Selasa, 28 Julai 2009
TAHNIAH! ILMAM PAHANG
Jumaat, 24 Julai 2009
MASJID ITU HIDUPKU-2
Berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah Kuantan ke KLIA, seterusnya ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Alor Star.

6 orang wakil Jabatan Agama Islam Pahang, dari kiri Imam Azraie(Masjid Daerah Lipis) Imam Zainudin(Masjid Daerah Kuantan), Imam Muhazam(Masjid Daerah Raub) Tuan Haji Raffli (KPP Bahagian Pengurusan Masjid&Surau JAIP-Ketua Rombongan),Imam Farik (Masjid Daerah Pekan), Imam Amirul (Masjid Daerah Cameron) dan Ustaz Razali Saibin dari Sabah.
Sabtu, 18 Julai 2009
dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali....
"assalamualaikum.Syeikh Redho (syeikh Maahad Shobra) telah kembali ke rahmatullah pagi tadi". tolong sebarkan...
bertubi-tubi mesej ini masuk ke h/p saya sejak petang tadi..terus kenangan selama bertalaqi bersama syeikh kembali bermain di fikiran. salah seorang syeikh yang tak lekang mulutnya mendoakan anak muridnya pelbagai kebaikan. paling tak lupa doa syeikh untuk saya, moga kamu dapat isteri solehah. satu hari semasa meraikan majlis khatam bertalaqi al-quran bersama syeikh, almarhum memberikan kami motivasi yang cukup bermakna.. "hari ini, kamu semua telah memegang amanah yang besar terutama amanah terhadap kitabullah. bila kamu semua pulang ke malaysia, sebarkan ilmu al-quran. ajak orang lain dampingi al-quran. "
