Selasa, 1 Disember 2009

"YA ALLAH, AKU MEMOHON KEKUATAN DLM DAKWAH"




Gejala “keguguran” dan jalan da’wah adalah merupakan gejala umum, besar dan berulang-ulang. Dengan itu perlu dibuat kajian mendalam dan objektif untuk mengetahui sebab serta faktor-faktor sebenar yang menyebabkan demikian.
Seseorang yang mengkaji sejarah pergerakan Islam di mana-mana jua negeri dan di peringkat apa jua akan bertemu dengan nama-nama anggotanya yang cukup cergas, bekerja dan bertanggungjawab tetapi ternyata kemudian nama itu hilang begitu sahaja.

* GAMBAR di Masjid Tengku Mizan Zainal Abidin,
Putrajaya (harganya mencecah RM200 JUTA.

Ada di antara mereka itu yang meninggalkan da’wah tetapi tidak meninggalkan Islam .Ada pula yang meninggalkan kedua-duanya sekali. Ada yang meninggalkan jama’ah dan mengasaskan jama’ah baru dan ada pula yang bergabung dengan jama’ah lain. Demikianlah berlakunya gejala keguguran dalam bentuk yang banyak dan berbagai-bagai.

SEBAB-SEBAB KEGUGURAN
Sebab-sebab keguguran bukanlah satu tetapi banyak.
- Ada kalanya bersebab dan harakah itu sendiri.
- Ada kalanya bersebab dan anggotanya sendiri.
- Ada kalanya bersebab dan suasana yang menekan.

Sekarang kita cuba membincangkan sebab mi secara terperinci supaya kita dapat mengetahui sejauh manakah kesan setiap sebab mi ke atas gejala keguguran.

SEBAB BERHUBUNG GERAKAN
Banyak sebab-sebab yang menyebabkan keguguran anggota harakah dan da’wah yang seringkali berpunca dan pergerakan itu sendiri dan sistemnya. Sebab-sebab mi boleh kita simpulkan sebagai berikut:

1. KELEMAHAN SUDUT TARBIYYAH
Sudut atau bidang tarbiah di dalam sesuatu harakah (yang lemah) hanya mengambil ruang yang kecil berbanding dengan bidang-bidang lain seperti pentadbiran, penyusunan dan politik di mana bidang-bidang ini hampir mengambil keseluruhan ruang. Perkara ini jelas sekali dapat dilihat dalam cara hidup pemimpin-pemimpin harakah, pentadbir-pentadbir dan orang-orang yang bertanggungjawab menguruskan soal-soal politik dan kemasyarakatan. Urusan-urusan tarbiyyah samada dan segi teori atau ‘amali. Akibatnya tindakan dan cara mu’amalah (perhubungan) mereka jauh sekali dan akhlak Islam. Mu’amalah yang berbentuk rabbaniyyah) dan tidak mempunyai ‘uzubah ar-ruhaniyyah (kesedaran rohani).

Suasana seperti mi seringkali menimbulkan ketegangan dan kepekaan (sensitif). Ini sungguh berlainan dengan suasana rohani yang telah melalui tarbiyyah dengan zikrullah dan riqabatuLlah (pengawasan Allah).

Pihak yang bertanggungjawab mengenai politik atau pentadbiran atau kemasyarakatan atau lainnya berdasarkan kepada tanggungjawabnya boleh jadi berpuas hati dengan kedudukannya, iaitu dia telah mencapai tahap menjadi pucuk pimpinan; tanpa merasakan apa-apa lagi kekurangan din, rohani dan tarbiyyah. Tanpa merasakan perlunya kepada makanan iman di dalam hidupnya. Kalaulah dia tidak menyedari perkara ini dan tidak segera mengambil langkah memperbaiki dirinya maka dia pasti akan jatuh

2. TIDAK MELETAKKAN SESEORANG DI TEMPAT YANG SESUAI
Perkara mi terus-menerus menyebabkan kegagalan kerja (tugas) serta menyebabkan kerugian para ‘amilin (pekerja da’wah). Sesuatu harakah yang sedar lagi matang ialah harakah yang mengetahui keupayaan anggotanya, kecenderungan dan kebolehan mereka, serta juga mengetahui titik-titik kekuatan dan kelemahan mereka. Berdasarkan inilah harakah itu memilih dan memberi tugas kepada seseorang anggotanya • itu. mengikut apa yang sesuai dengan kebolehan; kecenderungan, tabi’e dan kedudukannya. Kalaulah harakah tidak dapat mengetahui secara terperinci tentang keupayaan-keupayaan setiap anggotanya maka harakah tidak akan dapat memilih tugas yang munasabah untuk mereka laksanakan. Kalaulah harakah tidak mengetahui apa yang diperlukan oleh setiap keadaan kerja maka dia tidak akan berupaya memenuhkan keperluan kerja itu secara sempurna dan baik.

Kalaulah proses pemilihan tidak dibuat secara berhati hati maka kecacatan pasti akan berlaku. Umpamanya, jika harakah mengambil keputusan untuk menyertai pilihanraya sebelum ianya mempunyai persediaan yang cukup, yakni tidak mempunyai wakil-wakil yang berkeupayaan untuk membentangkan fikrahnya, maka wakil yang dihantarnya itu adalah merupakan wakil yang tidak mampu, yang sudah pasti tidak diragukan lagi akan membawa kegagalan. Kalaulah dalam sesuatu keadaan terdesak demi untuk memajukan harakah, sesuatu harakah terpaksa melantik orang-orang yang tidak mampu memikul tanggungjawab kepimpinan; maka bahaya pasti akan berlaku ke atas barisan pimpinan dan juga kepada orang yang dilantik itu sendiri.

3. TIDAK MEMBAHAGI-BAHAGIKAN KERJA KEPADA ANGGOTA
Pembahagian kerja dengan betul kepada anggota adalah suatu perkara yang mustahak lantaran tanpa pengagihan yang betul, kerja akan tertumpu pada sekumpulan kecil anggota sahaja sedang anggota yang ramai tidak mempunyai kerja. Hubungan anggota dengan gerakan makin hari semakin bertambah lemah. Hubungan di antara anggota juga akan semakin longgar dengan masing-masing mempunyai pendapat sendiri. Mereka terpengaruh dengan tarikan-tarikan luar dan akhirnya. Masing-masing membuat pilihan; ada yang akan memilih jalan harakah dan ada yang akan memilih jalan lain. Sesungguhnya kejayaan sesuatu harakah dalam memberi tugas kepada anggotanya adalah merupakan permulaan kejayaan. Sebenarnya setiap harakah mempunyai ramai tenaga tetapi pada kebiasaannya bukan semua yang diberi tugas. Sesuatu harakah yang mempunyai tenaga yang berbagai-bagai mestikah menyusun program-program yang sesuai dan mampu dilaksanakan dengan sempurna.Harakah mestilah mengetahui kecenderungan anggota anggotanya dan menggunakan kecenderungan mereka itu untuk kepentingan Islam mengikut perencanaan yang dibuat oleh harakah.

4. TIDAK MENGAMBIL BERAT HAL AHLI
Ketiadaan perhatian terhadap kedudukan ahli dan suasana yang mereka hadapi adalah merupakan salah satu faktor kejatuhan ahli dan harakah. Seseorang ahli, kadang-kala menghadapi keadaan yang susah sama seperti orang-orang lain juga. Mereka kadang kala menghadapi masalah dan kerumitan yang berbagai bagai. Ada masalah kejiwaan, ada masalah keluarga, ada masalah kewangan dan sebagainya. Kalau ada orang orang dan harakah yang membantunya menyelesaikan masalah-masalah itu maka dia akan mempercayai mereka dan juga harakah mereka. Dia akan mengikut cara per jalanan mereka dengan lebih bersemangat. Tetapi jika berlaku sebaliknya (yakni tidak ada bantuan dan simpati) maka dia akan meninggalkan harakah malah keluan dan lingkungan Islam itu sendiri. Untuk membolehkan sesuatu harakah mengambil perhatian terhadap setiap anggotanya, ia mestilah mampu melakukan pertimbangan di antara keupayaan memberi layanan sama-rata dengan jumlah bilangan dan di antara persediaan. Kepimpinan dan pengganti, yang sekira kiranya layak menjadi pimpinan, dalam apa juga suasana, berupaya memahami seluruh asas qa’edah dan memenuhi keperluannya.

5. TIDAK MENYELESAIKAN PERSOALAN DENGAN SEGERA
Ini berlaku kerana persoalan-persoalan itu adalah rumit. Memang menjadi perkara biasa bagi sesuatu harakah mendahulukan masalah-masalah yang mesti diselesaikan. Adalah menjadi perkara biasa juga sesuatu harakah itu menggunakan cara yang tertentu untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut. Kalaulah harakah dapat menyelesaikan masalah yang timbul dengan mudah dan cepat maka perjalanan da’wah akan menjadi teratur dan rapi. Tetapi sebaliknya jika harakah itu lambat memahami persoalan dan masalah yang timbul dan lambat menyelesaikannya maka masalah-masalah itu menjadi bertimbun-timbun dan berganda.

Selalunya sesuatu masalah itu hanya kecil tetapi dengan pembicaraannya ia menjadi besar dan melahirkan pula masalah-masalah baharu. Kadang-kala sesuatu masalah itu hanya memerlukan penyelesaiannya dengan satu patah perkataan sahaja, atau dengan satu keputusan atau dengan satu ziarah, atau dengan satu pertemuan, atau dengan satu permintaan maaf, atau dengan satu cercaan atau dengan satu nasihat, atau dengan satu tunjuk ajar atau dengan satu penjelasan atau dengan apa-apa jua cara lain yang mudah. Tetapi jika ini dibiar dan ditangguhkan ianya akan menyusahkan harakah dan harakah terpaksa menghabiskan masa yang panjang untuk menyelesaikannya. Hasilnya boleh jadi berjaya dan boleh jadi juga gagal.

6. PERTIKALAN DALAMAN
Ini merupakan penyakit harakah yang paling bahaya. Ia menjadi faktor pemusnah dan peruntuh harakah. Di suatu pihak pertikaian ini meracuni suasana dan di suatu pihak yang lain ia merosakkan perhubungan antara anggota. Selain dan itu ia menimbulkan suasana pertengkaran dan pertikaian mulut sehingga memberhentikan kerja dan tugas Dan akhir sekali ia melemahkan da’wah dan menarik campur tangan pengaruh luar.

SEBAB-SEBAB BERLAKUNYA PERTIKAIAN DALAMAN

1. Kadangkala kerana kelemahan pimpinan, iaitu pihak pimpinan tidak berjaya menguasai barisan dan tidak dapat membuat keputusan.
2. Kadangkala kerana campur tangan dan kuasa luar dan bertujuan untuk menimbulkan fitnah.
3. Kadangkala kerana ada perlumbaan untuk mendapatkan kedudukan khususnya jawatan dalam harakah dan politik.
4. Ada kalanya kerana tidak iltizam dengan dasar harakah atau kaedah atau prinsipnya. Tidak mahu mengikut keputusan yang dibuat oleh badan-badan harakah, malah mahu menonjolkan din sendiri.
5. Kadangkala kerana tidak ada kerja atau program. Sedang kerja atau program itu menggerakkan ahli untuk bersungguh-sungguh berjihad (kerja keras) untuk harakah.

7. PIMPINAN TIDAK LAYAK
Antara sebab langsung keguguran anggota dan barisan da’wah ialah kelemahan pimpinan dan tidak mempunyai pimpinan yang menguasai dan mengawal barisan di kesemua peringkat dan suasana.
Ada pimpinan yang boleh menguasai keadaan ketika ahli berada dalam tingkat umur tertentu, di peringkat keilmuan tertentu dan di dalam suasana tertentu. Apabila umur mereka meningkat, keilmuan bertambah dan suasana berubah maka jelaslah kelemahan pimpinan itu. Kalau perkara ini disedari dan usaha memperbaiki kelemahan pimpinan dibuat maka masalah itu dengan sendirinya selesai. Sebaliknya jika tidak maka harakah akan terdedah kepada perpecahan yang boleh memusnahkannya.

Kelemahan pimpinan ini berlaku kerana beberapa faktor:
1. Sekira-kiranya kepimpinan tidak dapat memenuhi kehendak atau dahagakan pemikiran ahli. Ada kalanya kepimpinan hanya berupaya di sudut pemikiran sahaja tetapi lemah dalam sudut-sudut lain.
2. Kadang-kala kelemahan itu disebabkan oleh kelemahan dalam kebolehan mentadbir di mana pimpinan tidak menggunakan kebijaksanaan dan kemampuannya untuk mentadbir dan menggunakan kaedah serta asas-asas pentadbiran yang perlu. Hal ini menyebabkan kerosakan program dan menimbulkan masalah yang akhirnya membawa ahli gugur dan kehidupan da’wah.

Di sini dipetik satu bab dan buku saya “Musykilat ad-Da’wah wad Da’iyah - Masalah Da’wah Dan Pendakwah tentang kepimpinan, tanggungjawab dan sifat-sifat yang perlu ada padanya.

SIFAT-SIFAT YANG PERLU ADA PADA PIMPINAN

PERTAMA: MENGENALI DA’WAH
Untuk seseorang pemimpin mengetahui da’wahnya secara sempurna dia hendaklah mengambil tahu secara sungguh-sungguh perkara-perkara yang berkaitan dengan pemikiran da’wah, bimbingan dan pentadbirannya. Meneliti kegiatannya dan mengetahui segala program dan
tindakannya.

Jaminan kejayaan pimpinan adalah bergantung kepada rapatnya dengan barisan pimpinan, bergerak bersama sama dengan kumpulan yang bergerak dan jangan sekali kali mengasingkan din. Tanggungjawab pimpinan menghendaki supaya ia sentiasa berhubung dengan barisan tentera da’wah (junud), mengetahui masalah mereka serta mengetahui pemikiran mereka. Perbuatan seperti ini jika dilakukan adalah memberi faedah kepada kedua-dua belah pihak.



KEDUA: MENGENAL DIRI
Seorang pemimpin wajib mengetahui tempat-tempat kekuatan dan kelemahan dalam dirinya. Seseorang pemimpin yang tidak mengetahui keupayaan dan kebolehannya tidak akan dapat menjadi seorang pemimpin yang berjaya. Malah sebaliknya ia mungkin membawa da’wahnya ke arah kemudaratan dan bala’. Dengan sebab itu seseorang pemimpin mestilah mempunyai sifat-sifat berikut:

(i) Mengetahui sudut-sudut kelemahan dan usaha memperkuatkannya.
(ii) Mengenali sudut-sudut kekuatannya dan berusaha untuk menggerak dan menyuburkannya.
(iii) Dia mengambil berat mengembangkan ilmu dan membaca pendapat-pendapat, pemikiran-pemikiran politik, kemasyarakatan, ekonomi dan sebagainya.
(iv) Dia mengambil. berat mengenali tokoh-tokoh pemimpin Islam dan lainnya, di samping berusaha mengetahui cara-cara pimpinan mereka serta faktor faktor kejayaan atau kegagalan mereka.

