Ahad, 8 Januari 2012

ayuh,.para Huffaz

-sekadar hiasan-
Assalamualaikum..
sedikit catatan utk mengingatkan diri sendiri,adik2,abang2,kakak2&mereka2 yg telah menghafaz al-Quran..
ini berdasarkan sedikit pengalaman saya yg baru dilantik menjadi Panel Penemuuji Huffaz utk ujian zakat tahun 2011 MUIP,Pahang.
dua kali menemuuji mereka2 yg terlibat sebagai peserta amat menginsafkan diri ini.. sebelum ini,saya juga adalah peserta..
ada yg benar2 LANCAR & CAIR mcm air (istilah biasa yg kita dengar masa menghafaz tapi jarang kedengaran slps bergelar al-hafiz),tebuk je di mana2 pasti dijawab dengan lancar tanpa tersekat2 sehingga saya yg menanya soalan2 tertunduk malu&terus memberikan kata2 semangat supaya terus mengulangkaji&mengekalkan ingatan hafazan kepada al-Quran. ada pula sebahagian besarnya TIDAK mampu menjawab soalan2 yang diberikan walaupun di awal Surah,awal Juzuk,awal Maqra'& yang paling menyedihkan bila disuruh membacakan mana2 ayat yang PALING ingat dalam al-Quran juga tidak mampu membacanya dengan baik..

*Beberapa CADANGAN utk tindakan bersama terutama sebelum menghadiri&ketika hadiri Temuuji Ujian Hafazan :
1)Iklaskan Niat kerana Allah s.w.t. bkn kerana nak duit semata-mata.(ikut kategori sepatutnya,kalau hafaz 5 juz,maka daftarlah 5 juz)
2)Hadirlah dengan pakaian yg kemas&rapi,seronok mata memandang
3)Bacalah dengan TENANG&BERTAJWID jgn gopoh-gopoh
4)Anggaplah anda sedang benar2 ditemuuji..(ada sebahagian itu seolah2 main2 pulak,setiap kali ditanya hanya menggelingkan kepala).
5)Bacaan biar JELAS..terutama muslimat@banat,kadang-kala langsung tidak kedengaran
6)Bagilah Ucapan SALAM&Terimakasih kpd Panel&Urusetia bila mula&tamat sesi temuuiji.
7)Tingkatkanlah prestasi hafazan dari tahun demi tahun.
8)Pastikan daftar terus setiap tahun utk ujian MUIP,dan tolong kempen kawan2 yg belum daftar utk Ujian. Borang,boleh didapati di Pejabat Agama Daerah masing2.
Moga sama-sama dapat ambil manfaat. Wassalam.

Tiada ulasan: