Sabtu, 1 September 2012

BARAKALLAHULAKUMA

Bismillah..
Jadual hari ini & minggu ini agak padat. Majlis akad nikah pertama pagi ini di IM2,petang akan meyampaikan ceramah kepada peserta Kursus Pra Perkahwinan Islam di Masjid Negeri. Malam ada satu lagi Majlis Akad Nikah di IM7.awal pagi esok akan bergerak ke ILIM BESUT menghadiri Kursus Asas Kaunseling hingga hari Selasa. Hari Rabu akan menghadiri Bengkel Semakan Khutbah Jabatan Mufti Pahang di Sri Malaysia Kuantan hingga Jumaat pagi. Petang Jumaat insyaAllah..akan bergerak ke Melaka menghadiri Majlis walimah anak saudara.
Bermulalah majlis walimah sana-sini.Tahniah kepada yang telah berjaya mendirikan rumahtanggga,yang masih belum..jangan tunggu lama-lama terutama kaum hawa.Mari sama-sama kita renungi dan hayati maksud Hadis Rasulullah S.A.W :

Apabila datang kepada kamu orang yang kamu redhai agama dan akhlaknya maka hendaklah kamu kahwini akannya, jika kamu tidak melakukannya nescaya akan berlaku fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar.
At-Tarmizi, Ibnu Majah, al-Hakim

Khamis, 30 Ogos 2012

Catatan Seorang Imam 01



Perkongsian Pengalaman cetik saya..
Berkhidmat baru 4 tahun sebagai Imam&wali hakim(baru 4bulan)
Berurusan sesama insan..
Benar-benar menguji Pengorbanan&Kesabaran..
Kita kata A,dia kata B..
Kadangkala kita terpaksa mengalah..
Bukan beerti kita lemah@tewas..
Tetapi yakinlah..andai kita dipihak yang BENAR..
Bersabarlah..
Kelak Pasti mereka yang tersalah akan megaku KALAH..
Mungkin sehari,sebulan,setahun atau bertahun-tahun..
4 tahun,mungkin 10 tahun..
BERSABARLAH teman yang melalui ujian yang sama..

Yang pasti Amanah telah ditunaikan sebaiknya.
Wallahua'lam..

Jumaat, 15 Jun 2012

NOTA KULIAH-BULAN REJAB

(nota Kuliah Bulan Rejab)
-tolong betulkan teman ,kalu ade kesilapan...

ISRA’ DAN MIKRAJ
Maha Suci Allah yang memperjalankan hambaNya (Nabi Muhammad) pada malam hari dari Masjid Haram ke Masjid Aqsa yang kami berkati sekelilingnya, untuk kami perlihatkan kepadanya tanda-tanda Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Melihat. (Surah al-Isra’: 1)
ISRA' ertinya ialah Perjalanan Nabi Muhammad s.a.w dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Pelestin
MI'RAJ - Perjalanan Nabi Muhammad s.a.w naik dari alam bawah (bumi) ke alam atas (langit) sampai ke tujuh langit dan selanjutnya sampai ke Sidratul Muntaha, ke 'ARASY untuk menerima wahyu Allah yang mengandung perintah solat lima waktu sehari semalaman.
'Janganlah kamu merasa berat melakukan perjalanan ke tiga masjid: Masjid Al-Haram, Masjidku, dan Masjid Al-Aqsha. Shalat di Masjid Al-Haram lebih utama dari seratus ribu kali di tempat lain, kecuali di Masjid Al-Aqsha." (HR. Ad-Darimi, An-Nasai, dan Ahmad)
'Tahun Dukacita' bagi Rasulullah SAW;
1) Kehilangan Siti Khadijah tersayang,
2) Kehilangan pula bapa saudaranya,
3) Cacian penduduk Thaif dan masyarakat Makkah sendiri, lalu Allah mengisra'mi'rajkan baginda bagi memperkukuhkan keimanan di samping menghiburkan Baginda.Doa baginda : “sekiranya ini tidak mendapat murka, maka tidaklah hamba hiraukan..”

ISRA’
1. Orang yang bercucuktanam mengeluarkan
hasil yang banyak dan cepat.Gambaran orang yang membelanjakan harta di jalan Allah
2. mencium bau yang wangi iaitu bau tukang sikat Firaun yang beriman kepada Allah

3. Sekumpulan manusia menghempap kepala masing-masing dengan batu berulangkali. Gambaran orang yang berat melakukan solat fardhu.
4. Kumpulan manusia telanjang memakan
rumput berduri, buah zakkum yang sangat pahit dan makan bara api Jahannam. Balasan orang yang tidak suka menderma, bersedeqah dan tidak mengeluarkan zakat.

5. Orang yang mengguntingkan lidah tidak berhenti-henti. Balasan orang yang bercakap tetapi tidak mengamalkannya.
6. Sekumpulan manusia makan daging busuk sedangkan ada daging baik, balasan orang yang berzina sedangkan dirinya ada isteri yang sah.
7. Orang yang tenggelam timbul dalam lautan darah dan dilemparkan dengan batu. Balasan orang yang makan riba.
8. Kumpulan manusia mencakar-cakar muka dan dada dengan kuku yang tajam. Balasan orang yang suka mengumpat.

9. Orang yang membawa berkas kayu yang banyak tidak terangkat olehnya. Balasan oarang yang menerima amanah tetapi tidak sanggup melaksanakannya.

10. Seekor lembu keluar dari lubang kecil tetapi tidak dapat masuk semula ke dalam lubang tersebut. Gambaran orang yang suka bercakap besar.

MIKRAJ
1. Wanita menangis sambil meminta pertolongan tetapi tiada yang sanggup membantu. Gambaran balasan wanita yang berhias bukan kerana suaminya.

2. Wanita tergantung pada rambutnya, otaknya menggelegak dalam periuk. Balasan wanita yang tidak menutup auratnya.
3. Wanita berkepala seperti babi, badannya seperti kaldai dan menerima berbagai balasan wanita yang suka membuat fitnah, bermusuh dengan jiran dan membuat dusta.
4. Wanita yang mukanya hitam dan memamah isi perutnya sendiri. Balasan wanita yang mengoda dan menghairahkan lelaki.

PENGAJARAN PENTING
Allah S.W.T ingin memperlihatkan kebesaran-Nya sebagai Pencipta agar keyakinan dan keimanan terhadap kekuasaan-Nya benar-benar wujud di dalam jiwa manusia
Hendaklah menjalinkan hubungan dengan Allah baik di waktu senang mahupun di waktu ditimpa musibah kerana Allah sahajalah yang mampu memberi pertolongan kepada manusia.
Sebagai membuktikan sesuatu perkara yang mustahil pada pemikiran manusia boleh berlaku, tetapi tidak mustahil bagi Allah untuk menjadikan dan menciptakannya.
Bahayanya golongan Yahudi dan Kristian terhadap umat islam. Mereka bukan sahaja mahu umat islam tunduk kepadanya sebaliknya mereka mahu menghapuskan sama sekali agama dan umat islam.

Isnin, 4 Jun 2012

Gerhana Bulan 4/6/2012

Boleh dilakukan di mana-mana samada di rumah, musolla, surau atau masjid. Walau bagaimanapun yang afdhal ialah masjid yang didirikan Jumaat.

i. Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Matahari :

أُصَلِّى سُنَّةَ الكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.”

ii. Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan

أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”

i. Solat gerhana dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat biasa. Ia adalah yang sekurang-kurangnya. Yang akmalnya dilakukan dengan dua kali ruku’ dan 2 kali qiyam, pada tiap-tiap satu rakaat dengan tidak dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.

ii. Yang terlebih akmal ialah dengan 2 rakaat, dengan 2 ruku dan qiyam bagi tiap-tiap satu rakaat dengan dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.

Kaifiatnya adalah seperti berikut:

Berdasarkan hadis :

عن عائشة نحو حديث ابن عباس وقالت: أَنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم خَسَفَتِ الشَّمْسُ قَامَ فَكَبَّرَ وَقَرَأَ قِرَاءَةً طَوِيلَةً ثُمَّ رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلاً ثُمَّ رَفُعَ رَأْسُهُُ فَقَالَ سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ وَقَاَم كَمَا هُوَ نَقَرَ قِرَاءَةً طَوِيلَةً وَهِىَ أَدْنى مِنَ القِرَاءَةِ الأُولَى ثُمَّ رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلاً وَهِىَ أَدْنَى مِنَ الرَّكْعَةِ الأُولَى ثُمَّ سَجَدَ سُجُودًا طَوِيلاً ثُمَّ فَعَلَ ِفي الرَّكْعَةِ الآخَِرةِ مِثْلَ ذلِكَ ثُمَّ سَلَّمَ وَقَدْ تَجَلَّتِ الشَّمْسُ فَخَطَبَ النَّاسِ فَقَالَ ِ في كُسُوفِ الشَّمْسِ وَالقَمَرِ إِنَّهُمَا آيَتَانِ مِنْ آياَتِ اللهِ َلا يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وََلا لحَِيَاتِهَ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُمَا فَافْزَعُوا إِلَى الصَّلاَةِ.

Maksud: Dari Aisyah r.a. berkata: “Sesungguhnya Rasulullah SAW berdiri (di masjid) pada hari terjadi gerhana matahari, lalu baginda mengadakan solat gerhana dan membaca bacaan yang panjang (seukur seratus ayat surah al-Baqarah), kemudian beliau mengangkat kepala dan mengucapkan Sami’ Allahhu Liman Hamidah, dan beliau berdiri lalu membaca bacaan yang panjang, sedang bacaan

(dalam berdiri yang kedua) ini sedikit berkurang daripada bacaan yang pertama, kemudian beliau ruku’ dengan ruku’ yang panjang, sedang ruku’ ini berkurang dari ruku’ pertama, kemudian beliau sujud dengan sujud yang panjang (bertasbih seukur bacaan seratus ayat), kemudian beliau bertindak sepadan demikian (rakaat pertama) itu pada rakaat yang akhir (kedua), Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana)
maka bersyukurlah kepada solat gerhana”

(Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرو بنِ العَاصِ أَنَّهُ قَالَ: لَمَّا انْكَسَفَتِ الشَّمْسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ نُودِىَ بِ ( الصَّلاَةُ جَامِعَةً ) فَرَكـَعَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ قَامَ فَرَكـَعَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ جُلِّىَ عَنِ الشَّمْسِ. فَقَالَتْ عَائشَةُ: مَا رَكَعْتُ رُكُوعًا قَطَُّ. وَلاَ سَجَدتُ سُجُودًا قَطَُّ. كَانَ اَطْوَلَ مِنْهُ.

Maksud: Dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash, beliau berkata: “Tatkala matahari gerhana pada masa Rasulullah SAW, maka diserukan : ‘as solatu jami`ah’. Lalu Rasulullah SAW melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian berdiri lagi dan melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian matahari kembali muncul. Aisyah berkata: “Aku sama sekali tidak pernah melakukan ruku’ ataupun sujud yang lebih lama daripada itu”

(Sahih Muslim 2-hlm: 81)

Secara ringkasnya seperti berikut :

1. Takbiratul Ihram.

2. Membaca doa iftitah.

3. Membaca Ta`awudz. ( تعاوز )

4. Membaca surah al-Fatihah.

5. Membaca mana-mana surah, yang terlebih afdhal surah al-Baqarah.

6. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 100 ayat.

7. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah ali-Imran atau mana-mana surah.

8. Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 90 ayat.

9. Iktidal.

10. Sujud dan membaca tasbih.

11. Duduk antara 2 sujud.

12. Sujud kembali.

13. Berdiri ke rakaat kedua.

b. Rakaat kedua.

1. Membaca surah al-Fatihah.

2. Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana surah.

3. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat semasa ruku’.

4. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah al-Maidah

atau mana-mana surah.

5. Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 50 ayat.

6. Iktidal.

7. Sujud dan membaca tasbih.

8. Duduk antara 2 sujud.

9. Sujud kembali.

10. Membaca tasyahud akhir.

11. Memberi salam.


Khamis, 31 Mei 2012

Khutbah Pilihan Bulan Mei

Khutbah Jumaat

Tajuk: Saat-saat Menghadapi Sakaratul Maut

Oleh: Mohd Zainudin Bin Zakaria

الحَمْدُ ِللهِ الذي قال في كتابه العزيز :

ﭷ ﭸ ﭹ ﭺ ﭻ

أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، الَّذِي بَلَّغَ الرِّسَالَةَ وَأَدَّى الأَمَانَةَ وَنَصَحَ الأُمَّةَ وَكَشَفَ الْغُمَّةَ، الَلَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيْدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ،

أما بعدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ، إِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ وَطَاعَتِهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ، وَتَزَوَّدُوْا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَقْوَى.

Marilah kita bertakwa kepada Allah S.W.T., dengan melaksanakan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.Semoga dengan itu, kita akan sentiasa dirahmati allah S.W.T. di dunia mahupun di akhirat.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Khutbah hari ini akan membincangkan tajuk “saat-saat menghadapi sakaratul maut”.

Sakaratul maut ialah suasana atau keadaan ketika hampir menghadapi kematian. Ia adalah suatu keadaan yang sangat sukar dan menyakitkan. Semua kita akan menghadapinya pada suatu masa nanti. Reality ini telahpun dijelaskan oleh Allah s.w.t. melalui firman-Nya dalam Surah Qaff ayat 19 :

Yang bermaksud : “ (Apabila sampai ajal seseorang) datanglah sakaratul maut membawa kebenaran yang telah dijanjikan, (serta dikatakan kepada yang mengingkarinya sebelum itu): “inilah perkara yang selalu engkau mengelak diri daripadanya!”.

Nabi s.a.w. yang muliapun tidak terkecuali daripada merasa sakit ketika menempuh sakaratul maut. Sebagaimana yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi daripada Aisyah Radhiallahu anha berkata: "Aku melihat Rasulullah saw. sedang menghadapi sakaratul maut dan di sisinya ada sebuah mangkuk berisi air, kemudian baginda memasukkan tangannya kedalam air sambil berdoa : "Ya Allah! berikanlah pertolongan kepadaku untuk menghadapi kepedihan mati dan sakaratul-maut". (Riwayat Tirmizi)

Ketika detik-detik wafat Nabi s.a.w. semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. “Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.” Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. “Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah kepada Malaikat Penghantar Wahyu itu. “Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah dicabut ajal,” kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. “Ya Allah, dahsyat rasa maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.” Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan-akan hendak membisikkan sesuatu. Ali segera mendekatkan telinganya, “Peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.”

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah, “Ummatii, ummatii, ummatiii” – “Umatku, umatku, umatku…” sesungguhnya Baginda terlalu kasihkan ummatnya dan bimbang akan keselamatan mereka. Maka wafatlah Rasulullah s.a.w. di pangkuan Aisyah, lalu beliau meletakkan kepala Baginda yang mulia itu di atas bantal. Berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Aisyah berkata, Rasulullah s.a.w. wafat menjelang tengahari pada hari Isnin. Firman Allah s.w.t. dalam Surah Ali Imran ayat 144:

ﭿ

Yang bermaksud : “Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang rasul (yang telah wafat atau terbunuh). Jika demikian, kalau dia pula wafat atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik ke belakang (murtad)? (ingatlah) sesiapa yang kembali (menjadi kafir) maka dia tidak akan mendatangkan mudharat kepada Allah sedikitpu. (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang yang bersyukur (terhadap nikmat kurniaan-Nya).”

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Allah s.w.t. menceritakan bagaiman keadaan orang yang kufur kepada Allah menghadapi sakaratul maut. Antaranya di dalam Surah al-Qiyamah 24-28:

Yang bermaksud : “ Dan pada hari itu, muka(orang-orang kafir) muram hodoh, sambil percaya dengan yakin bahawa mereka akan ditimpa malapetaka (azab) yang membinasakan. Sedarlah (jangan megutakan dunia dan melupakan akhirat. Ingatlah akan ahal orang yang hendak mati) apabila rohnya sampai ke pangkal kerongkong, dan (orang yang hadir di sisinya heboh) berkata, “siapakah yng dpat menawar jampi (dan mengubatnya)?”. Dan dia sendiri yakin saat itu ialah saat perpisahan.”

Sesungguhnya perasaan sedih dan hiba bukan sahaja dirasai oleh keluarga dan orang mengiringi jenazah ke kubur, tetapi sebenarnya setiap sendi anggota orang yang menghadapi maut juga turut bersedih. Anggota-anggota tersebut saling mengucapkan selamat tinggal sambil berkata : “Sesungguhnya kita telah lama berada dalam satu keluarga yang saling bantu-membantu antara satu dengan yang lain, merasai susah dan senang, tetapi sekarang Allah menghendaki perpisahan ini.”

Setelah semua sendi tadi mengucapkan salam perpisahan, kini sampai pula giliran roh dipaksan keluar meninggalkan jasad. Amru al-Asr menceritakan kepada anaknya: “Disaat hampir kematianku, terasa olehku bahawa seolah-olah aku terbaring disekeping kayu yang keras dan aku dapati baki nafasku yang keluar masuk itu terlalu sukar, bagaikan ianya keluar dari lubang jarum yang sempit. Aku merasai kesakitan bagaikan terdapat ranting berduri dalam tubuhku dan ianya ditarik dari kaki hingga ke kepala dan diulang-ulang berkali-kali.”

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Ketahuilah, sesungguhnya perkara yang paling disukai oleh orang yang sedang bertarung dengan ajalnya ialah ketenangn dan ketenteraman. Dari lidahnya terucap kalimat syahadat dan dari hatinya dia mempunyai sangkaan yang baik kepada Allah Ta’ala. Nabi s.a.w. telah bersabda : “Perhatikanlah tiga keadaan kepada orang yang sedang sakaratul maut. Jika keningnya berkeringat, berair kedua matanya dan kering kedua pipinya beerti rahmt Allah telah turun kepadanya. Tetapi jika dia kelihaan seperti tercekik, merah warna kulitnya dan pucat kedua bibirnya, maka itu adalah akibat azab Allah kepadanya.”(Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Saidina Umar r.a pernah mengatakan : “Tunggulah orang-orang yang akan mati diantara kalian, dan ingatkan mereka. Sesungguhnya mereka itu boleh melihat sesuatu yang tidak boleh kalian lihat. Ajarkanlah mereka kalimah La ilaha illallah.”

Manakala orang yang mengajarkan kalimah La ilaha illallah kepada orang yang sedang nazak pula sebaiknya janganlah bernada yang mendesak, sebaliknya ajarkanlah dengan cara yang tenang dan lembut. Ini kerana lidah orang yang diajarkan mengucap tadi, amatlah berat untuk bertutur. Sekiranya dipaksa, ini akan menyebabkan dia terasa dibeban dan boleh juga membuatkannya tidak suka meniru kalimah yang diajarkan kepadanya.

Usamah berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda ;

من مات وهو يعلم أن لآ اله الا الله دخل الجنه

Yang bermaksud : “ Barangsiapa mati dalam keadaan yakin bahawa tidak ada tuhan selain Allah, nescaya dia masuk syurga.”

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Marilah sama-sama kita memanjatkan doa kepada Allah s.w.t. semoga kita ditetapkan iman ketika menghadapi sakratul maut dan mendapat husnul khatimah dengan mengucapkan kalimah thoyyibah “LA ILAHA ILLAH” di akhir hayat kita. Sesungguhnya Rasullah s.a.w. yang maksum lagi dijamin sebagai orang yang pertama yang berjaya menyeberangi titian sirat dan selamat sampai ke syurga, Baginda selalu mengucapkan doa :

يا مقلب القلوب ثبت قلبي على دينك

Yang bermaksud : “Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agamaku.”

ﭷ ﭸ ﭹ ﭺ ﭻ

باَرَكَ اللهُ لِي وَلَكُمْ بالقُرْآنِ الْعَظِيمِ، وَنَفَعَنِي وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيهِ مِنَ الآيَاتِ

وَالذِّكْرِ الْحَكِيمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ. اَقُولُ قَوْلِي هذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيمَ لِي وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوهُ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التّائِبِيْنَ

Ahad, 22 April 2012

AKU TERIMA NIKAHNYA.

Rukun rukun nikah
1. Lafaz ijab dan Kabul
2. wali
3. dua orang saksi
4. lelaki ( suami)
5. perempuan ( isteri)

Lafaz ijab qabul
Sighah ialah lafaz yang digunakan khas untuk perkahwinan yang mengandungi ijab iaitu perkataan yang dilafazkan oleh wali , dan qabul, iaitu perkataan yang dilafazkan oleh lelaki yang bakal menjadi suami .

Syarat ijab dan qabul
a. Lafaz sorih
Iaitu lafaz yang terang yang digunakan khas untuk pernikahan iaitu lafaz tazwij dan nikah atau terjemahannya iaitu lafaz kahwin atau nikah , seperti kata wali;
“ saya kahwinkan engkau atau saya nikahkan engkau “
jawab lelaki: “ saya terima nikahnya atau saya terima kahwinnya “

b. tidak bersyarat dengan sesuatu
ijab dan qabul atau salah satu daripada keduannya tidak boleh disyaratkan dengan sesuatu perkara , seperti kata wali;
“jika engkau seorang guru , maka engkau aku nikahkan engkau dengan anak perempuanku Fatimah”
jika lafaz ini diucapkan maka, pernikahan tidak sah .

c. Tidak mengandungi syarat yang menyalahi maksud nikah
Jika terdapat syarat yang menyalahi maksud nikah pada salah satu lafaz ijab dan qabul, maka nikahnya tidak sah ; seperti contoh lafaz di bawah:
“ Aku kahwinkan engkau dengan anak perempuanku Fatimah dengan syarat hendaklah engkau talakkan dia .”
……..atau dengan syarat , janganlah engkau setubuhi dia “
Ijab dan qabul tersebut mestilah dilafazkan secara ;
- berturut-turut
- tidak diselangi dengan perkataan yang lain yang tiada hubungannya dengan ijab/qabul
- tidak diselangi oleh diam yang panjang antara ijab/qabul yang mana diam itu menunjukkan seolah-olah menolak ijab
- tidak diselangi oleh diam yang lama antara ijab dan qabul
Tidak didapati pada wali itu perkara-perkara di bawah ini sehingga berlakunya qabul, iaitu;
a. menarik balik izinnya
b. gila
c. pitam

Wali
Wali ialah orang yang berkuasa penuh mengakadnikahkan seorang perempuan dengan bakal suaminya . Wali-wali itu haruslah melakukannya sendiri akad tersebut atau mewakilkannya kepada sesiapa sahaja sebagai sebagai jurunikah.
Wali yang harus melaksanakan nikah itu ada dua jenis;
a) wali nasab
b) wali hakim

