Sabtu, 20 Disember 2008

Michael Jackson peluk Islam

LOS ANGELES - Raja pop, Michael Jackson memeluk agama Islam dalam satu majlis di rumah seorang rakannya di Los Angeles, lapor sebuah akhbar semalam.Sebuah akhbar melaporkan penyanyi berusia setengah abad yang sebelum ini menganuti mazhab Kristian Jehovah's Witness itu menukar namanya kepada Mikaeel.Michael yang digelar Jacko kerana perangainya yang pelik duduk di atas lantai berdepan dengan seorang imam dalam majlis tersebut.Penyanyi yang merupakan antara terhebat sepanjang zaman itu memeluk Islam beberapa hari sebelum dia dijadualkan menghadirkan diri di Mahkamah Tinggi London.Penyanyi di mana album lebih 750 juta unit terjual di seluruh dunia itu disaman oleh putera kedua Raja Bahrain kerana gagal menghasilkan album selepas menerima wang pendahuluan miliknya.Satu sumber memberitahu bahawa majlis itu berlangsung pada minggu ini sewaktu Michael merakamkan album terbarunya di rumah seorang pemain keyboard yang menggubah muzik untuk album Thriller, Steve Porcaro.Bintang yang memiliki banyak lagu popular termasuk The Way You Make Me Feel itu dilihat agak muram sebelum dua rakannya yang telah memeluk Islam memberikannya nasihat.Pencipta lagu dari Kanada Michael, David Wharnsby dan penerbit album, Phillip Bubal, dilihat berada bersama-sama Michael sepanjang majlis itu berlangsung."Mereka mula menerangkan kepada Michael mengenai Islam dan bagaimana kehidupan mereka berubah menjadi lebih baik selepas memeluknya. Michael lebih tenteram selepas itu," kata sumber berkenaan."Seorang iman dipanggil dan Michael kemudian melafaz dua kalimah syahadah," tambahnya.Kata sumber berkenaan, Michael memilih untuk menggunakan nama Mikaeel iaitu salah satu malaikat dalam Islam dan menolak satu lagi nama yang diberikan kepadanya iaitu Mustafa yang bermaksud orang yang terpilih.Turut berada dalam majlis untuk bersama-sama meraikan detik bersejarah saudara baru itu ialah penyanyi Yusuf Islam, 60 yang dahulunya dikenali sebagai Cat Stevens.Pada tahun lalu, seorang abang Michael, Jermaine Friday berkata, penyanyi itu menunjukkan minat untuk mendalami Islam sejak dia memeluk ajarannya pada tahun 1989."Sekembalinya saya dari Mekah saya memberikan sejumlah buku mengenai Islam dan dia bertanyakan banyak soalan mengenai ajaran tersebut dan saya memberitahunya ia sesuatu yang indah dan mententeramkan," jelas Friday."Michael membaca semua buku yang saya berikan dan dia berbangga kerana saya menemui sesuatu yang memberikan ketenangan dan kekuatan diri," tambahnya.Friday memberitahu, berdasarkan minat mendalam yang ditunjukkan oleh saudaranya itu dia percaya bahawa Michael akan memeluk Islam pada suatu hari nanti."Banyak yang boleh dia (Michael) lakukan bagi memperbaiki diri seperti yang saya lakukan," ujarnya.