Al Marhum Ustaz Khairul Azhar telah kembali ke Rahmatillah jam 11.30 malam jumaat baru-baru ini hospital Seremban kerana diserang demam denggi . Beliau yang juga Ketua Penerangan DPPN9 merangkap Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Tampin meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak yang masih kecil .Jenazahnya telah disembahyangkan di Masjid Paroi Jaya Seremban sejurus selesai solat jumaat. Turut hadhir ialah Yb Salahudin Ayub [ Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat ] , Yb. Taufeq [ Exco DPP Pusat merangkap Adun Paroi ] , Presiden Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir ( ILMAM ) sdr Azizul , Ustaz Mohd Asri Daud Pimpinan Pelajar yang baru pulang dari Mesir , Ustaz Mohd Farhan dan rakan - rakan azhari yang lain termasuklah anak muridnya disekitar Seremban .
al marhum yang banyak berjasa buat perjuangan Islam khasnya di Negeri Sembilan .
takziah buat keluarga al marhum agar bersabar dan tabah menghadapi ujian ini dan semoga rohnya dicucuri rahmat dan digolongkan dalam golongan hamba - hambaNya yang soleh .
Al Faatihah .
al marhum banyak mengajar diri ini erti PERJUANGAN & PENGORBANAN..
al marhum banyak mengajar diri ini erti PERJUANGAN & PENGORBANAN..