Isnin, 25 Ogos 2008

MERDEKA!!!

Erti Kemerdekaan Yang Sebenar

Kemerdekaan yang sebenar menurut islam terkandung di dalam kata-kata rub'i bin A'mir ketika bertemu panglima tentera rom yang bernama Rustum:
الله ابتعثنا، لنخرج من شاء، من عبادة العباد إلى عبادة الله, ومن جور الأديان إلى عدل الإسلام، ومن ضيق الدنيا إلى سعة الدنيا والآخرة:
Maksudnya: Allah mengutuskan kami (orang-orang islam), untuk kami keluarkan (merdekakan) manusia, daripada mengabdikan diri sesama manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah, daripada kezaliman agama kepada keadilan islam dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat.
Rub'ie bin Amir menyimpulkan kefahaman islam yang diperolehinya daripada pentarbiyahan nabi SAW bahawa penjajahan bukan sahaja boleh berlaku melalui penguasaan bangsa asing terhadap sesuatu kaum, tetapi ia juga boleh berlaku melalui penguasaan bangsa sendiri. Jika kemerdekaan beerti kebebasan daripada penguasaan bangsa asing, kenapa rasulullah saw berjuang membebaskan diri dan manusia daripada kekuasaan musyrikin mekah yang sebangsa dan seketurunan dengan nabi?Ini bermakna: kemerdekaan yang sebenar ialah:
A - Memerdekakan manusia daripada perhambaan sesama manusia sama ada:
1. Bebas bersuara, pemilikan, bertindak, bermuamalah dan seumpamanya.
2. Kebebasan tadi mestilah dibatasi oleh hukum allah swt bagi memastikan tiada ruang untuk penjajahan melalui sistem dan undang-undang ciptaan manusia.
B - Memerdekakan manusia daripada ikatan agama yang direka oleh manusia samada:
1. Agama yang dicipta oleh manusia yang dijadikan sembahan, fahaman dan anutan.
2. Agama yang diturunkan oleh Allah tetapi ditafsirkan mengikut akal tanpa kaedah yang dibenarkan oleh Syariat.
C - Membebaskan manusia daripada dibelenggu oleh matlamat dunia yang sempit melalui:
1. Menyedarkan manusia bahawa dunia adalah sementara yang menjadi tempat persinggahan.
2. Menjadikan manusia bekerja di dunia untuk akhirat yang merupakan kehidupan yang sebenar.
Justeru itu: kemerdekaan yang sebenar ialah :
1. Membebaskan jasad dan material daripada penjajahan manusia.
2. Membebaskan akal fikiran serta mentaliti daripada dibelenggu oleh doktrin-doktrin yang bercanggah dengan islam.
http://zaharuddinmuhammad.blogspot.com/

Tiada ulasan: