Rabu, 7 April 2010

Kursus Pengurusan Pejabat Siri 1/2010

semua peserta Kursus Pengurusan Pejabat Siri 1/2010 bagi Pegawai JAIP
Pada 29 hingga 30 Mac 2010
terimakasih di atas tunjuk ajar
berpakat membawa berkat
kerjasama dalam kumpulan amat penting

realiti TV yang ditunggu-tunggu.TAHNIAH

PENCARIAN bermula. (Dari kiri), Izelan, Jamil dan Zainir pada sidang media majlis Pelancaran Program Siri Pencarian di Astro Oasis baru-baru ini.

Imam Muda RM150,000
Oleh Wan Asrudi Wan Hasanwanasr@hmetro.com.my2010/03/26

HADIAH lumayan berupa kereta bernilai lebih RM150,000 menjadi habuan bagi peserta program realiti terbaru Astro Oasis (saluran 106), Imam Muda. Tidak cukup dengan itu sebagai ganjaran, pemenang menerima pakej menunaikan haji, wang tunai RM20,000 serta komputer riba Apple Macpro dan berpeluang melanjutkan pelajaran di Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi. Selain khidmatnya diperlukan bagi memegang jawatan imam di masjid utama di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Program yang julung kali diterbitkan Astro Productions Sdn Bhd dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) itu membuka lembaran baru dalam penyiaran program bercorak keilmuan.

Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar, berkata objektif mengadakan program ini bertujuan mencari pelapis dan melahirkan pemuda berwibawa dan punya kredibiliti dalam memikul tanggungjawab bukan saja sebagai imam, malah sebagai pemimpin. Selain itu, ia bertujuan memartabatkan status imam dan memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai tanggungjawab yang cukup mencabar.

"Program realiti kerohanian pertama ini bagi mencari pelapis dan menyambung warisan untuk memikul tanggungjawab imam. Program Imam Muda dilahirkan dengan menepati objektif utama kami untuk mencari insan yang berilmu. "Sebagai permulaan proses pencarian peserta akan dimulakan dengan sesi uji bakat yang diadakan mengikut zon iaitu pantai timur, utara, selatan dan tengah bermula mulai 26 Mac hingga 18 April," katanya pada sidang media memperkenalkan program, baru-baru ini. Hadir sama, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn Bhd, Zainir Aminullah. Izelan berkata, kriteria yang ditetapkan akan menentukan kualiti peserta yang bakal dilahirkan menjadi idola kepada remaja. Kriteria ditetapkan untuk program ini ialah lelaki berusia 18 hingga 27 tahun, penampilan menarik, memiliki asas pengetahuan agama yang baik, berpendidikan sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mampu menghafal surah lazim dari Ad-Duha hingga An-Nas.


"Kelayakan tambahan adalah memiliki suara yang lunak, boleh menyanyi dan berbahasa Inggeris dengan baik, aura kepemimpinan, sihat fizikal dan mental serta cergas tubuh badan. Sekiranya lulus, peserta akan dibawa ke peringkat kedua iaitu ujian perwatakan dan kecergasan," kata Izelan.


TARIKH/ LOKASI UJI BAKAT IMAM MUDA:

# 26 - 27 Mac/ Pusat Pentadbiran Islam Negeri, Kompleks Seri Iman, Kuala Terengganu

# 2- 3 April/ Masjid Zahir Negeri Kedah, Alor Star, Kedah

# 10 - 11 April/ Pusat Islam Iskandar Johor, Johor Bahru

# 17 - 18 April/ Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur

Isnin, 22 Mac 2010

adakah anak anda menghisap PUTING???


ADAKAH anak anda menggunakan puting bayi? Jika ya, anda mungkin perlu menghadapi kenyataan yang pahit hasil penemuan terkini bidang perubatan.Kanak-kanak yang menggunakan puting bayi sebenarnya berisiko tiga kali ganda menghadapi kesukaran bercakap ketika usia mereka menjelang dewasa kelak.
Kajian saintis mendapati kanak-kanak prasekolah yang menggunakan puting bayi sekurang-kurangnya selama tiga tahun lebih cenderung mempunyai kesukaran membuat ucapan berbanding kanak-kanak yang langsung tidak menggunakan alat tersebut. Penyelidikan tersebut turut membuktikan kanak-kanak yang menghisap jari juga menghadapi risiko lambat bercakap. Kajian yang dijalankan sebelum ini oleh The American and Chilean adalah bagi mengetahui hubung kait antara tabiat suka menghisap ibu jari, penyusuan ibu dan penggunaan puting bayi bagi menenangkan bayi terhadap 128 orang kanak-kanak yang berumur antara tiga hingga lima tahun. Mereka juga menggunakan ujian linguistik bagi mengenal pasti tahap normal perkembangan kebolehan bertutur dalam kalangan kanak-kanak tersebut terutama yang melibatkan sebutan dan bunyi huruf. Menurut ketua penyelidik dari Universiti Washington, Dr. Clarita Barbosa, kanak-kanak yang menghisap jari, ibu jari atau puting bayi untuk tempoh sekurang-kurangnya selama tiga tahun akan mengalami gangguan dari segi perkembangan bahasa dan pertuturan sehingga tiga kali ganda. BOTOL susu juga berupaya mengganggu perkembangan kanak-kanak.
Berbanding kanak-kanak yang diberi susu ibu sehingga mencecah usia sembilan bulan dan langsung tidak menggunakan botol susu, risiko terhadap mereka amat rendah."Hasil ujian ini menjelaskan bahawa lebih lama penggunaan puting bayi, kesukaran untuk bertutur akan semakin meningkat," jelas Barbosa.Tambahnya, walaupun keputusan ini memerlukan bukti yang lebih mendalam terutama melibatkan jangka masa penyusuan ibu, orang ramai harus melihatnya sebagai langkah berjaga-jaga. Perdebatan mengenai penggunaan puting bayi tersebut telah lama merunsingkan ibu bapa kerana sesetengah kanak-kanak amat selesa menggunakan puting tersebut bagi menenangkannya.
Doktor gigi bagaimanapun berkata, penggunaan puting bayi pada keadaan tertentu berupaya mengubah pembentukan gigi apabila digunakan terlalu lama.Kajian itu dilakukan oleh sebuah pasukan dari de Rehabilitacion Club De Leones Cruz del Sur dan Universiti Washington. Ia diterbitkan dalam jurnal BMC Paediatrics.Penggunaan secara berlebihanPenggunaan puting bayi secara berlebihan, secara salah atau terlalu lama sehingga melangkaui zaman persekolahan boleh membawa kepada masalah mulut dan gigi.

Gejala-gejalanya ialah:

* Gigi beralih posisi - Gigi tertolak ke depan menyebabkan gigi bawah dan atas bahagian depan tidak bertemu dengan baik.

* Kerosakan gigi (bahagian depan) - Berlaku jika puting bayi dicelup ke dalam bahan manis sebelum dihisap.

* Bernafas melalui mulut - Anak anda mungkin akan lebih cenderung untuk bernafas melalui mulut berbanding hidung. Keadaan ini boleh menyebabkan anak mengalami masalah air liur meleleh berpanjangan.

* Masalah pertuturan dan bahasa - Anak anda mungkin tidak dapat menggunakan sepenuhnya pergerakan lidah yang diperlukan untuk menghasilkan semua sebutan dan peluang mereka mungkin lebih tipis untuk menggunakan bunyi bagi tujuan berkomunikasi.

* Menggalakkan anak berhenti menggunakannya - Kebanyakan kanak-kanak berhenti menghisap puting bayi, jari atau ibu jari pada umur antara dua dan empat tahun. Bagaimanapun, menghisapnya terlalu lama melebihi enam atau tujuh tahun (ketika gigi kekal sedang tumbuh) boleh mengakibatkan masalah gigi dan mulut.

Posted by Mohd Afifuddin Md Jamil http://ibnu-ummi.blogspot.com/