Isnin, 16 Mac 2009

JUDI HARAM HUKUMNYA

KUANTAN 14 Mac - Umat Islam dilarang memasuki premis perjudian atas alasan apa pun sebagaimana tertakluk di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Pahang yang telah ditandatangani oleh Sultan Pahang pada 3 Desember lalu.

Perkara itu dinyatakan Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat resam Melayu Pahang (MUIP) Dato' Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan.
Di bawah larangan itu, premis perjudian adalah serbagaimana ditakrif di bawah Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 (disemak 1983). Ia termasuklah kedai empat nombor, Sport Toto dan sebagainya yang berselerak di seluruh negeri.

Dipercayai setiap daerah di Pahang mempunyai sekurang-kurang empat premis perjudian ekor, Sport Toto dan ramalan nombor. Semua premis terbabit penuh sesak dengan pelanggan terutama pada hari Sabtu. Ia turut membabitkan warga asing dari Indonesia, Pakistan, Myanmar, Bangladesh, India dan sebagainya.

Sesiapa yang melanggar perintah itu boleh dikenakan denda di bawah Seksyen 169, Enekmen Pentadbiran MUIP No .8 /1982 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2000 atau penjara selama dua tahun atau kedua-duanya sekali. Penguatkuasaan larangan itu berkuat kuasa 13 Mac lalu. - mns

Tiada ulasan: