Selasa, 20 Mei 2008

## jom, berhenti merokok !! ##




Firman Allah SWT :
" ولا تقتلوا أنفسكم إن الله كان بكم رحيما "
“Dan janganlah kamu membunuh dirimu, sesungguhnya Allah Maha Penyayang”
( Surah an-Nisa’, Ayat 29 )
“Dan Dia menghalalkan bagi mereka segala yang baik, dan mengharamkan kepada mereka
segala yang buruk ”. ( Surah al-A’raf Ayat 157
)

Dari sudut pemakanan, tembakau adalah sesuatu yang merosak dan memudharatkan tubuh badan dan akal. Rokok adalah benda yang keji, buruk dan merupakan racun yang boleh membunuh. Pakar perubatan di seluruh dunia samada yang beragama Islam atau bukan beragama Islam sepakat mengatakan merokok adalah BAHAYA yang boleh menyebabkan kemudharatan kepada perokok atau orang yang berada di sekelilingnya. Perokok boleh diumpamakan menghisap racun untuk membunuh diri sendiri. Meskipun perokok tidak mati selepas menghisap rokok secara mengejut, namun rokok akan membinasakan tubuh badan secara beransur-ansur. Oleh itu, setiap benda yang memudharatkan tubuh badan apabila dimakan serta adanya unsur pembaziran, maka hukumnya adalah HARAM.

Sedarlah wahai perokok, sebenarnya syarikat rokok yang berjenama antarabangsa yang berada di pasaran sekarang adalah milik bangsa Yahudi. Syarikat merekalah yang mendermakan hasil keuntungan penjualan rokok kepada negara mereka Israel bagi membeli senjata dan membiayai perbelanjaan perang untuk membunuh dan memerangi umat Islam. Sanggupkah kita melihat umat Islam dibunuh hasil sumbangan umat Islam sendiri? Fikir-fikirkanlah...

Selain daripada itu merokok juga amat membazirkan wang. Mari kita kira, berapa banyak wang yang keluar hanya kerana rokok...Katalah anda merokok jenama yang terkenal,sekotak 14 batang dengan harga RM5.30, kebiasaan kepada mereka yang sudah ketagihan dengan rokok akan merokok paling tidak, satu hari sekotak rokok.10 tahun merokok, purata anda akan membakar wang sebanyak RM19,345.00, cukup untuk sebuah kereta Kancil Baru.Itu baru yang merokok 14 batang sehari. Kalau 20 batang sehari, bagaimana? Anda kiralah sendiri!!!

10 SEBAB MENGAPA ISLAM MENGHARAMKAN ROKOK

1. Rokok menjejaskan akal (mental) 2. Rokok membahayakan kesihatan fizikal
3. Rokok menimbulkan akhlak buruk 4. Rokok membahayakan keturunan
5. Rokok mengganggu manusia lain. 6. Rokok membahayakan keselamatan diri dan orang lain.
7. Rokok mensia-siakan waktu hidup 8. Rokok bercanggah dengan maruah keislaman
9. Rokok membazirkan harta (wang) 10. Rokok mengandungi bahan yang menyebabkan ketagihan.



Disusun oleh: Ustaz Haji Mohd Zainudin Bin Haji Zakaria al-Hafiz
Dipetik daripada: Khutbah Jumaat Jabatan Mufti Negeri Pahang Siri-5/2008 dan
http://www.freewebs.com/2stopsmoke/kenapamestiberhenti.htm