkat kursus pengajian yang ditawarkan.
Maahad Qiraat Al-Azhar diwujudkan bertujuan untuk melahirkan golongan ilmuan iktisas dan separa iktisas dalam bidang pengajian Qiraat serta ilmu-ilmu khusus Al-Quran seiring dengan tuntutan fardhu kifayah.
Dalam usaha Al-Azhar memenuhi tuntutan syariat Islamiah memelihara Al-Quran, Maahad Qiraat dibuka kepada penghafaz-penghafaz Al-Quran dari seluruh dunia Islam demi kepentingan umat Islam sejagat.
Sesungguhnya jaminan Allah s.w.t terhadap kesucian Al-Quran dari sebarang bentuk penyelewengan oleh musuh-musuh Islam menjadi satu inspirasi Al-Azhar sebagai sebuah badan Islam yang diakui oleh seluruh Dunia Islam bertanggungjawab dalam melangsungkan penubuhan Maahad Qiraat Al-Azhar sebagai pusat utama penyebaran pengajian Al-Quran dan Qiraat serta ilmu-ilmu Al-Quran yang ada di dunia ini. Firman Allah s.w.t mafhumnya:
"Sesungguhnnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan Kamilah yang memeliharanya". ~ Surah Al-Hijr :9~
2] PENUBUHAN
Pengajian Qiraat telah menempa era pembangunan ilmu dalam sejarah Al-Azhar sebagai Badan Pendidikan yang terulung di dunia dengan penubuhan Maahad Qiraat Al-Azhar pada tahun 1945 di Masjid Khazandarah, Shoubra. Penubuhan tersebut secara langsung meletakkan pengajian Qiraat setanding dengan pengajian-pengajian ilmu Islam yang lebih maju menurut perspektif pembangunan ilmu Islam itu sendiri.
Sesungguhnya usaha suci Al-Azhar untuk melahirkan Masyaiekhul Qiraat sebagai golongan Ulul Albab yang meneruskan tuntutan syariat mendidik umat Islam melalui bacaan Al-Quran yang mutawatir dan memelihara kesahihan bacaan Al-Quran itu harus diberi penghormatan oleh umat Islam di seluruh dunia.
3] PENGAJIAN
Maahad Qiraat Al-Azhar mempunyai sistem pengajian tersendiri yang dibentuk oleh Al-Azhar berdasarkan kaedah salafi yang menggabungkan pengetahuan usul Al-Quran dan Qiraat dengan kemahiran menguasai pembacaan Al-Quran yang praktikal secara hafaz sebagai pra-syarat mutlak kelayakan.
Penekanan dari sudut hafazan dan ingatan serta pendedahan yang luas memahami kaedah talaqqi dan musyafahah yang mendasari rukun Al-Quran yang sahih, insyaAllah melahirkan lulusan berketerampilan tinggi dan mantap sebagai penyumbang utama pada umat Islam ke arah merealisasikan pembacaan Al-Quran yang mutawatir lagi sahih.
4] KURSUS PENGAJIAN
Maahad Qiraat Al-Azhar menawarkan 3 peringkat kurusu pengajian yang utama sepenuh masa. Tempoh pengajian yang ditawarkan mengikut peringkat kursus sepertimana berikut :
Bil
Nama Kursus
Pengisian/Pengajian

1

Pra Pengajian Al-Quran[Tempoh 2 Tahun]

-Peringkat asas/matrikulasi yang memperkenalkan pengajian tajwid secara khusus.-Pendedahan berkaitan metodologi dan perbandingan antara Imam Syatibi dan Imam Al-Jazari.

2

Pengajian Tinggi Al-Quran[Tempoh 3 Tahun]

-Pengajian dari sudut aspek pembacaan Al-Quran yang sahih berdasarkan kaedah Imam Syatibi dan Imam Ahmad Al-Jazari.-Perbahasan dan pengajian terhadap metod qiraat yang dibawa oleh imam-imam Qiraat yang mutawatir di samping pengajian ilmu khusus Al-Quran dan pengajian Islam.

3

Pengajian Takhassus Qiraat[Tempoh 3 Tahun]

-merupakan pengajian secara kolektif dan lebih kepada praktikal terhadap bentuk pembacaan yang sahihmenikut riwayat imam yang mutawatir dam masyhur berdasarkan kaedah Imam Ahmad Al-Jazari.-penambahan pengajian dari sudut kepentingan Qiraat, sejarah imam-imam Qiraat dan metodologinya, serta kajian secara terperinci terhadap mukjizat agung Rasulullah s.a.w yang menzahirkan keharmonian dan keagungan Islam sebagai cara hidup yang kamil dan mutakamil mengikut persepktigf Al-Qiraat di samping ilmu-ilmu pengajian islam.
5] PENUTUP
Alhamdulillah dengan izin Allah s.w.t Maahad qiraat Al-Azhar menruskan sumbangan bakti sucinya kepada umat Islam seluruh dunai bagi melahirkan golongan ilmuan Al-quran dan Qiraat dalam mebantu kemantapan dan keutuhan ilmuan Islam.
Suatu yang tidak dapat dinafikan dalam lipatan sejarah peradaban ilmu-ilmu Islam, Qiraat merupakan antara bidang ilmu Islam yang mulia serta terulung dalam memahami kesucian islam. Mukjizat Nabi Muhammad s.a.w yang terpelihara dari sebarang bentuk penyelewengan hingga ke ahari kiamat.
Al-Azhar sebagai badan Islam yang menerajui institusi-institusi pendidikan dunia Islam tersu meyakinkan umat Islam terhadap kewibawaan Maahad Qiraat Al-Azhar sebagai sebuah pussat pengajian Al-Quran dan Qiraat yang unggul dan terulung di dunia.
Mudah-mudahan dengan keberkatan Al-Quran dan kemuliaannya, Maahad Qiraat Al-Azhar akan terus dikunuungi oleh penghafaz-penghafaz Al-Quran seluruh dunia sebagai waris ilmu Islam yang paling berharga.
Firman Allah s.w.t mafhumnya :
"Kemudian kami jadikan Al-Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dikalangan hamba-hamba Kami, maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri, dan di antara mereka ada yang bersikap sederhana, dan di antara mereka pula ada yang mendahului orang lain dalam berbuat kebajikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dartipada Allah semata-mata)".
Disediakan oleh:Unit Penerangan & PenerbitanDPM [MAQAZ] Shoubra 2005/2006

PAMERAN ISLAM & SAINS (25 MAC 07)

bakal saintis islam..pemuda harapan bangsa,
teguh pemuda, teguhlahlah sesuatu bagsa..
runtuh pemuda, runtuhlah bangsa...
mujahidah akhir zaman, muslimah sendi kekuatan NEGARA..


ADA GAYA SAINTIS TAK?


TEKUN MENELITI CIPTAAN TUHAN
BERTAFAKUR SEJENAK SAMBIL
MENANTI MASA UTK PULANG KE MA'AHAD

SEMUA MATA TERPANA SEKETIKA APABILA MENDENGAR
TAKLIMAT SILAP MATA





SILAP MATA

Rupanya tidaklah payah mana utk bermain silap mata..
kalau tahu caranya
setelah 5 minit belajar,
ust sudah mahir dengan silap mata..
jangan pandang sebelah mata :-)...



**MOTIVASI "SKOR A" 25 MAC 07**

paksi kecemerlangan adalah dengan menunaikan solat. selain solat fardhu,
solat nawafil amat penting utk melatih diri m'jadi cemerlang!
#suara ketika belajar mestilah:
1)KUAT 2)TERANG 3)JELAS 4)LAGI NYATA

TUAN HAJI ANUAR B. HAJI YUSOF
TENGAH MENYAMPAIKAN CERAMAH
Strategi Mengatasi Stress
#Melepaskan stress serta merta dengan :
*solat,zikir,baca Quran& berdoa
*berehat
*menjerit/menangis
*berkongsi dengan rakan
*melakukan senaman ringan

JAWATAN SEBAGAI AMANAH


JAWATAN YG BARU DITERIMA : 1) PENYELARAS JADUAL WAKTU PELAJAR PRA- PROFESIONAL&PROFESIONAL
2) PENYELARAS MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR, PENGAWAS DAN KOPERASI
SELAMAT MENJALANKAN TUGAS!!

KEM B.I BERSAMA DR.ZULKEFLI (15&16 MAC)




PROGRAM NI BYK MEMBERI KEYAKINAN UTK BECAKAP DALAM B.I

YANG BEST TU..PESERTA ATAS 18 THN. PUN TURUT SERTA