Syarat-syarat menjadi wali
( sekiranya tidak cukup syarat-syarat ini maka taraf wali berpindah kepada wali yang jauh).
1. Islam. Jika perempuan yang akan berkahwin itu Islam sedangkan walinya kafir, maka tidak sah bagi wali itu mewalikan perempuan tersebut
2. Berakal. Tidak sah wali itu dari orang yang tidak sempurna aqalnya , seperti gila yang terus menerus , kerana ia tidak dapat membezakan antara yang baik dengan yang buruk, tetapi jika gilanyatidak berterusan atau datang hanya sementara sahaja, maka semasa ia siuman , ia termasuk ke dalam golongan yang sempurna aqalnya.
3. Baligh. Iaitu mereka yang cukup umur lima belas tahun ke atas , maka tidaklah sah kanak-kanak menajdi wali meskipun ia telah mumayiz.
4. Merdeka. Hamba tidak sah menjadi wali.
5. lelaki. Tidak sah perempuan menjadi wali.
6. Tidak cedera fikiran. Tidak sah orang yang telah cedera fikirannya menjadi wali seperti orang tua yang telah nyanyuk.
7. Tidak safih. Tidak sah orang yang safih menjadi wali iaitu orang yang ditahan hartanya disebabkan terlampau boros atau bodoh.
8. Adil. Tidak sah orang fasik menajdi wali. Seseorang dikatakan fasik apabila ia melakukan dosa besar seperti ;
- membunuh- berzina- minum arak- merampas harta- meninggalkan solat fardhu dengan senghaja- mencuri- menderhaka kepada ibu bapa- atau melakukan dosa kecil secara berterusan- atau seumpamanya yang mana ketaatan kepada Allah kurang dari maksiatnya
Tetapi jika ia bertaubat dari dosanya, maka boleh ia menajdi wali.
Manakala , pendapat Syeikh Ibnu Hajar, orang yang fasik boleh menajdi wali kerana pada masa sekarang, kebanyakan orang menajdi wali adalah daripada orang yang fask.

Wali nasab
Iaitu wali yang ada hubungan kekeluargaan dengan perempuan yang akan bernikah;
1. bapa
2. datuk sebelah bapa
3. saudara lelaki seibu sebapa
4. saudara lelaki sebapa
5. anak lelaki kepada saudara lelaki seibu sebapa
6. anak lelaki kepada saudara lelaki sebapa
7. bapa saudara lelaki dari pihak bapa seibu sebapa
8. bapa saudara lelaki dari pihak bapa sebapa
9. anak lelaki kepada kepada bapa saudara lelaki dari pihak seibu sebapa
10. anak lelaki kepada bapa saudara lelaki dari pihak bapa sebapa
11. bapa saudara lelaki dari pihak bapa kepada bapa seibu sebapa
12. bapa saudara lelaki dari pihak bapa kepada bapa sebapa
Dan bgitulah seterusnya susunan wali nasab mengikut susunan waris dalam pusaka

Wali bapa
Wali bapa dikenal dalam istilah fikah dengan wali akrab ( wali yang lebih dekat) dan wali yang lain dikenal dengan wali ‘Ab’ad ( wali yang lebih jauh) jika wali nombor satu tiada , maka bolehlah wali nombor dua menjadi wali , dan begitulah seterusnya hingga ke bawah.
Wali-wali tersebut berhak menikahkan perempuan yang diwalikannya mengikut giliran dekatnya, ( iaitu selagi ada wali terdekat yang mencukupi syarat-syaratnya, wali ab’ad tidak berhak menikahkan perempuan yang diwalikannya .Sebaliknya jika wali terdekat itu tidak mencukupi syarat-syarat yang diperlukan untuk mewalikan akad nikah, maka hak wali itu berpindah kepada wali ab’ad yang cukup syarat-syaratnya.

Sebab-sebab hak wali berpindah
( yang mana sekiranya terdapat perkara-perkara seperti ini kepada wali akrab(terdekat) , maka hak wali berpindah kepada wali ab’ad;
1. kafir
2. fasik
3. tidak adil
4. gila
5. masih kanak-kanak
6. bisu
7. bodoh
8. hamba

Wali bapa dan wali datuk ( wali mujbir)
Iaitu wali yang harus menikahkan anak atau cucunya yang masih perawan tanpa perlu minta izin dari perempuan tersebut.tetapi jika perempuan itu telah menjadi janda atau hilang perawannya , maka mesti minta izin dulu sebelum menikahkannya.

Syarat bagi sah nikah dengan berwalikan wali mujbir
wali mujbir boleh menikahkan anak perawan tanpa izin perempuan tersebut terlebih dahulu jika ia memenuhi semua syarat-syarat ini;
1. tiada permusuhan di antara perempuan tersebut dengan wali itu
2. tiada permusuhan antara perempuan tersebut dengan bakal suaminya
3. perempuan tersebut sekufu dengan bakal suaminya
4. bakal suami tersebut sanggup membayar maskahwinnya dengan tunai .

Syarat bagi wali mujbir harus menikahkan( anak atau cucu perempuan)
1. Dibayar dengan maskahwinnya yang sesuai mengikut adat negeri
2. maskahwin itu mestilah dibayar dengan wang dalam negeri
3. bakal suami perempuan itu bukan orang yang susah berkehidupan dengannya, seperti cacat yang membebankan atau terlalu tua
Sekiranya syarat-syarat diatas tidak dipenuhi, haram wali mujbir melaksanakan akadnya, tetapi jika dilaksanakan juga, nikahnya tetap sah, meskipun hukumnya tetap haram.

Keizinan perempuan
Sebelum dilakukan pernikahan hendaklah terlebih dahulu meminta keizinan daripada perempuan yang hendak dinikahkan itu, iaitu :
1. Peermpuan yang masih dara tidak boleh dinikahkan oleh selain daripada wali mujbir kecuali sesudah perempuan tersebut memberi keizinan.
2. Perempuan yang masih dara yang hendak dinikahkan oleh wali mujbir adalah sunat diminta keizinan daripada perempuan tersebut.
3. perempuan janda yang sudah baligh tidak boleh dinikahkan , kecuali setelah dia memberi keizinan dengan terang.
4. perempuan janda yang belum baligh tidak boleh dinikahkan sebelum perempuan itu baligh kerana izinnya di masa sebelum baligh itu tidak sah , iaitu tidak dipakai.

Wali datuk
Datuk boleh menjalankan ijab dan qabul bersama-sama dalam nikah yang satu , iaitu menjalankan ijab pada nikah anak perempuan kepada anak lelakinya ( cucu perempuannya ) , dan qabul anak lelaki kepada anak lelakinya yang lain ( cucu lelaki).

Wali hakim
Wali hakim ialah ketua negara Islam yang mempunyai kekuasaan. Dia boleh mengangkat orang lain menjadi wali hakim mengakadnikahkan perempuan yang berwali hakim, pada sebuah negara di mana ketua negaranya bukan beragama Islam atau negara itu bukan negara Islam . Wali hakim boleh dilantik oleh segolongan orang yang terdiri daripada orang alim, pemimpin , dan orang yang terkemuka dari orang Islam yang ada ditempat itu.

Wali tahkim
Iaitu lelaki dan perempuan yang hendak bernikah itu mestilah hadir di hadapan orang yang hendak mengakadnikahkan itu( iaitu di mana negeri itu tiada wali hakim) dan orang itu mestilah orang yang mengetahui segala hukum hakam serta orang alim dan warak .Yang mana pasangan itu hendaklah menyatakan yang mereka ingin melantik orang tersebut sebagai wali tahkimnya dan orang tersebut memahami serta menerima perlantikan tersebut.

Keadaan perempuan yang berwali hakim
Harus bagi perempuan bernikah dengan berwalikan hakim dengan salah satu daripada sebab-sebab tersebut
1. Tidak ada wali nasab
2. Tidak ada wali akrab yang mencukupi syarat sebagai wali , dan wali ab’ad juga tidak ada
3. Wali akrab tinggal ditempat yang jauh sekadar perjalanan yang menharuskan solat qasar( perjalanan 2 marhalah).
4. wali akrab masuk penjara dan tidak boleh berhubung dengannya
5. wali akrab sedang dalam ihram haji atau umrah
6. wali akrab enggan menikahkannya
7. wali akrab bersembunyi kerana enggan menikahkannya
8. wali akrab berdegil tidak mahu menikahkannya
9. wali akrab hilang dan tidak ada khabar berita
10. wali akrab hendak kahwin sendiri dengan perempuan itu dan tiada wali lain yang sepangkat dengannya.

Wali buta
Jika wali akrab buta, maka tidak harus bagi wali ab’ad menggantikan tempatnya kerana wali yang buta itu masih mengetahui perkara kufu’ serta hal perbincangan mengenai pernikahan itu.

Wali bisu
Bagi wali bisu yang tidak dapat memahami isyarat atau tulisan sewaktu berwakil haruslah ia berwakil kepada wali ab’ad , tetapi jika wali yang bisu tadi boleh memahami isyarat atau tulisan sewaktu berwakil , maka tidak harus bagi wali ab’ad menggantikan tempatnya sebagai wakil mengakadkan pernikahan , sebaliknya wali yang bisu itu yang menjadi walinya dengan berwakil secara isyarat atau lisan.

Wali pitam/mabuk
Bila wali akrab itu pitam atau mabuk yang tidak senghaja , tidak harus bagi wali ab’ad mengahwinkan perempuan yang diwalikan itu , malah hendaklah ditunggu sehingga wali akrab tadi sembuh ataupun masa tempoh menunggu ini sehingga tiga hari.
Jika perempuan yang hendak bernikah itu hendak juga bernikah dalam masa wali akrabnya pitam/mabuk selama tiga hari tadi, maka haruslah bagi hakim mengahwinkannya atau bertahkim , iaitu berwalikan dengan wali tahkim . Ini ialah jika pada suatu negeri itu tidak ada wali hakim.
Tetapi jika wali akrab yang pitam/mabuk tadi tidak sembuh juga sehingga melebihi tempoh tiga hari, maka haruslah bagi wali ab’ad mengahwinkan perempuan yang diwalikan tersebut. Begitu juga jika mengesahkan oleh seseorang yang dipercayai perkataannya di permulaan pitam/mabuk wali tersebut, bahawa wali itu akan pitam/mabuk lebih daripada tiga hari, maka haruslah bagi wali ab’ad mengahwinkan perempuan itu di permulaan pitam atau mabuk wali yang akrab tadi.

Wali yang ihram
Bila wali yang akrab itu di dalam ihram , tidak harus bagi wali yang ab’ad mengahwinkan perempuan yang diwalikannya, sebaliknya wali hakim atau wali tahkim ( jika negara itu tiada wali hakim) lebih berhak untuk mengahwinkannya. Jika wali hakim atau kadi berada dalam ihram, maka haruslah orang yang menjadi ganti wali hakim tersebut mengahwinkan perempuan yang diwalikannya kerana hakim atau kadi itu bukanlah sifatnya sebagai wakil mutlak, malah adalah sebagai wali bagi mereka yang tidak berwali.


Berwakil dalam ihram
Jika seoang wali berwakil kepada seseorang untuk mengahwinkan perempuan yang diwalikannya, yang mana wali yang berwakil tadi di dalam ihram, maka tidaklah sah akad wakilan itu, begitu juga bila seorang suami yang ada di dalam ihram berwakil untuk menerima nikahnya, maka akad wakilan itu tidak sah walaupun orang yang menerima sebagai wakil itu bukan dalam ihram. Tatapi jika berwakil oleh seseorang waktu ihramnya untuk menerima akad nikahnya selepas tahalul sesudah ihram maka sahlah akad wakilan itu. Begitu juga bila berwakil seseorang wali untuk mengahwinkan perempuan yang diwalikannya atau berwakil seseorang suami untuk menerima akad nikahnya tanpa menentukan masanya dan mengakad oleh orang yang menerima wakil itu selepas tahalul , maka akad wakil itu adalah sah, kerana berlaku akad itu bukan pada masa orang yang berwakil (suami) tadi di dalam ihram , bahkan pada masa tahalulnya.


Syarat –syarat dua orang saksi
1. Islam , orang kafir tidak sah menjadi saksi nikah , serta tidak sah menjadi saksi nikah bagi orang yang tersembunyi keIslamnya
2. Berakal. Orang gila tidak sah menajdi saksi
3. Baligh. Kanak-kanak tidak sah menjadi saksi nikah
4. Merdeka. Hamba sahaya tidak sah menjadi saksi, begitu juga tidak sah menjadi saksi bagi mereka yang tersembunyi merdekanya.
5. lelaki. Perempuan tidak sah menjadi saksi.
6. Adil. Jika orang yang menajdi saksi itu tersembunyi keadilannya , maka nikah itu adalah sah, dan tidak wajib diperiksa dan dicari keadilannya yang tersembunyi bagi saksi itu.
7. Tidak fasik. Orang yang fasik tidak sah dan tidak diterima menjadi saksi.
8. Mendengar. Orang yang tuli/pekak tidak sah menjadi saksi, kerana mereka itu tidak mengetahui apa yang dikatakan ketika ijab/qabul
9. Melihat. Orang buta tidak sah menjadi saksi, kerena mereka juga tidak mengetahui orang yang diakadnikahkan dan yang mengakadkan itu.
10. Faham/mengerti. Dua orang yang menjadi saksi itu mestilah faham dan mengerti bahasa yang digunakan oleh wali dan lelaki itu ketika ijab/qabul. Jika saksi tersebut tidak faham dan tidak mengerti bahasa yang digunakan dalam ijab/qabul, maka nikah tersebut tidak sah.
11. Kuat ingatan. ADua orang menajdi saksi itu mestilah kuat ingatannya apa yang didengar dan yang dilihatnya ketika ijab/qabul, tetapi tidaklah menjadi batal saksinya sekiranya saksi itu ingat akan lafaz akad yang didengarnya itu , kemudian dia lupa.

Syarat suami untuk sah nikah
1. Suami itu hendaklah Islam sekiranya isterinya Islam.
2. Suami itu hendaklah jangan ihram
3. suami berkahwin dengan kehendaknya sendiri tanpa dipaksa atau diugut
4. suami itu hendaklah orang yang sudah baligh, tetapi sekiranya belum baligh, hendaklah bapa atau datuknya yang mengqabul nikahnya itu.
5. Suami hendaklah berakal dan jika suami tidak berakal, seperti gila atau tidak siuman, maka yang menikahkannya ialah bapa atau datuknya, ataupun hakim sesudah berunding minta fikiran dan pendapat daripada kaum kerabatnya, di mana dia tidaklah harus dinikahkan kecuali kerana berkehendak ataupun kerana hajat yang difikirkan perlu.
6. Suami itu hendaklah mengetahui ketika melakukan akad nikah itu bahawa perempuan itu halal nikah baginya , jika suami itu bernikah dengan seorang perempuan yang dia tidak mengetahui keadaan perempuan tersebut halal dinikahinya atau tidak, maka yang demikian nikahnya itu tidak sah.
7. Suami tidak tidak dalam keadaan empat isteri atau salah seorang daripada isterinya yang empat itu dalam iddah raj’i
8. suami itu hendaklah seorang yang tertentu sebagai suami kepada isteri yang dinikahinya tadi.

Syarat-syarat bagi perempuan ( isteri) untuk halal dan sah nikahnya
1. Isteri hendaklah Islam jika suaminya Islam
2. Isteri itu tidak dalam ihram
3. Isteri itu bukan isteri orang
4. Isteri itu bukan dalam iddah
5. Isteri itu hendaklah seorang yang tertentu sebagai isteri kepada suami yang dinikahinya.

Jumaat, 24 Februari 2012

WAJARKAH SI SUAMI TEMAN ISTERI BERSALIN

Zaman sekarang ni,sudah banyak hospital yang membenarkan suami menemani isteri bersalin. Tapi, sejauh mana kewajaran situasi ini?

Apa kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi?

1. Meredakan debaran di hati isteri
Saat-saat ingin melahirkan anak mestilah saat yang mendebarkan, bukan isteri sahaja yang berdebar, malah suami juga. Kehadiran suami di sisi isteri dapat meredakan debaran yang dirasai isteri. Jadi, sama-sama dapat meredakan debaran antara satu sama lain.

2. Meredakan kesakitan isteri
Kehadiran suami di sisi juga dapat meredakan kesakitan yang ditanggung oleh isteri walaupun hanya sekadar mengusap belakang isteri ketika kontraksi atau sekadar memberi kata-kata perangsang.

3. Menimbulkan keinsafan di hati suami
Secara tak langsung, boleh timbul keinsafan kepada suami apabila melihat kesakitan yang ditanggung oleh isteri dalam usaha memberikan zuriat yang diinginkan.

4. Lebih menyayangi dan menghargai isteri
Apabila melihat betapa susahnya isteri melahirkan anak, bertarung nyawa dan menanggung segala kesakitan, boleh memberi keinsafan kepada suami untuk lebih menyayangi dan menghargai isteri. Hargailah isteri anda, wahai sang suami.

5. Lebih menghargai keluarga
Melihat proses bersalin, boleh membuatkan kita lebih menghargai keluarga, bukan setakat kepada isteri dan anak-anak, malah juga kepada ibu yang melahirkan kita. Seperti mana kesakitan yang ditanggung oleh isteri, begitu jugalah kesakitan yang ditanggung oleh ibu saat melahirkan kita.

Bagaimana suami boleh membantu, jika takut melihat darah?
Suami yang takut melihat darah, masih boleh menemani isteri pada peringkat awal (tahap pertama proses kelahiran). Pada tahap ini, isteri akan mengalami kontraksi yang lebih kerap. Suami boleh membantu dengan cara:

- Memegang tangan isteri untuk menenteramkannya
- Mengurut bahagian belakang isteri untuk mengurangkan kesakitan
- Mengelap muka isteri apabila berpeluh
- Membasahkan bibir dengan air atau ketulan ais serta beri air kepada isteri

Jadi, kaum Adam sekalian, yang telah bergelar suami, adakah anda menemani isteri anda ketika bersalin? Apa perasaaan anda?

DIPETIK DARIPADA:
rakan FB


Khamis, 12 Januari 2012

Perancangan Program MASTAAF 2012

Perancangan Program/ Aktiviti

Masjid Tengku Ampuan Afzan, Bandar Indera Mahkota

Kuantan Tahun 2012

BIL

CADANGAN PROGRAM

SASARAN

BENTUK AKTIVITI

JUSFIKASI KEWANGAN

TARIKH PELAKSANAAN

CATATAN

1

Kuliah Maghrib Harian

Ahli jemaah Masjid

- Kuliah umum

- Kuliah Berkitab

RM 800.00

(sebulan)

1 Januari

6 kali seminggu

2

Qiamullail Bulanan

Pegawai masjid, Jabatan Kerajaan pelajar IPT berdekatan

- Qimullail berjemaah@sendiri

- Solat Subuh berjemaah

Kuliah Subuh & jamuan makan

RM450.00

(sebulan)

28 Januari

- Sebulan sekali

- Sudah Berjalan

3

Bincang-bincang Subuh@Tanyalah Imam

Ahli jemaah tetap masjid

- Perbincangan isu-isu agama semasa dan sesi soal jawab

RM300.00

(sebulan)

April

- Pagi Sabtu dan Ahad

4

Jom Dengar Hadis

Ahli jemaah tetap masjid

- Bacaan Hadis Shahih Bukhari dan Muslim selepas solat Subuh @ Asar

-

1 Januari

- 2 buah hadis satu hari.

5

Kuliah Pegajian Al-Quran dan Tajwid Dewasa

Pesara dan golongan dewasa lelaki dan perempuan

- Kelas pengajian al-quran berbentuk talaqqi dua kali seminggu

RM800.00

(sebulan)

May

2 kali seminggu

6

Ziarah Mahabbah &

Edaran Flyers

- Penduduk Taman

- Ziarah rumah ke rumah, edaran risalah masjid dan jadual aktiviti masjid, Ringkasan Khutbah Jumaat/Hadis Pilihan

RM1000.00

(Setahun)

Februari,May,

Julai,September

Disember

4 kali setahun

7

Talk Show Zakat

Kempen Zakat

Ahli jemaah tetap masjid

- Talk Show

- Edaran risalah

RM 2000.00

May


8

Sambutan Maulidur Rasul

Ahli jemaah Masjid Penduduk Taman Pelajar IPTS/IPTA

-Forum

-Kempen Cinta Rasul

RM 2000.00

5 Februari

1 kali

9

Program Remaja Masjid/Usrah Remaja

Remaja

Pelajar IPTA/IPTS

Pelancaran Team Remaja Masjid, Remaja bermotor, Remaja Sukan, Remaja IPTA/S

RM 2000.00

Julai

1 kali

10

Sambutan Israk dan Mikraj 1433H

Ahli jemaah Masjid

-Forum

- Edaran risalah

RM 2000.00

17 Jun

27 Rejab

1 kali

11

Kursus Peyembelihan& Kursus Pengendalian jenazah

Ahli jemaah Masjid Penduduk Taman Pelajar IPTS/IPTA

-Pembentangan Kertas Kerja

-Ceramah

-Praktikal/Amali

RM 2500.00

Julai


12

Program Ihya’ Ramadhan

Ahli jemaah Masjid Penduduk Taman Pelajar IPTS/IPTA

-Majlis Berbuka Puasa

-Solat Sunat Teraweh

-Moreh

-Tadarus

-Qiamullail

-Tazkirah Zohor

-

21 Julai


13

Sambutan Nuzul Quran

Ahli jemaah Masjid Penduduk Taman Pelajar IPTS/IPTA

-Ceramah Perdana

-Jamuan Makan

RM 1500.00

6 Ogos

17 Ramadhan


14

Sambutan Hari Raya Aidilfitri

Ahli jemaah Masjid Penduduk Taman Pelajar IPTS/IPTA

-Takbir raya

-Jamuan Makan selepas solat Aidilfitri

-

19 Ogos


15

Majlis Meraikan Bakal Haji

Ahli jemaah Masjid Penduduk Taman perumahan yang akan menunaikan Ibadah Haji

Solat Hajat, Tahlil, Doa Selamat dan Penyampaian Cenderamata Kepada Bakal Haji

RM 1500.00

September


16

Sambutan Hari Raya Aidil Adha

Ahli jemaah Masjid Penduduk Taman Pelajar IPTS/IPTA

Solat Sunat Hari Raya

Ibadah Qorban

-

26 Oktober


17

Munajat Tahun Baru Awal Muharram 1434 H

Ahli jemaah Masjid Penduduk Taman Pelajar IPTS/IPTA

-Forum

-Qiamullail

RM 1000.00

15 November


18

Kuliah Dhuha Muslimat

Muslimat

- Kuliah Fardhu Ain Berkitab

RM 400.00

(sebulan)

Februari

4 kali

(sebulan)