YA ALLAH,
KURNIAKANLAH KEPADA KAMI LISAN YANG LEMBUT
BASAH MENGINGATI DAN MENYEBUT NAMAMU,
HATI YANG PENUH SEGAR MENSYUKURI NIKMATMU,
SERTA BADAN YANG RINGAN MENYEMPURNAKAN KETAATAN KEPADAMU.
YA ALLAH,
YA ALLAH,
KURNIAKANLAH KAMI IMAN YANG SEMPURNA,
HATI YANG KHUSYUK,ILMU YANG BERGUNA,
KEYAKINAN YANG BENAR- BENAR MANTAP.
YA ALLAH,
KURNIAKANLAH KAMI DIN CARA HIDUP YANG JITU DAN UNGGUL,
SELAMAT DARI MARA BAHAYA DAN PETAKA.
KAMI MOHON YA ALLAH KECUKUPAN YANG TIDAK KAMI TERPAKSA MEMINTA JASA ORANG LAIN.
BERIKANLAH KAMI YA ALLAH IMAN YANG SEBENARNYA SEHINGGA KAMI TIDAK LAGI GENTAR ATAU MENGHARAP ORANG LAIN SELAIN DARI ENGKAU SENDIRI. KEMBANGKANLAH LEMBAYUNG RAHMATMU KEPADA KAMI, KELUARGA
DAN ANAK-ANAK KAMI SERTA SESIAPA SAHAJA YANG BERSAMA-SAMA KAMI.
YA ALLAH ENGKAU MENGETAHUI BAHAWA HATI-HATI INI TELAH BERKUMPUL KERANA MENGASIHIMU,BERTEMU UNTUK MEMATUHI PERINTAHMU BERSATU MEMIKUL BEBAN DAKWAHMU, HATI-HATI INI TELAH MENGIKAT JANJI SETIA UNTUK MENDAULATKAN DAN MENYOKONG SYARIATMU, MAKA ERATKANLAH IKATANNYA YA ALLAH. KEKALKANLAH KEMESRAAN ANTARA HATI-HATI INI . PENUHKANLAH HATI INI DENGAN CAHAYA RABBANIMU YANG TIDAK KUNJUNG MALAP. LAPANGKANLAH HATI-HATI INI DENGAN LIMPAHAN IMAN, KEYAKINAN DAN KEINDAHAN TAWAKAL KEPADAMU. HIDUP SUBURKAN HATI-HATI INI DENGAN MAKRIFAT PENGETAHUAN SEBENAR TENTANGMU…….
JIKA ENGKAU MENTAKDIRKAN MATI

MAKA MATIKANLAH PEMILIK HATI-HATI INI SEBAGAI PARA SYUHADA’
DALAM PERJUANGAN AGAMAMU.
ENGKAULAH SEBAIK-BAIK SANDARAN DAN SEBAIK-BAIK PENOLONG.
YA ALLAH PERKENANKANLAH PERMINTAAN INI…
YA ALLAH PERKENANKANLAH PERMINTAAN INI…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan