Jumaat, 25 Mei 2007

mama..

Ku rindu kasih sayangmu
Kau pergi tinggalkanku
Masih lekat di hati ini
Kau bilang ku mutiara hati
Ku ingin berjumpa denganmu
Bonda telah menghadap ilahi
Biarkanlah hanya dalam mimpi
Untuk menghapus semua rinduku
Ya Allah berikanlah aku
Bonda yang berhati mulia
Sebagai ganti dia yang pergi
Untuk membimbing menuju redhaMu
Pancarkanlah cahayaMu pada jiwaku ini
Untuk dapat rahmat kurniaMu...
....ya Allah.. rahmatilah ruh ibuku, tempatkan dia bersama para kekasihMu....
entah mengapa tiba2 diriku asyik teringat arwah mama..
mungkin dah lama tak berkesempatan pulang ke kampung&
ziarah pusara mama..
sudah hampir 5 thn mama selamat kembali bertemu ILAHI.

Hadiah Tebaik

Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan

" Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah
beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat"

Hari Guru MTNP 07

"guru paling berketrampilan" itulah anugerah yg mereka kalungkn utk diriku. tersentak jiwaku apabila mendengar keputusan pecalonn yg diumumkan..adakah ia satu cabaran baru yg perlu disahut olehku yg baru lagi bergelar guru di MTNP ini. belumpun sampai setegah thn aku diberi amanah ini..akan kusahut cabaran tersebut!!
inilah tulang belakang kpd MTNP. andai tiada mereka, maka tiadalah pelajar di MTNP. suatu masa dahulu, sebahagian ustaz ini adalah pendidik kpd diriku..alhmdulillah,hari ini diriku pula menyahut seruan serta berikrar utk sama2 menyumbang bagi membina jenerasi al-quran yg cemerlang di dunia& akhirat.

Selasa, 22 Mei 2007

pantas mase berlalu...

rasenye mcm baru semalam imtihan syahadah 06 tamat..lega rase di benak fikiran. tapi resah di hati siapa tahu..ilmuku tak seberape...berat rasenye kaki ini melangkah meninggalkan lorong2 yg pernah ku lalui utk menimba ilmu&pgalaman..buminya penuh barakah. masih terbayang di ingatanku..thn lepas ramai yg minta taqdim dulu akhwat sblm pulang m'sia..aku hanye senyum shj...mungkin jodohku ada di m'sia,itulah jwpn ringkasku.kate mereka, ust kene ade sayap kiri cepat sikit supaya dpt melicinkan gerak kerja..mungkin benar juga kate mereka.
minggu depan, insyaALLAH...sayap kiri yang kunantikan akn tiba jua.harapanku, shbt2 dpt doakan moga sayap kiri ini bakal menguatkan lagi sayap kanan yang tak jemu berjasa....sahabat2ku yg masih bujang bile pula?? yg nak imtihan syahadah buat betul2.

Ahad, 20 Mei 2007

perkenankanlah ya ALLAH..

Ya Allah ya Rahman
Tuhan yang menciptakan makhluk berpasang-pasangan. Diciptakannya siang dan malam, langit dan bumi, bintang dan bulan. Diciptakannya buat lelaki, seorang perempuan sebagai teman untuk berkasih-kasihan. Ya Allah Sesungguhnya kami bersyukur kepada-Mu atas nikmat kejadian.

Ya Allah Sesungguhnya kami pasrah kepada-Mu dengan jodoh pertemuan, kehidupan dan juga kematian. Ya Allah Ya Fattah Ya Alim Tuhan yang Maha BijaksanaTuhan yang Maha Kaya. Kurniakanlah buat pasangan pengantin kami kerukunan rumah tangga. Yang payungnya melindungi daripada fitnah, umpat dan caci cela. Yang kelambunya menyimpan rahsia, kehormatan diri dan keluarga. Yang kesannya membentuk insan beriman dan bertakwa. Tetap taat pada Tuhan yang esa. Tetap menghormati kedua-dua ibu bapa dan juga mertua. Menjaga maruah keluarga dan zuriat tercinta. Kukuh teguh terus terpelihara sehingga bila-bila.

Ya Allah kami sedar langit cerah tidak selalunya ceria. Ya Allah kami sedar sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula manusia. Ya Allah kami sedar hakikat tanggungjawab sebagai suami dan isteri yang amat berat. Jika hati-hati kami tidak erat, tekad kami tidak kuat, muafakat kami tidak bulat sudah pastilah perkahwinan kami akan cacat. Oleh itu Ya Allah, satukanlah hati pengantin kami dengan cahaya keimanan. Gandakanlah kasih sayang dengan jiwa pengorbanan, Agar mereka bertindak dalam satu haluan. Agar mereka menyusun perjalanan dengan satu fikiran. Bijak berhemah melaksanakan kewajipan.

Ya Allah sedarkanlah kami akan hakikat kehambaan dan keinsanan. Agar rendah hati meskipun berharta. Agar bijaksana meskipun berkuasa. Agar tidak asyik dibuai leka dunia. Agar tidak tunduk pada syaitan dan nafsu menggila. Agar keinsanan tak punah dek dendam kesumat, tamak haloba dengki khianat, fitnah dan buruk sangka. Agar tidak dilaknat oleh Tuhan semesta. Allahumma Amin.. Ya Mujibas Sa’ilin, Ya Rabbal Mustada’fin, Ya Rahman Ya Rahim.

Ibnu Ahmad al-Kurauwi DBPKL

Ahlan Wasahlan...

ni pelan lokasi umah pengantin
datang tau...ajak semua kwn2 :-)..