Sabtu, 5 Mei 2007

TEKNIK2 MENGHAFAZ AL-QURAN

Fadhilat Membaca dan Menghafal Al-Quran

“Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al-Qur’an dan mengajarnya.”
(Hadith riwayat Bukhari)

“Mereka yang membaca Al-Qur’an dan mahir didalamnya maka ia bersama para malaikat pencatit yang mulia. Mereka yang membaca Al-Qur’an sedangkan ia tidak lancar bacaannya dan payah baginya untuk membaca maka untuknya dua pahala.”
(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

“Bacalah Al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat memberi syafaat kepada pembacanya.” (Hadith riwayat Muslim)

“Tiada ada hasad kecuali pada dua perkara: Orang yang Allah berikan kepadanya Al-Quran maka dia membacanya siang dan malam. Dan orang yang Allah berikan kepadanya harta maka ia menafkahkannya siang dan malam.”
(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

“Sesiapa membaca sehuruf dari Al-Quran maka untuknya satu kebajikan digandakan sepuluh kali. Aku tidak berkata Alif-Lam-Mim itu satu huruf, tetapi Alif adalah satu huruf, Lam adalah satu huruf dan Mim adalah satu huruf.”
(Hadith riwayat Tarmidzi)

“Berkata Allah s.w.t.: Sesiapa yang disibukkan dengan membaca Al-Quran dan mengingati Aku daripada meminta sesuatu dari Aku, maka Aku akan memberikannya lebih baik dari apa yang diminta oleh orang lain. Dan kelebihan perkataan Allah
(Al-Quran) atas perkataan-perkataan lain adalah seperti kelebigan Allah atas makhluknya.” (Hadith riwayat Tarmidzi)


“Bacalah Al-Qurankerana Allah s.w.t tidak mengazabkan hati yang menyimpan Al-Quran. Dan sesungguhnya Al-Quran ini adalah jemputan Allah. Siapa yang mendatanginya maka ia akan merasa keamanan. Dan sesiapa yang cinta akan Al-Quran maka bergembiralah.” (Hadith riwayat Ad-Darimy)





Adab Membaca Al-Qur’an

Ikhlaskan niat
Bersabar
Mulakan bacaan dengan Bismillah
Bersih dari hadas kecil dan besar
Seelok-eloknya menghadap kiblat
Memakai pakaian putih dan menutup aurat
Tidak banyak ketawa dan bercakap ketika menghafal
Memberi tumpuan sepenuhnya
Tidak membaca dan menghafal ketika mengantuk
Berhenti membaca ketika ingin mambuang angin
Menghormati Al-Qur’an
Menghormati guru
Solat dua rakaat sebelum menghafal

Kaedah Menghafal Al-Quran

Sebelum Menghafal

Mempunyai azam dan minat untuk menghafal
Memilih tempat dan waktu yang sesuai untuk menghafal
Berada dalam keadaan tenang
Kosongkan fikiran sebelum menghafal
Pilih sejenis mushaf dan jangan ubah mushaf kepada yang lain
Beristighfar, membaca selawat dan doa sebelum mula menghafal
Mambaca ayat 164 surah Al-Baqarah sebelum menghafal

Teknik Menghafal

A. Teknik “Chunking”
v Memisah-misahkan sepotong ayat yang panjang kepada beberapa bahagian yang sesuai mengikut arahan guru
v Memisah-misahkan selembar mukasurat kepada beberapa bahagian yang sesuai
v Memisah-misahkan surah kepada beberapa bahagian, contohnya mengikut pertukaran cerita
v Memisah-misahkanjuz kepada beberapa bahagian mengikut surah, hizib, rubu, cerita dan sebagainya
v Memisah-misahkan Al-Qur’an kepada kelompak surah, setiap 10 juz dan sebagainya




B. Teknik Mengulang
Membaca sepotong atau sebahagian ayat sekurang-kurangnya lima kali sebelum menghafal.
Membaca ayat yang telah dihafal berulang-ulang kali (10 atau lebih) sebelum berpindah ke ayat seterusnya.
Selepas menghafal setiap setengah mukasurat , harus diulang beberapa kali sebelum diteruskan bahagian yang kedua
Selepas menghafal satu mukasurat diulang beberapa kali sebelum diteruskan ke mukasurat seterusnya
Sebelum menghafal bahagian Al-Qur’an seterusnya, harus diulang bahagian yang sebelumnya

C. Teknik Tumpu dan Ingat
Ô Menumpukan penglihatan pada ayat, mukasurat dan lebaran
Ô Pejamkan mata dan cuba melihatnya dengan minda
Ô Sekiranya masih kabur , buka mata dan tumpukan kembali pada mushaf
Ô Ulanglah sehingga dapat melihat ayat atau mukasurat tersebut dengan mata tertutup

D. Teknik Menghafal dengan Seorang Teman
Pilih seorang teman yang mempunyai minat yang sama
Orang yang pertama membaca dengan disemak oleh orang yang kedua dan begitulah sebaliknya
Saling menebukayat antara satu sama lain

E. Teknik Mendengar Keset
þ Pilih seorang qari’yang baik bagi seluruh Al-Qur’an atau beberapa qari’ bagi surah-surah tertentu
þ Sebelum mula menghafal, dengar bacaan ayat-ayat yang ingin dihafal beberapa kali
þ Amati cara , lagu dan tempat berhenti bacaan qari’ tersebut sehingga terpahat di fikiran
þ Mula menghafal ayat-ayat tersebut dengan cara dan gaya qari’ tersebut
þ Sentiasa mendengar keset bacaan Al-Qur’an dan kurangkan atau tinggalkan pendengaran lagu kerana ia akan menggangu penghafalan

F. Teknik Merakam Suara
φ Rakamkan bacaan di dalam kaset dan dengar semula untuk memastikan bacaan hafalan betul
φ Bagi kanak-kanak rakamkan bacaan ibubapa atau guru kemudian diikuti oleh kanak-kanak tersebu. Minta kanak-kanak tersebut mendengar kembali rakaman tersebut beberapa kali sehingga menghafalnya

G. Teknik Menulis
à Tulis kembali mukasurat yang telah dihafal
à Kemudian semak semula dengan mushaf
à Menulis setiap ayat pertama awal mukasurat, atau setiap rubu’ atau setiap juz, atau setiap surah, dalam sehelai kertas

H. Teknik “Pointers” dan “Keyword”
% Buat beberapa kotak
% Setiap kotak merupakan satu mukasurat
% Catit dalam kotak tersebut babarapa perkataan yang menjadi keyword bagi mukasurat tersebut
% Merenung dan membayangkan kotak tersebut dalam ingatan

I. Menghafal Sebelum Tidur
¯ Membaca atau menghafal beberapa ayat sebelum tidur
¯ Semasa melelapkan mata, dengar kaset bacaan ayat-ayat tersebut dan bayangkan posisinya di minda
¯ Dengar kembali dari awal surah ,juz atau hizb, atau mana-mana yang sesuai sehingga ayat yang telah dihafal. Cuba bayangkan ayat-ayat yang didengar dari kaset di minda kita

J. Teknik “Mindmaping”
ð Bagi setiap Juz,buat 8 cabang, setiap cabang satu rubu’. Tulis ayat pertama rubu’ tersebut dicabangnya
ð Bagi setiap surah, buat cabang bagi setiap pertukaran cerita atau rubu’
ð Bagi setiap 10 juz, buat cabang bagi sutiap juz, dan cabang yang lebih kecil bagi rubu’

Mengekalkan Hafazan

º Jauhi maksiat mata,telinga dan hati
º Banyak berdoa, terutama waktu mustajab doa seperti ketika berbuka puasa, belayar, dan selepas azan
º Mengerjakan solat hajat
º Mengerjakan solat Taqwiyatul hifz.
º Manetapkan kadar hafazan setiap hari
º Membaca pada waktu pagi dan mengulang pada waktu malam
º Jangan baca ketika sedang bosan,mengantuk, atau marah
º Menulis setiap ayat mutashabih




Solat Sunat Taqwiyatul Hifzi

(Untuk menguatkan hafalan)

Disunatkan bagi mereka yang ingin menguatkan hafalan mereka, terutama yang menghafal Al-Quran, agar mengerjakan solat sunat Taqwiyatul Hifzi.Kaedahnya:1. Mengerjakan solat ini empat rakaat dengan dua kali tahiyat akhir.2. Mengerjakannya pada malam Jumaat, sebaik-baiknya selepas tidur.3. Mengerjakannya 3, 5 atau 7 malam Jumaat berturut-turut.4. Membaca pada rakaat pertama Surah Yaasin.5. Membaca pada rakaat kedua Surah Ad-Dukhan6. Membaca pada rakaat ketiga Surah As-Sajadah.7. Membaca pada rakaat keempat Surah Muluk.

Tiada ulasan: