Rabu, 7 April 2010

realiti TV yang ditunggu-tunggu.TAHNIAH

PENCARIAN bermula. (Dari kiri), Izelan, Jamil dan Zainir pada sidang media majlis Pelancaran Program Siri Pencarian di Astro Oasis baru-baru ini.

Imam Muda RM150,000
Oleh Wan Asrudi Wan Hasanwanasr@hmetro.com.my2010/03/26

HADIAH lumayan berupa kereta bernilai lebih RM150,000 menjadi habuan bagi peserta program realiti terbaru Astro Oasis (saluran 106), Imam Muda. Tidak cukup dengan itu sebagai ganjaran, pemenang menerima pakej menunaikan haji, wang tunai RM20,000 serta komputer riba Apple Macpro dan berpeluang melanjutkan pelajaran di Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi. Selain khidmatnya diperlukan bagi memegang jawatan imam di masjid utama di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Program yang julung kali diterbitkan Astro Productions Sdn Bhd dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) itu membuka lembaran baru dalam penyiaran program bercorak keilmuan.

Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar, berkata objektif mengadakan program ini bertujuan mencari pelapis dan melahirkan pemuda berwibawa dan punya kredibiliti dalam memikul tanggungjawab bukan saja sebagai imam, malah sebagai pemimpin. Selain itu, ia bertujuan memartabatkan status imam dan memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai tanggungjawab yang cukup mencabar.

"Program realiti kerohanian pertama ini bagi mencari pelapis dan menyambung warisan untuk memikul tanggungjawab imam. Program Imam Muda dilahirkan dengan menepati objektif utama kami untuk mencari insan yang berilmu. "Sebagai permulaan proses pencarian peserta akan dimulakan dengan sesi uji bakat yang diadakan mengikut zon iaitu pantai timur, utara, selatan dan tengah bermula mulai 26 Mac hingga 18 April," katanya pada sidang media memperkenalkan program, baru-baru ini. Hadir sama, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn Bhd, Zainir Aminullah. Izelan berkata, kriteria yang ditetapkan akan menentukan kualiti peserta yang bakal dilahirkan menjadi idola kepada remaja. Kriteria ditetapkan untuk program ini ialah lelaki berusia 18 hingga 27 tahun, penampilan menarik, memiliki asas pengetahuan agama yang baik, berpendidikan sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mampu menghafal surah lazim dari Ad-Duha hingga An-Nas.


"Kelayakan tambahan adalah memiliki suara yang lunak, boleh menyanyi dan berbahasa Inggeris dengan baik, aura kepemimpinan, sihat fizikal dan mental serta cergas tubuh badan. Sekiranya lulus, peserta akan dibawa ke peringkat kedua iaitu ujian perwatakan dan kecergasan," kata Izelan.


TARIKH/ LOKASI UJI BAKAT IMAM MUDA:

# 26 - 27 Mac/ Pusat Pentadbiran Islam Negeri, Kompleks Seri Iman, Kuala Terengganu

# 2- 3 April/ Masjid Zahir Negeri Kedah, Alor Star, Kedah

# 10 - 11 April/ Pusat Islam Iskandar Johor, Johor Bahru

# 17 - 18 April/ Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur

Isnin, 22 Mac 2010

adakah anak anda menghisap PUTING???


ADAKAH anak anda menggunakan puting bayi? Jika ya, anda mungkin perlu menghadapi kenyataan yang pahit hasil penemuan terkini bidang perubatan.Kanak-kanak yang menggunakan puting bayi sebenarnya berisiko tiga kali ganda menghadapi kesukaran bercakap ketika usia mereka menjelang dewasa kelak.
Kajian saintis mendapati kanak-kanak prasekolah yang menggunakan puting bayi sekurang-kurangnya selama tiga tahun lebih cenderung mempunyai kesukaran membuat ucapan berbanding kanak-kanak yang langsung tidak menggunakan alat tersebut. Penyelidikan tersebut turut membuktikan kanak-kanak yang menghisap jari juga menghadapi risiko lambat bercakap. Kajian yang dijalankan sebelum ini oleh The American and Chilean adalah bagi mengetahui hubung kait antara tabiat suka menghisap ibu jari, penyusuan ibu dan penggunaan puting bayi bagi menenangkan bayi terhadap 128 orang kanak-kanak yang berumur antara tiga hingga lima tahun. Mereka juga menggunakan ujian linguistik bagi mengenal pasti tahap normal perkembangan kebolehan bertutur dalam kalangan kanak-kanak tersebut terutama yang melibatkan sebutan dan bunyi huruf. Menurut ketua penyelidik dari Universiti Washington, Dr. Clarita Barbosa, kanak-kanak yang menghisap jari, ibu jari atau puting bayi untuk tempoh sekurang-kurangnya selama tiga tahun akan mengalami gangguan dari segi perkembangan bahasa dan pertuturan sehingga tiga kali ganda. BOTOL susu juga berupaya mengganggu perkembangan kanak-kanak.
Berbanding kanak-kanak yang diberi susu ibu sehingga mencecah usia sembilan bulan dan langsung tidak menggunakan botol susu, risiko terhadap mereka amat rendah."Hasil ujian ini menjelaskan bahawa lebih lama penggunaan puting bayi, kesukaran untuk bertutur akan semakin meningkat," jelas Barbosa.Tambahnya, walaupun keputusan ini memerlukan bukti yang lebih mendalam terutama melibatkan jangka masa penyusuan ibu, orang ramai harus melihatnya sebagai langkah berjaga-jaga. Perdebatan mengenai penggunaan puting bayi tersebut telah lama merunsingkan ibu bapa kerana sesetengah kanak-kanak amat selesa menggunakan puting tersebut bagi menenangkannya.
Doktor gigi bagaimanapun berkata, penggunaan puting bayi pada keadaan tertentu berupaya mengubah pembentukan gigi apabila digunakan terlalu lama.Kajian itu dilakukan oleh sebuah pasukan dari de Rehabilitacion Club De Leones Cruz del Sur dan Universiti Washington. Ia diterbitkan dalam jurnal BMC Paediatrics.Penggunaan secara berlebihanPenggunaan puting bayi secara berlebihan, secara salah atau terlalu lama sehingga melangkaui zaman persekolahan boleh membawa kepada masalah mulut dan gigi.

Gejala-gejalanya ialah:

* Gigi beralih posisi - Gigi tertolak ke depan menyebabkan gigi bawah dan atas bahagian depan tidak bertemu dengan baik.

* Kerosakan gigi (bahagian depan) - Berlaku jika puting bayi dicelup ke dalam bahan manis sebelum dihisap.

* Bernafas melalui mulut - Anak anda mungkin akan lebih cenderung untuk bernafas melalui mulut berbanding hidung. Keadaan ini boleh menyebabkan anak mengalami masalah air liur meleleh berpanjangan.

* Masalah pertuturan dan bahasa - Anak anda mungkin tidak dapat menggunakan sepenuhnya pergerakan lidah yang diperlukan untuk menghasilkan semua sebutan dan peluang mereka mungkin lebih tipis untuk menggunakan bunyi bagi tujuan berkomunikasi.

* Menggalakkan anak berhenti menggunakannya - Kebanyakan kanak-kanak berhenti menghisap puting bayi, jari atau ibu jari pada umur antara dua dan empat tahun. Bagaimanapun, menghisapnya terlalu lama melebihi enam atau tujuh tahun (ketika gigi kekal sedang tumbuh) boleh mengakibatkan masalah gigi dan mulut.

Posted by Mohd Afifuddin Md Jamil http://ibnu-ummi.blogspot.com/

Khamis, 18 Mac 2010

selamat datang puteriku..(Panduan Menyambut Kelahiran Cahaya Mata)

alhamdulillah, sehari selepas dilahirkan...di Pusat Rawatan Keluarga MUIP, Hospital Bersalin dan Sakit Puan Azzahra', Kuantan Pahang.Pada 8 Mac 2010, jam 7.48 malam disambut oleh Dr. Nurrita Bt. Othman. Berat waktu dilahirkan 2.58kg. teman Umi makan malam, setelah nyawa Umi dipertaruhkan untuk melahirkanmu.



setelah 7 hari usiamu...rambut dicukur




Abi memimpin selawat bersama-sama sepupu2mu..semangat sungguh mereka semua berselawat, hingga zohor.


Abi mengumumkan nama puteri abi ialah NUR AISYAH

terimakasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Majlis Kesyukuran dan Akikah puteri sulung kami "NUR AISYAH BT. MOHD ZAINUDIN"
TERIMAKASIH JUGA KEPADA SEMUA YANG HADIR KE MAJLIS INI...
juga kepada yang sudi menghadiahkan hamper2 ini..Rezeki anak

Panduan Menyambut Kelahiran Cahaya Mata




HARI PERTAMA




Azan dan iqamah
Azan hendaklah dilakukan oleh bapa@ahli keluarga terdekat sebaik sahaja bayi dibersihkan selepas dilahirkan. Amalan soleh ini sama sahaja untuk bayi lelaki@perempuan. Caranya :-




- pegang bayi dimana kepalanya dipangku oleh tangan kiri dengan menghadap kearah kiblat.
- Azankan seperti azan masuk waktu sembahyang ke telinga kananya dahulu.
- Kemudian pusingkan bayi dimana kepalanya dipangku pula oleh tangan kanan dan iqamahkan seperti hendak solat ke telinga kirinya
- Berdoa untuk kesejahteraan bayi dan pohon dijauhi dari gangguan syaitan
Doanya : aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada setiap gangguan syaitan dan penglihatan yang jahat lagi membahayakan.

Tahnik
Tahnik atau amalan ‘belah mulut’ ialah memindahkan sedikit makanan berperasa manis, masin, masam, dan air ke mulut anak yang baru dilahirkan. Ia dilakukan selepas mengalunkan bacaan azan dan iqamah. Fadhilatnya untuk menguatkan otot dibahagian mulut bagi membantunya menyusu. Caranya :-
1) Baca Bismillah dan selawat
2) Suapkan sedikit kurma yang telah dilenyekkan ke dalam mulut bayi.
3) Sapukan sekeping asam gelugor ke lidah bayi.
4) Sapukan sedikit garamhalus ke lidah bayi.
5) Titikkan beberapa titik air zam-zam ke mulut bayi.
6) Disusuli dengan doa keberkatan untuknya.

HARI KETUJUH




Berkhatan
Amalan berkhatan adalah afdhal jika dilakukan pada hari pertama anak itu dilahirkan baik kepada bayi lelaki atau perempuan.

Memberi nama & mendaftar
Disunatkan memberi nama anak pada hari ke tujuh. Anak-anak hendaklah diberikan nama yang baik-baik. Daftarkan nama anak dengan Jabatan Pendaftaran Negara dalam masa 14 hari.

Cukur rambut & bersedekah
Sunat dilakukan pada hari ke tujuh. Amalan ini dilakukan untuk bayi lelaki dan juga perempuan. Caranya ialah :-
- mencukur keseluruhan rambut anak pada hari ke tujuh
- timbang rambut yang telah dicukur
- dapatkan nilaian perak seberat rambut yang telah dicukur dan sedekahkan dalam bentuk wang tunai kepada orang miskin atau fisabilillah.

AQIQAH

Aqiqah hukumnya Sunat Muakkad. Ia dilakukan dengan menyembelih haiwan ternakan seperti kambing,biri-biri, atau lembu khususnya pada hari ke tujuh atau sebelum baligh ke atas mereka yang mempunyai kemampuan. Aqiqah untuk anak lelaki ialah dua ekor kambing atau dua bahagian lembu manakala anak perempuan seekor kambing atau satu bahagian lembu. Disunatkan menyedekahkan daging aqiqah yang sudah dimasak. Kepada bakal-bakal bapa@ibu, selamat menyambut kehadiran orang baru dalam hidup.
dipetik daripada Buku Rekod Bayi Klinik Al-Farabi