Jumaat, 23 Mac 2007

SELAMAT BERTUNANG :-)..18-02-2007


C.I.N.T.A

Cinta adalah fitrah (komponen kejadian manusia). Firman Allah," FitrahAllah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu.Tidak ada perubahan pada fitrah itu." maksud Surah arRum: 30

Imam Ibn Qayyim menjelaskan cinta adalah fenomena universal dan iamemberi kesan yang mendalam kepada jiwa manusiahinggakan dalam sastera Arab menghasilkan lebih dari 60 istilah cinta.Dunia Melayu pun apa kurangnya.

Syaikh (aMarhum) Abdullah Nasih Ulwan berpendapat: Islam mengiktirafcinta yang bersemi pada setiap individu dan Islam telahmenggariskan tiga tahap cinta:
* Cinta agung: Cinta kepada Allah, Rasul dan Islam serta berjihadmembuktikannya.
** Cinta pertengahan: cintakan sesama manusia: ibubapa, anak-isteri,kaum kerabat dan sahabat handai*
** Cinta bawahan: menyintai sesuatu melebihi cinta kepada Allah, Rasul dan Islam.

Bolehkah pasangan bukan muhrim bercinta sebelum kahwin?
Syaikh Atiyyah Saqr menjawab: kenapa tidak? Cinta adalah suci, cintadalam bentuk apapun dibolehkan oleh syara' asalkan tidakdikotori dengan niat dan aksi kotor; ia mestilah tidak bercanggah dengnhukum-hukum syara' dan diiringi dengan cinta yang diredhai oleh Allah.

Khamis, 22 Mac 2007

REFLEKSI

Sejak zaman dahulu lagi manusia telah berusaha mencari dan mencuba pelbagai kaedah perubatan untuk mengubati penyakit yang dihadapi. Allah telah menyebutkan dalam Al Quran, tidak akan diturunkan suatu penyakit melainkan dengan diturunkan juga obatnya sekali. Maka kita sebagai hambanya perlu berusaha mencari obat bagi setiap penyakit yang diturunkan. Walaupun demikian sehingga kini manusia masih lagi terus mencari dan mencari obat bagi sesetengah jenis penyakit yang masih belum lagi ditemukan penawarnya, contohnya penyakit aids. Selain daripada itu terdapat juga masalah dimana penawar bagi sesuatu penyakit telah ditemui, tetapi kos yang terlalu mahal menyebabkan bukan semua golongan mampu untuk berubat, contohnya penyakit kanser yang memerlukan belanja ribuan ringgit. Masalah-masalah ini menyebabkan kajian dalam bidang perubatn terus berkembang disamping menimbulkan pelbagai kaedah-kaedah perubatan altenatif yang kadangkala tidak dapat diterima oleh akal kita.
Jika dibuat perbandingan cara perubatan zaman dahulu dengan sekarang, terlalu jauh beza diantaranya. Zaman dahulu yang biasanya lebih dikaitkan dengan kaedah spiritual. Sebenarnya bukan semua cara perubatan dahulu berkaitan dengan spiritual. Terdapat juga kaedah perubatan seperti refleksi disamping akupuntur dan mengamalkan jamu hasil daripada tumbuhan. Kaedah hari ini adalah berdasarkan kaedah sains yang maju dan tidak melibatkan spiritual. Kaedah perubatan zaman ini mampu melihat kedalam badan sesorang pesakit tanpa melukakannya seperti mengunakan kaedah x-ray atau ‘ultrasound’. Walaupun demikian orang dahulu tidak boleh dianggap ketinggalan zaman atau kurang maju, kerana terdapat juga kaedah perubatan zaman dahulu yang berkesan mengubati penyakit tidak dapat diterang oleh kemajuan sains hari ini.
Salah satu cara perubatan zaman dahulu yang agak unik dan tidak dapat diterangkan oleh sains ialah kaedah urutan refleksi. Urutan refleksi adalah suatu kaedah perubatan yang mengurut bahagian tertentu badan , tapak tangan dan kaki, semua orang boleh melakukannya tetapi perlu memahami serba sedikit tentang kawasan yang perlu diurut. Kaedah perubatan refleksi ini sebenarnya telah lama diamalkan sejak beribu tahun yang lampau oleh masyarakat Tionghua di negara China. Namun demikian ilmu ini tidak berkembang dengan baik kerana masyarakat Tionghua pada masa tersebut adalah bersikap berahsia dan tidak suka berkongsi ilmu dengan masyarakat lain. Maka ilmu ini terus berkubur begitu sahaja sehinggalah seorang yang berbangsa Swiss bernama Hedi Masafret menemui cara perubatan ini kira-kira 50 tahun yang lalu. Beliau berdasarkan penemuan ini telah membuka sebuah klinik yang diberi nama “Centre for Fitness Tranning”. Tempat beliau ini telah dikunjungi oleh ribuan orang yang memerlukan perubatan. Beliau telah berjaya megubat banyak pesakitnya dengan kaedah refleksi ini.Akhirnya kaedah refleksi ini berkembang keserata Amerika dan negara-negara Asia yang lain dan menjadi sangat popular sebagai salah satu kaedah perubatan altenatif yang selamat, mudah, murah, dan berkesan serta sesuai untuk semua golongan usia.
Oleh kerana cara perubatan ini berasal dari negar China, maka pendapat awal menyatakan bahawa, punca penyakit adalah disebabkan oleh 3 unsur yang utama:
1. Unsur Luar; Sejuk,panas,lembap,kering dan sebagainya. Iaiut berkaitan dengan perubahan cuaca
2. Unsur Dalam; Gembira ,risau,sedih,fikiran yang terganggu, terkejut, takut dan sebagainya. Ini adalah berkaitan dengan perubahan emosi dan mental
3. Unsur Lain; Benda-benda luar seperti tabiat pemakanan yang tidak teratur, letih dan sebagainya.
Oleh kerana 3 unsur utama yangdisebutkan di atas sebagai punca yang menyebabkan penyakit ,maka rawatannya juga perlu menitik beratkan unsure-unsur tersebut. Tetapi penyataan ini tidak beerti meremehkan jenis penyakit yang disebabkan oleh infeksi atau virus.
Apakah dia kawasan refleksi? Menurut pakar refleksi, kawasan refleksi adalah kawasan titik pusat urat-urat saraf. Setiap titik refleksi berhubung rapat dengan bahagian tertentu badan. Sebenarnya kawasan refleksi ini tertabur hampir seluruh bahagian badan. Tetapi di sini huraian terperinci hanya akan menyentuh bahagian kaki sahaja. Hasil daripada urutan refleksi ini akan menyebabkan perjalanan darah akan menjadi lancar dan membetulkan kedudukan urat saraf kepada kedudukan sebenar. Ini adalah juga menjelaskan mengapakah orang yang biasa mengamalkan urutan refleksi ini sangat mengambil berat tentang penjagaan kaki. Oleh kerana kawasan pusat saraf terdapat pada kaki maka pakar refleksi tidak mengalakan memakai kasut yang sempit sehingga boleh menghimpit kaki semasa memakai atau kasut yang hujungnya tirus yang bisanya dipakai oleh perempuan. Orang yang tahu dan mementingkan kesihatan tidak akan mengorbankan kesihatan mereka semata-mata kerana fesyen kasut yang diminati. Antara penyakit yang boleh disebabkan oleh kasut yang sempit adalah seperti penyakit hidung, kepala ,leher, mata, bahu, dada, buah dada, kelenjar, kelejar tiroid, paru-paru dan bronkhus. Di sini dapat dilihat betapa kaki kita boleh menentukan keadaan kesihatan kita. Alam ini telah diciptakan dengan sangat sempurna oleh Allah yang maha kuasa sehinggakan batu-batu yang bertaburan dijalanan yang mungkin tidak berguna pada pandangan mata kasar juga sebenarnya dapat memberi manfaat sedikit sebanyak terhadap kesihatan manusia. Apabila kita berjalan tanpa mengunakan kasurt atau sebarang alas kaki sambil memijak jalan yang penuh dengan batu yang mempunyai pelbagai saiz, semasa kita berjalan tersebut akan berlaku suatu proses urutan secara semulajadi terhadap kaki kita. Namun kini zaman telah berubah, jalan berbatu telah digantikan dengan jalan yang diperbuat daripada tar atau simen tambahan pula terciptanya alas kaki(kasut) maka hubungan yang intim antara manusia dan alam ini turut berkurang.
Walaupun cara perubatan ini tidak dapat diterangkan secara sains namun khasiat dan faedah yang diperoleh daripada kaedah perubatan ini sangat menakjubkan. Cara kita memberi tindakan kepada kawasan refleksi terdapat pelbagai cara antaranya ialah dengan mengunakan bahan yang panas seperti rokok yang diletakan hampir pada kawasan refleksi. Kayu yang tumpul juga boleh digunakan sebagai kaedah mengurut dan cara yang paling lazim adalah dengna mengunakan tangan atau jari . Contoh yang paling mudah untuk menguji kebenaran atau kesahihan kaedah refleksi ini bagi yang baru mengenali dunia perubatan kaedah refleksi ini adalah dengan mencuba suatu aplikasi mudah iaitu dengan meletakan api rokok berhampiran dengan bahagian tepi jari hantu. Setiap kali rokok didekatkan dengan jari, apabila terasa panas yang tak tertahan maka jauhkan api rokok tersebut. Proses ini diulang beberapa kali Ada akan mendapat rasa kesan daripada tindakan ini. Sebenarnya kawasan refleksi ini adalah untuk mengurangkan ketegangan fikiran atau fikiran yang kusut. Apabila api rokok tersebut didekatkan dengan jari hantu sebenarnya ianya akan menyebabkan perjalanan darah akan menjadi lebih pantas. Darah yang bergerak ini akan menbawa bersama bahan makanan.hormon, oksigen antibiotik dan lain-lain. Selain daripada itu darah yang bergerak ini juga akan menbawa dan menyingkirkan bahan–bahan toksik daripada badan. Darah yang bergerak ini kemudian akan bergerak kearah otak sambil membawa bahan–bahan yang terkandung bersamanya. Maka jika suatu bahagian yang sakit, perjalanan darah yang lancar akan membantu proses penyembuhan berlaku. Namun demikian tiada siapa dapat menerangkan apakah hubungan bahagian jari hantu tadi dengan ketegangan fikiran . Tiada bukti saintifik yang boleh menerangkan hubungan tersebut . Tetapi, berdasarkan pengalaman pemanasan bahagian jari hatu tersebut memang memberi sedikit ketengan kepada fepada fikiran yang mengalami ketegangan.
Seperti yang telah diterangkan sebelumnya tentang fungsi darah. Jika perjalanan darah tidak lancar maka kemungkinan terdapat pengendapan bahan-bahan tertentu pada saluran-saluran darah ini mengurangkan jumlah darah yang mengalir pada saluran darah. Seseorang yang berpengalaman berkenaan urutan refleksi akan tahu samada bahagian kawasan refleksi tersebut mengalami masalah atau tidak. Biasanya kawasan yang mengalami masalah akan terdapat semacam ada pasir pada kawasan tersebut apabila disentuh. Selain daripada itu semasa mengurut daerah refleksi seandainya jika orang yang diurut merasa sakit atau rasa kurang selesa walaupun dengan semtuhan yang perlahan, maka ini juga petanda yang menjelaskan bahawa organ yang merujuk kepada kawasan refleksi tersebut mengalami masalah
Sebenarnya terdapat pelbagai aturan atau etika semasa mengurut kawasan refleksi ini. Pesakit yang ingin diurut haruslah duduk dalam keadaaan berehat dan bebas daripada memakai pakaian yang sempit yang boleh menganggu aliran darah. Dicadangkan urutan kawasan refleksi dengan mengunakan minyak urut yang sesuai untuk mengelakan kulit daripada cedera atau melecet. Semasa mengurut pula, jika pesakit merasa kesakitan yang amat sangat maka orang yang mengurut haruslah memberitahu pesakit supaya dapat menahan kesakitan yang dialami akibat urutan. Jika pesakit tidak dapat menahan kesakitan maka urutan hendaklah dihentikan seketika bagi meredahkan kesakitan. Biasanya keberkesanan urutan refleksi ini adalah berbeza mengikut umur .Orang yang lebih muda biasanya sudah mencukupi dengan diurut 3 hingga 4 kali berbanding orang tua yang memerlukan urutan yang lebih untuk mendapat kesan yang sama. Dalam satu-satu masa pula, biasanya kawasan refleksi diurut selama 5 minit .Jika kesakitan yang dialami akibat kesan urutan dapat ditahan maka masa urutan sehingga 10 minit bolehlah dilakukan bagi satu–satu kawasan refleksi. Peraturan-peraturan lain yang harus diikuti semasa kerja-kerja pengurutan dijalankan adalah seperti tidak melakukan pengurutan sejam selepas makan. Semasa mengurut kawasan refleksi, pada satu–satu masa hanya satu kawasan sahaja yang diurut, kemudian setelah selesai barulah berpindah kepada kawasan refleksi yang lain. Apabila selesai satu-satu sessi pengurutan haruslah minum air sebanyak 2 hingga tiga gelas air. Ini adalah penting agar kotoran yang terdapat dalam badan dapat disingkirkan dengan lebih cepat, tetapi aturan ini terkecuali bagi pesakit buah pinggang. Pesakit buah pinggang hanya dibenarkan meminum air kurang daripada setengah gelas selepas pengurutan dijalankan. Bagi kawasan refleksi yang melibatkan kelenjar pula tidak boleh diurut terlalu keras ini adalah untuk mengelakan kesan sampingan daripada berlaku. Kepada mereka yang sudah teruk mengalami penyakit-penyakit seperti jantung, kencing manis, sakit kuning atau barah cara mengurutnya adalah tidak terlalu kuat dan tiap-tiap bahagian refleksi tidak boleh diurut melebihi 2 minit bagi satu-satu masa pengurutan. Perkara yang sebaliknya pula harus dilakukan kepada mereka yang mengalami penyakit tulang. Mereka yang mengalami penyakit tulang harus diurut dengan kuat agar kesannya lebih cepat dirasai. Semasa pengurutan dilakukan kadangkala timbul kesan-kesan kehitaman pada bahagian yang diurut. Ini adalah petanda baik teruskan urutan sehingga bahagian refleksi tersebut sembuh. Bagi mereka yan sedang mendapatkan rawatan doktor pula disarankan agar menghentikan dahulu semua jenis ubat yang dimakan kerana ubat tersebut boleh menghalang atau melambatkan proses penyembuhan cara urutan refleksi ini. Ini terkecuali bagi para pesakit jantung dan kencing manis. Ubat yang diperolehi daripada doktor harus dimakan secara berterusan seperti biasa. Kepada yang mengurut pula terdapat juga beberapa etika atau peraturan yang harus diikut iaitu selepas kerja pengurutan tidak digalakan mencuci tangan serta-merta. Ini adalah penting untuk menjaga kesihatan. Namun tidak dapat diterangkan di sini kaitan antara mencuci tangan dengan gangguan kesihatan yang akan bakal berlaku. Yang terakhir pula adalah tidak digalakan kepada si pengurut merawat orang lain seandainya dirinya sendiri berada dalam keadaaan yang kurang sihat.
Kadangkala selepas urutan dilakukan kita boleh melihat kesan akibat daripada urutan refleksi ini. Namun reaksi yang berlaku tersebut hanyalah bersifat sementara. Seandainya berlaku kesan-kesan seperti yang diterangkan di bawah ini teruskan urutan sehingga sembuh. Antara kesan daripada urutan refleksi ini adalah seperti timbul luka dan nanah pada peha . Ini bemaksud kotoran di dalam darah tidak berjaya disingkirkan secara normal sehingga timbul luka sebagai jalan mudah untuk mengeluarkan kotoran tersebut. Selain daripada itu kadangkala pesakit mengalami sakit pinggang atau punggung, ini beerti rintangan yang menghalangi peredaran darah sudah dapat dilalui oleh darah semula. Kadangkala pesakit juga mengalami pembengkakan pada urat. Ini sebenarnya menunjukan perjalanana darah semakin lancar. Berdasarkan pengalaman yang pakar dalam urutan refleksi ini, antara penyakit yang mudah untuk disembuhkan adalah seperti kencing di tempat tidur, otot kejang, infeksi sendi, sakit kepala, selesama, buasir, sakit jantung dan beberapa jenis penyakit lagi.
Walaupun demikian kaedah urutan refleksi ini mempunyai had atau batasan yang tidak boleh dilampau olehnya. Antara had yang tidak dapat disembuhkan melalui kaedah ini adalah pesakit yang urat sarafnya telah mati akibat kemalangan atau ‘stroke’, pengambilan ubat-ubatan juga menyebabkan urat saraf menjadi kebal (kurang sensetif). Selain daripada itu yang terakhir adalah penyakit, khususnya barah yang telah terlambat untuk diubati(tenat). Kesemua penyakit ini langsung tidak dapat dibantu oleh kaedah perubatan refleksi ini.


Rujukan:
Mark silas, 1998, Merawat Pesakit Dengan Urut Refleksi 1,Darul Nu’man, Kuala Lumpur
Mark silas, 1998, Merawat Pesakit Dengan Urut refleksi 2, Darul Nu’man, Kuala Lumpur
Mark silas, 1998, Merawat Pesakit Dengan Urut Refleksi 3, Darul Nu’man, Kuala Lumpur

Reflexsologi..

KAKI
Urutan Tapak kaki di kenali sebagai Reflexsologi. Adalah di percayai setiap titik di tapak kaki mempuyai kaitan dengan organ dalaman tubuh badan. Teori ini mengandaikan bahawa setiap penyakit organ dalaman akan berkaitan dengan urat saraf yang berakhir di hujung tapak kaki.
Ada yang menyebutkan kaedah Reflexologi ini sebenarnya berasal daripada Negeri Cina dan telah di amalkan sejak beribu tahun yang lalu. Walaubagaimanapun pendekatan mengurut tapak kaki yang di perkenalkan oleh Mr. Heidi berbangsa Swiss amat popular dan mendapat pengiktirafan di negara-negara barat.
Setengah penyakit memerlukan kos rawatan yang tinggi. Tidak semua orang mampu untuk mendapatkan rawatan percuma dan membiayai kos rawatan masing-masing. Kaedah urutan refleksi ini amat mudah dan murah untuk di pelajari. Di negara kita anda boleh mempelajarinya daripada pengamal perubatan yang terkenal seperti di Institiut penyelidikan perubatan Akupunktur di Kelantan.
PENGENALAN RINGKAS KAEDAH RAWATAN REFLEXSOLOGI
Sebelum sesuatu urutan dimulakan, kebiasaannya kaki pesakit akan di rendam didalam sebuah bekas berisi air panas yang mengandungi herba selama sepuluh minit. Kebanyakkan Pengamal urut terapi ini akan menyapukan krim berubat di tapak kaki bagi melembabkan dan memberikan sedikit kelicinan ketika urutan.
Buku jari jemari pengamal terapi ini selalunya digunakan di dalam urutan ini bagi memberi beberapa sentuhan yang keras atau pun lembut ketika rawatan reflexsologi sedang di lakukan. Teori reflexsologi menyatakan sekiranya seseorang tidak merasai sebarang kesakitan yang kuat ketika di beri tekanan reflexsi ini menunjukkan seseorang itu mempunyai tahap kesihatan yang baik.
Di Malaysia rawatan reflexsologi sebenarnya sudah mendapat tempat di hati masyarakat kita. Seni rawatan ini berjaya melancarkan perjalanan darah dan menyingkirkan toksid dari tubuh badan.


KEPENTINGAN URUT REFLEKSI DAN URUTAN KAKI
Jika perjalanan darah tersekat dan terhalang, kekotoran dan endapan yang ada akan tersumbat di dalam saluran darah. Maka organ tubuh badan akan terganggu dan kita boleh terkena penyakit.
Salah satu punca seseorang terkena penyakit kaki adalah disebabkan tersekatnya pengaliran darah padaanggota organ tubuh seseorang. melalui picitan dan urutan di 60 tempat titik akupunktur di kawasantapak kaki beberapa penyakit tertentu dapat di pulihkan seperti senggal-senggal sendi, selesma dan sakitkepala dan sebagainya.
Dengan mengambil pendekatan yang sederhana iaitu dengan menggabungkan urut refleksi dan urutan kaki secara tradisional beberapa penyakit kaki dapat di sembuhkan dengan segera.

TANGAN
HILANGKAN MIGRAIN
Atau boleh cuba urutan refleksi dipangkal atau celah tapak tangan pertemuan antara ibu jari dengan jari telunjuk. Tekan/picit dikedua-dua belah permukaan tangan menggunakan jari telunjuk dan ibu jari tangan yang sebelah lagi untuk selama 1-2 saat dan lepaskan, berulang-ulang untuk selama 2-5 minit. Kemudian cuba di tapak tangan yang sebelah lagi. Biasanya bagi mereka yang bermasalah, akan terasa sakit apabila di tekan di bahagian tersebut
\ \ \ \./ <-- dibahagian yang bertitik. selamat mencuba..wallahu a'lam.

Rabu, 21 Mac 2007

SURAH AL-FATIHAH

Pengenalan

Surah al-fatihah merupakan surah yang pertama di dalam kitab suci al-Quranulkarim. Surah al-Fatihah mengandungi sebanyak tujuh ayat. Menurut pendapat yang paling kuat, surah al-Fatihah merupakan surah Makiyyah iaitu surah yang di turunkan di Mekah. Ada juga sesetengah ulama’ berpendapat bahawa surah al-Fatihah diturunkan di Madinah dan ada juga ulama’ berpendapat surah al-Fatihah di turunkan sebanyak dua kali iaitu sekali di Mekah dan sekali di Madinah.

Nama-nama Surah al-Fatihah :

Al-Kanzu ( الكنز )
Bermaksud “Perbendaharaan”. Ianya dinamakan dengan al-Kanzu kerana surah al-Fatihah di turunkan oleh Allah s.w.t. daripada pembendaharaanNya yang terletak di bawah arasy.

Al-Wafiyah ( الوافيه )
Bermaksud "yang melengkapi". Ianya dinamakan dengan al-Wafiyah kerana surah inimerangkumi seluruh aspek syariah Islamiyah.

Al-Hamdu ( الحمد)
Bermaksud “puji-pujian”. Ianya dinamakan dengan al-Hamdu kerana surah ini dimulakan dengan lafaz pujian terhadap Allah s.w.t

As-Sholah ( ( الصلاة
Bermaksud “sembahyang”. Ianya dinamakan dengan as-Sholah kerana surah ini menjadi salah satu rukun dalam ibadah sembahyang.

Fatihatul Kitab ( فاتحة الكتاب)
Bermaksud “pembuka kitab”. Ianya dinamakan dengan Fatihatul Kitab kerana al-Quranul Karim dimulakan dengan surah ini.

As-Sab’ul Mathani ( ( السبع المثانى
Bermaksud “tujuh ayat yang diulang-ulang”. Ianya dikenali dengan nama as-Sab’ul Mathani kerana surah ini wajib dibaca berulang kali sebanyak 17 kali sehari semalam di dalam sembahyag fardhu.

Ummul Quran / Kitab ( ( أم القرءان / الكتاب
Bermaksud “ibu / induk al-Quran”. Ianya dikenali dengan nama ini kerana semua intisari kandungan al-Quran terdapat dalam surah ini.


Kandungan al-Fatihah

Surah al-Fatihah mengandungi kesemua aspek Syariat Islamiyah antaranya:
Tauhid, akidah atau keimanan kepada Allah.
Janji-janji Allah untuk kehidupan di dunia dan akhirat
aspek-aspek ibadah kepada Allah
petunjuk jalan yang lurus
sejarah atu riwayat

Bilangan ayat dalam surah al-Fatihah :

Surah al-Fatihah mengandungi tujuh ayat, iaitu :
سورة الفاتحة
بِِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ (الفاتحة: 1).
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ (الفاتحة: 2).
الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ (الفاتحة: 3).
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ (الفاتحة: 4).
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ (الفاتحة: 5).
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ (الفاتحة: 6).
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ (الفاتحة: 7).


Walaubagaimanapun, terdapat perselisihan pendapat ulama’ pada lafaz
بِِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ Adakah ianya merupakan satu ayat daripada Surah al-Fatihah ataupun tidak.Menurut pendapat Imam Malik dan beberapa ulama’ Madinah, Syam dan Basrah, BISMILLAH bukanlah sebahagian daripada Surah al-Fatihah, sebaliknya merupakan satu ayat tunggal yang diturunkan oleh Allah untuk menjadi pemisah antara satu surah dengan satu surah yang lain.

Mereka yang berpendapat sedemikian menganggap ayat yang terakhir di dalam Surahal-Fatihah iaitu صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ Sebagai dua ayat. Manakala menurut pendapat Imam Ahmad Bin Hanbal dan Imam Syafie, BISMILLAH merupakan salah satu ayat daripada surah al-Fatihah. Pendapat ini berdasarkan kepada sebuah hadis Rasulullah s.a.w :

عن أبى هريرة رضى الله عنه قال، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : إذا قرأتم الحمد لله ( أي سورة الفاتحه ) فاقرءوا بسم الله الرحمن الرحيم فإنها أم القرءان والسبع المثانى وبسمالله الرحمن الرحيم إحدا أيتها

- رواه الدارقطنى -




Maksud hadis :
“Apabila kamu membaca surah al-Fatihah, maka hendaklah kamu membaca Bismilahirrohmanirrohim, sesungguhnya surah al-Fatihah itu adalah Induk al-Quran dan juga tujuh ayat yang diulang-ulang dan Bismillahirrohmanirrohim itu merupakan salah satu daripada ayatnya”.

Cara bacaan Basmalah :
Ada sebahagian ulama’ mengatakan bahawa Basmalah yang dibaca di dalam surah al-Fatihah hendaklah dibaca secara perlahan. Manakala sebahagian ulama’ yang lain pula termasuk Imam Syafie berpendapat, Basmalah hendaklah dibaca dengan ‘jahar’ (nyaring) ketika di dalam sembahyang ‘jahar’ dan hendaklah dibaca dengan ‘sir’ (perlahan) ketika di dalam sembahyang ‘sir’.


Hukum-hukum Tajwid Yang Terdapat Dalam Surah Al-Fatihah :

بِِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ (الفاتحة: 1).

1. اللَّهِ -Huruf Lam dinipiskan
2. الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ -Alif Lam Syamsiah pada kedua-duanya
3. الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ -Huruf Ro' ditebalkan pada kedua-duanya
4. الرَّحِيمِ -Ketika waqaf, Mad A'ridh Lis Sukun (2,4,6 harakat)


الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ (الفاتحة: 2).

1. الْحَمْدُ - Hamzah Washol dibaca baris atas ketika ibtida'
2. لِلَّهِ -Huruf Lam dinipiskan
3. رَبِّ -Huruf Ro' ditebalkan
4. الْعَالَمِينَ -Alif Lam Qamariah
5. الْعَالَمِينَ - Ketika waqaf, Mad A'ridh Lis Sukun (2,4,6 harakat)


الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ (الفاتحة: 3).

1. الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ -Alif Lam Syamsiah pada kedua-duanya
2. الرَّحْمَنِ الرَّحِيم - Huruf Ro' ditebalkan pada kedua-duanya
3. الرَّحِيمِ - Ketika waqaf, Mad A'ridh Lis Sukun (2,4,6 harakat)


مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ (الفاتحة: 4).

1. مَالِكِ -Mad Asli 2 harakat
2. الدِّينِ -Alif Lam Syamsiah
3. الدِّينِ - Ketika waqaf, Mad A'ridh Lis Sukun (2,4,6 harakat)

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ (الفاتحة: 5).

1. نَسْتَعِينُ - Ketika waqaf, Mad A'ridh Lis Sukun (2,4,6 harakat)

اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ (الفاتحة: 6).

1. اهْدِنَ -Hamzah Washol dibaca baris bawah ketika ibtida'
2. الصِّرَاطَ -Alif Lam Syamsiah, Huruf Shod dan Ro' ditebalkan
3. الْمُسْتَقِيمَ -Alif Lam Qamariah, Huruf Qaf ditebalkan
4. الْمُسْتَقِيمَ - Ketika waqaf, Mad A'ridh Lis Sukun (2,4,6 harakat)

صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ (الفاتحة: 7).

1. صِرَاطَ -Huruf Shod, Ro' dan Tho' ditebalkan
2. الَّذِينَ -Ali Lam Syamsiah
3. أَنْعَمْتَ -Izhar Halqi, Tidak Dengung. Izhar Syafawi, Tidak Dengung.
4. عَلَيْهِمْ غَيْرِ -Izhar Syafawi, Tidak Dengung, huruf Ghin ditebalkan
5. غَيْرِ الْمَغْضُوبِ -Huruf Ro' dinipiskan, Huruf Ghin ditebalkan, Alif Lam Qamariah
6. عَلَيْهِمْ وَلاَ -Izhar Syafawi, Tidak Dengung
7. وَلاَ الضَّالِّينَ -Alif Lam Syamsiah, Huruf Dhod ditebalkan
8. الضَّالِّينَ -Mad Lazim Kalimi Muthaqqal (6 harakat), Ketika waqaf, Mad
A'ridh Lis Sukun (2,4,6 harakat)

Jenis-jenis Kesalahan Dalam Bacaan Al-Fatihah :

Makhraj huruf Ain pada kalimah (نَسْتَعِينُ, الْعَالَمِينَ )
Ketika bacaan sambung pada ( اهْدِنَ + نَسْتَعِينُ )
Dipanjangkan (mad asli, 2 harakat) pada kalimah ( إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ )
Terlebih tebal pada huruf Qaf dalam kalimah ( الْمُسْتَقِيمَ )
Tiada sifat Istitholah pada huruf Dhod ( الضَّالِّينَ )
Mad Lazim tidak mencukupi 6 harakat pada kalimah ( ( الضَّالِّينَ
Keterlaluan tasydid pada kalimah ( الضَّالِّينَ )
Mad Arid Lis Sukun dibaca lebih panjang daripada Mad Lazim Kalimi Muthaqqal dalam kalimah ( الضَّالِّينَ )

Di dalam sembahyang, kita disunatkan membaca Istia'zah sebelu membaca al-Fatihah secara perlahan di setiap rakaat, manakala dalam solat jenazah, disunatkan membaca Istia'zah pada takbir yang pertama sahaja.

Bacaan AMIN :
Perkataan Amin mempunyai beberapa maksud, antaranya :
Perkenankanlah Ya Allah
Jangan persiakan harapan kami Ya Allah

Hukum membaca Amin setelah selesai membaca al-Fatihah adalah sunat. Ini berdasrkan sabda Rasulullah s.a.w. :
إذا قال الإمام وَلاَ الضَّالِّينَ فقولوا ءامين، فمن وافق تأمينه تأمين الملائكة غفر الله ماتقدم من ذنبه
Maksudnya :
" Apabila imam menyebut ( وَلاَ الضَّالِّينَ ), maka katakanlah Amin, dan barangsiapa Aminnya besamaan dengan Amin para malaikat, maka Allah akan mengampunkan dosanya yang telah lepas ".

Ada ulama' berpendapat bahawa lafaz Amin hanya sunat disebut selepas membaca al-Fatihah ketika di dalam sembahyang sahaja. Jika di luar sembahyang, maka tidak disunatkan menyebut amin. والله أعلم

Bentul-bentuk lafaz Amin :

Menurut yang diceritakan oleh al-Wahidi sebagaimana yang diriwayatkan daripada Hamzah dan Kisaai, terdapat beberapa bentuk lafaz Amin, iaitu :

1. ءامين - dengan kadar 2 harakat pada Mad Badal

2. ا مين - dengan kadar 6 harakat pada Mad Badal

3. ا مين - dengan kadar 6 harakat pada Mad Badal beserta Imalah

4. ا مين - dengan kadar 6 harakat pada Mad Badal beserta tasydid Min

Walau bagaimanapun, pendapat yang keempat tidak diharuskan dan adalah ulama' berpendapat jika dibaca dalam sembahyang, maka sembahyangnya terbatal. والله أعلم


والله أعلم

10 CARA MEMBINA MOTIVASI DIRI

TIBA-TIBA anda terasa tidak bermaya sekali. Hidup umpama tidak bererti. Nyata anda telah kehilangan motivasi diri. Apa yang harus anda lakukan?Sebelum mengambil sebarang langkah, duduk sejenak. Tarik nafas panjang-panjang dan lepaskan sekaligus. Kemudian pejamkan mata. Beri salam kepada diri sendiri dan katakan, “Hai, engkau dijadikan bukan untuk berkeluh kesah”.Berikut adalah langkah-langkah 10 cara membina motivasi diri yang disarankan oleh Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj, yang saya petik dari bukunya yang bertajuk “Membina Jati Diri Cemerlang”.
1 PERBAIKI IMEJ ANDA Cuba lakukan sedikit perubahan. Kalau selama ini anda tidak kisah dengan baju atau seluar yang tidak bergosok, cuba kali ini gosoknya dengan licin dan pelbagaikan warnanya. Ubah gaya anda berjalan, sesuai dengan penampilan baru anda. Tapi, janganlah berjalan dengan penuh sombong di bumi Allah ini.Jika anda wanita, cuba tukar imej kusam kepada kemas. Jangan terlalu pendiam tetapi jangan pula terlalu membuat bising. Jagalah batas anda sebagai seorang muslimah. Bersikap sederhana dan ringankan mulut jika ada orang meminta pandangan ataupun pendapat anda.
2 LAKUKAN SENAMAN RINGAN Tubuh yang lemah, lembik dan lembam boleh dipulihkan dengan melakukan sedikit senaman ringan untuk menggerakkan tubuh. Tidak perlu melakukan senaman-senaman yang berat kerana ia hanya akan menyebabkan tubuh anda letih, dan menjejaskan tumpuan anda belajar. Keletihan hanya akan menyebabkan anda kembali tidak bermaya. Malah mengikut kajian, bukan semua orang sesuai melakukan senaman berat. Sesetengah orang, atas sebab-sebab kesihatan dan fizikal semulajadinya lebih digalakkan supaya tidak bersenam dengan berat.Senamkan juga minda anda dengan membaca atau mencuba sesuatu yang berhalangan. Cara terbaik membuat senaman minda adalah dengan membaca, merenung, mempersepsi dan juga membuat ta’akulan.
3 SENYUM Senyuman boleh mengubah segala-galanya. Dalam mood yang tidak baik, memang agak sukar hendak melakukan ini, tapi ingat jika anda senyum pulangannya serupa. Hadiahkanlah senyuman kepada seseorang, anda akan mendapat senyumannya balik. Jika anda memasamkan muka, orang lain juga akan memasamkan muka mereka terhadap anda.Sifir kehidupan ini mudah, anda berbuat baik kepada orang lain anda akan dibalas dengan kebaikan yang sama atau mungkin dengan yang lebih baik. Jika anda berbuat jahat kepada orang lain anda akan mendapat balasan yang serupa atau yang lebih teruk. Dosa dibalas dengan neraka, kebaikan akan dibalas dengan Syurga. Bukankah itu suatu keadilan?
4 BERFIKIRAN POSITIF Berfikiran positif akan membuatkan perkara yang sukar akan bertukar menjadi senang, masalah bertukar menjadi peluang, masa depan kelihatan lebih cerah dan insyaAllah rezeki pun akan meluas.Fikiran-fikiran positif itu adalah doa berpanjangan yang kita panjatkan. Selama kita berfikiran positif, selama itulah ia menjadi satu pengharapan yang amat besar terhadap ALLAH. Fikiran postif yang diiring dengan tindakan yang positif selalunya akan membuahkan kejayaan dan kecemerlangan.
5 DAPATKAN TIDUR YANG MENCUKUPI Kita memang memerlukan tidur yang berkualiti untuk mendapatkan kesegaran tubuh yang betul. Kalau telur ayam pun boleh digredkan mengikut kualitinya, demikianlah pula dengan manusia. Tidur-tidur ayam adalah tidur yang tidak berkualiti dan menyebabkan minda terdera serta tidak mendapat kerehatan yang secukupnya.Rasa runsing, marah-marah mahupun tidak semangat adalah antara natijah daripada keletihan akibat tidak cukup tidur ataupun tidur yang tidak berkualiti.
6 LUAHKAN PADA SESEORANG Anda memerlukan seorang sahabat ketika anda tidak berasa stabil, bahkan dalam semua keadaan pun anda memerlukan seorang sahabat. Sahabat adalah seseorang yang amat memahami anda dan sedia menjadi sahabat biar dalam kesusahan apatah lagi dalam kesenangan.Maka pilihlah sahabat yang baik, berbudi dan beriman kerana ciri-ciri yang ada pada dirinya itu adalah cermin keperibadian anda juga.
7 CURAHKAN DI ATAS KERTAS Curahkan semua yang merunsingkan fikiran anda itu ke atas kertas. Curahkan segala-galanya tanpa tertinggal satu pun. Kemudian bakar atau hanyutkan ke sungai. Macam mana? Terasa lega?
8 BERSEDIA UNTUK BERUBAH Jangan teragak-agak untuk melakukan perubahan. Bulatkan hati, kuatkan tekad dan oraklah langkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Tanpa berkalau-kalau lagi. Lakukan dengan perubahan sepenuh hati dan lihatlah hasilnya nanti.
9 CARI KEGEMARAN BARU Setiap kegemaran kita akan ada hayatnya. Umpamanya kita sebagai manusia, suatu hari nanti pasti kita akan mati. Begitu juga dengan kegemaran, sampai masanya pasti anda akan berasa jemu. Tidak salah untuk mencari kegemaran baru untuk mendapatkan lebih motivasi untuk mencorak kejayaan. Umpamanya jika dulu hobi anda adalah menulis, apa salahnya anda cuba meneroka suatu yang baru seperti melukis.
10 BERTEGASLAH Bertegaslah dengan diri sendiri. Apabila anda mengambil satu-satu keputusan, anda berpegang teguh pada keputusan itu dengan meletakkan sepenuh kepercayaan bahawa anda akan berjaya. Apabila anda mengatakan pada diri sendiri untuk kembali ceria, bertegaslah untuk terus berkata begitu biarpun kadangkala kepahitan perkara lama masih terpahat di hati, walaupun perasaan anda dibuai-buai untuk mengatakan anda sedang bad mood sekarang.Bertegas pada diri bukan ertinya anda tidak boleh memanjakan diri sendiri. Sekali-sekala layanlah diri anda sendiri sebagaimana anda melayan tetamu yang datang ke rumah. Juga anda boleh beri hadiah pada diri sendiri. Itu pun salah satu daripada cara menghargai diri.Jika anda sendiri tidak selesa untuk menghormati diri anda, apakah wajar anda mengharap demikian daripada orang lain? Nah, sekarang bukankah masanya untuk bertiindak sesuatu.Itulah antara saranan-saranan untuk memotivasikan diri. Jika anda bermasalah sekalipun cubalah untuk mengatasinya. Setiap penyakit ada ubatnya. Sama jugalah dengan masalah. Setiap masalah ada penyelesaiannya. Tempat yang sebaik-baik untuk kita mengadu adalah kepada Allah SWT. Dialah yang mencipta kita. Dialah yang tahu segala kelebihan dan kekurangan pada kita. Dialah yang paling hampir dengan kita waktu susah dan senang. Mohonlah padaNya, mohonlah Taufik dan Hidayah dariNya, mohonlah kekuatan dariNya.

Wanita Solehah..

Wanita Solehah Penghibur Hati
Wanita solehah Sentiasa tenang jiwanya

Lantaran sentiasa membesarkan Allah di dalam solatnya
Dan Sunnah Rasulullah menjadi jalan hidupnya
Kalamullah adalah akhbar dan hiburan
Janji-janji Allah adalah jaminan ketenangan
Sumber jiwanya beroleh kekuatan
Agar sabar merintangi musibah
Istiqamah dalam mujahaddah
Berteguh menjunjung hukum-hakam Allah

Jiwanya damai,
tidak mudah bergoncang Ujian hidup baginya fitrah;Sebagai mehnah, didikan terus dari Allah
Salah satu antara dua :tanda kasih sayang Allah atau penghapusan dosa yang meningkatkan iman
Berwaspada dengan firman Allah :
" Barangsiapa yang tidak rela terhadap takdir Ku tidak sabar terhadap cubaan Ku dan tidak syukur terhadap nikmat pemberian Ku, maka carilah Tuhan selain Aku"

Berkhalwah pasrah di hujung malam munajatnya adalah bicara cinta
Rintihan dan pengaduan adalah bait puitis
Tidak pernah merelakan dirinya hanyut dibuai perasaan Gelodak rasanya tidak mudah dituruti

Dia insaf Hiburan yang tidak membimbing jiwa ke arah cinta ketuhanan Adalah pembohongan dan sia-sia
Ketenangan yang diilhamkan hanyalah sementara
Sentuhan iramanya tidakkan mampu memecahkan masalah
Gemerlap sinarnya tidakkan menyuluh jalan keluar
Bahkan jiwanya yang sakit akan semakin parah
Tusukan asyiknya adalah jarum-jarum syaitan
Matahati akan buta, kaburlah hikmah yang tersirat
Tidakkan nampak jalan akhirat
Inilah yang ditakuti dan sentiasa diawasinya !!

Maka kepada Allah lah dipanjatkan segala pengaduan dan Dia-lah sebaik-baik tempat pergantungan.
Seperti yang dinukilkan dalam firman Allah :
"Apabila ditimpa musibah , mereka mengucapkan; Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya lah kami kembali. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannnya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk "
(Al-Baqarah : 156-157 )

Inilah wanita solehah
yang tidak akan membiarkan diriny amenjadi busar panahan syaitan
diperalatkan untuk mengumpan kaum Adam

Memandangnya menyejukkan mata
Dirinya yang tenteram memberikan hiburan
Kiranya ia seorang isteri keperibadiannya akan menghibur suami

Seperti yang diungkap oleh pujanga sufi
" Rumahtangga menjadi gelanggang dan kebanggaan
Anak-anak menjadi murid Dialah mursyidnya
Harta suami dijaga dengan sempurna
Dilepaskan suami berjuang dengan rela dan bangga
Dirumah dan diluar Maruahnya sentiasa dijaga
Sentiasa menguntum senyumDihadapan suami
Sanggup hidup berdua Mati bersama
Lantaran mengharap keredhaan Allah semata-mata

Memadai dengan apa yang ada
Tidak pernah menuntut apa yang tiada
Menjadi tulang belakang perjuangan suami
Hingga suaminya terasa Rumah itu syurga
Menjadi sumber kekuatan jiwa dalam menegakkan jihadnya Natijahnya : Lahirlah jiwa sakinah bernafsu mutmaiinnah Dan mendapat alu-aluan Allah :
"Kembalilah kepada Tuhan mu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya"
(Surah Al-Fajr : 27 )

wa'allahualam




Nasihat Imam Syafiee dalam mencari sahabat...

PERSAHABATAN tulen memang sukar dicari. Hanya mereka yang benar-benar bersahabat dengan hati tulus dan ikhlas dapat mencari erti persahabatan tulen.

Dalam hal ini, Imam Syafie ada memberikan nasihat dalam soal persahabatan.

Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku.

Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati.

Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya.

Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai aku peroleh sahabat, aku semakin percaya diri.

Mencari sahabat pada waktu susah

Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Pada hal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Jika suka melanda, aku sering bertanya: "Siapakah yang sudi menjadi sahabatku?"

Pada waktu aku senang, sudah biasa ramai yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan.

Pasang surut persahabatan

Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik.

Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tidak ubahnya roda zaman yang tidak mahu bersahabat dengan keadaan.

Jika aku menjauhkan diri daripada mereka, mereka mencemuh dan jika aku sakit, tidak seorang pun yang menjengukku.

Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai.

Mengasingkan diri lebih baik daripada bergaul dengan orang jahat.

Apabila tidak ke temu sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang jahat.

Sukarnya mencari sahabat sejati

Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini. Bersikap seperti seorang paderi dalam menghadapi manusia.

Cucilah kedua-dua tanganmu dari zaman itu dan daripada manusianya. Peliharalah cintamu terhadap mereka. Maka, kelak kamu akan memperoleh kebaikannya.

Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku temukan di dunia ini sahabat yang sejati.

Kutinggalkan orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan kujanji orang mulia kerana kebaikannya sedikit.

Sahabat sejati pada waktu susah

Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.

Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.

Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. Kukunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia.

Rosaknya keperibadian seseorang

Dalam diri manusia itu ada dua macam potensi penipuan dan rayuan.

Dua hal itu seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang. Apabila engkau memerlukan pertolongan mereka, bersikaplah bagai api yang dapat membakar duri itu.

Menghormati orang lain

Barang siapa menghormati orang lain, tentulah dia akan dihormati. Begitu juga barang siapa menghina orang lain, tentulah dia akan dihinakan.

Barang siapa berbuat baik kepada orang lain, baginya satu pahala. Begitu juga barang siapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat.

Menghadapi musuh

Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan.

Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya.

Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan.

Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.

Tipu daya manusia

Mudah-mudahan anjing itu dapat bersahabat denganku kerana bagiku dunia ini sudah hampa daripada manusia.

Sehina-hinanya anjing, ia masih dapat menunjukkan jalan untuk tuannya yang tersesat, tidak seperti manusia jahat yang selamanya tidak akan memberi petunjuk.

Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik, tentu kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa hidup sendiri.

Tempat menggantungkan harapan

Apabila engkau menginginkan kemuliaan orang yang mulia, maka dekatilah orang yang sedang membangun rumah untuk Allah.

Hanya orang yang berjiwa mulia yang dapat menjaga nama baik dirinya dan selalu menghormati tamunya, baik ketika hidup mahu pun setelah mati.

Menjaga nama baik

Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya.

Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirahat.

Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras.

Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan.

Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai.

Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.

Sesungguhnya jika Allah berkehendak kebaikan terhadap hambaNya maka dijadikaan dosa2 terbayang di ruang mata..

Wassalam...

Maahad Tahfiz Pahang


Cara-Cara mendirikan Solat Sunat Hifzi:

Disunatkan bagi mereka yang ingin menguatkan hafalan mereka,terutama yang menghafalal-Quran(golongan hufaza'),agar mengerjakan Solat sunat Taqwiyatul Hifzi...:
Kaedahnya:
1. Mengerjakan solat ini empat rakaat,dengan dua kali tahiyat akhir.
2. Mengerjakan pada malam Jumaat,sebaik-baiknya pada sepertiga malam.
3. Mengerjakannya 3,5 atau 7 malam Jumaat secara berturut-turut.
4. Membaca pada rakaat pertama : SURAH YAASIN.
5. Membaca pada rakaat kedua : SURAH AD-DUKHAN.
6. Membaca pada rakaat ketiga : SURAH AS-SAJADAH.
7. Membaca pada rakaat keempat : SURAH MULUK..(Tabarakal lazii..)
8. Setelah selesai solat,bacalah doa

10 wasiat Hassan Al-Banna

1. Apabila mendengar azan, segeralah mendirikan solat walau dalam keadaan apa sekalipun.

2. Bacalah al-quran, pergilah mendengar perkara-perkara yang baik, amalkan zikrullah.

3. Berusahalah sedaya upaya untuk bertutur dalam bahasa Arab yang betul kerana bhs arab yg betul itu adalah syiar Islam.

4. Janganlah banyak bertengkar kerana pertengkaran kosong tidak membawa kebaikan.

5. Jangan banyak ketawa kerana ketawa itu menggelapkan hati.

6. Jangan banyak bergurau kerana umat yg sedang berjuang itu mestilah sentiasa tegas dan bersungguh² dlm setiap perkara.

7. Banyakkan membaca buku agama kerana itu akan menajamkan fikiran.

8. Jauhilah daripada mengumpat peribadi org dan jangan bercakap melainkan perkara yg memberi kebaikan.

9. Berkenal-kenalanlah dgn setiap ikhwan muslimin yg ditemui walaupun dia tidak meminta saudara berkenalan dengannya. Asas gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang & berkenal-kenalan.

10. Hargai masa. Jika kita tidak memotong masa, masa akan memotong kita.