Isnin, 19 April 2010

1 tahun Bersama AFQ (Qadhi Kuantan)

MASJID TENGKU AMPUAN AFZAN,KUANTAN

PROGRAM MESRA DAKWAH DI KG.JANDA BAIK



FORUM AL-MUQARRABIN DI MASJID YAYASAN NOAH, GENTING HIGHLAND

MENCERAP ANAK BULAN DI BUKIT PELINDUNG, KUANTAN

LAWATAN KE MPKB-BRI SEMPENA PROGRAM 5 S
BERMULA 1/4/2010 AL-FADHIL USTAZ HAJI HAMDAN YUSI BIN YUSOF
(QADHI DAERAH KUANTAN) BERPINDAH KE IBU PEJABAT JAIP DI PEKAN. KAMI, SEMUA PEGAWAI MASJID MENGUCAPKAN TERIMAKASIH DI ATAS SEGALA TUNJUK AJAR TUAN. RAMAI YANG TERPERANJAT DENGAN PERTUKARAN TUAN. AMAT SINGKAT TUAN MENJAWAT SEBAGAI QADHI DAERAH KUANTAN. MUDAH-MUDAHAN SEGALA JASA DAN USAHA TUAN AKAN DIBERKATI ILAHI. SELAMAT MENJALANKAN TUGAS DI UNIT YANG BARU, UNIT PENYELIDIKAN JAIP.


Isnin, 12 April 2010

.: ADAB-ADAB BERDOA :.


Adab-Adab berdoa telah dijelaskan oleh Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya Ulumuddin. Maka apabila seseorang hendak berdoa, memohon sesuatu yang dihajatinya kepada Allah, hendaklah ia melakukan doa itu sebaik-baik dan secermat-cermatnya, dengan memelihara adab-adab doa sepertidi bawah ini.



1. Pada waktu yang baik dan mulia (waktu afdhal), seperti hari Arafah,bulan Ramadhan, hari Jumaat, sepertiga yang akhir dari malam dan padawaktu sahur.
2. Dalam keadaan yang mulia, seperti kita bersujud dalam sembahyang,ketika berhadapan dengan musuh dalam pertempuran, ketika hujan turun,ketika sebelum menunaikan sembahyang dan sesudahnya, ketika jiwasedang tenang dan bersih dari segala gangguan syaitan dan ketikamenghadap kaabah.

3. Dengan menghadap kiblat

4. Merendahkan suara, iaitu antara terdengar dengan tiada oleh orangdi sisi kita.

5. Jangan bersajak, yakni tanpa mempergunakan kata-kata bersajakdalam doa itu. Tapi cukup dengan kata-kata biasa yang sederhana,sopan dan tepat mengenai sesuatu yang dihajati dengan doa itu. Tidakperlu dilagukan dengan irama-irama tertentu, sebagaimana yang pernahdilakukan oleh pengubah-pengubah doa dalam bahasa Arab. Amat baiklahkiranya, jika kita memilih lafaz-lafaz doa yang diterima dariRasulullah s.a.w. yang kandungannya sesuai dengan apa yang kitadoakan pula.

6. Berlaku khusyuk dan tunduk dengan merasakan kebesaran dankehebatan Allah dalam jiwa kita yang halus.

7. Mengukuhkan kepercayaan bahawa doa itu akan diperkenankan Allahdan tidak berasa gelisah jika doa itu tidak diperkenankanNya.

8. Mengulang-ulang doa itu dua tiga kali. Yakni doa tentang sesuatuyang sangat kita utamakan memohonnya kepada Allah, akan lebih baikjika ibaca berulang-ulang hinga dua tiga kali.

9. Menyebut (memuji) Allah pada permulaannya.

10. Bertaubat sebelum berdoa dan menghadapkan diri dengan bersungguh-sungguh kepada Allah.

Berkata Imam An-Nawawi: "Selayaknya doa itu dimulakan dengan kalimahtahmid (puji-pujian) dan disudahi dengan kalimah tahmid juga."

Rabu, 7 April 2010

Kursus Pengurusan Pejabat Siri 1/2010

semua peserta Kursus Pengurusan Pejabat Siri 1/2010 bagi Pegawai JAIP
Pada 29 hingga 30 Mac 2010
terimakasih di atas tunjuk ajar
berpakat membawa berkat
kerjasama dalam kumpulan amat penting