Rabu, 24 Jun 2009

Kursus Imam Wibawa

Dato' Haji Ahmad Faizol bin Ghazali al-Hafiz -selaku moderator 1 (hafazan)kami, terimakasih atas tunjuk ajar

Kursus imam wibawa
Syarat untuk melepasi ujian imam wibawa :
1- Wajib mengikuti kursus khas bagi setiap siri dengan jayanya sebagaimana yang telah ditetapkan oleh urusetia sebanyak 2 kali setahun
2- Wajib lulus ujian lisan 1 kali setahun mengilut jadual yang ditentukan.
3- Hanya calon yang mengikuti kedua-dua kursus dengan jayanya sahaja layak menduduki ujian lisan yang ditentukan.
4- Permohonan untuk megikuti kursus / ujian hendaklah menggunakan boring permohonan yang disediakan dan dikembalikan kepada Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau JAIP sebelum tarikh yang ditetapkan.

Ustaz Haji Syafie Bin Lebai Hanafiah- selaku moderator 2 (Tajwid&Fasohah)


TAHAP HAFAZAN
Kualiti bacaan dan hafazan setiap imam dinilai mengikut hafazan yang setiap juzuk yang ditentukan mengikut tahap sepertimana berikut:
1- WAJIB
: SEMUA surah daripada juzuk 30
: surah as-Sajadah
: surah al-Insan
: surah al-Jumuah
:surah Yasin
: surah al-Mulk


2- TAHAP 1 : Juzuk 1
3- TAHAP 2 : Juzuk 1 dan 2
4- TAHAP 3 : Juzuk 1, 2 dan 3
5- TAHAP 4 : Juzuk 1, 2, 3 dan 4
6- TAHAP 5 : Juzuk 1, 2, 3, 4, 5 dan seterusnya juzuk terpilih



*kepada imam-imam lantikan JAIP yang belum mengikuti kursus imam wibawa, buatlah persiapan yang secukupnya...

Isnin, 22 Jun 2009

Generasi Al-Quran yang diimpikan...

Gambar program Tahsin Al-quran sempena Musabaqah Tilawah Al-Quran Negeri Pahang 1430H di Pekan



SIAPAKAH GENERASI AL-QURAN?
Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat baginda pada awal sejarah perkembangan Islam disebut oleh Sayyid Quthub sebagai
“Generasi Al-Quran” Mereka merupakan generasi terbaik yang pernah hadir di tengah umat manusia. Generasi inilah menurut Sayyid Quthub, yang disebut oleh firman Allah s.w.t :

“ Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada kebaikan, mencegah daripada yang mungkar dan beriman kepada Allah ”
(Ali Imran ayat 110)


panel penemuuji sedang mendengar bacaan dan menguji peserta




Generasi terbaik Islam seperti di atas, menurut Sayyid Quthub, belum pernah lahir kembali, sehinggalah pada zaman kita sekarang. Padahal, menurut beliau lagi, Al-Quran masih berada di tangan kita. Tetap terpelihara seperti zaman sebelumnya. Begitu juga dengan hahis, terpelihara dengan baik. Tapi, mengapa kini kedua-dua sumber utama itu tidak dapat melahirkan generasi terbaiknya seperti dahulu?


ADAKAH GENERASI INI DAPAT DILAHIRKAN KEMBALI?


Dalam kitab “Ma’alim al-Thariq’, Sayyid Quthub memberikan jawapan. Generasi Al-Quran katanya, dapat dilahirkan kembali apabila kaum muslimin memiliki 3 tingkah laku seperti yang terdahulu dimiliki oleh Nabi dan kaum Muslimin pada awal perkembangan Islam.


Pertama :
Umat Islam perlu mencintai Al-Quran dan menjadikannya sebagai satu-satunya sumber rujukan dalam kehidupan. Ini bermakna, Al-Quran harus tertanam dalam hati dan fikiran, serta menjadi roh dalam setiap nafas kehidupan, sehingga Al-Quran tidak menjadi benda mati, tapi benar-benar wujud dalam realiti kehidupan.

Kedua : Umat Islam perlu memiliki sikap ketaatan yang tidak berbelah bagiterhadap perintah-perintah Allah dalam Al-Quran. Dalam hal ini, Al-Quran dipelajari tidak hanya untuk menambah pengetahuan dan memperdengarkan bacaan semata-mata, tapi benar-benar untuk dilaksanakan. Al-Quran jelas Sayyid Quthub, perlu disatukan dalam jiwa raga kaum muslimin dan diguna pakai dalam kehidupan mereka, sehingga Al-Quran tidak hanya membeku dalam otak dan terselit dalam karya-karya ilmiah. Sejarah mencatatkan, para sahabat dahulu mempelajari Al-Quran tidak banyak, hanya sepuluh ayat dalam satu masa. Mereka tidak menambahnya sehinggalah mereka memahami dan melaksanakan sepuluh ayat tersebut.

Ketiga : Umat Islam perlu bersedia membuang kehidupan lalu mereka sebelum Islam (jahiliah). Ini bermakna, dengan Islam seseorang perlu memulai hidup baru dengan ajaran atau nilai yang baru dan dengan pergaulan serta persaudaraan yang baru. Pendek kata, mereka perlu bersedia menanggalkan dan membuang semua ajaran dan warisan nenek moyang yang sesat dan bertentangan dengan ajaran Islam. Bahkan, setiap muslim, tegas Quthub, harus mampu bukan sahaja meninggalkan jahiliah moden tetapi juga menjauhi orang-orang yang pemikirannya terpengaruh dengan jahiliah moden itu.

Firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Isra’ ayat 82:

Ertinya: “Dan Kami (Allah) turunkan Al-Quran ini sebagai penyembuh dan rahmat bagi orang-orang mukmin. Dan tidaklah rugi kecuali bagi orang-orang yang zalim.”


Marilah sama-sama kita mencorak dan membina generasi hari ini supaya menjadi generasi al-Quran yang dapat melaksanakan seluruh tuntutannya dalam kehidupan.
Antara tuntutan al-Quran terhadap umat Islam ialah :


1– IMAN WA TA’ZIM
2– TILAWAH WA TARTIL
3- TAZAKKUR WA TADABBUR
4– HUKUM WA IQAMAH
5– TABLIGH WA TIBYAN
TAHNIAH! kepada seluruh urusetia program yang telah menjayakan Program Tahsin Al-quran