Sabtu, 5 Mei 2007

KEDUDUKAN SOLAT DLM ISLAM

PENDAHULUAN

Tiap-tiap manusia yang beragama adalah mengamalkan penyembahan, ada yang menyembah alam semulajadi seperti matahari, bulan, bintang, batu dan sebagainya. Mereka menyembah benda-benda tersebut adalah sebagai tanda berterima kasih keranapermohonan mereka di kabulkan atau memohon di hindarkan dari malapetaka serta apa yang mereka takutkan kerana sesuatu itu lebih berkuasa daripadanya. Penyembahan ini adalah didorong oleh IBLIS LAKNATULLAH.

Dalam Islam, sembahyang adalah salah satu dari rukun Islam yang lima, yang wajib ditunaikan oleh setiap individu muslim mengikut syarat rukun yang tertentu. Sembahyang adalah merupakan komunikasi atau hubungan langsung di antara seseorang hamba dengan ALLAH S.W.T dan menjadi tiang agama.

TAKRIF SOLAT ( SEMBAHYANG )

Perkataan ‘ SEMBAHYANG’ adalah terdiri dari dua kalimah, iaitu yang pertama ‘SEMBAH’ yang membawa maksud tunduk dan patuh . Manakala kalimah kedua ‘YANG’. Perkataan “YANG” mengikut istilah Bahasa Sanskrit ialah TUHAN. Maka jika dicantumkan kedua-dua kalimah tersebut, jadilah “SEMBAHYANG” yang bererti ‘Tunduk Dan Patuh Kepada Tuhan’.

Erti sembahyang pada bahasa ialah DOA, kerana segala perbuatan dan perkataan adalah menggambarkan doa.

Erti sembahyang pada Syara’ pula ialah beberapa perkataan dan beberapa perbuatan yang di mulai dengan Takbiratul-Ihram dan disudahi dengan salam.

PERMULAAN SEMBAHYANG

Sembahyang fardhu 5 waktu sehari semalam telah diterima sendiri oleh Rasulullah S.A.W pada malam Isra’ dan Mikraj bersamaan dengan 27 Rejab, iaitu setahun sebelum Nabi Muhammad S.A.W berhijrah ke Madinah. Perintah ini tanpa melalui perantaraan Malaikat Jibril A.S.

DALIL WAJIB SEMBAHYANG

Allah S.W.T telah memerintahkan ( mewajibkan ) solat 5 waktu kepada Rasulullah S.A.W dan umat-umatnya yang telah akil baligh. Firman Allah S.W.T di dalam surah An-Nisa’, ayat 103 yang bermaksud : “Sesungguhnya sembahyang itu adalah ketetapan ( wajib ) ke atas orang-orang yang beriman pada waktu-waktu yang telah ditetapkan” Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : “Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat cara aku sembahyang”.

SYARAT WAJIB SOLAT
Syarat wajib solat ada 3 iaitu :



1.Islam. 3.Berakal.



2. Baligh.

SYARAT SAH SOLAT

Syarat sah solat ada 5, iaitu :

Mengetahui masuk waktu solat dengan yakin.
Menghadap kiblat.
Menutup aurat.
Suci dari najis pada badan, pakaian dan tempat sembahyang.
Suci dari hadas kecil dan besar.

RUKUN SOLAT
Rukun solat ada 13, iaitu :

Niat ketika Takbaratul-Ihram.
Berdiri betul.
Takbiratul-Ihram.
Membaca surah Al-Fatihah.
Ruku’ serta Toma’ninah.
I’tidal serta Toma’ninah.
Sujud serta Toma’ninah.
Duduk antara dua sujud.
Duduk Tahiyyatul-akhir.
Membaca Tahiyyatul-akhir.
Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W di dalam Tahiyyatul-akhir.
Lafaz salam yang pertama.
Tertib.

RAHSIA RUKUN SOLAT

Tiap-tiap ibadat dalam Islam adalah mempunyai rahsia dan hikmah yang tertentu. Sebahagian daripada rahsia dan hikmah rukun sembahyang mengikut yang tercatat di dalam Kitab Perukunan Sembahyang adalah seperti berikut :

1). Niat :
Memelihara taubat daripada dunia hingga ke akhirat.

2). Berdiri Betul :
Meluaskann tempat di dalam kubur

3). Takbiratul-Ihram :
Sebagai pelita yang menerangi di alam barzakh serta sebagai hiasan di
dalam kubur.

4). Membaca Fatihah :
Di baca sebanyak 17 kali dalam setiap sembahyang, hikmahnya terlalu
banyak , antaranya :

1) Untuk mendidik seseorang itu supaya cintakan Allah yang memberi
rezeki.

2) Sebagai doa supaya kita selalu merendah diri, sedar sebagai hamba
Allah, memajukan alam dengan mengikut jalan yang lurus.

3) Sebagai pakaian yang amat indah di dalam kubur.

5). Ruku’ :
Sebagai tikar ( hamparan ) di dalam kubur.

6). I’tidal :
Mendapat minuman air telaga Kauthar di dalam kubur

7). Sujud :
Sebagai pagar titian siratul-Mustaqim

8). Duduk antara dua sujud :
Mendapat naungan panji-panji nabi di dalam kubur.

9). Duduk Tahiyyatul-Akhir :
Sebagai kenderaan din padang mahsyar.

!0). Membaca tahiyyatul-akhir :
Menjawab soalan malaikat di dalam kubur.

11). Membaca Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W dalam tahiyyatul-akhir :
Sebagai dinding dari api neraka.

12). Salam yang pertama :
Memasukkan diri ke dalam syurga.

13). Tertib :
Pertemuan dengan Allah.

Selain dari hikmah yang tersebut di atas, solat dapat menghindarkan 15 siksaan Allah:

15 SIKSAAN ALLAH BAGI ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT

v 6 perkara semasa di kubur.
v 3 perkara semasa hendak mati (nazak)
v 3 perkara ketika di dalam kubur (Alam Barzakh).
v 3 perkara ketika bertemu dengan Allah ( Padang Mahsyar )

1 ulasan:

Abdullah berkata...

assalamualaikum,,,
terima kasih untuk hikmah disebalik rukun solat itu,,,
sblm ni saya pernah terdengar tentang rukun solat yang mengatakan setiap pergerakan dalam solat itu adalah tertib malaikat sendiri,,,, dimana sewaktu peristiwa israq mikraj rasullullah s.a.w melihat di setiap petala langit kelihatan malaikat dalam keadaan (perbuatan) yang menjadi rukun solat sekarang,,,,
saya masih tertanya2 dan x tahu samada benar ataupun tidak,,,,, jikalau saudara/i mempunyai jawapan harap dapat berkongsi bersama,,,,
terima kasih,,, assalamualaikum,,,