Khamis, 28 Ogos 2008

SUJUD KEMERDEKAAN



Sujud itu menundukkan dahi, namun ianya..
Memuliakan muslim yang bertakbir kepada Allah dan bertasbih padaNya
Si jahil menyangkanya belenggu ke atas hamba..
tetapi sujudlah yang memusnahkan segala belenggu
Di dalam kemuliaan sujud,


Semua akan tunduk kepada muslim yang sujud
Seluruh alam takut kepada kata-kata dan perbuatannya
Wajah dan seluruh anggotanya diletakkan di bumi
Tetapi dia menggoncangkan gunung-ganang
Meruntuhkan syirik, was-was di dalam diri si jahil..


Namun ianya membangunkan segala generasi dalam ketenangan
kerana di hati ada perjalanan yang menundukkan bumi
lantaran kehebatan dan kebesaranNya
Sujud kepada Allah dan mengesakanNya..
lalu mantap dan kuat
Terhapuslah setiap penzalim yang sombong



Barangsiapa menghayati sujud ini,
dia menikmati kepimpinan dan ketuanan di muka bumi
dengan keagungannya, rahmat dan keindahannya
Written by Abdul Wahab Azam

Tiada ulasan: