Ahad, 22 April 2012

AKU TERIMA NIKAHNYA.

Rukun rukun nikah
1. Lafaz ijab dan Kabul
2. wali
3. dua orang saksi
4. lelaki ( suami)
5. perempuan ( isteri)

Lafaz ijab qabul
Sighah ialah lafaz yang digunakan khas untuk perkahwinan yang mengandungi ijab iaitu perkataan yang dilafazkan oleh wali , dan qabul, iaitu perkataan yang dilafazkan oleh lelaki yang bakal menjadi suami .

Syarat ijab dan qabul
a. Lafaz sorih
Iaitu lafaz yang terang yang digunakan khas untuk pernikahan iaitu lafaz tazwij dan nikah atau terjemahannya iaitu lafaz kahwin atau nikah , seperti kata wali;
“ saya kahwinkan engkau atau saya nikahkan engkau “
jawab lelaki: “ saya terima nikahnya atau saya terima kahwinnya “

b. tidak bersyarat dengan sesuatu
ijab dan qabul atau salah satu daripada keduannya tidak boleh disyaratkan dengan sesuatu perkara , seperti kata wali;
“jika engkau seorang guru , maka engkau aku nikahkan engkau dengan anak perempuanku Fatimah”
jika lafaz ini diucapkan maka, pernikahan tidak sah .

c. Tidak mengandungi syarat yang menyalahi maksud nikah
Jika terdapat syarat yang menyalahi maksud nikah pada salah satu lafaz ijab dan qabul, maka nikahnya tidak sah ; seperti contoh lafaz di bawah:
“ Aku kahwinkan engkau dengan anak perempuanku Fatimah dengan syarat hendaklah engkau talakkan dia .”
……..atau dengan syarat , janganlah engkau setubuhi dia “
Ijab dan qabul tersebut mestilah dilafazkan secara ;
- berturut-turut
- tidak diselangi dengan perkataan yang lain yang tiada hubungannya dengan ijab/qabul
- tidak diselangi oleh diam yang panjang antara ijab/qabul yang mana diam itu menunjukkan seolah-olah menolak ijab
- tidak diselangi oleh diam yang lama antara ijab dan qabul
Tidak didapati pada wali itu perkara-perkara di bawah ini sehingga berlakunya qabul, iaitu;
a. menarik balik izinnya
b. gila
c. pitam

Wali
Wali ialah orang yang berkuasa penuh mengakadnikahkan seorang perempuan dengan bakal suaminya . Wali-wali itu haruslah melakukannya sendiri akad tersebut atau mewakilkannya kepada sesiapa sahaja sebagai sebagai jurunikah.
Wali yang harus melaksanakan nikah itu ada dua jenis;
a) wali nasab
b) wali hakim

Syarat-syarat menjadi wali
( sekiranya tidak cukup syarat-syarat ini maka taraf wali berpindah kepada wali yang jauh).
1. Islam. Jika perempuan yang akan berkahwin itu Islam sedangkan walinya kafir, maka tidak sah bagi wali itu mewalikan perempuan tersebut
2. Berakal. Tidak sah wali itu dari orang yang tidak sempurna aqalnya , seperti gila yang terus menerus , kerana ia tidak dapat membezakan antara yang baik dengan yang buruk, tetapi jika gilanyatidak berterusan atau datang hanya sementara sahaja, maka semasa ia siuman , ia termasuk ke dalam golongan yang sempurna aqalnya.
3. Baligh. Iaitu mereka yang cukup umur lima belas tahun ke atas , maka tidaklah sah kanak-kanak menajdi wali meskipun ia telah mumayiz.
4. Merdeka. Hamba tidak sah menjadi wali.
5. lelaki. Tidak sah perempuan menjadi wali.
6. Tidak cedera fikiran. Tidak sah orang yang telah cedera fikirannya menjadi wali seperti orang tua yang telah nyanyuk.
7. Tidak safih. Tidak sah orang yang safih menjadi wali iaitu orang yang ditahan hartanya disebabkan terlampau boros atau bodoh.
8. Adil. Tidak sah orang fasik menajdi wali. Seseorang dikatakan fasik apabila ia melakukan dosa besar seperti ;
- membunuh- berzina- minum arak- merampas harta- meninggalkan solat fardhu dengan senghaja- mencuri- menderhaka kepada ibu bapa- atau melakukan dosa kecil secara berterusan- atau seumpamanya yang mana ketaatan kepada Allah kurang dari maksiatnya
Tetapi jika ia bertaubat dari dosanya, maka boleh ia menajdi wali.
Manakala , pendapat Syeikh Ibnu Hajar, orang yang fasik boleh menajdi wali kerana pada masa sekarang, kebanyakan orang menajdi wali adalah daripada orang yang fask.

Wali nasab
Iaitu wali yang ada hubungan kekeluargaan dengan perempuan yang akan bernikah;
1. bapa
2. datuk sebelah bapa
3. saudara lelaki seibu sebapa
4. saudara lelaki sebapa
5. anak lelaki kepada saudara lelaki seibu sebapa
6. anak lelaki kepada saudara lelaki sebapa
7. bapa saudara lelaki dari pihak bapa seibu sebapa
8. bapa saudara lelaki dari pihak bapa sebapa
9. anak lelaki kepada kepada bapa saudara lelaki dari pihak seibu sebapa
10. anak lelaki kepada bapa saudara lelaki dari pihak bapa sebapa
11. bapa saudara lelaki dari pihak bapa kepada bapa seibu sebapa
12. bapa saudara lelaki dari pihak bapa kepada bapa sebapa
Dan bgitulah seterusnya susunan wali nasab mengikut susunan waris dalam pusaka

Wali bapa
Wali bapa dikenal dalam istilah fikah dengan wali akrab ( wali yang lebih dekat) dan wali yang lain dikenal dengan wali ‘Ab’ad ( wali yang lebih jauh) jika wali nombor satu tiada , maka bolehlah wali nombor dua menjadi wali , dan begitulah seterusnya hingga ke bawah.
Wali-wali tersebut berhak menikahkan perempuan yang diwalikannya mengikut giliran dekatnya, ( iaitu selagi ada wali terdekat yang mencukupi syarat-syaratnya, wali ab’ad tidak berhak menikahkan perempuan yang diwalikannya .Sebaliknya jika wali terdekat itu tidak mencukupi syarat-syarat yang diperlukan untuk mewalikan akad nikah, maka hak wali itu berpindah kepada wali ab’ad yang cukup syarat-syaratnya.

Sebab-sebab hak wali berpindah
( yang mana sekiranya terdapat perkara-perkara seperti ini kepada wali akrab(terdekat) , maka hak wali berpindah kepada wali ab’ad;
1. kafir
2. fasik
3. tidak adil
4. gila
5. masih kanak-kanak
6. bisu
7. bodoh
8. hamba

Wali bapa dan wali datuk ( wali mujbir)
Iaitu wali yang harus menikahkan anak atau cucunya yang masih perawan tanpa perlu minta izin dari perempuan tersebut.tetapi jika perempuan itu telah menjadi janda atau hilang perawannya , maka mesti minta izin dulu sebelum menikahkannya.

Syarat bagi sah nikah dengan berwalikan wali mujbir
wali mujbir boleh menikahkan anak perawan tanpa izin perempuan tersebut terlebih dahulu jika ia memenuhi semua syarat-syarat ini;
1. tiada permusuhan di antara perempuan tersebut dengan wali itu
2. tiada permusuhan antara perempuan tersebut dengan bakal suaminya
3. perempuan tersebut sekufu dengan bakal suaminya
4. bakal suami tersebut sanggup membayar maskahwinnya dengan tunai .

Syarat bagi wali mujbir harus menikahkan( anak atau cucu perempuan)
1. Dibayar dengan maskahwinnya yang sesuai mengikut adat negeri
2. maskahwin itu mestilah dibayar dengan wang dalam negeri
3. bakal suami perempuan itu bukan orang yang susah berkehidupan dengannya, seperti cacat yang membebankan atau terlalu tua
Sekiranya syarat-syarat diatas tidak dipenuhi, haram wali mujbir melaksanakan akadnya, tetapi jika dilaksanakan juga, nikahnya tetap sah, meskipun hukumnya tetap haram.

Keizinan perempuan
Sebelum dilakukan pernikahan hendaklah terlebih dahulu meminta keizinan daripada perempuan yang hendak dinikahkan itu, iaitu :
1. Peermpuan yang masih dara tidak boleh dinikahkan oleh selain daripada wali mujbir kecuali sesudah perempuan tersebut memberi keizinan.
2. Perempuan yang masih dara yang hendak dinikahkan oleh wali mujbir adalah sunat diminta keizinan daripada perempuan tersebut.
3. perempuan janda yang sudah baligh tidak boleh dinikahkan , kecuali setelah dia memberi keizinan dengan terang.
4. perempuan janda yang belum baligh tidak boleh dinikahkan sebelum perempuan itu baligh kerana izinnya di masa sebelum baligh itu tidak sah , iaitu tidak dipakai.

Wali datuk
Datuk boleh menjalankan ijab dan qabul bersama-sama dalam nikah yang satu , iaitu menjalankan ijab pada nikah anak perempuan kepada anak lelakinya ( cucu perempuannya ) , dan qabul anak lelaki kepada anak lelakinya yang lain ( cucu lelaki).

Wali hakim
Wali hakim ialah ketua negara Islam yang mempunyai kekuasaan. Dia boleh mengangkat orang lain menjadi wali hakim mengakadnikahkan perempuan yang berwali hakim, pada sebuah negara di mana ketua negaranya bukan beragama Islam atau negara itu bukan negara Islam . Wali hakim boleh dilantik oleh segolongan orang yang terdiri daripada orang alim, pemimpin , dan orang yang terkemuka dari orang Islam yang ada ditempat itu.

Wali tahkim
Iaitu lelaki dan perempuan yang hendak bernikah itu mestilah hadir di hadapan orang yang hendak mengakadnikahkan itu( iaitu di mana negeri itu tiada wali hakim) dan orang itu mestilah orang yang mengetahui segala hukum hakam serta orang alim dan warak .Yang mana pasangan itu hendaklah menyatakan yang mereka ingin melantik orang tersebut sebagai wali tahkimnya dan orang tersebut memahami serta menerima perlantikan tersebut.

Keadaan perempuan yang berwali hakim
Harus bagi perempuan bernikah dengan berwalikan hakim dengan salah satu daripada sebab-sebab tersebut
1. Tidak ada wali nasab
2. Tidak ada wali akrab yang mencukupi syarat sebagai wali , dan wali ab’ad juga tidak ada
3. Wali akrab tinggal ditempat yang jauh sekadar perjalanan yang menharuskan solat qasar( perjalanan 2 marhalah).
4. wali akrab masuk penjara dan tidak boleh berhubung dengannya
5. wali akrab sedang dalam ihram haji atau umrah
6. wali akrab enggan menikahkannya
7. wali akrab bersembunyi kerana enggan menikahkannya
8. wali akrab berdegil tidak mahu menikahkannya
9. wali akrab hilang dan tidak ada khabar berita
10. wali akrab hendak kahwin sendiri dengan perempuan itu dan tiada wali lain yang sepangkat dengannya.

Wali buta
Jika wali akrab buta, maka tidak harus bagi wali ab’ad menggantikan tempatnya kerana wali yang buta itu masih mengetahui perkara kufu’ serta hal perbincangan mengenai pernikahan itu.

Wali bisu
Bagi wali bisu yang tidak dapat memahami isyarat atau tulisan sewaktu berwakil haruslah ia berwakil kepada wali ab’ad , tetapi jika wali yang bisu tadi boleh memahami isyarat atau tulisan sewaktu berwakil , maka tidak harus bagi wali ab’ad menggantikan tempatnya sebagai wakil mengakadkan pernikahan , sebaliknya wali yang bisu itu yang menjadi walinya dengan berwakil secara isyarat atau lisan.

Wali pitam/mabuk
Bila wali akrab itu pitam atau mabuk yang tidak senghaja , tidak harus bagi wali ab’ad mengahwinkan perempuan yang diwalikan itu , malah hendaklah ditunggu sehingga wali akrab tadi sembuh ataupun masa tempoh menunggu ini sehingga tiga hari.
Jika perempuan yang hendak bernikah itu hendak juga bernikah dalam masa wali akrabnya pitam/mabuk selama tiga hari tadi, maka haruslah bagi hakim mengahwinkannya atau bertahkim , iaitu berwalikan dengan wali tahkim . Ini ialah jika pada suatu negeri itu tidak ada wali hakim.
Tetapi jika wali akrab yang pitam/mabuk tadi tidak sembuh juga sehingga melebihi tempoh tiga hari, maka haruslah bagi wali ab’ad mengahwinkan perempuan yang diwalikan tersebut. Begitu juga jika mengesahkan oleh seseorang yang dipercayai perkataannya di permulaan pitam/mabuk wali tersebut, bahawa wali itu akan pitam/mabuk lebih daripada tiga hari, maka haruslah bagi wali ab’ad mengahwinkan perempuan itu di permulaan pitam atau mabuk wali yang akrab tadi.

Wali yang ihram
Bila wali yang akrab itu di dalam ihram , tidak harus bagi wali yang ab’ad mengahwinkan perempuan yang diwalikannya, sebaliknya wali hakim atau wali tahkim ( jika negara itu tiada wali hakim) lebih berhak untuk mengahwinkannya. Jika wali hakim atau kadi berada dalam ihram, maka haruslah orang yang menjadi ganti wali hakim tersebut mengahwinkan perempuan yang diwalikannya kerana hakim atau kadi itu bukanlah sifatnya sebagai wakil mutlak, malah adalah sebagai wali bagi mereka yang tidak berwali.


Berwakil dalam ihram
Jika seoang wali berwakil kepada seseorang untuk mengahwinkan perempuan yang diwalikannya, yang mana wali yang berwakil tadi di dalam ihram, maka tidaklah sah akad wakilan itu, begitu juga bila seorang suami yang ada di dalam ihram berwakil untuk menerima nikahnya, maka akad wakilan itu tidak sah walaupun orang yang menerima sebagai wakil itu bukan dalam ihram. Tatapi jika berwakil oleh seseorang waktu ihramnya untuk menerima akad nikahnya selepas tahalul sesudah ihram maka sahlah akad wakilan itu. Begitu juga bila berwakil seseorang wali untuk mengahwinkan perempuan yang diwalikannya atau berwakil seseorang suami untuk menerima akad nikahnya tanpa menentukan masanya dan mengakad oleh orang yang menerima wakil itu selepas tahalul , maka akad wakil itu adalah sah, kerana berlaku akad itu bukan pada masa orang yang berwakil (suami) tadi di dalam ihram , bahkan pada masa tahalulnya.


Syarat –syarat dua orang saksi
1. Islam , orang kafir tidak sah menjadi saksi nikah , serta tidak sah menjadi saksi nikah bagi orang yang tersembunyi keIslamnya
2. Berakal. Orang gila tidak sah menajdi saksi
3. Baligh. Kanak-kanak tidak sah menjadi saksi nikah
4. Merdeka. Hamba sahaya tidak sah menjadi saksi, begitu juga tidak sah menjadi saksi bagi mereka yang tersembunyi merdekanya.
5. lelaki. Perempuan tidak sah menjadi saksi.
6. Adil. Jika orang yang menajdi saksi itu tersembunyi keadilannya , maka nikah itu adalah sah, dan tidak wajib diperiksa dan dicari keadilannya yang tersembunyi bagi saksi itu.
7. Tidak fasik. Orang yang fasik tidak sah dan tidak diterima menjadi saksi.
8. Mendengar. Orang yang tuli/pekak tidak sah menjadi saksi, kerana mereka itu tidak mengetahui apa yang dikatakan ketika ijab/qabul
9. Melihat. Orang buta tidak sah menjadi saksi, kerena mereka juga tidak mengetahui orang yang diakadnikahkan dan yang mengakadkan itu.
10. Faham/mengerti. Dua orang yang menjadi saksi itu mestilah faham dan mengerti bahasa yang digunakan oleh wali dan lelaki itu ketika ijab/qabul. Jika saksi tersebut tidak faham dan tidak mengerti bahasa yang digunakan dalam ijab/qabul, maka nikah tersebut tidak sah.
11. Kuat ingatan. ADua orang menajdi saksi itu mestilah kuat ingatannya apa yang didengar dan yang dilihatnya ketika ijab/qabul, tetapi tidaklah menjadi batal saksinya sekiranya saksi itu ingat akan lafaz akad yang didengarnya itu , kemudian dia lupa.

Syarat suami untuk sah nikah
1. Suami itu hendaklah Islam sekiranya isterinya Islam.
2. Suami itu hendaklah jangan ihram
3. suami berkahwin dengan kehendaknya sendiri tanpa dipaksa atau diugut
4. suami itu hendaklah orang yang sudah baligh, tetapi sekiranya belum baligh, hendaklah bapa atau datuknya yang mengqabul nikahnya itu.
5. Suami hendaklah berakal dan jika suami tidak berakal, seperti gila atau tidak siuman, maka yang menikahkannya ialah bapa atau datuknya, ataupun hakim sesudah berunding minta fikiran dan pendapat daripada kaum kerabatnya, di mana dia tidaklah harus dinikahkan kecuali kerana berkehendak ataupun kerana hajat yang difikirkan perlu.
6. Suami itu hendaklah mengetahui ketika melakukan akad nikah itu bahawa perempuan itu halal nikah baginya , jika suami itu bernikah dengan seorang perempuan yang dia tidak mengetahui keadaan perempuan tersebut halal dinikahinya atau tidak, maka yang demikian nikahnya itu tidak sah.
7. Suami tidak tidak dalam keadaan empat isteri atau salah seorang daripada isterinya yang empat itu dalam iddah raj’i
8. suami itu hendaklah seorang yang tertentu sebagai suami kepada isteri yang dinikahinya tadi.

Syarat-syarat bagi perempuan ( isteri) untuk halal dan sah nikahnya
1. Isteri hendaklah Islam jika suaminya Islam
2. Isteri itu tidak dalam ihram
3. Isteri itu bukan isteri orang
4. Isteri itu bukan dalam iddah
5. Isteri itu hendaklah seorang yang tertentu sebagai isteri kepada suami yang dinikahinya.