PENGENALAN
Di akhir abad ini kita melihat (الصحوة الاسلامية) di seluruh ufuk alam yang akan kita lihat purnamanya, sabda Rasulullah S.A.W :
ما من نبي بعثه الله فى أمة قبلي إلا كان له من أمته حواريون وأصحاب يأخذون بسنته ويقتدون بأمره ثم إنها تخلف من بعدهم خلوف يقولون ما لا يفعلون ويفعلون ما لا يؤمرون فمن جاهدهم بيده فهو مؤمن ومن جاهدهم بلسانه فهو مؤمن ومن جاهدهم بقلبه فهو مؤمن ورآء ذلك من الإيمان حبة خردل
Maksudnya :
“Tidak ada seorang nabi pun yang Allah utuskan di kalangan umat sebelum ku kecuali ada dari kalangan umatnya penolong-penolong dan pembantu-pembantu yang berpegang dengan sunnahnya dan mengikuti perintahnya. Kemudian lahir selepas mereka golongan-golongan yang berkata apa yang tidak mereka lakukan dan melakukan apa yang tidak diperintahkan. Sesiapa yang berjuang dengan tangannya, dia seoarng mukmin, sesiapa yang berjuang dengan lidahnya dia seorang mukmin dan sesiapa yang yang berjuang dengan hatinya dia seorang mukmin. Dan tidak ada keimanan selepas itu walau pun sebesar biji sawi”.
TAKRIF DAKWAH
Dakwah berasal daripada perkataan (دعا إلى الشىء)
Maknanya mendorong dan membimbing kepada sesuatu atau dengan makna (السؤال) iaitu meminta. Firman Allah S.W.T :
- Al-Baqarah :68-
Ia juga bermaksud meminta bantuan (الاستغاثة) seperti Firman Allah :
- Al-A’raf : 56 –
Dakwah kepada Allah ialah dakwah untuk mengajak manusia kepada Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W yang diwahyukan daripada Tuhannya :
- Fussilat : 42 –
SUMBER-SUMBER RUJUKAN DAKWAH
1. Al-Quran
2. Sunnah Nabawiyyah dan Sirah
3. Sirah Salaf Al Soleh (perjalanan kehidupan orang-orang soleh di zaman dahulu)
4. Istinbat fuqaha’ (hukum-hukum yang diijtihadkan oleh ahli feqah)
5. Pengalaman
RUKUN DAKWAH
1. Maudu’ dakwah
2. Pendakwah
3. Mad’u (orang yang di dakwah)
4. wasail dan uslub dakwah
Maudu’ Dakwah
Agama Islam yang mempunyai beberapa ciri dan tabiatnya yang unggul seperti :
Rabbani
Syumul
Umum dan universal
Menerima pembaharuan dan anugerah (العطاء والتجدد)
Perseimbangan di antara maddi dan ruhani
Keadilan yang mutlak
Memudahkan, ringan dan dapat diterima akal
Firman Allah :
قل هذه سبيلى أدعو إلى الله على بصيرة أنا ومن اتبعن
Ulama tafsir menyatakan bahawa البصيرة dengan makna برهان عقلى وشرعى وبمعرفة وتحقق . Oleh itu para pendakwah perlu mengetahui Islam serta tabiatnya dengan sejelas-jelasnya untuk dikemukakan kepada mad’u. InsyaAllah kita akan kemukakan tabiat dakwah Islam dalam kertas kerja akan datang dalam program KPT.
Pendakwah
Mereka merupakan lelaki dan perempuan yang mukallaf pada syara’ ditugaskan untuk memikul amanah dakwah berdasarkan dalil-dalil yang banyak. Antaranya firman Allah :
- Al-‘Asr : 1-4 –
Kewajipan indivudu ini dapat dilaksanakan dalam dua bentuk :
1. Individu
2. Jamaah dalam erti kata melaksanakan kewajipan ini sebagai seorang anggota jamaah yang menyeru kepada Allah.
Firman Allah :
- Ali Imran : 1-4 –
Ibnu Kathir berkata : “Dimaksudkan daripada ayat ini bahawa hendaklah ada satu golongan daripada umat ini menceburi dan memikul urusan ini meskipun ia merupakan kewajipan setiap individu daripada ayat ini sebagai”.
Thabit dalam hadis Sahih Muslim :
من رأى منكم منكرا فليغيره بيده فإن لم يستطع فبلسانه فإن لم يستطع فبقلبه وذلك أضعف الإيمان
Maksudnya :
“Sesiapa yang melihat kemungkaran hendaklah ia mengubahnya dengan tangan (kuasa), jika dia tidak mampu maka hendaklah dia ubahkan dengan lidahnya dan jika dia tidak mampu juga maka dengan hatinya sahaja . Dan ini adalah selemah-lemah iman”.
Para pendakwah perlu mengambil berat dalam mengislahkan diri mereka sehingga melahirkan sifat-sifat berikut :
1. Aqidah yang sempurna
2. Ibadah yang sah
3. Akhlak yang mantap
4. Ilmu pengetahuan yang luas
5. Kekuatan tubuh badan
Kita perlu mengetahui betapa pentingnya Islah nafsi kerana Hassan Al-Banna pernah berkata :
الدعاة اليوم غيرهم بالامس فهم مثقفون مجهزون مدربون إحصائبون ولا سيما غى البلاد الغريبة حيث تختص بكل فكرة كتيبة مدربة توضح غامضها وتكشف محاسنها وتبتكر لها وسائل النشر وطرائق الدعاعية وتلتمس لها فى نفوس الناس أيسر السنبل وأهونها وأقربها إلى الإقناع والإتباع
Mustafa Masyhur berkata :
“Baikilah dirimu dan serulah orang lain kepada Islam”.
Di mana ada orang berkata :
“Saya tidak baik, macam mana hendak dakwah orang lain”.
Ingatlah firman Allah Ta’ala :
- Al-‘Ankabut : 69 –
Said Hawa berkata :
“Sesiapa yang faham dengan sebenar-benarnya ayat tersebut dari segi kedudukannya dan kandungannya serta mengerti maknanya dan beramal dengan intipatinya, dia akan memperolehi kebaikan yang banyak”.
Bagaimana kita hendak berdakwah kalau kita tidak berakhlak dan tidak cukup persediaan dan bagaimana pula kita hendak meninggal kerja dakwah ini sedangkan ia adalah tugas seorang muslim dan kita tidak tahu bila kita akan mati ?
Mad’u
Risalah Islam adalah untuk seluruh manusia ‘aqil baligh yang ditaklifkan untuk menerima dan menyahut seruannya.
وما ارسلناك إلا كآفة للناس بشيرا ونذيرا
Golongan-golongan mad’u
Doktor Abdul Karim Zaidan membahagikan mereka kepada :
1. Al Malak (pembesar)
Ahli tafsir berkata mereka adalah orang-orang yang mulia, pemimpin-pemimpin, ketua-ketua dan pihak berkuasa di satu-satu kaum. Golongan ini dihadapi oleh para rasul di sepanjang zaman. Allah menceritakan dakwah nabi Nuh dengan firmannya :
لقد أرسلنا رسلنا نوحا إلى قومه فقال يا قوم اعبدوا الله
2. Orang ramai
Ibn Kathir berkata : “Kebenaran biasanya diikuti oleh golongan-golongan yang lemah di kalangan manusia.
3. Golongan munafiqin
4. Muslim yang menderhaka kepada Allah
Mereka perlu ditarbiah untuk merawat penyakit hati dan jiwa
Hassan Al-Banna pula menyatakan bahawa dihadapan kita terdapat salah satu daripada 4 golongan ini :
1. Mukmin
Individu yang beriman dengan dakwah ini, membenarkan dasar-dasar kita. Dan merasa tenang serta penuh kebaikan terhadap dasar-dasar kita. Golongan ini kita menyeru agar bersegera menyertai kita dan bekerja bersama-sama kita sehingga bertambah jumlah para pejuang.
2. Mutaraddid
Individu yang tidak jelas padanya kebenaran, tidak mengenali keikhlasan dan faedah pada kata-kata kita.(متوقف متردد)
3. Naf’ie (mencari kepentingan)
Individu yang tidak mahu mencurahkan bantuan dan pertolongan kecuali apabila dia mengetahui faedah dan kemewahan akan kembali kepadanya.
4. Mutahamil (متحامل)
Individu yang buruk sangka penuh dengan rasa ragu dan syak, dia tidak melihat kita kecuali denagn kacamata hitam dan tidak menceritakan tentang kita kecuali dengan kata-kata yang pedas yang meragukan.
Matlamat-matlamat Dakwah
Syeikh Abu A’la Al Maududi membahagikan kepada 3 tuntutan penting :
1. Dakwah kita untuk sepanjang masa dan khusus untuk muslimin agar mereka mengabdikan diri kepada Allah dan tidak menyekutukan dengan sesuatu pun dan tidak mengambil tuhan yang lain daripadaNya.
2. Dakwah kita untuk mereka yang mencahirkan keredhaanNya kepada Islam sebagai Ad Din agar mengikhlaskan cara hidup mereka kepada Allah dan membersihkan diri mereka daripada sifat-sifat nifak dan kerja-kerja yang bercanggah dengan Islam.
3. Dakwah kita untuk seluruh penghuni muka bumi agar dapat dilakukan perubahan umum pada dasar kehakiman sekarang yang dikuasai oleh tahgut dan penjahat yang memenuhkan muka bumi dengan kerosakan dan menvabut kepimpinan pemikiran dan keilmuan daripada tangan mereka sehingga orang-orng yang beriman kepada Allah mengikut agama yang benar, takut berlaku keburukan dan kerosakkan di atas muka bumi ini.
Uslub Dan Wasail Berdakwah
Dakwah kepada Allah memerlukan ilmu dan kelayakan tertentu dalam menyampaikan Risalah Islam dengan mengambil kira suasana dan realiti manusia, keilmuan tentang cara bagaimana hendak menyampaikan Islam adalah uslub dakwah.
Pelbagai uslub dakwah dapat digunakan, antara yang terbaik seperti berikut :
1. Penyampaian yang baik
2. Uslub yang elok
3. Dorongan kepada kebenaran
4. Menggunakan hikmah dan teguran yang baik
5. Berbincang dengan beradab
6. Menjaga keadaan sekeliling
7. Menggunakan sistem maklumat terkini dan teknologi canggih.
Oleh itu para daie semestinya mengetahui apa yang dikatakan dan bijaksana dalam berdakwah.
Wahai saudara pendakwah !
Kalau kita yang Allah anugerahkan sedikit ilmu tidak mampu beramal, maka tunggulah janji Allah yang benar dengan kehancuran di dunia dan penyesalan di akhirat dan ingatlah firman Allah :
-As Syura : 15 –
Maksudnya :
“Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah (mereka – wahai Muhammad- kepada beragama yang betul), serta tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, sebaliknya katakanlah : “aku beriman kepada segala kitab yang diturunkan oleh Allah, dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu”. Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana kebenaran telah jelas dan nyata). Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari kiamat), dan kepadaNyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi Pembalasan)”.
Al Ustaz Doktor Wahbah Az Zuhayly menyatakan bahawa ayat ini merangkumi sepuluh perintah dan larangan di mana setiap daripadanya mempunyai sifat yang tersendiri. Tidak ada yang seumpamanya melainkan ayat Kursi. Ia juga mempunyai sepuluh tajuk. Seluruh perintah dan larangan ini ditujukan kepada Nabi Muhammad dan ummatnya.
Sementara doktor As Siba’ie Rahimahullah pula menyatakan bahawa keburukan yang menimpa agama ini di sepanjang zaman adalah disebabkan dua golongan. Iaitu golongan yang buruk kefahamannya dan golongan yang ingin mengambil kesempatan untuk manfaat diri mereka. Inilah yang menyesatkan orang-orang mukmin dan memberi peluang kepada glongan yang engkar untuk berhujjah.
Wallahu a’lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan