Khamis, 5 Julai 2007

<< SEBUAH WARKAH PERJUANGAN >>

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Apa khabar sahabat-sahabat semua? Tidak sabar rasanya menanti sahabat-sahabat semua pulang agar nantinya kita akan menjadi ‘teman seperjuangan’ . Maaf sebab lama sangat rasanya tidak bertanya khabar. Bebanan tugas terlalu banyak sehingga terkadang hampir sahaja hilang fokus dalam melakukan satu-satu tugasan. Di kesempatan yang ada pada kali ini, kita bahagikan prbincangan kita kepada beberapa topik berikut :
1. Kewajipan “hadir hati – حضور القاب” pada amanah perjuangan!
Sahabat-sahabat sekalian, fenomena duka yang menimpa sebahagian (besar?) mahasiswa apabila tamat zaman IPT (ijazah pertama) ialah fenomena KECICIRAN. Isu ini mungkin isu yg sentiasa dibangkitkan oleh ramai pihak dan berulangkali diulang-bincang di dalam program-program pengisian. Masalahnya ialah, ia terus berlaku dan sesuatu mesti dilakukan. Di manakah silapnya?Adakah silap sistem pendidikan kampus yang tidak realistik? Apa tindakan kita untuk memperbaikinya? Apakah salah sistem perhubungan network antara persatuan-persatuan? Apakah usaha kita untuk melebarkan jaringannya? Apakah silap ibu mengandung? Apakah iman dan amal itu diwarisi? DI MANA SILAPNYA?Mungkin ada kemaafan kalau ahli level biasa yang tercicir, tetapi kita buntu kalau bekas dari kepimpinan kampus atau persatuan pun terlibat dengan penyakit yang sama. Di mana kita letak amanah untuk mempertahankan Islam.....Sebab itulah, kewajipan amanah perjuangan menegakkan Islam ini mesti dipasakkan ke dalam jiwa kita semua sama seperti kewajipan solat! Apa perasaan mereka kalau mereka tinggal solat? Apa nilai solat kalau tidak khusyu’? Sebab itu usaha untuk “hadirkan hati” mereka kepada perjuangan adalah amat penting. Mereka mesti merasai bahawa menyertai perjuangan adalah bermaksud bersama-sama menegakkan agama Islam itu sendiri. Lebih besar lagi ialah, mereka mesti merasakan hidup mati mereka adalah untuk Islam! bukan untuk perut, kantung, poket, nafsu dan syahwat mereka sahaja…. Hidup kalau sekadar kerja cari makan (gaji), seronokkan diri bersama isteri, pastu rehat-rehat di malam hari... lebih baik jadi HAIWAN! Kat akhirat esok binatang tidak pertanggung jawaban…
2. Ruang bergerak dalam perjuangan seawal penglibatan
Sahabat-sahabat sekalian, ruang unutk melaksanakan amanah perjuangan ini sebenarnya amat banyak. Soalnya, nak ke tak nak sahaja… ada orang yg berpindah ke tempat yang jauh dari kampung halaman dan kenalan.. tapi bila dia ada kehendak, dia dapat juga melibatkan diri dengan perjuangan.. namun, kalau dia tak nak, duduk di kampung halaman sendiri pun dia tak terlibat.Contohnya, buat permulaan terjun dengan masyarakat serta libatkan diri dengan mana-mana program berbentuk ilmiah serta tidak terus lari dari ruang lingkup perjuangan. Apabila sudah lama tidak ikut serta dengan program perjuangan maka diri semakin lama semakin sunyi dan hilang semangat tambahan pula mempunyai komitmen yang lain dari gerk kerja Islam…..
3. Isu kerja dengan kerajaanTerikat dengan kerja kerajaan.
Sebenarnya, kebanyakan yang takut atau bimbang nak aktif kerana kerja kerajaan adalah kerana dia tidak cuba mendekati gerak kerja perjuangan dengan lebih serius. Lalu dia takut. Memanglah, untuk memperkasakan perjuangan dalam keadaan sekarang ialah berusaha untuk kerja sendiri dan tidak bekerja kerajaan, lantas terlibat secara lansung. Tetapi, kalau sudah ditawarkan kerja kerajaan, terima sahajalah dan terus terlibat dengan perjuangan.Cukup sedih apabila ada bekas pimpinan utama kampus yang balas melalui sms apabila di ajak untuk ke program dengan balasan “SAYA TIDAK MAHU TERLIBAT SEBAB SAYA TIDAK MAHU MELAWAN ORANG YANG BAGI REZEKI KEPADA SAYA”.. kalimah apa ini? Kalau bukan kalimah yang boleh merosakkan aqidah apabila yang menyatakannya ialah ustaz? Yang berpendidikan tinggi??Pengalaman bekerja dengan kerajaan. Kita bangunankan kerja dan institusi tempat kita cari nafkah bersesuaian dengan kontrak antara kita dengan majikan di samping memanfaatkan ruang yang ada untuk menerapkan fikrah Islam di dalam institusi tersebut. Namun, keutamaan tetap diberikan kepada perjuangan yang kita kasihi. Kita kena yakin bahawa yang memberi ruang pekerjaan dan rezeki tersebut ialah Allah dan tanda kesyukurannya ialah dengan kita membalasnya dengan bersungguh-sungguh memenangkan agamanya! Bukan semakin meninggalkan amanah perjuangan tersebut!
4. Menanti gelombang baru generasi muda Ulama’!
Secara peribadi, kita impikan satu gelombang gerakan ulama muda yang akan kembali bangkit memimpin semangat dan perubahan. Bayangkan sekiranya setiap ceruk kawasan, negeri dan kampung, ustaz-ustaz yang menjadi tangan yang menggerakkannya ialah muda mudi lulusan agama yang memimpin dengan ilmu bukan semata-mata semangat...Program-program hidup kerana program berjalan dengan baik hasil barisan ustaz-ustaz ilmuwan muda yang tersusun dari kalangan muslimin dan muslimat. Ustaz dan ustazah menjadi teladan kerana ilmu, semangat dan gerak kerjanya… bermimpikah kita? Ataukah ini suatu yang realistik jika kalian tidak sekadar tidur bermimpi!Yang ada sekarang ialah golongan ustaz dan ustazah yang sentiasa menjadi cemuhan kerana takut, pemalu, ghuyub, keciciran dan berbagai lagi. Nada sinis “ustaz-ustaz pun takut?” “ustazah-ustazah mana? Dengar cerita bukan main syadid lagi di alam mahasiswa?” “kalau semua ustaz dan ustazah tak de, kita ajerlah pergi ngaji pula” dan pelbagai lagi…
5. Kesimpulan
Setiap kita yang membaca artikel ini, bersumpahlah dengan nama ALLAH bahawa kita tidak akan mensia-siakan amanah perjuangan ini. Kita bertekad tidak akan membiarkan diri tenang bila pulang nanti selagi tidak menggabungkan diri segera dengan perjuangan Islam. Jangan redha bersantai dan berehat sekiranya Islam masih belum memimpin masyarakat. Ingat, sedikit masa berlalu tanpa perjuangan bererti anda munafiq !! Jangan punahkan diri anda dengan belajar berdalih dan memberi alasan ! Jangan keraskan hati anda dengan kekosongan dari jihad dan amal...

Aku yang menyayangi kalian dan perjuangan ini, sahabat…..

Tiada ulasan: