Khamis, 5 Jun 2008

Kerajaan umum harga petrol naik 78 sen, diesel - RM1


Harakahdaily Wed Jun 04, 08 6:13:41 pm MYT
KUALA LUMPUR, 4 Jun (Hrkh) - Kerajaan hari ini mengumumkan kenaikkan harga petrol sebanyak 78 sen - satu pertambahan besar dari RM1.92 sekarang kepada RM2.70. Manakala harga minyak diesel pula naik kepada RM2.50 - naik 92 sen berbanding harga sekarang sebanyak RM1.58 seliter.

Menurut laporan Malaysiakini, kenaikan sebanyak 41 peratus bagi petrol dan 58.2 peratus bagi diesel akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini.
Kenaikan harga itu adalah sebahagian daripada langkah kerajaan untuk mengawal subsidi bagi menampung kenaikan petrol, diesel dan gas, yang dijangka berjumlah RM56 bilion tahun ini.
Kerajaan juga mengumumkan pemberian rebet kepada pengguna kenderaan.
Mengikut skim tersebut tersebut, kenderaan di bawah 2000cc akan menerima RM625 setahun - rebat bagi 800 liter di bawah harga baru. Pemilik motosikal pula akan diberi rebet RM120. Bayaran akan dibuat melalui wang pos. Difahamkan rebet tersebut akan dibayar apabila pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka.


Kerajaan dijangka menjimatkan RM4 bilion di bawah penstrukturan semula skim subsidi tersebut. Jika harga petrol dijual mengikut harga penuh pasaran, ia boleh mencecah setinggi hampir RM4 seliter - naik 100 peratus. Bagaimanapun, kerajaan dijangka menuju ke arah memansuhkan terus pemberian subsidi pada masa depan. - mks.

Selasa, 3 Jun 2008

IOI RESORT

berbincang ketika waktu rehat
assalamualaikum...ustaz zainudin ko?ye saya zainudin.ni encik nik mohd yusof , dari QI Consultants...ingat lagi ko? Ooo pok nik, saya ingat sangatlah..sajo jah poknik call ni, nak nanyo buleh ko amal apo yg ustaz dpt dlm program baru nih? alhamdulillah, saya sedang praktikkan apa yg dpt dlm program tu.
pok nik sedang memberi ceramah
inilah antara perbualan saya dengan encik nik yusof tengahari tadi. pertama kali saya merasakan adanya follow up dari penganjur sesebuah kursus yang pernah saya ikuti. rasanya selama setahun saya bekerja, tidak kurang drpd 10 kursus yg telah diikuti. semuanya rasa macam biasa, tetapi kursus yang dianjurkan oleh QI ni..(walaupun saya hanya mewakili tuan pengarah).agak luar biasa,ada pulak follow up dari penganjurnya. kalau semua penganjur macam ni pengamalannya, sudah pasti pesertanya akan terkesan daripada apa yang pernah diikuti... khusyuk mengikuti workshop pengurusan berhikmah

bersantai sebelum pulang ke Pahang

Selasa, 20 Mei 2008

## jom, berhenti merokok !! ##




Firman Allah SWT :
" ولا تقتلوا أنفسكم إن الله كان بكم رحيما "
“Dan janganlah kamu membunuh dirimu, sesungguhnya Allah Maha Penyayang”
( Surah an-Nisa’, Ayat 29 )
“Dan Dia menghalalkan bagi mereka segala yang baik, dan mengharamkan kepada mereka
segala yang buruk ”. ( Surah al-A’raf Ayat 157
)

Dari sudut pemakanan, tembakau adalah sesuatu yang merosak dan memudharatkan tubuh badan dan akal. Rokok adalah benda yang keji, buruk dan merupakan racun yang boleh membunuh. Pakar perubatan di seluruh dunia samada yang beragama Islam atau bukan beragama Islam sepakat mengatakan merokok adalah BAHAYA yang boleh menyebabkan kemudharatan kepada perokok atau orang yang berada di sekelilingnya. Perokok boleh diumpamakan menghisap racun untuk membunuh diri sendiri. Meskipun perokok tidak mati selepas menghisap rokok secara mengejut, namun rokok akan membinasakan tubuh badan secara beransur-ansur. Oleh itu, setiap benda yang memudharatkan tubuh badan apabila dimakan serta adanya unsur pembaziran, maka hukumnya adalah HARAM.

Sedarlah wahai perokok, sebenarnya syarikat rokok yang berjenama antarabangsa yang berada di pasaran sekarang adalah milik bangsa Yahudi. Syarikat merekalah yang mendermakan hasil keuntungan penjualan rokok kepada negara mereka Israel bagi membeli senjata dan membiayai perbelanjaan perang untuk membunuh dan memerangi umat Islam. Sanggupkah kita melihat umat Islam dibunuh hasil sumbangan umat Islam sendiri? Fikir-fikirkanlah...

Selain daripada itu merokok juga amat membazirkan wang. Mari kita kira, berapa banyak wang yang keluar hanya kerana rokok...Katalah anda merokok jenama yang terkenal,sekotak 14 batang dengan harga RM5.30, kebiasaan kepada mereka yang sudah ketagihan dengan rokok akan merokok paling tidak, satu hari sekotak rokok.10 tahun merokok, purata anda akan membakar wang sebanyak RM19,345.00, cukup untuk sebuah kereta Kancil Baru.Itu baru yang merokok 14 batang sehari. Kalau 20 batang sehari, bagaimana? Anda kiralah sendiri!!!

10 SEBAB MENGAPA ISLAM MENGHARAMKAN ROKOK

1. Rokok menjejaskan akal (mental) 2. Rokok membahayakan kesihatan fizikal
3. Rokok menimbulkan akhlak buruk 4. Rokok membahayakan keturunan
5. Rokok mengganggu manusia lain. 6. Rokok membahayakan keselamatan diri dan orang lain.
7. Rokok mensia-siakan waktu hidup 8. Rokok bercanggah dengan maruah keislaman
9. Rokok membazirkan harta (wang) 10. Rokok mengandungi bahan yang menyebabkan ketagihan.



Disusun oleh: Ustaz Haji Mohd Zainudin Bin Haji Zakaria al-Hafiz
Dipetik daripada: Khutbah Jumaat Jabatan Mufti Negeri Pahang Siri-5/2008 dan
http://www.freewebs.com/2stopsmoke/kenapamestiberhenti.htm