KETIGA: MENGAMBIL BERAT TENTANG AHLI
Pemimpin mestilah bertindak mengambil berat tentang ahli, cuba mengetahui mereka secara bersungguh sungguh, mengikut keadaan hidup dan kedudukan mereka, bersimpati dengan mereka, bekerja menyelesaikan masalah mereka semuanya, membantu kemantapan ahli dan mengukuhkan kepercayaan mereka kepadanya. Dengan itu dia dapat menggunakan tenaga mereka.
Masjid Yayasan Mohamed Noah,Genting Highlands
KEEMPAT: TELADAN YANG BAIK
Ahli sentiasa melihat pemimpin mereka sebagai contoh dan teladan untuk mereka ikuti jejak langkahnya. Jadi tingkah laku pemimpin, kegiatan, sikap aktifnya, akhlaknya, perkataannya dan kerjayanya, semuanya itu memberi kesan yang mendalam kepada jama’ah seluruhnya. Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wassalam adalah menjadi teladan kepada para sahabatnya: Firman Allah;

Yang bermaksud:
“Sesungguhnya telah ada pada (din) Rasulullah itu sun tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang orang yang mengharap (Rahmat) Allah dan (kedatangan) Hari Kiamat dan dia banyak menyebut (nama) Allah”.(Surah Al-Ahzab: ayat 21)

Manakala para sahabat Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wassalam pula menjadi imam-imam yang salih dan penunjuk jalan yang betul sepertimana yang disabdakan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wassalam~

“Para sahabatku adalah seperti bintang di. langit, jika kamu meneladani mereka maka kamu mendapat hidayah”.

KELIMA : MEMPUNYAI PANDANGAN YANG MANTAP
Keupayaan seseorang pemimpin bertindak segera lagi tepat serta dapat menyelesaikan masalah dalam semua suasana dan keadaan akan dengan sendirinya mendapat penilaian dan kepercayaan ahli. Tetapi sebaliknya pemimpin yang tidak tegas dan teragak-agak akan menyebabkan timbul keadaan kucar kacir, kurang kepercayaan dan kurang berkesannya kepimpinan meneka. Apa yang dikatakan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wassalam adalah benar. Baginda pernah mengatakan:
“Sesungguhnya Allah kasih kepada penglihatan yang tajam di ketika berlaku kesamaran dan Allah sukakan ‘aqal yang sempurna yang dapat menahan serangan nafsu”.

KEENAM : KEAZAMAN YANG KUAT
Kekuatan kehendak atau azam adalah menjadi salah satu rukun keperibadian pemimpin. Dengan adanya keazaman itu dapatlah mereka menyelesaikan persoalan dan perkara-perkara yang susah. Sejarah membuktikan bahawa pemimpin-pemimpin Islam zaman kini sangat perlu mempunyai keazaman mi bagi menghadapi segala ujian dan bencana.

KETUJUH : DAYA TARIKAN SEMULAJADI
Ini adalah merupakan sifat tabi’e. Jika seseorang pemimpin dapat menarik orang ramai tanpa menggunakan paksaan, maka itu adalah merupakan suatu perkara yang amat baik. Sekiranya seseorang pemimpin mempunyai sifat ini maka bermakna dia memiliki suatu peribadi terpenting dalam pembinaan keperibadian pemimpin.

KELAPAN : PENUH YAKIN
Sifat ini juga penting ada pada pemimpin. Seorang pemimpin mesti sentiasa berkeyakinan dan lapang dada.

Sikap putus asa adalah menjadi faktor utama kemusnahan hidup individu dan masyarakat. “Putus asa” tidak boleh sekali-kali dipandang baik atau mempunyai hikmat. Perasaan punya “harapan” tidak boleh dipandang remeh. “Harapan” juga jangan diletakkan di bawah kongkongan perasaan tetapi mesti disamakan dengan ‘aqal dan takdir.

Pimpinan adalah ketua rombongan dan kesannya ke atas “barisan” adalah sangat mendalam. Jika ia mundur dan putus asa, barisan akan mundur dan putus asa. Tetapi jika ia maju ke hadapan menentang cabaran-cabaran anggota dan barisan tentera da’wah (juhud) akan melangkah ke hadapan dengan penuh harapan.

SEBAB BERKAITAN INDIVIDU
Dalam keguguran anggota dan jalan da’wah bukan sahaja disebabkan oleh harakah; tetapi dalam banyak keadaan disebabkan juga oleh anggota itu sendiri.
Sekarang kita sentuh antara sebab-sebab berikut:

1 TABI’E YANG TIDAK TETAP
Ada orang yang tertarik dengan sesuatu harakah oleh suatu tarikan suasana atau oleh sesuatu sebab, lantas dia menyertai harakah itu. Tetapi apabila mereka sedar yang mereka tidak dapat mengikut dasar dan peraturan harakah, tidak dapat patuh kepada harakah mereka pun meninggalkannya.

(1.1) Ada orang yang tidak dapat tunduk kepada per aturan-peraturan yang ditetapkan oleh harakah; apabila dia merasakan kesusahan itu, maka dia pun berusaha membebaskan dirinya dengan berbagai-bagai alasan.

(1.2) Ada orang yang tidak dapat menerima “penyerapan” dirinya ke dalam bina jama’ah, malah dia berusaha mengekalkan keperibadiannya. Orang ini apabila mendapati yang keperibadiannya akan mungkin terserap dan pendapatnya tidak diterima maka dia pun mencari-cari alasan untuk membebaskan din.

Saya teringat salah seorang dan mereka, yakni dan orang-orang yang tidak berperaturan yang semua bidang hidupnya baik yang khusus atau yang umum tidak teratur dan tidak akan dapat membuat aturan biarpun diusahakan demikian, apabila keluar dan harakah melakukan sesuatu yang merosakkan ‘amal Islami dengan membuat seruan bahawa “amal Islami” tidak perlu ada peraturan.

Orang mi mencampuradukkan di antara hak-hak saudara Islam (ukhuwah Islamiyyah) dengan kewajipan tentera (wajibat jundiyyah) dan keperluan pentadbiran (muqtadayat at-tanzim). Ia memberi peluang kepada ukhuwah untuk melakukan kerja-kerja jundiyyah dan memberi kebebasan kepada mereka tanpa perlu mengikut kehendak peraturan.

2. TAKUT BERLAKU SESUATU KE ATAS DIRI DAN PENDAPATAN (REZEKI)
Mati dan papa adalah sangat memberi kesan kepada din manusia. Perasaan mi memberhentikan kerja-kerja da’wah seseorang dan membibitkan semangat lemah untuk bergiat.
Syaitan memainkan peranannya menghalang orang orang mu’min, menghalang pekerja-pekerja da’wah (al-’amilin) dan para penda’wah (du’at); Syaitan menakut nakutkan mereka, mer~janjikan kepada mereka dan memberi harapan kepada meneka. Janji syaitan itu adalah palsu belaka.

Firman Allah: Yang bermaksud: Jika kamu memperolehi kebaikan, nescaya mereka bersedih hati, tetapi jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira kerananya. Jika kamu bersabar dan bertaqwa, nescaya tipu-daya mereka sedikitpun tidak mendatangkan kemudharatan kepadamu. Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan. (Surah A1-’Imran ayat 120) dan firman-Nya lagi: Yang bermaksud: Sesungguhnya mereka itu tidak lain hanyalah syaitan yang menakut-nakuti (kamu) dengan kawan-kawannya (orang-orang musyrik Quraisy), kerana itu janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepada Ku, jika kamu benar-benar orang yang beriman. (Surah A1-’Imran ayat 175)

Ramai orang yang gugur dan jalan da’wah bersebabkan alasan mi tetapi tidak ramai di antara mereka yang mengiktiraf demikian.

3. MELAMPAU (EKSTREAM)
Sikap melampau juga menjadi sebab keguguran anggota dan da’wah. Orang yang cuba melakukan sesuatu yang lebih dan keupayaannya, melampaui batasan dan tidak dapat menerima sikap sederhana selalunya menghadapi masalah jiwa dan kepercayaan. Orang seperti itu adalah sama seperti orang yang ingin hendak merentas padang pasir yang luas dengan seberapa cepat yang boleh. Akibatnya ialah kenderaannya musnah dan tidak sampai tempat yang dituju.

Sabda Rasulullah: Yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang yang terputus bekalan tidak dapat sampai ke tempat yang dituju dan tidak dapat bertahan di atas tunggangan”. (Dari Hadis Sahih)

Dan sabda Baginda:Yang bermaksud
“Binasalah orang yang berpendirian keras”. Baginda mengulangi menyebutnya sebanyak tiga kali.

Dan sabda Baginda:Yang bermaksud:
“Jauhilah kamu dan bersikap keras dan melampau dalam agama. Sesungguhnya orang-orang yang terdahulu dan kamu menjadi binasa kerana mereka keras dan melampau dalam agama”. (Di riwayat oleh Ahmad dan Nasa’i)

Jiwa manusia adalah lemah. Jiwa itu boleh memikul (untuk melaksanakan) perkara-perkara yang diazamkan pada suatu ketika. Tetapi di ketika yang lain dia tidak dapat memikulnya. Kemudian dia akan meningkat (mempunyai persediaan) untuk memikulnya pada ketika tertentu. Namun demikian dia tidak boleh melakukannya sekali gus.

Keupayaan manusia untuk memikul bebanan dan tanggungjawab adalah berbeza. Ada orang yang terdaya memikul kewajipan yang tidak tertanggung oleh orang lain.

4. BERMUDAH-MUDAH DAN LONGGAR
Sama seperti ‘ekstrem’ sifat bermudah-mudah dan longgar juga menyebabkan keguguran dan! jalan da’wah. Orang-orang yang bersikap mudah dalam mengerjakan perintah Allah dan dalam iltizam dengan hukum-hukum syara’ akan mendapati din mereka bermudah dalam semua perkara; dan yang kecil sehingga ke besar, dan satu masalah sehingga ke semua masalah. Mereka akan membiarkan syaitan menguasai din dan pekerja-pekerja mereka. Memang tepatlah kata penyair:

(janganlah kamu memandang enteng perkara kecil. Sesungguhnya gunung itu terbina dan batu-batu halus).

Sesungguhnya Syariat Allah adalah tetap, Syariat yang mesti diikuti tanpa ditambah dan dikurangkan. Orang yang membuat tambahan kepada Syari’at samalah seperti orang yang mengurangkannya. Hukum-hukum Allah baik hukum halal ataupun haram mestilah dipatuhi (iltizam) dalam bentuknya dan jangan sekali-kali membuat perubahan tafsiran sendiri (ta’wil) ataupun mempermudah-mudahkannya. Orang yang mengetahui sifat Allah hanya “Maha Pengampun dan Penyayang” mestilah membetulkan matlamatnya bahawa Allah juga “menghukum dengan seksaan yang sangat pedih”. Orang yang membiasakan dirinya dengan “rukhsah” (kelonggaran) tidak akan dapat menanggung atau melakukan “azimat” pada apa jua keadaan. Di sinilah berlakunya ujian. Seseorang itu gugur di awal-awal lagi iaitu ketika ujian menjalankan “azimah”. Saya kenal seorang kawan yang tidak memperdulikan sama sekali “azimah”, Sikap hidupnya ialah “rukhsah” semata-mata, mudah dan terus mudah. Dalam urusan perniagaannya dia tidak merasa apa-apa (tidak merasa bersalah) bermu’amalah secara riba’, dia mengambil dan memberi selama kadar riba’ itu rendah; sebab pada fahamannya riba’ hanya berlaku dalam bentuk “tambahan berganda” Jika tambahan tidak berganda tidak berlaku riba’).

Dalam kehidupan rumah tangga, keluarga dan masyarakat, dia tidak merasa apa-apa (tidak merasa bersalah) berjabat tangan dengan wanita, bercampur dengan perempuan dan melakukan perkara-perkara yang makruh seperti memberi rokok kepada tetamu. Dalam kerjanya dia tidak merasa bersalah menerima rasuah, di bawah nama “hadiah”, yang diberi kerana menyelenggarakan sesuatu tugas atau sesuatu urusan.


5. TERTIPU DENGAN KEDUDUKAN DAN BERSIKAP MENONJOL DIRI

Penyakit ini juga menjadi sebab keguguran dan jalan da’wah. Penyakit ini sangat merbahaya. Ia akan merosak kan para penda’wah sama sekali, menjadikan ‘amalan mereka tergantung, menghapuskan pahala mereka dan memberi akibat buruk kepada mereka. Kalau mereka lihat tauladan dan orang-orang terdahulu, sudah pasti mereka tidak akan menjadi seperti itu dan mereka tidak akan gagal menghadapi ujian seperti yang berlaku kepada iblis. Sesungguhnya iblis itu adalah dan orang-orang yang rugi.

Saya teringat seorang saudara (ikhwah) yang datang kepada saya menyatakan rasa tidak puas hatinya terhadap susunan nama yang keluar dalam akhbar. Nama itu adalah mengenai suatu pertemuan dengan suatu rombongan/wakil rasmi. Namanya telah disebut di belakang sekali. Dia mengadu kepada saya bahawa tertib nama itu sepatutnya bukan demikian. Aku berkata kepadanya minta lindungan dengan Allah dan syaitan yang direjam, dan bertaqwalah kepada Allah, wahai saudaraku.

Ingatlah sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wassalam, yang bermaksud:
“Sesungguhnya perkara yang paling aku takut berlaku kepada umatku ialah menyekutukan Allah. Aku tidak mengatakan yang mereka menyembah matahari, bulan atau berhala, tetapi mereka membuat ‘amalan-’amalan bukan untuk Allah tetapi untuk keinginan nafsu yang tersembunyi”. (Diriwayatkan oleh Ibnu Majah)

6. CEMBURUKAN ORANG LAIN
Cemburu ini menjadi sebab keguguran dan jalan da’wah khususnya dan anggota-anggota yang berada di barisan hadapan. Ahli-ahli yang menganggotai harakah terdiri dan berbagai-bagai orang yang memiliki berbagai-bagai persediaan dan keupayaan baik dan segi keperibadian (syakhsiyyah), jiwa, semangat dan pemikiran. Kecerdikan, keilmuan, kebolehan menulis dan kebolehan berpidato adalah berbeza. Dan perbezaan inilah yang menyebabkan berlaku perbezaan di antara ahli dalam tingkah laku, dalam, khidmat, dalam kepekaan dan dalam semua perkara.

Tetapi adanya perasaan cemburu menyebabkan orang orang yang tertentu mengambil tindakan atau melakukan perkara yang tidak sepatutnya mereka lakukan. Setengah dan mereka menghadapi tekanan jiwa yang diransangkan oleh anasir dan luar barisan. Perasaan cemburu dan rangsangan (saranan) seperti itu menimbulkan keinginan hendak “membalas dendam~’ di dalam din mereka kepada orang-orang yang dianggap sebagai menjadi sebab kegagalan mereka. Jika ini berlaku bertahan segala akhlak dan nilai mulia akan hancur, kerana orang yang berkenaan bersedia melakukan apa sahaja untuk merosakkan orang yang dianggap sebagai musuhnya yang utama itu. Dia tidak akan berasa senang jika dendamnya tidak terlaksana.

SEBAB LUAR YANG MENEKAN
Suasana dan keadaan umum serta faktor liar yang ada adalah menjadi satu sebab keguguran setengah-setengah para pekerja da’wah dan para du’at dan jalan da’wah. Sebab-sebab itu adalah banyak dan boleh diringkaskan seperti berikut:

1. TEKANAN UJIAN
Ujian di dalam kehidupan da’wah atau dalam kehidupan pam penda’wah (du’at) adalah besar. Ramai orang yang meninggalkan bidang ‘amal Islami sesudah mereka menghadapi ujian sedang dahulunya mereka adalah sangat bersemangat.
Al-Quran menyatakan bahawa ujian mesti berlaku demi untuk membersihkan barisan dan untuk menguji Iman.

Yang bermaksud:
Dan di antara manusia ada orang yang berkata: “kami beriman kepada Allah”, maka apabila ia disakiti (kerana ia beriman) kepada Allah, ia menganggap fitnah manusia itu sebagai ‘azab Allah. Dan sungguh jika datang pertolongan dan Tuhanmu, mereka pasti akan berkata: ‘~Sesungguhnya kami adalah berserta”. Bukankah Allah lebih mengetahui apa yang ada dalam dada mereka? Dan sesungguhnya Allah benar-benar mengetahui orang-orang yang beriman, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang orang yang Munafiq. (Surah Al- Ankabut : ayat 10- 11)

Al-Quran mengakui suatu perkara yang penting di mana ia mengatakan:
Yang bermaksud: Kamu sungguh-sungguh akan diuji terhadap hartamu dan dirimu. Dan (juga) kamu sungguh-sungguh akan mendengar dari orang-orang yang diberi Kitab sebelum kamu dan orang-orang yang mempersekutukan Allah, gangguan yang banyak yang menyakitkan hati. Jika kamu bersabar dan bertaqwa, maka yang demikian itu termasuk urusan yang patut diutamakan. (Surah Al-’Imran : ayat 186)

Sejarah menunjukkan bahawa ujian menjadi faktor yang kuat dalam keguguran sebahagian orang dan barisan da’wah. Dalam waktu yang sama ia menjadi faktor kekuatan, kepercayaan, kemuliaan peningkatan dan kecekalan kepada sebahagian orang lain.

2. TEKANAN KELUARGA
Tekanan keluarga seperti dan ibu bapa, isteri dan anak-anak juga menyebabkan keguguran setengah orang dan bidang gerakan (da’wah) Islam. Sedikit sekali orang yang terlepas dan tekanan ahli rumahnya. Seringkali keluarga menakut-nakutkan seseorang tentang nasib buruk yang akan dialami oleh anak-anak sebahagian yang dialami oleh anak anak para mujahidin, para du’at dan para pekerja da’wah (al-’amilin) di setiap masa. Setengah-setengah keluarga pula cuba menghalang ahlinya dan bergiat dalam kerja da’wah. Mereka tidak dapat menerima ahli berkenaan itu mendahului mereka dalam mendapat petunjuk.
Ada suatu keadaan yang sungguh pelik, di mana bapa cuba menghalang anaknya dan bergabung dengan da’wah Islam dan mengikut jalan yang haq, sehingga ia sanggup untuk memberi galakan kepada anaknya untuk melakukan pekerjaan-pekerjaan yang hina dan mendorongnya ke tempat-tempat hiburan yang melalaikan dengan tujuan semata-mata untuk menghalang anaknya dari jalan Allah. Dalam keadaan lain pula ada ibu-bapa yang memukul anaknya dan menyusahkan anaknya itu dalam masalah kewangan dengan tujuan supaya anak itu meninggalkan jalan Allah.

3. TEKANAN PERSEKITARAN
Tekanan persekitaran juga membantu keguguran para pekerja da’wah dan bidang da’wah. Seseorang Muslim mungkin dibesarkan di dalam persekitaran yang mengambil berat agama, tetapi apabila dia berpindah ke persekitaran yang lain samada untuk belajar atau untuk bekerja, dia mendapati bahawa persekitaran baharu mi penuh dengan kejahatan dan penuh dengan daya tarikan jahiliyyah; maka di sini mulalah berlaku pergolakan yang akibatnya ialah samada naik dan meningkat atau jatuh dan gugur.

Saya teringat seorang kawan yang pergi ke Amerika untuk belajar. Di tempatnya dia dikenali sebagai seorang yang baik dan menjadi contoh di kalangan kawan-kawan. Selepas beberapa tahun dia tinggal di Amerika dia pun kembali. Perangainya sungguh berubah; dia sudah menjadi manusia lain yang seolah-olah tidak ada hubungan langsung dengan sejarahnya yang lalu. Kesan persekitaran ke atasnya sangat besan sehingga segala akhlak baiknya sebelum dia pergi ke Amerika telah dilupainya sama sekali.

Ada pula seorang manusia lain yang berpindah ke persekitaran yang serupa. Dia hanya dapat bertahan dan berpegang dengan agama selama setahun. Selepas itu dia pun tenggelam di dalam ma’siat dan tidak lagi kedengaran beritanya. Sehingga ke hari ini saya masih teringat sunat-sunat yang dihantar kepada saya di tahun pertama perpindahannya. Sunat-surat itu penuh dengan kritik-kritiknya terhadap para penda’wah dan pemimpin-pemimpin harakah. Seolah-olah hanya dia sahajalah yang mencapai kedudukan yang tinggi yang tidak dicapai oleh orang lain. Lepas itu natijahnya ialah ia menjadi sebaliknya. Dia memperolehi kerugian dunia dan akhirat, iaitu kerugian yang sungguh jelas.

4. TEKANAN GERAKAN-GERAKAN BAHAYA
Antara faktor yang menyebabkan keguguran ramai anggota dan barisan Islam dan da’wah ialah gerakan gerakan bahaya yang bertopengkan Islam. Gerakan gerakan itu hanya bekerja untuk mengkritik dan menimbulkan keraguan dengan tujuan untuk menghancurkan harakah Islam atas nama Islam. Di setiap negara ada sahaja muncul puak-puak yang membawa nama Islam tetapi bertindak menghancurkan persekitaran mereka. Puak-puak itu tidak mendorong para pemuda itu untuk bekerja dengan mereka dan tidak juga dibiarkan meneka bekerja sendiri.

Kemunculan berbagai-bagai gerakan (pertubuhan) ‘amal Islami; tidak boleh dianggap sebagai gejala yang sihat. Sebab kesannya kepada bidang Islam adalah negatif dan buruk, menyebabkan mereka bersebok sesama sendiri dan mengalihkan pandangan mereka dan melakukan tugas-tugas yang penting.

Saya tahu ada ramai orang yang meninggalkan kehidupan da’wah kerana kalah berhadapan serangan-serangan yang bertujuan untuk meragukan Islam. Pemuda-pemuda yang belum matang atau belum sempurna pembentukannya (takwin) dan belum kuat imannya, malah tidak berupaya meng’amal yang mana baik dan yang mana buruk sungguh cepat musnah dan gugur apabila berhadapan dengan serangan-serangan jahat itu. Ada seorang kawan yang terkenal aktif .dan produktif; apabila dirasuk oleh gerakan-gerakan bahaya mi lantas menjadi keliru dan ragu. Akhirnya ia meninggalkan bidang ‘amal Islami dan mendustai para pekerja da’wah. Dia kemudiannya menjadi seorang komunis mulhid.

5. TEKANAN BERMUKA-MUKA (WAJAHAH)
Sikap ingin bermuka-muka atau menaikkan diri sendiri adalah merupakan satu lagi faktor keguguran para pekerja da’wah. Ini disebabkan oleh penyakit ‘ujub, terpedaya dengan din sendiri, kepentingan diri dan ego.

Allah berfirman: “Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu? Menjawab Iblis: “Aku lebih baik darinya. Engkau ciptakan aku dan api sedang dia (Adam) Engkau ciptakan dan tanah.” (Surah A1-A’raf: Ayat 12)

Banyak orang yang bermuka-muka di dalam kehidupan da’wah telah difitnah dan dirasuk oleh syaitan. Sebelum mereka meningkat umur dan sebelum mereka berperanan di dalam masyarakat, mereka dikenali dan dicontohi dalam sikap, iltizam dan ta’at tetapi apabila mereka merasakan diri mereka ada sesuatu keistimewaan ataupun mereka mempunyai kedudukan di dalam masyarakat, itu pun kerana da’wah mereka, maka merekapun mulalah berubah. Kalaulah mereka tidak memperolehi ‘inayah Allah, maka mereka menjadi terbalik. Mereka akan menyerang buaian (pusat) yang mendidik mereka dan jama’ah yang menaikkan mereka. Mereka akan melupai segala jasa atau khidmat baik pihak berkenaan yang membimbing mereka ke arah Islam.