Rabu, 21 Mac 2007

SURAH AL-FATIHAH

Pengenalan

Surah al-fatihah merupakan surah yang pertama di dalam kitab suci al-Quranulkarim. Surah al-Fatihah mengandungi sebanyak tujuh ayat. Menurut pendapat yang paling kuat, surah al-Fatihah merupakan surah Makiyyah iaitu surah yang di turunkan di Mekah. Ada juga sesetengah ulama’ berpendapat bahawa surah al-Fatihah diturunkan di Madinah dan ada juga ulama’ berpendapat surah al-Fatihah di turunkan sebanyak dua kali iaitu sekali di Mekah dan sekali di Madinah.

Nama-nama Surah al-Fatihah :

Al-Kanzu ( الكنز )
Bermaksud “Perbendaharaan”. Ianya dinamakan dengan al-Kanzu kerana surah al-Fatihah di turunkan oleh Allah s.w.t. daripada pembendaharaanNya yang terletak di bawah arasy.

Al-Wafiyah ( الوافيه )
Bermaksud "yang melengkapi". Ianya dinamakan dengan al-Wafiyah kerana surah inimerangkumi seluruh aspek syariah Islamiyah.

Al-Hamdu ( الحمد)
Bermaksud “puji-pujian”. Ianya dinamakan dengan al-Hamdu kerana surah ini dimulakan dengan lafaz pujian terhadap Allah s.w.t

As-Sholah ( ( الصلاة
Bermaksud “sembahyang”. Ianya dinamakan dengan as-Sholah kerana surah ini menjadi salah satu rukun dalam ibadah sembahyang.

Fatihatul Kitab ( فاتحة الكتاب)
Bermaksud “pembuka kitab”. Ianya dinamakan dengan Fatihatul Kitab kerana al-Quranul Karim dimulakan dengan surah ini.

As-Sab’ul Mathani ( ( السبع المثانى
Bermaksud “tujuh ayat yang diulang-ulang”. Ianya dikenali dengan nama as-Sab’ul Mathani kerana surah ini wajib dibaca berulang kali sebanyak 17 kali sehari semalam di dalam sembahyag fardhu.

Ummul Quran / Kitab ( ( أم القرءان / الكتاب
Bermaksud “ibu / induk al-Quran”. Ianya dikenali dengan nama ini kerana semua intisari kandungan al-Quran terdapat dalam surah ini.


Kandungan al-Fatihah

Surah al-Fatihah mengandungi kesemua aspek Syariat Islamiyah antaranya:
Tauhid, akidah atau keimanan kepada Allah.
Janji-janji Allah untuk kehidupan di dunia dan akhirat
aspek-aspek ibadah kepada Allah
petunjuk jalan yang lurus
sejarah atu riwayat

Bilangan ayat dalam surah al-Fatihah :

Surah al-Fatihah mengandungi tujuh ayat, iaitu :
سورة الفاتحة
بِِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ (الفاتحة: 1).
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ (الفاتحة: 2).
الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ (الفاتحة: 3).
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ (الفاتحة: 4).
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ (الفاتحة: 5).
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ (الفاتحة: 6).
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ (الفاتحة: 7).


Walaubagaimanapun, terdapat perselisihan pendapat ulama’ pada lafaz
بِِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ Adakah ianya merupakan satu ayat daripada Surah al-Fatihah ataupun tidak.Menurut pendapat Imam Malik dan beberapa ulama’ Madinah, Syam dan Basrah, BISMILLAH bukanlah sebahagian daripada Surah al-Fatihah, sebaliknya merupakan satu ayat tunggal yang diturunkan oleh Allah untuk menjadi pemisah antara satu surah dengan satu surah yang lain.

Mereka yang berpendapat sedemikian menganggap ayat yang terakhir di dalam Surahal-Fatihah iaitu صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ Sebagai dua ayat. Manakala menurut pendapat Imam Ahmad Bin Hanbal dan Imam Syafie, BISMILLAH merupakan salah satu ayat daripada surah al-Fatihah. Pendapat ini berdasarkan kepada sebuah hadis Rasulullah s.a.w :

عن أبى هريرة رضى الله عنه قال، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : إذا قرأتم الحمد لله ( أي سورة الفاتحه ) فاقرءوا بسم الله الرحمن الرحيم فإنها أم القرءان والسبع المثانى وبسمالله الرحمن الرحيم إحدا أيتها

- رواه الدارقطنى -




Maksud hadis :
“Apabila kamu membaca surah al-Fatihah, maka hendaklah kamu membaca Bismilahirrohmanirrohim, sesungguhnya surah al-Fatihah itu adalah Induk al-Quran dan juga tujuh ayat yang diulang-ulang dan Bismillahirrohmanirrohim itu merupakan salah satu daripada ayatnya”.

Cara bacaan Basmalah :
Ada sebahagian ulama’ mengatakan bahawa Basmalah yang dibaca di dalam surah al-Fatihah hendaklah dibaca secara perlahan. Manakala sebahagian ulama’ yang lain pula termasuk Imam Syafie berpendapat, Basmalah hendaklah dibaca dengan ‘jahar’ (nyaring) ketika di dalam sembahyang ‘jahar’ dan hendaklah dibaca dengan ‘sir’ (perlahan) ketika di dalam sembahyang ‘sir’.


Hukum-hukum Tajwid Yang Terdapat Dalam Surah Al-Fatihah :

بِِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ (الفاتحة: 1).

1. اللَّهِ -Huruf Lam dinipiskan
2. الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ -Alif Lam Syamsiah pada kedua-duanya
3. الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ -Huruf Ro' ditebalkan pada kedua-duanya
4. الرَّحِيمِ -Ketika waqaf, Mad A'ridh Lis Sukun (2,4,6 harakat)


الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ (الفاتحة: 2).

1. الْحَمْدُ - Hamzah Washol dibaca baris atas ketika ibtida'
2. لِلَّهِ -Huruf Lam dinipiskan
3. رَبِّ -Huruf Ro' ditebalkan
4. الْعَالَمِينَ -Alif Lam Qamariah
5. الْعَالَمِينَ - Ketika waqaf, Mad A'ridh Lis Sukun (2,4,6 harakat)


الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ (الفاتحة: 3).

1. الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ -Alif Lam Syamsiah pada kedua-duanya
2. الرَّحْمَنِ الرَّحِيم - Huruf Ro' ditebalkan pada kedua-duanya
3. الرَّحِيمِ - Ketika waqaf, Mad A'ridh Lis Sukun (2,4,6 harakat)


مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ (الفاتحة: 4).

1. مَالِكِ -Mad Asli 2 harakat
2. الدِّينِ -Alif Lam Syamsiah
3. الدِّينِ - Ketika waqaf, Mad A'ridh Lis Sukun (2,4,6 harakat)

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ (الفاتحة: 5).

1. نَسْتَعِينُ - Ketika waqaf, Mad A'ridh Lis Sukun (2,4,6 harakat)

اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ (الفاتحة: 6).

1. اهْدِنَ -Hamzah Washol dibaca baris bawah ketika ibtida'
2. الصِّرَاطَ -Alif Lam Syamsiah, Huruf Shod dan Ro' ditebalkan
3. الْمُسْتَقِيمَ -Alif Lam Qamariah, Huruf Qaf ditebalkan
4. الْمُسْتَقِيمَ - Ketika waqaf, Mad A'ridh Lis Sukun (2,4,6 harakat)

صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ (الفاتحة: 7).

1. صِرَاطَ -Huruf Shod, Ro' dan Tho' ditebalkan
2. الَّذِينَ -Ali Lam Syamsiah
3. أَنْعَمْتَ -Izhar Halqi, Tidak Dengung. Izhar Syafawi, Tidak Dengung.
4. عَلَيْهِمْ غَيْرِ -Izhar Syafawi, Tidak Dengung, huruf Ghin ditebalkan
5. غَيْرِ الْمَغْضُوبِ -Huruf Ro' dinipiskan, Huruf Ghin ditebalkan, Alif Lam Qamariah
6. عَلَيْهِمْ وَلاَ -Izhar Syafawi, Tidak Dengung
7. وَلاَ الضَّالِّينَ -Alif Lam Syamsiah, Huruf Dhod ditebalkan
8. الضَّالِّينَ -Mad Lazim Kalimi Muthaqqal (6 harakat), Ketika waqaf, Mad
A'ridh Lis Sukun (2,4,6 harakat)

Jenis-jenis Kesalahan Dalam Bacaan Al-Fatihah :

Makhraj huruf Ain pada kalimah (نَسْتَعِينُ, الْعَالَمِينَ )
Ketika bacaan sambung pada ( اهْدِنَ + نَسْتَعِينُ )
Dipanjangkan (mad asli, 2 harakat) pada kalimah ( إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ )
Terlebih tebal pada huruf Qaf dalam kalimah ( الْمُسْتَقِيمَ )
Tiada sifat Istitholah pada huruf Dhod ( الضَّالِّينَ )
Mad Lazim tidak mencukupi 6 harakat pada kalimah ( ( الضَّالِّينَ
Keterlaluan tasydid pada kalimah ( الضَّالِّينَ )
Mad Arid Lis Sukun dibaca lebih panjang daripada Mad Lazim Kalimi Muthaqqal dalam kalimah ( الضَّالِّينَ )

Di dalam sembahyang, kita disunatkan membaca Istia'zah sebelu membaca al-Fatihah secara perlahan di setiap rakaat, manakala dalam solat jenazah, disunatkan membaca Istia'zah pada takbir yang pertama sahaja.

Bacaan AMIN :
Perkataan Amin mempunyai beberapa maksud, antaranya :
Perkenankanlah Ya Allah
Jangan persiakan harapan kami Ya Allah

Hukum membaca Amin setelah selesai membaca al-Fatihah adalah sunat. Ini berdasrkan sabda Rasulullah s.a.w. :
إذا قال الإمام وَلاَ الضَّالِّينَ فقولوا ءامين، فمن وافق تأمينه تأمين الملائكة غفر الله ماتقدم من ذنبه
Maksudnya :
" Apabila imam menyebut ( وَلاَ الضَّالِّينَ ), maka katakanlah Amin, dan barangsiapa Aminnya besamaan dengan Amin para malaikat, maka Allah akan mengampunkan dosanya yang telah lepas ".

Ada ulama' berpendapat bahawa lafaz Amin hanya sunat disebut selepas membaca al-Fatihah ketika di dalam sembahyang sahaja. Jika di luar sembahyang, maka tidak disunatkan menyebut amin. والله أعلم

Bentul-bentuk lafaz Amin :

Menurut yang diceritakan oleh al-Wahidi sebagaimana yang diriwayatkan daripada Hamzah dan Kisaai, terdapat beberapa bentuk lafaz Amin, iaitu :

1. ءامين - dengan kadar 2 harakat pada Mad Badal

2. ا مين - dengan kadar 6 harakat pada Mad Badal

3. ا مين - dengan kadar 6 harakat pada Mad Badal beserta Imalah

4. ا مين - dengan kadar 6 harakat pada Mad Badal beserta tasydid Min

Walau bagaimanapun, pendapat yang keempat tidak diharuskan dan adalah ulama' berpendapat jika dibaca dalam sembahyang, maka sembahyangnya terbatal. والله أعلم


والله أعلم

10 ulasan:

tajweed berkata...

Mashallah.
Keep up the good work on Quran.

wassalam

anorasyikin berkata...

Rujukan yang baik utk saya buat ulangkaji sebelum temuduga :-)

Adam berkata...

Alhamdulillah... semoga usaha anda diberi balasan yg sebaik2nya...

Unknown berkata...

8. الضَّالِّينَ -Mad Lazim Kalimi Muthaqqal (6 harakat), Ketika waqaf, Mad
A'ridh Lis Sukun (2,4,6 harakat)

Blh terangkan lagi secara terperinci x? Tq...

Anwar Bin Ahmad Fauzi berkata...

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum saya minta izin kongsi ye

Unknown berkata...

Makasih ya sangat bermanfaat bagi saya

Unknown berkata...

Syukran ustaz...

Iftakhul Farika Bt.Soewarsono berkata...

Assalaamu'allaikum, Terima kasih atas ilmu yang bermanfaat ...saya mohon izin untuk mengcopy , save dan memanfaatkannya ...terima kasih

Unknown berkata...

Alhamdulillah ,syukran ustaz, mohon copy.
Untuk manfaat semua.

KH.ubay ‏ berkata...

Syukron 🙏 izin share dan coffe