Isnin, 2 April 2007

SENIBINA BAIT MUSLIM MENURUT SIRAH RASULLLAH SAW

1.0 PENDAHULUAN
Matlamat tugas Rasulullah SAW adalah untuk menubuhkan Daulah Islamiyah untuk menjalankan sistem hidup yang diwahyukan oleh Allah SWT. Sirah memaparkan cara Rasulullah SAW mendukung Islam dalam segenap segi.Dalam bait muslim, Rasulullah SAW adalah uswah hasanah dari segi tindak tanduknya sebagai seorang suami kepada isteri-isterinya, sebagai bapa kepada anak-anaknya dan sebagai pemimpin. Di dalamnya tergambar identiti dan ciri-ciri tersendiri bait muslim untuk dicontohi senibinanya.Sabda Nabi Bermaksud:“Apabila seseorang hamba itu telah berkahwin maka dia telah melengkapi separuh dari agamanya, bertaqwalah ia kepada Allah dalam hal yang separuh lagi.”(Baihaqi)
2.0 MATLAMAT PERKAHWINAN
Perkahwinan “menyatukan secara hakikat seorang lelaki dengan hakikat seorang perempuan” bukan semata-mata “pertemuan dua jasad”. Di antara tujuan perkahwinan adalah:
1) Menghasilkan rohani yang suci ibadah dan pengabdian diri kepada Allah
2) Meningkatkan darjat dan menetapkan pendirian
3) Melatih diri sebagai pentadbir keluarga
4) Membentuk budi pekerti
5) Mengeratkan hubungan masyarakat
6) Memelihara kesihatan
7) Menyumbangkan kekuatan politik Islam.
Muhammad Rashid Ridha dalam menafsirkan firman Allah SWT:Yang bermaksud: “Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”(ar Rum:21)Berkata, ada tiga unsur yang harus dicapai oleh rumahtangga muslim:
1) Lahir ketenteraman jiwa suami isteri – perasaan rindu, kasih dalam pergaulan mereka dan saling menjaga antara satu sama lain.
2) Lahir perasaan cinta melalui pergaulan dan tolong-menolong.
3) Lahir naluri keibuan dan kebapaan yang memberikan kasih sayang kepada anak-anak.
3.0 PEMILIHAN CALON SUAMI ATAU ISTERI
Pemilihan suami atau isteri dalam rumahtangga mestilah berdasarkan agama. Orang-orang berilmu dan beragama adalah kufu’ untuk orang-orang seumpamanya juga, supaya tidak terjadi kepincangan antara suami isteri. Di dalam sebuah hadis,Rasulullah SAW bersabda:تخيروا لنطفكم وأنكحوا الأكفاءMaksudnya: “Dirilah olehmu benih-benih dari keturunan yang baik-baik sesungguhnya sistem baka (sesuatu yang diwarisi) itu suatu warisan”.Di dalam hadis lain Rasulullah SAW bersabda:
تنكح المرأة لأربع : لمالها، ولجمالها ، ولحسبها ، ونسبها ، ولدينها فاظفر بذات الدين تربت يداك
Maksudnya: “Lelaki-lelaki yang berzina, tidak berkahwin melainkan dengan perempuan penzina atau perempuan kafir, manakala penzina perempuan tidaklah berkahwin melainkan dengan penzina lelaki atau seorang musyrik dan diharamkan mereka itu ke atas orang mukmin.”Besabda Rasulullah SAW dalam satu hadis:اذا خطب اليكم من ترضون دينه وخلقه فزوجوه انكم لال تفعلوا تكن فتنة فى الأرض وفساد عريضMaksudnya: “Apabila datanglah kepada kamu pinangan orang yang kamu redhai agamanya dan akhlaknya, maka kahwinlah olehmu akalnya, sesungguhnya kamu sekiranya tidak berbuat demikian akan menyebabkan fitnah dan kerosakan di muka bumi.”
4.0 KEPIMPINAN DALAM RUMAHTANGGA
Pemimpin dalam rumahtangga adalah suami. Isteri adalah pembantu yang penting. Allah SWT berfirman yang bermaksud:“Lelaki bertanggungjawab keatas isteri”Rasulullah SAW bersabda bermaksud:“Seorang lelaki adalah seorang ketua dalam keluarganya dan bertanggungjawab terhadap jagaannya. Wanita itu ketua di rumah suaminya serta bertanggungjawab terhadap jagaannya.”(Bukhari dan Muslim)Lelaki adalah ketua rumahtangga sehingga isteri tidak boleh keluar dari rumah tanpa izin suami untuk menjamin keamanan rumahtangga. Pernah berlaku peristiwa di zaman Rasulullah SAW iaitu seorang isteri tidak sanggup keluar rumah walaupun untuk menziarahi ayahnya yang sedang sakit tenat. Apabila Rasulullah SAW mengetahui perkara ini, beliau berkata: “Sesungguhnya Allah SWT mengampuni ayahmu dengan tindakanmu itu.”Allah SWT memerintahkan dengan firmannya yang bermaksud:“Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka”.(at Tahrim:6)
5.0 CIRI-CIRI DAN IDENTITI BAIT MUSLIM
Identiti tersebut dapat dikenal dari ciri-ciri berikut:
1) Rumahtangga yang teguh, kukuh dan damai, ahli-ahlinya berpendidikan Islam:
2) Suasana semulajadinya sentiasa riang dan gembira.
3) Rumahtangga yang sentiasa suci,bersih dan selesa
4) Menjauhi perkara-perkara haram dan syubhat
5) Penjagaan sembahyang:
6) Wanita muslimah (yang menjadi penghuni rumahtangga muslim) suci hatinya:
7) Memandang tinggi, memuliakan dan menghormati diri, agama serta peribadi muslim:
8) Kebijaksanaan mentadbir rumahtangga
9) Rumahtangga yang sentiasa menjadi tumpuan kebaikan.
10) Dakwah terlaksana di dalamnya
11) Ciri-ciri tambahan
6.0 PENDIDIKAN ANAK-ANAK
Pendidikan anak-anak bermula dengan pendidikan ayah dan ibu. Sebelum ibu bapa mengajar anak-anaknya, perlulah mereka menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada mereka. Ibubapa tidak harus melepaskan tugas ini kepada yang tidak sempurna. Siapakah lagi yang akan mendidik anak-anak dengan baik jika bukan mereka? Perkara ini adalah amat serius.Abdullah Nasih Ulwan menghuraikan di dalam kitabnya ‘Tarbiyyatul Awlad’ bidang terpenting dalam pendidikan anak-anak ialah:
1) Pendidikan iman
2) Pendidikan Moral
3) Pendidikan tubuh badan
4) Pendidikan intelek
5) Pendidikan Psikologi
6) Pendidikan sosial dan Pendidikan Seksual
Ibubapa hendaklah bersikap adil (an Nahl:90) menahan perasaan marah (al Imran:134) mengucapkan kata-kata yang baik (al Baqarah:83) dan bersikap keras (al Imran:159).Bapa perlulah merancang pendidikan bagi keluarganya berasaskan Ad Deen. Anak-anak yang kuat kefahaman akidahnya akan mantap kedudukannya dan mempunyai daya ketrampilan yang tinggi. Suami harus memberi penumpuan kepada usaha mencari nafkah manakala isteri menguruskan rumahtangga secara cekap dan teratur.Antara syiar dan kewajipan ibubapa ialah membaca al Quran dan tafsirnya, kemudian mengajarkannya kepada anak-anak. Harus diingat juga ketidakseimbangan kerja dakwah di luar dan di dalam rumah menyebabkan risiko yang buruk. Hak-hak ahli keluarga harus dipelihara disamping meyampaikan risalah Allah SWT di luar rumah.Antara lain ialah menziarahi jiran, sanak saudara dan rakan-rakan. Berehlah ke lokasi yang indah dapat melapangkan jiwa sambil menikmati keagungan ciptaan ilahi. Menziarahi perkuburan juga dapat mengingatkan kita kepada mati seterusnya melengkapkan diri dengan amalan soleh.
7.0 BI’AH SOLEHAH
Para da’ie harus mengekalkan bi’ah solehah dalam seluruh kehidupan kekeluargaan seseorang da’ie. Harakah Islamiah mestilah mengatur agar ahli-ahlinya berumahtangga dengan muslimat yang juga terlibat dalam dakwah. Ini penting kerana tidak mungkin seseorang da’ie itu menghayati tugasnya sekiranya suasana perjuangan itu sendiri tidak dihidupkan di dalam rumahtangga bersama-sama anak dan isterinya.Sebaliknya jika asas perkahwinan seseorang muslim dan muslimah itu adalah untuk melaksanakan perjuangan menegakkan Islam, maka hubungan suami isteri pada hakikatnya adalah satu hubungan yang dapat meningkatkan dan meneruskan tarbiyah. Ini kerana perbincangan dan amalan mereka sentiasa berkisar di sekitar hal-hal yang berkaitan dengan perjuangan Islam, iaitu bagaimana hendak meningkatkan iltizam dengan amal-amal Islami, bagaimana hendak mendidik anak-anak untuk menjadi pejuang-pejuang Islam di masa depan dan seterusnya.
8.0 PENUTUP
Bermula dari membina Bait Muslim yang hakiki dan dengan mengetahui matlamat dan ciri-ciri yang dituntut oleh Islam akan melahirkan suatu suasana kehidupan Islam yang syumul, dari Daulah Syugro ini hinggalah kepada menegak Daulah Islamiah kerana Bait Muslim adalah anak tangga ke arah pembinaan Daulah Islamiah.Bahan rujukan:1. Ciri-ciri rumahtangga Muslima2. Kertas Kerja: Pengurusan rumahtangga3. قوانين البيت المسلم – سعيد حوى_______________________
Nur DEEN : Kepada Ust Soleh dan pasangannya Mariana..didoakan semoga bahagia!!

BARAKALLAHU LAKUMA....







Ahad, 1 April 2007

M.A.K.S.I.A.T

Antara pengaruh buruk serta bahaya dosa, ia akan memadamkan cahaya ilmu yang dikurniakan Allah dalam hati. Imam Malik pernah mengagumi kecerdasan Imam Syafie yang masih muda, memiliki ketajaman otak dan kesempurnaan pemahaman.Imam Malik berkata: “Aku melihat Allah meletak cahaya dalam hatimu, kerana itu jangan kamu padamkan dengan kegelapan maksiat.”Sementara itu, Imam Syafie pernah menceritakan pengalaman peribadinya dalam bait syair; Saya mengadu pada guru Waqi’ mengenai mutu hafalanku yang buruk, maka ia mengarahkan supaya aku meninggalkan maksiat. Ia berkata, “Ketahuilah ilmu adalah kemuliaan dan kemuliaan Allah tidak diberikan kepada ahli maksiat.”# Rezeki tidak lancarDalam Musnad Ahmad, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya seorang hamba diharamkan daripada rezeki kerana maksiat yang ia lakukan.”Seperti ketakwaan kepada Allah mendatangkan rezeki, sebaliknya maksiat akan mendatangkan kekafiran.# Keterasingan antara AllahSeorang yang melakukan maksiat akan menemukan perasaan terasing antara dirinya dan Allah dalam hatinya. Keterasingan ini tidak boleh diganti dan dinilai dengan kenikmatan apa pun. Andainya semua kelazatan di dunia disatukan, maka tetap tidak boleh mengubati perasaan keterasingan itu. Perasaan itu hanya ada pada hati yang hidup, sementara hati mati tidak mempunyai perasaan itu.Ada seorang lelaki mengadu perasaan keterasingan pada dirinya kepada ahli makrifat lalu dijawab: “Jika kamu menemukan keterasingan dalam dirinya kerana berbuat dosa, segeralah tinggalkan dosa itu dan temui ketenteraman hati dalam berbuat taat. Ketahuilah, tidak ada hati yang rasakan keterasingan kecuali kerana dosa.”# Keterasingan antara manusiaPerasaan terasing bukan hanya terjadi dengan Allah tetapi juga manusia terutama dengan mereka yang melakukan kebaikan.# Allah akan menyulitkan urusannyaOrang yang melakukan maksiat akan selalu menemui jalan buntu pada setiap urusannya. Orang yang bertakwa kepada Allah akan menemui kemudahan pada urusannya sebaliknya mereka yang jauh daripada takwa disulitkan urusannya.# Kegelapan dalam hatiKegelapan itu nyata dalam hatinya seperti melihat dan berasakan gelapnya malam. Ini kerana ketaatan adalah cahaya sementara maksiat adalah kegelapan. Semakin kuat kegelapan dalam hati maka seseorang itu terus dalam kebingungan. Akibatnya ia terjatuh dalam kesesatan dan hal yang menghancurkan tanpa disedari.# Maksiat melemahkan kekuatan hatiMaksiat melemahkan hati dan kelemahan fizikal disebabkan lemahnya hati. Semakin kuat hatinya, semakin kuat fizikalnya. Ahli maksiat, meskipun fizikalnya kuat tetapi apabila diperlukan dan dalam keadaan terdesak, kekuatan fizikal mereka tidak berdaya.Renungkan bagaimana kekuatan fizikal kaum Rom dan Parsi yang mengkhianati mereka ketika memerlukannya hingga dengan mudah orang beriman menakluki kekuatan fizikal dan hati mereka.# Malas mengerjakan ibadatOrang yang melakukan maksiat akan malas melaksanakan amal ibadat. Sedangkan setiap bentuk ketaatan kepada Allah nilainya melebihi dunia dan segala isinya.# Terbiasa berbuat dosaMaksiat melunturkan persepsi buruk mengenai dosa dalam hati seseorang. Ertinya, dia tidak akan berasa bahawa dosa yang dilakukan adalah perbuatan buruk. Akibatnya, dosa menjadi sebahagian daripada kebiasaan. Keadaan ini membahayakan diri sendiri.Walaupun dilihat dan dicerca, dia tidak rasakan dirinya terhina. Perasaan seperti itu adalah kesenangan dan kenikmatan daripada pelaku maksiat. Bahkan, ada yang bangga menceritakan maksiat yang dilakukan.Rasulullah SAW bersabda: “Semua umatku akan dimaafkan oleh Allah kecuali muhajirun (yang terang-terangan berbuat maksiat. Termasuk mujaharah adalah ketika Allah menutupi seseorang berbuat maksiat, tapi pagi harinya ia membuka aibnya sendiri. Ia mengatakan, “Hai teman, semalam aku melakukan ini dan itu.” Dia merobek kehormatannya sendiri ketika Allah menutupnya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Antara Mawi,Adi Putra,Nor Amira,Amalina dan Sopia

to all the mawi's fans out there... U all tau... Mawi tak akan dapat membela bangsa kita mahu pun mendidik anak-anak kita menjadi insan yang soleh..dia sendiri pun hanya dapat gred 3 SPM... hanya media yg berjaya menyeret dia untuk meraih rezki yg kebenyakan ulama mempertikaikan status halalnya... dari seorang yg kononnya berakhlak dan beragama dia dibentuk menjadi seorang yg bebas dari belenggu syariat... namun tangan0tangan kotor telah berjaya menyarungkan jubah konvo yang hanya layak di pakai oleh insan yang cemerlang dalam pendidikan... tidak hairan para remaja mula berhujah: " masuk universiti tak dapat keje..apa ada pada nilai ilmu?... Mawi dpt Gred 3 SPM pun boleh konvo jugak..lebih kaya dari lulusan universiti"... .sukar untuk menjawabnya.Nun di sana ..ada seorang insan comel..bernama Adi Putra... punya kecemerlangan dalam bidang Math yg sukar dicapai oleh walau seorang siswa... beliau dgn petah memberitahu bahawa dia ingin menjadi seorang Profesor Mathematic Islam, dia sangat taat dalam agama..tekun dalam mempelajari syariat Allah... namun tiada pihak "media" dan "pemimpin" kita ambil peduli... bahkan dicari pula kelemahan Adi yg kononnya hanya terer dlm satu bidang saja..perlu diingat..profesor universiti pun hanya pakar dalam satu bidang saja... mana ada pakar doktor perubatan dlm masa yg sama adalah pakar kejuruteraan?... tapi atas keinginan untuk mengenepikan Adi... berbagai alasan di buat... akhirnya keluarga Adi terpaksa mencari arah sendiri dalam menentukan masa depan pelajaran dan cita-cita Islam Adi...Muncul pula adik Nor Amiira... yg berjaya menghafal 30 juz Al Quran seusia 10 tahun ... dia mula membaca dan menghafalnya ketika usia 5 tahun... dalam satu pertandingan hafazan dia telah mendapat tempat kedua ... peserta semuanya berusia 15 tahun ke atas... cerita itu terus sepi... "media" dan "pemimpin" kita tidak berminat mempopularkan tokoh2 kecil ini... tiada juga bantuan yg diberikan...tetapi perlu diingat: ada insan seperti amalina yang mendapat 17A SPM telah diberikan penghormatan yg tinggi dan biasiswa untuk belajar di luar negara ( sekarang dah tak pakai tudung), tak kurang juga Sophia yg duduk di London tu mendapat juga penghormatan negara..di jaja ceritanya tak habis-habis di TV kita suatu masa dulu yg sekarang kabarnya dah murtad. Ok juga media dan pemimpin kita kan ?...Inilah yg perlu kita cari titik perbezaan dan persamaannya... sama-sama kita renungkan:Adi dan Amira membawa cita-cita keislaman dan bakal membawa pembaharuan jika di beri peluang... maka mereka tidak mendapat apa-apa preveilege.MAWI membawa bangsa kita leka dan nyanyuk maka dia mendapat tempat dan penghargaan.Amalina dah pun tak pakai tudung lagi... sama dgn Mawi..maka dia tidak lagi membawa apa-apa mesej Islam... tetapi die masih di sokong.Sophia ( bukan warga kita) mak melayu ayah org asing juga mendapat layanan dan kemuliaan sebab tiada membawa apa2 mesej ISlam... so mesti di beri sokongan.Dengan itu dapatlah kita faham... .bangsa kita ini hanya akan memuliakan anak-anak kita yang berjaya dalam "hiburan' dan " menolak syariat". Bagi anak-anak yg bakal menyedarkan Umat ..awas !! anda adalah musuh bangsa dan negara ini..apa pandangan anda?...