Rabu, 7 April 2010

Kursus Pengurusan Pejabat Siri 1/2010

semua peserta Kursus Pengurusan Pejabat Siri 1/2010 bagi Pegawai JAIP
Pada 29 hingga 30 Mac 2010
terimakasih di atas tunjuk ajar
berpakat membawa berkat
kerjasama dalam kumpulan amat penting

realiti TV yang ditunggu-tunggu.TAHNIAH

PENCARIAN bermula. (Dari kiri), Izelan, Jamil dan Zainir pada sidang media majlis Pelancaran Program Siri Pencarian di Astro Oasis baru-baru ini.

Imam Muda RM150,000
Oleh Wan Asrudi Wan Hasanwanasr@hmetro.com.my2010/03/26

HADIAH lumayan berupa kereta bernilai lebih RM150,000 menjadi habuan bagi peserta program realiti terbaru Astro Oasis (saluran 106), Imam Muda. Tidak cukup dengan itu sebagai ganjaran, pemenang menerima pakej menunaikan haji, wang tunai RM20,000 serta komputer riba Apple Macpro dan berpeluang melanjutkan pelajaran di Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi. Selain khidmatnya diperlukan bagi memegang jawatan imam di masjid utama di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Program yang julung kali diterbitkan Astro Productions Sdn Bhd dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) itu membuka lembaran baru dalam penyiaran program bercorak keilmuan.

Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar, berkata objektif mengadakan program ini bertujuan mencari pelapis dan melahirkan pemuda berwibawa dan punya kredibiliti dalam memikul tanggungjawab bukan saja sebagai imam, malah sebagai pemimpin. Selain itu, ia bertujuan memartabatkan status imam dan memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai tanggungjawab yang cukup mencabar.

"Program realiti kerohanian pertama ini bagi mencari pelapis dan menyambung warisan untuk memikul tanggungjawab imam. Program Imam Muda dilahirkan dengan menepati objektif utama kami untuk mencari insan yang berilmu. "Sebagai permulaan proses pencarian peserta akan dimulakan dengan sesi uji bakat yang diadakan mengikut zon iaitu pantai timur, utara, selatan dan tengah bermula mulai 26 Mac hingga 18 April," katanya pada sidang media memperkenalkan program, baru-baru ini. Hadir sama, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn Bhd, Zainir Aminullah. Izelan berkata, kriteria yang ditetapkan akan menentukan kualiti peserta yang bakal dilahirkan menjadi idola kepada remaja. Kriteria ditetapkan untuk program ini ialah lelaki berusia 18 hingga 27 tahun, penampilan menarik, memiliki asas pengetahuan agama yang baik, berpendidikan sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mampu menghafal surah lazim dari Ad-Duha hingga An-Nas.


"Kelayakan tambahan adalah memiliki suara yang lunak, boleh menyanyi dan berbahasa Inggeris dengan baik, aura kepemimpinan, sihat fizikal dan mental serta cergas tubuh badan. Sekiranya lulus, peserta akan dibawa ke peringkat kedua iaitu ujian perwatakan dan kecergasan," kata Izelan.


TARIKH/ LOKASI UJI BAKAT IMAM MUDA:

# 26 - 27 Mac/ Pusat Pentadbiran Islam Negeri, Kompleks Seri Iman, Kuala Terengganu

# 2- 3 April/ Masjid Zahir Negeri Kedah, Alor Star, Kedah

# 10 - 11 April/ Pusat Islam Iskandar Johor, Johor Bahru

# 17 - 18 April/ Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur