Sabtu, 18 Julai 2009

dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali....

semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Syeikh Redho Salim Ali Syed Ahmad

"assalamualaikum.Syeikh Redho (syeikh Maahad Shobra) telah kembali ke rahmatullah pagi tadi". tolong sebarkan...


bertubi-tubi mesej ini masuk ke h/p saya sejak petang tadi..terus kenangan selama bertalaqi bersama syeikh kembali bermain di fikiran. salah seorang syeikh yang tak lekang mulutnya mendoakan anak muridnya pelbagai kebaikan. paling tak lupa doa syeikh untuk saya, moga kamu dapat isteri solehah. satu hari semasa meraikan majlis khatam bertalaqi al-quran bersama syeikh, almarhum memberikan kami motivasi yang cukup bermakna.. "hari ini, kamu semua telah memegang amanah yang besar terutama amanah terhadap kitabullah. bila kamu semua pulang ke malaysia, sebarkan ilmu al-quran. ajak orang lain dampingi al-quran. "


rutin harianku bersama-sama sahabat seperguruan, semasa menuntut di Maahad Qiraat, Shobra. bertalaqqi dengan syeikh hingga khatam


alhamdulillah,pada 4 Rabiulawal 1425H bersamaan 24 April 2004, saya telahpun berjaya menamatkan talaqqi al-quran bersama Syeikh Redho Salim Ali. al-fatihah...

Tiada ulasan: